Tuesday 8 August 2017

Day 3 : Kundasang - KK

Hari ke-3 kami check out daripada homestay di Kundasang. Sebelum tu breakfast di homestay. Masak nasi lemak je pagi ini. Homestay yang kami duduk memang best. Highly recommended. Boleh check dalam FB mereka.
Pagi cuaca yang baik

Check out sudah...depan homestay
Sebelum bergerak ke KK kami singgah di pasar pagi pekan Kundasang. Banyak makanan yang dijual, kalau tak sempat masak breakfast pun boleh beli di sini. Bersebelahan pasar pagi ada Kundasang Memorial Park. Untuk naik ke sana kena bayar RM3 seorang. Memorial Park ni takdelah setinggi canopy walk di Hot Spring Poring tu tapi bolehlah kalau nak tengok pemandangan pekan Kundasang.
War Memorial....tak sampai seratus steps pun rasanya

Shopping jap di pasar pagi

Pakcik & makcik

Bye-bye Kundasang
Selesai di Kundasang, kami bergerak ke KK. Bye-bye Kundasang ada rezeki kami datang lagi. On the way ke KK, singgah sekejap di Kinabalu Park untuk bergambar kenangan.
Kabus sana-sini

Adik-beradik dan ipar duai emak

Family photo tapi ada yang takde juga ni
Perjalanan diteruskan dan kami singgah di Rumah Terbalik yang terkenal tu. Bayaran masuk agak mahal juga iaitu RM10 seorang. Sessi masuk ke rumah terbalik tu dalam 15minit dan tak boleh nak ambil gambar. Cuma boleh ambil gambar di luar rumah je. Rasa biasa je rumah terbalik ni tapi since dah datang jauh kita singgah lah.
Posing dulu sebelum masuk rumah terbalik


Wah kuatnya cik abang

Pening

Terbalik sudah
Gambar kenangan semua ahli rombongan ada


Selepas itu kami terus ke bandar KK, singgah lunch dulu di Tg Aru.
Makan di Tg Ara



Pantai Tg Ara
Lepas makan terus check in di Marina Court. Rehat dan solat dulu sebelum menyambung sessi lawatan dan membeli belah di Pasar Filipina.
Check in 1 malam di Marina Court

Sempat lagi mandi di swimming pool
Malam tu ramai lah yang memborong ikan bilis, udang kering, ikan kering, kopi tenom, kuih cincin dan macam-macam lah. Dinner free and easy. Macam-macam seafod ada.
Shopping time

Seafood


Seafood lagi...jangan gout sudah

Selepas tu semuanya tidur awal sebab flight balik ke KL pada jam 6.15 pagi. So jam 4.00 pagi dah kena check out.

No comments:

Post a Comment