Monday 5 November 2018

Part 2 : Persediaan Haji

Ok sebelum menunaikan haji, terdapat beberapa persedian yang perlu dilakukan. Ini supaya ibadah berjalan lancar dan seterusnya mendapat haji yang mabrur InshaAllah. Tetapi sebenarnya kami pun tak berapa ready untuk menunaikan ibadah haji ini sebab busy dengan komitmen kerja dan urusan seharian. Lagipun keputusan rayuan hanya diketahui pada penghujung April berbanding jemaah muassasah yang dah memang dapat tawaran pada penghujung tahun 2017 dan awal tahun 2018.


Antara persediaan yang penting ialah :

1) Kursus Haji Mingguan - yang ini sangat penting, pihak Tabung Haji (TH) memang ada menyediakan kursus mingguan selama 17 minggu di masjid-masjid terpilih seluruh negeri. Malangnya kami tak sempat pun follow kursus ini sebab waktu terima tawaran haji, kursus ini sudah pun berakhir. Sebenarnya kursus ini open pada semua dan tak semestinya pada jemaah yang sudah terpilih saja. Sebagai alternatif kami download kursus haji mingguan daripada youtube. Ada banyak pilihan tapi kami memilih module Ustaz Haji Azian daripada Masjid Al-Falah USJ 9. So kami khatamkan ceramah beliau sebelum pergi haji. Pengajaran beliau menarik dan mudah difahami.
Nota penting Kursus Haji 17 minggu
Kursus Asas Haji from YouTube



2) Kursus Haji Perdana - yang ini pun sangat penting dan Alhamdullilah kami sempat join. Kursus dianjurkan oleh pihak TH selama 2 hari 1 malam dan ianya lebih merupakan praktikal simulation pergerakan haji seperti tawaf, saie, wukuf di Arafah, mabit (bermalam) di Muzdalifah, melontar jamrah dan mabit di Mina. Terdapat juga taklimat akhir dari TH dan ceramah kesihatan. Biasanya kursus perdana ini dilakukan di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Malaysia. Untuk di Melaka, kursus diadakan di Masjid Cina dan Stadium Hang Jebat.
Kursus Perdana Haji Negeri Melaka
Cantikkan Masjid Cina di Ayer Keroh
 Latihan Amali Tawaf
 Mabit di Mudzalifah
 Melontar Jamrah jam 3.00 pagi
Hujan lebat di khemah Mina

3) Kursus Haji Pakej - biasanya pihak pakej PJH akan mengadakan 1 hari taklimat haji yang merangkumi taklimat umum pakej dan juga teori manasik haji (tatacara haji). Oleh kerana kami memilih pakej haji dari TM Tours & Travel (TMTT), maka kami mengikuti taklimat yang diadakan oleh pihak TMTT di Hotel Tamu Kampung Baru oleh bos besar TMTT Hj Ridzwan dan Guru Agama Rasmi iaitu Ustaz Ismail Mat Ali.
Breakfast dulu sebelum taklimat. View dari Hotel Tamu
Kursus Intensif TM Tours & Travel

4) Documents submission - yang ini pun penting (ha semua penting) iyalah kalau documents tak cukup nanti akan mengganggu permohonan visa. Visa sangkut nanti tak dapat pergi haji. Pihak TH akan keluarkan surat tawaran Haji. Dalam surat tawaran ada menyatakan dokumen yang perlu dihantar untuk tindakan selanjutnya. So apa yang perlu dihantar?

Antaranya ialah :                                                                  
a) Borang Jawapan - yelah kena confirmkan kita accept ke tak. Kalau tak accept at least boleh bagi peluang kepada waiting list yang merayu.                                     
b) Passport yang masih valid (minima 6 bulan sebelum expired.                                                                            
c) 2 keping gambar  - ada  specific requirement yang kena follow - size (4x6 cm), background color. Nak selamat buat di kedai gambar yang biasa buat untuk visa haji/umrah. Untuk yang perempuan kena pakai tudung gelap (hitam), saya punya first photo kena reject sebab warna tudung dark maroon so kena ambil gambar semula.                        
d) Buku pemeriksaan kesihatan - yang ini  paling penting. kalau result kesihatan fail memang tak layak lah pergi haji. Ianya ada 4 kategori - hijau, kuning, merah dan hitam berdasarkan health screening yang hanya dibuat oleh doktor-doktor yang berdaftar dengan TH. Boleh buat di hospital swasta dan juga hospital kerajaan. Biasanya sakit-sakit kronik memang doktor tak approve. Ujian kesihatan secara komprehensif seperti pemeriksaan jantung, pengambilan darah, urin dan lain-lain. Suntikan meningococcal, pneumococcal dan influenza perlu diambil sekali.
Buku Kesihatan. Alhamdullilah hijau

e) Surat pengesahan mahram untuk perempuan umur 45 tahun ke bawah. Contohnya surat nikah yang disahkan jika pergi bersama suami.





