Showing posts with label london. Show all posts
Showing posts with label london. Show all posts

Sunday, 22 September 2019

Day 2 : London (17 June 2019)

Hari untuk ambil award ialah pada 18 Jun 2019 malam, so hari ini (17 Jun) ada full day untuk explore London City. Kami stay di area Excel so agak jauh juga dari London city center. Kalau naik train  / tube dalam 40 minit.


Breakfast nasi lemak kopi ratu & kopi badang

Ready untuk explore London

Pagi after breakfast Nasi Lemak pak Brahims, kami memulakan aktiviti explore kota London. Tempat pertama yang dituju ialah Leicester Square untuk collect London Pass. 


Dekat je train station dengan hotel

View hotel dari train station Elizabeth Line

Tengah study train / tube map

Complicated ke? Ha ha mudah je
Tempat collect London Pass

London Pass ini kami book thru web Klook so just perlu collect the pass saja. Details London Pass ini boleh check dalam London Pass Web atau Klook. London Pass ini kiranya kita boleh masuk any attractions yang listed for free. Tapi takdelah free sebab kita dah beli London Pass ini cuma berbaloi kalau kita dapat pergi semua attraction places yang ada. So kena pandai-pandai plan time. London Pass yang kami ambil valid untuk 2 hari dan termasuk Oyster Card (public transport card), so tak perlu risau nak bayar apa-apa transport as long dalam zone yang dibenarkan. Actually kami pernah beli London Pass waktu first time ke London dulu-dulu. So this time, just nak focus untuk tempat yang tak sempat cover lagi.


Dah collect London Pass jom explore...
List attractions London Pass (boleh refer pada London Pass apps)
 Jom jalan ke tube station

                                    Double-decker bus

Selepas dah dapat London Pass, first destination ialah Emirates Stadium. Peminat Arsenal mesti kenal stadium ini. Saya bukanlah football fan pun tapi saja je suka gi stadium. Ini stadium yang ke 4 pernah kami visit. Pernah visit Stamford Bridge Chelsea (En. Suami fan Chelsea), Liverpool, Old Trafford Manchester United, Swansea dan Real Madrid Stadium. So layan je photos dalam stadium.


Stop di Arsenal Station untuk ke stadium

Sampai akhirnya
Dalam stadium



Happy dapat masuk changing room

Coach tengah bagi instruction

Model padang

Acah-acah press conference

Visit club store pula

Window shopping je
Round stadium dah selesai, kami pilih untuk ke ArcelorMittal Orbit pula. Saja je nak ke sini sebab belum pernah pergi lagi. Agak jauh juga dari Emirates Stadium dan kena beberapa kali tukar train. Sebelum ke sana kita isi perut dulu makan kebab di area Caledonian Road. Besar sungguh portionnya tapi habis juga.


Ha boleh habis ke?

Inilah kedai nya

Akhirnya kami tiba di ArcelorMittal Orbit, jauh juga jalan dari Stratford train station tapi ok je sebab jalan di celah-celah shopping complex. Area ini adalah area sukan Olympic London 2012.


Busy station ni

Short cut dalam shopping complex

Dari jauh dah nampak

West Ham Stadium area ini juga

Jom naik.....naik lif lah

View London city dari kejauhan

World’s longest tunnel slide

Ada berani?

Turun tangga je lah

London Aquatics Centre pun ada di sini

Selesai naik tower, kami gerak ke London City Center pula. Dah sampai city center, tempat yang iconic mestilah London Bridge atau London Tower (nama yang sebenarnya). Sempat lah naik cruise di Thames River satu round.


Ambik jangan tak ambik photo London Bridge ni

Atas bridge....ramai orang

View lain London Bridge @ Tower Bridge

Naik cruise pusing sungai

Besar boat cruise...ramai boleh naik

Big Ben penuh scaffolding

London Eye

Actual London Bridge

The Shard & HMS Belfast ship

Maghrib masuk agak lewat iaitu jam 9.30 malam (time summer kan), so kami takdelah rushing nak cari tempat solat. Sempat sampai di hotel jam 8.30 malam untuk solat jamak takdim zohor/asar walaupun di akhir waktu.

Hari pertama, London Pass tak banyak digunakan sebab hari bermula agak lambat (collection counter buka jam 10 pagi). So next time siapa yang beli London Pass boleh collect sehari lebih awal sebab the next day dah boleh terus utilize.

Berakhir day 1 di London. Ok boleh lah walaupun tak cover banyak tempat. Esok masih ada...

Day 1 : KL - Dubai - London (16 June 2019)

Hari pertama bermula, flight Emirates ke London pada jam 2.10 pagi dan akan transit di Dubai nanti. Adik ipar tolong hantarkan dan bertolak dari Shah Alam pada jam 11 malam. Urusan check in berjalan lancar. Tepat jam 2.10 pagi flight pun terbang. Besar flight kali ini A380 double deck lagi. Dalam flight macam biasa layan movie, makan dan tidur. Tiba di Dubai International Airport jam 4.30 pagi dan transit selama 2 jam sebelum fly ke London Gatwick pula. Sempat lah solat subuh di Dubai Airport dulu.


Besar kapal A380

Tepat jam 8.00 pagi, terbang lagi 7 jam ke London. Aktiviti macam biasa movie, makan dan tidur. Akhirnya jam 12.30pm safely landed di Gatwick London Airport. Kenapa Gatwick bukan Heathrow? Ha yang itu tak tau kena tanya Emirates. Ada a few airport di London, yang famous of course Heathrow. Ada Gatwick, Stansted dan beberapa lagi. So jangan salah airport ya.


Safely landed at Gatwick Airport, London
Location Gatwick Airport..jauh dari Heathrow Airport

Waktu di immigration, Officer tak banyak soal just tanya tujuan ke London. File dah siap sedia kalau diorang nak detail info. Just jawab holiday je dah ok. Selepas collect bag terus ke arrival hall. 


Welcome to North Terminal Gatwick

Aktiviti pertama ialah cari simcard. Gatwick ini airport kecil je (ada 2 terminal North and South) dan tak banyak shops pun di Arrival Hall. Takde kedai atau kiosk network provider pun. Nasib baik ada jual simcard di WHSmith store. Sembang dengan sales girl di situ dan tanya simcard mana yang terbaik, then kami pun beli lah Vodafone dengan harga £25 untuk 20GB. Network ini boleh digunakan di Europe countries termasuk Czech, so bolehlah guna di Prague nanti. As usual kami guna portable modem wifi yang dibawa dari Malaysia, so multiple users boleh guna (kami berdua je pun). Mula-mula ada problem sikit, modem tak boleh connect, tapi after troubleshoot sikit alhamdullilah boleh guna.


Beli sim card di WHSmith

Sila pilih sim card yang berkenan
Next, cari transport ke hotel. Untuk ke London city ada National Express bus from Gatwick Airport dan direct train, tapi since kami malas nak naik bas atau train dan taxi boleh claim from company so naik taxi je direct ke hotel. Rate agak mahal juga £109 tapi ok kot sebab agak jauh dan tambah pula dengan jammed nak masuk ke London. Sejuk juga London ini temperature dalam 11C walaupun time tu dah nak masuk summer.


Next stop London...ada direct trains Gatwick Express

Bas pun ada....National Express

Naik taxi je lah

Berbaloi lah mahal naik ini rupanya
Jammed masuk London

Alhamdullilah sampai

Alhamdullilah, tiba di hotel, check in, rehat dan tidur je. Penat seharian travel. Esok je kita explore London.


Dinner Nasi Kembara...telur rebus sendiri