Tuesday, 8 August 2017

Day 2 : Kundasang - Ranau

Pagi ini, kami sarapan mee goreng yang dimasak sendiri. View pagi dari homestay memang awesome. Kalau hari-hari bangun view macam ni alangkah indahnya.


Matahari naik di balik gunung

Kinabalu sudah kelihatan

Good Morning from abah

Jom breakfast
Selepas sarapan, destinasi pertama ialah Desa Dairy Farm yang tak jauh dari homestay. Untuk masuk ke Desa Dairy Farm ni bayaran masuk ialah RM5 seorang. Tiket dibayar dari dalam kereta je waktu masuk melalui pintu entrance.

Desa Dairy Farm ni macam ala-ala ladang lembu di New Zealand. Tak dapat gi New Zealand, dapat pergi sini pun jadilah. Pagi tu pemandangan agak berkabus, orang kata kalau datang awal pagi dalam jam 9.00 boleh nampak gunung kinabalu dengan jelas. Di Desa Dairy Farm ni ada jual susu lembu dan yogurt yang agak sedap juga rasanya.
Kandang lembu


Landmark Desa Dairy Farm

Mimi bagi kambing susu

Azim pula
 

Family photo...


Setelah puas di sini kami pun bergerak ke tempat yang seterusnya iaitu ke Luanti Fish Spa. Luanti Fish Spa ni terletak di Ranau lebih kurang 1 jam lebih perjalanan dari Kundasang. Di sini terdapat fish spa di mana kita boleh rendam kaki di dalam sungai yang penuh dengan ikan-ikan. Ikan dia bukan halus-halus tapi besar-besar. Ikan keli pun ada. Rasa geli pun ada. Ada juga kaki yang luka kena gigit ikan. Bayaran masuk ke sini ialah RM 5 untuk seorang selama 15 minit.
Welcome to Luanti Fish Spa

Arwah busu & mak usu...tinggal kenangan

Macam-macam ikan ada

Berposing sambil menahan geli

Control macho


Inilah sungainya...ada timing untuk masuk supaya tak sesak
Selesai kaki digigit ikan, kami ke Sabah Tea yang terletak sebelah je dengan Luanti Fish Spa tu. Di Sabah Tea boleh tengok pemandangan pokok teh dari atas bukit, ada restoran dan tea shop. 
View from Sabah Tea

Ice cream green tea yang best

Nenek & cucunya

Dah siap frame tinggal tambah model je dalam tu

Selepas kena teh secawan kami bergerak ke surau yang juga bersebelahan dengan Luanti Fish Spa tu. Selesai solat jamak, kami ke Poring Hot Spring pula. Poring Hot Spring ni terletak lebih kurang 30 minit drive dari Luanti Fish Spa. Untuk masuk kena bayar RM 3 seorang dan boleh lah rendam kaki atau mandi di kolam air panas. Selain dari hot spring pool ada juga aktiviti lain seperti taman rama-rama, boleh trekking ke waterfall dan ke Canopy Walk.

Warga-warga emas berehat-rehat di pool dan kami yang berenergi ni pilih untuk ke Canopy Walk. Tapi emak yang berumur 63 tahun pun ikut serta. Memang agak mencabar lah bagi siapa yang kurang fit dan jarang exercise. Untuk naik ke canopy walk kami kena jungle trekking setinggi 500 meter. Tiba di canopy walk laluan nya kecil je dan tinggi lebih kurang 40m dari tanah. Untuk siapa yang gayat agak mencabarlah tapi pemandangan dari canopy walk sangat mengkagumkan. Panjang juga canopy walk ada 5 jambatan yang berlainan. Selesai bercanopy walk, kami turun semula ke hot spring dan bergerak balik ke Kundasang.
Stop sekejap...jauh lagi nak sampai canopy walk ni

Baru nak start..gayat tak?

Menggeletar juga lutut

Mimi takut nak jalan kena baba dukung

View dari atas

Tinggi tu..
Video Canopy Walk

Yang berjaya dengan muka kepuasan

Rendam kaki dulu
Tiba di Kundasang lebih kurang jam 6 petang tapi di Sabah kan cepat gelap. Malam tu kami dinner nasi dan ayam goreng KFC serta sayuran-sayuran yang segar dari Kundasang.
Dinner malam tu...good night...

Day 1 : Melaka - KLIA2 - KKIA - Kundasang

Flight ke Kota Kinabalu pada jam 7.50 pagi. So kena gerak jam 3.00 pagi. 3 kereta dari Melaka dan 2 kereta dari Muar. Lebih kurang jam 5.00 pagi kami tiba di KLIA2. Parking kereta di KLIA2 je untuk memudahkan tapi rate mahal lah lebih kurang RM46 per day.
Sebahagian daripada peserta rombongan
Siap semua check in, solat subuh dan terbang ke KK on time. Alhamdullilah semua berjalan lancar dan tiba di KK International Airport (KKIA) pada jam 10.30 pagi. Urusan beg selesai, kami terus ke kereta sewa yang telah sedia menunggu di Airport.
Antara kereta yang disewa. Satu lagi kereta innova
Bila semua dah settle, kami menuju ke destinasi pertama iaitu ke Jambatan Tamparuli yang jaraknya lebih kurang 1 jam daripada airport. Sebenarnya Jambatan Tamparuli ni terletak dalam perjalanan ke Kundasang. Jambatan Tamparuli ni kan terkenal dalam lagu di Sabah. So better la kita stop tengok macam mana jambatan yang famous ni. Tiba je di Jambatan Tamparuli, kami berselfie lah sekejap sambil berjalan-jalan di atas jambatan tu. Goyang juga jambatan tu.
Model Jambatan Tamparuli

Laluan kereta di bawah

Goyang jambatan ni...kalau tak gayat oklah
Selepas itu, kami singgah di masjid yang tak jauh daripada jambatan tamparuli untuk solat jamak zohor dan asar. Masjidnya agak besar tapi pagar masjid kena sentiasa tutup supaya anjing tak masuk.
Masjid Tamparuli. Sila tutup pintu nanti anjing masuk
Next destination pulak kami akan stop di pekan Nabalu untuk makan tengahari tapi tiba di pekan tu takdelah tengahari sangat iaitu lebih kurang dalam jam 3 lebih. Waktu tu dah start berkabus sepanjang perjalanan. Ada beberapa kedai muslim di Nabalu so boleh lah alas perut di situ. Selepas makan, kalau ikut plan nak singgah sebentar di Kinabalu Park tapi memandangkan dah agak lewat so kami terus je check in di homestay.

Kedai Muslim di Nabalu
Makan apalah tu ramai-ramai

Pekan Nabalu. Stop on the way ke Kundasang

Tiba di homestay permandangan sangat cantik. Boleh nampak Gunung Kinabalu tapi waktu tu awan dah tebal.

View daripada homestay
Salah satu homestay yang disewa



Tenangnya...


Selesai urusan check in, kami ke Pekan Kundasang untuk beli apa yang patut untuk makan malam. Kami beli ayam, hotdog, sayur, jagung, sayur-sayur untuk dimasak dan buat BBQ.

Jom shopping

Banyak sayur segar


Macam-macam ada
On the way balik dari shopping....Nampak gunung kinabalu

Malam tu kami berBBQ di homestay. Memang ada disediakan peralatan untuk memasak dan BBQ, so sangat mudah. Lepas makan, semua tidur awal sebab esok akan penuh aktivitinya.
Nasi, tomyam sayur, ayam bakar, hotdog & meatball for dinner

Mak & abah makan ditemani bulan

AJK BBQ...thanks Pokde & Amir
Family gathering




Good night Kundasang

Percutian Keluarga ke Kota Kinabalu - Kundasang (4h 3m) April 2017

Salam semua, kali ini adalah percutian keluarga yang terdiri daripada 24 orang daripada sebelah famili emak. Tiket telah dibeli setahun yang lepas dengan harga tiket promo. Ada yang dapat harga tiket seratus lebih ada yang dua ratus lebih untuk pergi dan balik. Kalau ikutkan sepatutnya 26 orang, tapi 2 orang tak dapat pergi iaitu adik dan adik ipar sebab baru je lepas bersalin. Punya lah lama beli tiket sampai daripada belum pregnant sampai dah bersalin. Biasalah nak grab tiket promo. Dari segi kesihatan juga, ada yang dah berkurang. 3 ahli terpaksa guna wheel chair sebab tidak berapa sihat. Waktu beli semua sihat-sihat dan fit lagi. Walaupun ada yang tidak berapa fit tapi alhamdullillah masih dapat pergi ke Sabah.


Waktu blog ini ditulis, seorang ahli keluarga iaitu busu dah tiada lagi. Nampak sangat ambil masa lama nak tulis blog ni. Arwah busu meninggal dunia selepas lebih kurang 2 bulan pulang dari Sabah. Inilah percutian terakhir bersama arwah busu. Selalu arwah memang ikut trip bercuti ke mana-mana. Mari kita sedekahkan al-fatihah pada arwah Mohd Sazali bin Rasidi. Semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.


Trip kali ini, arrange sendiri je free and easy. Program pun buat santai-santai je sebab ahli rombongan terdiri daripada pelbagai golongan. Plan asal termasuk nak pergi snorkelling gi Pulau Manukan dan Sapi tapi cancel memandangkan ada yang tidak berapa sihat.


Oleh kerana group yang besar, kami sewa 4 buah kereta iaitu 1 innova, 1 exora, 1 avanza & 1 saga. Waktu nak sewa kereta ni bukan setakat bilangan penumpang je kena cukup dengan jumlah kereta tapi kena consider juga space untuk beg-beg dan barang-barang lain. Pergi Sabah mesti nak banyak shopping kan. Nanti takde tempat pula nak letak barang. Kami sewa kereta dengan N HELZY RENT A CAR & TRAVEL. Boleh contact melalui FB mereka.


Rental Rate seperti berikut untuk 4h3m :

1 Unit TOYOTA INNOVA 2.0 (A) RM650
1 Unit PROTON EXORA 1.6 (A) RM540
1 Unit TOYOTA AVANZA 1.5 (A) RM540
1 Unit PROTON SAGA FLX 1.3 (A) RM330
*Total RM2,060*


Untuk penginapan pula, kami akan bermalam 2 malam di Kundasang dan 1 malam di Kota Kinabalu. Sebab jumlah ahli yang ramai, sewa di homestay adalah pilihan yang lebih baik. Kami sewa Homestay Almeera & Azrien di Kundasang.


Kami sewa 3 homestay di Kundasang dengan rental rate (untuk 1 malam) seperti berikut :

Homestay 1= 3bilik 2tandas RM300
Homestay  2=3bilik 1tandas RM 250
Homestay 3=4 bilik  2 Bilik air rm400


Di Kota Kinabalu pula kami sewa 3 apartment di Marina Court melalui Agoda.


Plan itinerary program seperti berikut :


Tarikh
Masa
Aktiviti
Makluman
13 Apr 2017
(Khamis)
3.00 pagi
Bertolak daripada Melaka ke KLIA2
Bilangan kereta :
·         Dari Melaka - 3
·         Dari Johor - 2
5.00 pagi
Tiba di KLIA2, check in & solat subuh
Parking kereta di KLIA2
RM 46 sehari
7.50 pagi
Terbang ke Kota Kinabalu
Sarapan di dalam kapal terbang
10.30 pagi
Tiba di Kota Kinabalu Airport
-
11.00 pagi
Ambil kereta sewa di airport
4 buah kereta :
·         1 Innova
·         1 Exora
·         1 Avanza
·         1 Saga
11.30 pagi
Bergerak ke Kundasang
Isi minyak secukupnya
1 kereta RM 50, kalau x cukup kena tambah
12.30 ptg
Melawat Jambatan Tamparuli
1 h 4 min (42.5 km) daripada Airport
2.00 ptg
Stop di Pekan Nabalu -  Makan tengahari & beli cenderahati
47 min (40.1 km) daripada Jambatan Tamparuli
3.30 ptg
Kinabalu Park (aktiviti pilihan)
17 min (13.1 km) daripada Pekan Nabalu
4.30 ptg
Check in di Almeera Homestay - solat jamak takhir & rehat
14 min (6.9 km) daripada Kinabalu Park
8.00 mlm
Makan Malam
Di Pekan Kundasang
14 Apr 2017
(Jumaat)
7.30 pagi
Sarapan di homestay
Sarapan tidak disediakan. Samada masak sendiri @ beli di kedai
8.30 pagi - 5.00 ptg
Desa Dairy Farm
18 min (6.3 km) daripada homestay
Poring Hot Spring
58 min (38.5 km) daripada Desa Dairy
Luanti Fish Spa
28 min (19.2 km) daripada Poring Hot Spring
Ladang Teh Sabah
6 min (1.4 km) daripada Luanti Fish Spa
5.30 ptg
Tiba di homestay - solat jamak takhir & rehat
47 min (33.6 km) daripada Ladang Teh
8.00 mlm
Makan Malam
Di Pekan Kundasang
15 Apr 2017
(Sabtu)
7.30 pagi
Sarapan di homestay
Sarapan tidak disediakan. Samada masak sendiri @ beli di kedai
8.30 pagi
War Memorial Park (aktiviti pilihan)
3 min (800 m) dari homestay
10.00 pagi
Check out dari homestay
-
12.00 ptg
Rumah Terbalik & lunch
1 h 15 min (59.5 km) daripada Kundasang
3.00 ptg
Check in homestay - Marina Court, solat jamak takdim
42 min (34.5 km) daripada Rumah Terbalik
4.30 ptg
Jalan-jalan Bandar Kota Kinabalu
·         Pasar Filipina
·         Makan Malam Dataran Todak
-
9.00 ptg
Balik bilik, solat, kemas barang & tidur
-
16 Apr 2017
(Ahad)
3.15 pagi
Checkout & gerak ke airport
-
4.00 pagi
Tiba di airport, pulang kereta & check in
12 min (7.4 km) dari homestay
6.15 pagi
Terbang ke Kuala Lumpur
Sarapan di dalam kapal terbang
8.45 pagi
Tiba di KLIA2
 




Sewa kereta, accomodation dan itinerary dah settle so jom kita ke Sabah...