Ok bila semua dokumen dah cukup kena lah submit ke TH Office within deadline yang diberi. Kalau lambat submit nanti proses visa akan terganggu. Bila dah submit kita tunggu  Surat Pengesahan Penerbangan yang akan menentukan tarikh sebenar flight dan jumlah hari tempoh haji. Surat ini penting dan perlu dibawa sewaktu lapor diri di kompleks TH pada hari berlepas nanti.





5) Barang-barang keperluan haji - kena lah shopping sikit sebelum berlepas ke Tanah Suci. Kalau ikut list barang-barang yang perlu dibawa memang banyak tapi kena bawa barang-barang yang betul-betul perlu je sebab berat luggage yang dibenarkan pun cuma 20kg. Ini contoh list barang-barang saya sebagai rujukan. Banyak tak barang hehe.      

  1. power bank - penting untuk charge handphone especially di Mina sebab power socket di khemah very limited
  2. kipas kecil guna USB port- penting juga utk kegunaan di Muzdalifah, di Arafah khemah ada aircond tapi selalu black out dan perlu kipas waktu berdoa di luar khemah hari wukuf, di Mina sebab khemah padat atau di mana saja bila perlu.
  3. torch light - nak cari batu di Muzdalifah tapi optional juga sebab di muzdalifah banyak spotlight
  4. kasut/sandal yang selesa
  5. vitamin - multi vitamin, vitamin c
  6. jubah - tak perlu bawa banyak sebab boleh beli di Madinah/Mekah
  7. telekung - bahagian kain tak perlu bawa sebab pakai jubah dan stokin
  8. tudung / khimar & anak tudung
  9. bagpack kecil - sebagai tambahan in case barang-barang bertambah
  10. plastik untuk letak kain kotor, sampah atau bungkus bag in case hujan di waktu masyair haji (waktu kemuncak ibadah haji di Arafah, Muzdalifah, Mina)
  11. stokin vken - ini stokin ajaib yang ada magnet. Memang pakai hari-hari time tidur. Banyak khasiatnya boleh google for details. Saya tak jual stokin Vken ni cuma pengguna setia
  12. ubat-ubatan - sakit tekak, perut, inhaler, krim gatal, panadol, batuk, selsema
  13. hanger baju & hanger multipurpose untuk gantung baju di toilet Mina/Arafah
  14. berus & sabun basuh
  15. toiletries
  16. lotion ihram/ lotion biasa untuk elak kulit kering
  17. wet tisu & tisu biasa
  18. botol spray untuk wuduk
  19. travel pillow - guna dalam flight dan dalam bas Mekah - Madinah
  20. cermin mata spare bagi yang rabun macam saya
  21. stokin yang agak tebal
  22. handsock
  23. pakaian dalam
  24. pad / panty liner - di Mekah/ Madinah mahal
  25. handy plast & salon pas
  26. gunting / nail clipper
  27. buku2-buku rujukan haji
  28. al-quran tafsir
  29. sambal pahang, sambal bilis - lauk tambahan
  30. face mask
  31. t-shirt cotton untuk dipakai di dalam jubah. Kalau pakai jubah saja nanti tak selesa.
  32. seluar panjang / track yang sesuai

Dah siap semua barang apa lagi..packing lah.


Guna beg yang diberikan
 Buku-buku yang dibawa 
Travelog haji sebagai rujukan. Baca sebelum pergi 


6) Buat wasiat - kami buat wasiat dengan As-salihin. In case ada apa-apa berlaku walaupun harta tak banyak.


7) Settlekan bil-bil hutang bank sebelum pergi. Kalau ada hutang dengan orang pun seeloknya settlekan dulu.


8) Apply cuti dengan bos untuk yang bekerja. Tempoh haji saya 43 hari. Alhamdullilah company bagi paid leave 40 hari so kena top up lah sikit dengan annual leave.


9) Task handover untuk rakan-rakan office. Thanks to officemates yang cover urgent work di office.


10) Jumpa saudara mara jiran tertangga untuk bermaafan sebab kami tak buat kenduri untuk pergi haji.


11) Dan jangan lupa tukar juga sedikit duit Arab untuk kegunaan di sana. Tak perlu banyak-banyak kalau tak cukup boleh keluarkan di kaunter TH atau di mesin ATM.


Duit Saudi Riyal 


Rasanya itu lah serba sedikit persediaan kami sebelum berlepas ke Tanah Suci.


Seterusnya "labaik allahuma labaik"....hari yang ditunggu-tunggu pun tiba... 

1 comment: