Sunday, 22 September 2019

Day 4 : London - Prague (19 June 2019)

Pagi jam 7 kami dah check out dan dah janji dengan taxi driver from Gatwick Airport waktu first day tiba hari tu. Mula-mula book taxi from Hotel ke Gatwick Airport sebab ingat flight Easy Jet ke Prague from Gatwick Airport. Nasib baik check semula ticket, rupanya flight dari Stansted Airport. Kalau dah terlajak sampai Gatwick boleh miss flight sebab jarak between both airports memang jauh. So sempat kami minta tukar taxi ke Stansted Airport. Taxi fare lebih mahal sikit compare dari Gatwick iaitu £120, tapi rasa jarak macam lebih dekat je. Tiba di Stansted Airport, terus drop bag dan tunggu flight ke Prague yang akan terbang jam 11.15 pagi.


Stansted Airport - nasib baik tak salah airport

Jom ke Prague dengan Easy Jet

Flight ke Prague ambil masa lebih kurang 3 jam. Alhamdullilah selamat tiba di Prague International Airport.  


Yeah.. Welcome to Prague or "Praha"

Withdraw duit thru ATM machine di airport. Tukar di luar banyak scam

Inilah hasilnya

Mula-mula blur juga macam mana nak ke city center sebab tak study sangat pun. Ada terjumpa couple student Malaysia yang sama flight, dia ada explain boleh naik metro / train ke Prague city center, tapi macam malas nak tarik bag so kami ambil taxi je. Agak mahal juga taxi rate tapi belasah sajalah. 


Book taxi di airport counter

Naik taxi ke hotel...cuaca mendung

Depan hotel Cloister Inn. Stay untuk 2 malam

Tiba di hotel, check in solat, makan dan rehat. Petang itu cuaca agak mendung, so ingat nak rehat sekejap dan nak explore Prague city di waktu malam. End up semua tertidur dan bangun-bangun dah malam. Malas keluar, lepak bilik sebab esok nak guna tenaga banyak...

Day 3 : London (18 June 2019)

Hari yang ditunggu telah tiba. Inilah tujuan asal kenapa tiba di bumi London ini. Alhamdullilah terima Distinguished Service Award from ROSPA.  Hasil berkat kerja usaha dalam bidang safety & health selama ini. Award event ini waktu gala dinner dan waktu siang masih free lagi. Apalagi takkan nak stay dalam bilik je so pagi-pagi lagi kami dah keluar.

Tempat pertama kami tuju ialah London Bridge / Tower Bridge, semalam pergi tak dapat masuk sebab dah tutup. So jam 9.00 pagi kami dah tiba di sana. Rasanya first time pergi dulu pernah naik tapi takpe naik sekali lagi tengok view London from Tower Bridge ini.


Good morning London

Bahagian atas Tower Bridge

Gayat...

View from Tower Bridge....The Shard yang sebelah kiri

Next selepas Tower Bridge, kami ke The Shard pula. The tallest building in Western Europe. Cun juga view London city from The Shard ini.


View from The Shard...nampak Tower Bridge pula

Another London view from The Shard

Selesai The Shard, kami ke the Harrods pula untuk cari some souvenirs. Takkanlah pergi London takde souvenirs pula. Kami shopping di Harrods souvenir area. Area lain yang mahal-mahal itu kami jeling-jeling je lah.


Stop di Knightsbridge Underground untuk ke Harrods

Beli bags as souvenirs

After shopping kena rushing balik ke hotel sebab nak visit safety & health expo di Excel Center dan nak collect dinner invitation card from organizer. Sempatlah seround tengok expo ini. Besar dan menarik tapi sayang tak cukup masa nak explore semua.


Ke Safety & Health Expo di Excel London

Posing sikit sebelum masuk expo hall

Macam-macam ada dalam expo ini

Dah collect invitation card for dinner

Then, balik bilik alas perut dengan lunch yang dibeli di kedai arab area hotel dan bersiap-siap untuk event malam nanti. Nervous juga nak join dinner ini sebab diletakkan di meja VVIP. Jam 6 petang dah kena gerak untuk ke dinner event, tapi sebelum itu kena bersocial di holding room together with VVIP. Tiada seorang pun yang dikenali and I’m the only Muslim. Layan je lah..


Ready to go...jom

Sessi bersosial

Next dibawa ke event hall untuk award presentation ceremony. Tapi kena dinner dulu baru award ceremony. Nasib baik dapat set vegetarian so makan jelah apa yang rasa boleh dimakan. Akhirnya sessi award presentation selesai. Alhamdullilah dah dapat award dan selesai tugasan. Next agenda ialah dancing session. Hmmm saya tak tunggulah terus cabut balik bilik. 


Gala Dinner Hall

No free seating...sila ikut nama masing-masing

Duduk table depan...

Menu vegetarian

Dessert...ntah apa

Award presentation by Baroness Jolly

Syukur...Alhamdullilllah

Sampai dibilik kemas-kemas bag sebab esok nak check out awal untuk ke Prague pula. Bye London & thanks ROSPA for this award. Macam tak percaya pula boleh menang. Alhamdullillah....

Day 2 : London (17 June 2019)

Hari untuk ambil award ialah pada 18 Jun 2019 malam, so hari ini (17 Jun) ada full day untuk explore London City. Kami stay di area Excel so agak jauh juga dari London city center. Kalau naik train  / tube dalam 40 minit.


Breakfast nasi lemak kopi ratu & kopi badang

Ready untuk explore London

Pagi after breakfast Nasi Lemak pak Brahims, kami memulakan aktiviti explore kota London. Tempat pertama yang dituju ialah Leicester Square untuk collect London Pass. 


Dekat je train station dengan hotel

View hotel dari train station Elizabeth Line

Tengah study train / tube map

Complicated ke? Ha ha mudah je
Tempat collect London Pass

London Pass ini kami book thru web Klook so just perlu collect the pass saja. Details London Pass ini boleh check dalam London Pass Web atau Klook. London Pass ini kiranya kita boleh masuk any attractions yang listed for free. Tapi takdelah free sebab kita dah beli London Pass ini cuma berbaloi kalau kita dapat pergi semua attraction places yang ada. So kena pandai-pandai plan time. London Pass yang kami ambil valid untuk 2 hari dan termasuk Oyster Card (public transport card), so tak perlu risau nak bayar apa-apa transport as long dalam zone yang dibenarkan. Actually kami pernah beli London Pass waktu first time ke London dulu-dulu. So this time, just nak focus untuk tempat yang tak sempat cover lagi.


Dah collect London Pass jom explore...
List attractions London Pass (boleh refer pada London Pass apps)
 Jom jalan ke tube station

                                    Double-decker bus

Selepas dah dapat London Pass, first destination ialah Emirates Stadium. Peminat Arsenal mesti kenal stadium ini. Saya bukanlah football fan pun tapi saja je suka gi stadium. Ini stadium yang ke 4 pernah kami visit. Pernah visit Stamford Bridge Chelsea (En. Suami fan Chelsea), Liverpool, Old Trafford Manchester United, Swansea dan Real Madrid Stadium. So layan je photos dalam stadium.


Stop di Arsenal Station untuk ke stadium

Sampai akhirnya
Dalam stadium



Happy dapat masuk changing room

Coach tengah bagi instruction

Model padang

Acah-acah press conference

Visit club store pula

Window shopping je
Round stadium dah selesai, kami pilih untuk ke ArcelorMittal Orbit pula. Saja je nak ke sini sebab belum pernah pergi lagi. Agak jauh juga dari Emirates Stadium dan kena beberapa kali tukar train. Sebelum ke sana kita isi perut dulu makan kebab di area Caledonian Road. Besar sungguh portionnya tapi habis juga.


Ha boleh habis ke?

Inilah kedai nya

Akhirnya kami tiba di ArcelorMittal Orbit, jauh juga jalan dari Stratford train station tapi ok je sebab jalan di celah-celah shopping complex. Area ini adalah area sukan Olympic London 2012.


Busy station ni

Short cut dalam shopping complex

Dari jauh dah nampak

West Ham Stadium area ini juga

Jom naik.....naik lif lah

View London city dari kejauhan

World’s longest tunnel slide

Ada berani?

Turun tangga je lah

London Aquatics Centre pun ada di sini

Selesai naik tower, kami gerak ke London City Center pula. Dah sampai city center, tempat yang iconic mestilah London Bridge atau London Tower (nama yang sebenarnya). Sempat lah naik cruise di Thames River satu round.


Ambik jangan tak ambik photo London Bridge ni

Atas bridge....ramai orang

View lain London Bridge @ Tower Bridge

Naik cruise pusing sungai

Besar boat cruise...ramai boleh naik

Big Ben penuh scaffolding

London Eye

Actual London Bridge

The Shard & HMS Belfast ship

Maghrib masuk agak lewat iaitu jam 9.30 malam (time summer kan), so kami takdelah rushing nak cari tempat solat. Sempat sampai di hotel jam 8.30 malam untuk solat jamak takdim zohor/asar walaupun di akhir waktu.

Hari pertama, London Pass tak banyak digunakan sebab hari bermula agak lambat (collection counter buka jam 10 pagi). So next time siapa yang beli London Pass boleh collect sehari lebih awal sebab the next day dah boleh terus utilize.

Berakhir day 1 di London. Ok boleh lah walaupun tak cover banyak tempat. Esok masih ada...