Wednesday, 14 August 2019

Day 2 : Disneyland Shanghai

Hari yang ditunggu pun telah tiba, hari berjimba di Disneyland. Disneyland Shanghai ini adalah the newest in the world and the biggest in Asia.

Pagi sebelum gerak ke Disneyland, kita isi perut dulu dengan breakfast nasi lemak pak Brahims bersama telur rebus yang dibawa dari Malaysia. Rushing breakfast sebab dah book shuttle jam 7.30 pagi tapi akhirnya terlepas juga shuttle dan naik next shuttle jam 8.00 pagi. Disneyland ini dibuka jam 8.30 pagi tapi baca review yang orang biasanya ramai dan dicadangkan untuk pergi awal. Ikut weather forecast hari ke dua ini adalah panas. Oklah panas dan jangan lah hujan. 

Tiba di Disneyland, tengok ramai betul umat mostly local Chinese. Rasanya kami je yang bertudung time tu. Gigih beratur 2 jam sepanjang 2 kilometer untuk bag inspection dan  ke ticket entrance. Bag akan diperiksa sebelum masuk dan segala bentuk makanan adalah tidak dibenarkan. Kalau bawa sia-sia kena buang. 

Semangat berjalan menuju ke Disneyland
Sangkut jem ramai betul manusia

Q untuk ke bag inspection. Diorang lepaskan batch by batch untuk elakkan jem

Check bag. Segala bentuk makanan akan dibuang

Q untuk ke kaunter tiket pulak. Last gate sebelum masuk dalam Disneyland

Kebetulan hari kami pergi ini memang super peak (padahal hari Jumaat bukan weekend pun). Bila buka apps Disneyland, keluar alert yang tiket semua dah sold out, kalau siapa walk in tak dapat tiket, tiket untuk yang dipurchase online je boleh masuk. Nasib baik dah beli online kalau tak sia-sia je datang. Since tiket dah beli, nak tak nak kena lah beratur juga untuk masuk.


Boleh check waiting time dalam Disneyland apps. Bertabah lah menunggu

Jam 10.30 pagi barulah dapat masuk dan bernafas sikit, hari pun dah mula panas sebab musim summer. Jam 5 pagi dah cerah sebenarnya sebab subuh jam 3.30 pagi. Ok layan je photo dalam Disneyland dan tak banyak ride yang sempat kami naik sebab waiting time lama sangat. Kami stay sehingga ke kemuncak firework show jam 8.30 malam. Banyak lagi attractions dalam Disneyland ini tapi kami tak sempat nak cover. Kena repeat lagi ni..hehe


Yeah...akhirnya dapat tiket masuk

Area pertama selepas gate tiket

Jom masuk

Ada Tron ride. Lama kena tunggu ni

Naik ni dulu, Hampir tak dapat naik sebab tiba-tiba rosak pulak

Dah lapar kita lunch dulu. Seafood platter

Pop corn pulak

Perut dah penuh kita naik ini

Jom ke Castle....cantik

Selfie dulu group gymba

Dalam castle, ada story teller

Posing sikit dalam castle

Naik boat cruise

Ada sinbad

Castle view dari boat

Naik kuda

Family photo

Lumba kereta


Cari port solat....kawasan tepi-tepi yang agak tenang

Malam sudah

Castle waktu malam

Ramai yang tunggu

Yeah Disneyland...
Belanja video show sikit

After puas berjimba seharian di Disneyland, kami balik ke bilik dan dinner Nasi Kembara je.


Sedap juga nasi kembara ini. 

Day 1 : KL - Shanghai

Flight ke Shanghai pada jam 10 pagi dan ini bermakna kami kena bergerak dari Melaka selewat-lewatnya jam 5 pagi. Seperti dirancang, jam 5 pagi kami berlima sudah memulakan perjalanan dari Melaka dengan sebuah kereta. Kali ini kena guna kereta yang paling besar lah sebab 5 passengers dan bag-bag lagi. Thanks Puteri as planner merangkap AJK pengangkutan sekali. Kereta kami parking terus di KLIA Zone B. Mudah je tapi parking mahal sedikit. Bayar tong-tong oklah.

Sampai di KLIA jam 6.30 pagi, terus drop luggage sebab dah web check in dan solat subuh dulu sebelum ke departure hall. Sebelum boarding sempat lagi kami mengalas perut. Ingat nak makan ringan-ringan, sekali besar pula portion sandwich O’briens ini. Makan je lah. Alas perut konon.
Alas perut dulu
MH 388 ready to go...

Stroller tinggal luar ya Orked

Urusan boarding berjalan lancar dan kami berlepas on time. Dalam flight pun tak ramai orang so kami dapat satu row seorang. Layan movie, makan dan tidur selama 5 jam ini. 2 jam terakhir sebelum tiba di Shanghai cuaca tak berapa elok, turbulence agak kuat. Hati rasa kecut je. Nak bercuti sangat, hadap jelah. Nasib baik entertainment MAS ini ada sediakan zikir so layanlah zikir Hafiz Hamidun ini.


Flight tak penuh pun
Layan zikir sebab flight goyang

Alhamdullilah, selamat touch down Shanghai Pudong airport pada jam 2 petang. Besar juga Pudong airport ini. Sebelum melalui immigration, all visitors kena register dan verify biometric data (kena scan 10 jari). Ada banyak kiosk machine yang disediakan  dan ada officer yang membantu. Rasanya ini macam requirement baru, dulu-dulu pergi (5 tahun lepas takde requirement ini).


Pudong Airport dari kejauhan

Scan jari dulu

Don't worry, Officer sini friendly and willing to help

Kena fill in Arrival Card sebelum ke kaunter immigration

Selesai urusan immigration dan collect luggage, sessi mencari shuttle untuk ke hotel pula. Kami turun di Terminal 2 dan shuttle di Terminal 1, so kena berjalan agak jauh. Follow je arahan bergambar yang diberikan oleh pihak hotel dan akhirnya jumpa juga shuttle area. Tunggu tak lama dan shuttle pun tiba. Perjalanan daripada airport ke hotel tak jauh lebih kurang 30 minit.


Jom naik bas ke hotel. Free je

Tiba di hotel, Puteri settlekan urusan check in, passport setiap seorang kena verify dan snap photo muka lagi untuk rekod. Kami diberi masa 1 jam (sendiri yang bagi) untuk naik ke bilik untuk solat dan rehat sebentar sebab jam 6 petang nanti akan ke Disneytown untuk survey-survey dan dinner. Dah datang jauh-jauh takkan nak duduk dalam bilik je kan.


Lobi hotel

Besar lobi...ada benda pink tepi tu pulak

Bilik yang best dan selesa

Tepat jam 6 petang, shuttle bergerak ke Disneytown. Disneytown ini kiranya macam area / taman sebelum masuk ke Disneyland lah. Tak perlu bayar apa-apa untuk masuk ke Disneytown ini. Oklah layan je photo Disneytown ini dan dinner kami malam pertama.


Otw ke Disneytown...jauh juga jalan dari bus parking area

Disneyland Castle...jauh lagi tu

Jadi budak-budak sekejap

Disneytown

Besar si Donald Duck ni

Kedai-kedai di Disneytown
Dinner di sini

Lazat

The only halal restaurant at Disneytown / Disneyland

Beli food kena guna kad so beli dan top up kad dulu
Sambung shopping pulak

Macam-macam ada tapi mahal...beli fridge magnet je lah
Hello Shanghai
Perut dah kenyang dan dah puas jalan jom balik bilik...kita tidur dan rehat. Esok awal-awal pagi ada misi yang penting...

Persediaan Gymba Trip Disneyland Shangai (27-30 June 2019)

Dah lama kan kita tak berjimba. Kata office mate secara tiba-tiba. Ha jom kata saya. Nak pergi mana? Cari yang bajet below RM 3000. Last sekali kita pergi Jeju dan sebelum itu Taiwan.  Apa kata kita pergi Shanghai, ada Disneyland. Ok apa lagi sila survey ticket dan ajak lagi siapa yang nak join.

Dengan kata sepakat, Shanghai Disneyland telah kami pilih. Kali ini trip disertai oleh 4 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.  Puteri as planner, Wan - AJK makanan, Kim - AJK rohani dan saya by default jadi leader sebab paling tua senior.

Ini location Shanghai ya

Ticket flight, hotel booking, itinerary, attractions ticket semua diuruskan oleh Puteri atas persetujuan bersama. Wan pula sebagai AJK makanan kena pastikan bekalan makanan cukup. Kim pula AJK Rohani kena check time solat dan di mana nak solat nanti.

Ok untuk tiket kami pilih MAS sebab timing yang bersesuaian dan harga pun agak ok. Harga tiket MAS yang kami dapat seperti berikut. Maybe boleh dapat lebih murah lagi time promo. Flight from KL ke Shanghai Pudong ini mengambil masa lebih kurang 5 jam je, takde lah jauh sangat...hehe...

Rate flight MAS untuk 5 orang

Untuk hotel pula, kami memilih Courtyard Shanghai International Tourism and Resorts Zone. Agak panjang nama hotel ini tak tahulah kenapa. Sebab kami memilih hotel ini sebab :

1) Free shuttle from airport to hotel
2) Free shuttle from hotel to Disneyland
3) Free shuttle from hotel to Metro Station

Harganya pun agak ok iaitu RM 2459.20 untuk 3 malam 2 bilik bagi kami berlima. Booking dibuat direct dengan hotel website.

Untuk itinerary pula seperti berikut :
Day 1 : KL - Shanghai
Day 2 : Disneyland
Day 3 : Shanghai city sightseeing
Day 4 : Shanghai - KL

Kiranya memang short vacation, mana boleh cuti lama-lama bos marah nanti office takde orang.

Tiket Disneyland (RM 223) dan Shanghai Tower (RM 100) per pax dibeli online melalui web Klook. Kenapa Klook sebab mudah dah dapat claim rebate melalui Shopback nanti. Siapa nak tau pasal Shopback boleh download apps Shopback ini dan dapat rebate daripada pembelian online daripada web seperti Lazada, Agoda dan banyak lagi. 

Untuk kegunaan wifi di sana, kami beli simcard secara online daripada web hello1010.my dengan harga RM 65. Kami beli 2 simcard dan akan dipasang pada portable modem yang memang dah sedia ada. So, boleh share multiple users.

Portable modem yang dibawa dari Malaysia
China Sim Card yang dibeli online

Satu lagi perkara yang penting untuk ke China ini ialah visa. Visa kena apply di China Visa Application Service Centre di KL dengan bayaran RM100 dan boleh siap dalam masa 4 hari. Kalau nak express pun boleh tapi kena bayar mahal lah sikit. Borang application visa boleh didownload from website. Isikan awal-awal dan attachkan dokumen yang diperlukan seperti gambar 2 keping, tiket flight, hotel booking dan lain2. Sila baca arahan betul-betul kalau tak nanti kena reject rugi masa je pergi hantar.

Building tempat buat visa - Hampshire Place Office, KL
Ramai 2 jam tunggu turn
Tabah menunggu turn. Pastikan dokumen lengkap

Oh ya, musim yang kami pergi ialah musim summer...cuaca akan dijangka panas macam Malaysia so tak perlu lah nak bawa winter cloth bagai. Kami cuma standby payung dan rain coat je sebab biasanya hujan waktu peralihan ke musim summer ini.

Untuk currency, Shanghai yang terletak di Republic of China ini guna matawang  Renminbi tapi biasanya dipanggil sebagai Yuan. Rate lebih kurang RM 500 dapat 800 yuan.


Duit Yuan
Ok semua preparation dah cukup, visa pun dah approve so apply cuti lah...nasib baik bos bagi...ok jom jalan Shanghai & Disneyland.
Visa dah ready...jom jalan