Sunday, 16 February 2025

Percutian Langkawi - Koh Lipe Thailand (26-30 Jan 2025)

Salam semua, kali ini nak share percutian keluarga ke Langkawi dan Koh Lipe Thailand sempena Cuti Chinese New Year 2025. Percutian 5 hari 4 malam ini disertai oleh 8 peserta. Sebenarnya dah lama teringin nak ke Koh Lipe Thailand sebab dikatakan antara pulau yang cantik ala-ala Maldives versi Thailand. Kecil je Koh Lipe ini lebih kurang 2km persegi dengan population lebih kurang 1000 orang. Untuk ke Koh Lipe ini ada 2 cara sama ada naik bot dari Pak Bara Satun Thailand atau dari Pulau Langkawi Kedah. Kami memilih untuk pergi dari Langkawi sebab tak sanggup nak hadap jam di border masuk ke Thailand cuti-cuti public holiday ini.

Bagi teaser dulu....family photo di Koh Lipe, Thailand

Lokasi Koh Lipe & route feri dari Langkawi (credit to BangkokAttractions.com)

Persiapan agak lewat dibuat kira-kira sebulan sebelum sebab kena confirmkan beberapa perkara sebelum bercuti. Time kami pergi ke Koh Lipe (Jan) adalah peak season dan banyak hotel yang dah penuh dan rate agak mahal. Koh Lipe ditutup dari bulan Jun-Oct sebab monsoon (low season) dan dibuka dari Nov-May (high season). Setelah survey hotel, kami pilih untuk check in di Varin Beach Resort sebab dekat dengan immigration counter dan walking street. Kami stay 2 malam dan book melalui Varin website dengan rate 24000 baht (RM 3200) utk 4 bilik villa (RM 400 semalam untuk 1 bilik).

Top view Varin Beach Resort....dekat dengan jeti dan walking street

Untuk tiket feri ke Koh Lipe pula kami book di Telaga-Terminal website dengan harga RM300 seorang pergi balik. Feri akan berlepas dari Telaga Harbor International Terminal. Ada juga pilihan dari provider bot lain yang berlepas dari Kuah tapi rate lebih mahal.

Ini feri kami ke Koh Lipe dari Langkawi

Kami akan stay 2 malam di Langkawi iaitu pada hari pertama tiba di Langkawi dan malam terakhir setelah tiba dari di Koh Lipe. Malam pertama kami stay di Ombak Villa yang di booking melalui Trip.com dan malam terakhir kami stay homestay di Kuah (dah takde bajet hehe) yang dibooking melalui Agoda.

Stay 1st night Langkawi di Ombak Villa (tapi kami stay di Garden Deluxe bukanlah Water Villa)

Kami juga sewa 2 buah kereta (jenis Bezza/Vios/Almera) dengan harga RM110 sehari dengan Pakej Bajet Murah Langkawi. Boleh cari di FB. Kami booking untuk 2 hari bagi memudah perjalanan sepanjang di Langkawi.

Untuk ke Langkawi pula, kami pilih untuk naik flight je dari KL. Tak sanggup rasa nak drive dari Melaka pastu sambung dengan feri ke Langkawi pula. Kami pilih untuk naik Air Asia dan flight kami agak mahal sebenarnya dalam RM4++ (termasuk luggage) sebab lambat booking dan kena tarikh school holiday dan cuti Chinese New Year.

Antara persediaan lain, pastikan passport dalam keadaan baik dan masih valid 6 bulan, tukar duit baht sebab perbelanjaan di Koh Lipe kebanyakkan cash (maklumlah pulau), bawa sekali plug universal ya sebab plug point di Thailand lain dari Malaysia. Ok persediaan dah cukup jom Langkawi Koh Lipe sebagai pembukaan trip jalan-jalan 2025.

Matawang Baht

Type socket di Thailand


Day 1 : KLIA2- Langkawi (26 Jan 2025)
Hari yang ditunggu pun telah tiba. Flight kami ke Langkawi pada jam 12.00pm. Jam 8 pagi dah gerak dari Melaka, better sampai awal dari sangkut jam. Jam 9.30 pagi dah tiba di KLIA2 dan kita breakfast dulu. Flight Alhamdullilah berlancar lancar, tenang dan kami tiba di Langkawi airport lebih kurang jam 1 lebih. Kereta sewa telah sedia menunggu dan jom kita jalan-jalan Langkawi.

Jom breakfast dulu

Alas perut je sebelum makan di Langkawi

Jimat steps....buggy kan ada

Jom fly...cloudy sikit hari ni....

2 kereta sewa dah ready di Langkawi Airport...jom jalan Langkawi

Tempat pertama yang dituju kita lunch dulu. Kami lunch di Kak Yan Nasi Campur. Antara kedai makan yang popular dan harga berpatutan di Langkawi. Lauk di sini agak banyak tapi waktu kami tiba banyak yang dah habis tapi still boleh makan.

Jom Kak Yan Nasi Campur....tak jauh dari airport

Antara lauk yang diambil....siakap bakar sebelah RM28....mahal ke murah?

Jom pekena ice-cream pal litt depan kedai Kak Yan...time panas lit lit memang sedap

Lepas lunch kami terus check in di Ombak Villa Hotel. Rehat dan solat dulu, nak jalan-jalan Langkawi cuaca agak panas terik.

Jom check in....tanglung sempena Chinese New Year

Minum welcome drink sambil tunggu bilik...open concept lobby

Nak mandi laut ke pool?

Bilik ok besar...

Mandi bath tub je la

Dalam jam 5 kami keluar untuk minum petang cari laksa, tapi kami tak pergi ke Laksa Ikan Sekoq tu sebab laksanya agak cair so kami ke Pantai Penarak cuba laksa di sana. Alhamdulillah kena dengan selera kami.

Minum petang di sini

Ini Pantai Penarak Langkawi ya bukan Koh Lipe

Air surut pukul 5 petang

Ceria minum petang tepi pantai

Lai chi kang suam.....jaga suara tak minum ice hehe

Laksa Pantai Penarak

Alhamdullilah licin....jom balik hotel

Lepas minum petang, kami ronda-ronda kawasan hotel sebelum maghrib. Hotel yang cantik tapi stay semalam je. Next time boleh repeat kalau ada rezeki.

Depan water villa

Tenang je...

Pool & cafe

Malam pula kami dinner di Rumah Makan Jebat. Restoran yang terletak di kawasan paya bakau tapi waktu malam tak nampak lah payau bakau tu.

Jom dinner Rumah Makan Jebat

Di sekiling pokok bakau...

Menu tradisional Melayu boleh tahan pedas....

Set siakap sekor

Malam kami tidur awal dan berehat sebab esok nak kejar feri untuk ke Koh Lipe pula.

Day 2 : Langkawi - Koh Lipe
Feri ke Koh Lipe dari Telaga Harbor International Terminal jam 9.30 pagi, so jam 7.30 pagi kami dah start breakfast di hotel sebab jam 8.30 pagi dah kena check out dan gerak ke terminal feri.

Good morning Langkawi

Ambil gambar dulu depan bilik before pergi breakfast

Kami antara yang terawal breakfast

Omelet cheese wajib...

Emak yang sentiasa muda....jom check out

Jarak dari Ombak Villa ke terminal feri lebih kurang 15 minit (antara sebab kami stay di Ombak Villa). Kami tiba di terminal feri lebih kurang 8.45 pagi time tu orang dah ramai sebab feri full house. Tiba di Terminal Feri first sekali kena check in dan ambil boarding pass. Sementara tunggu boarding, kena isi dulu arrival card yang warna putih (kad yang sama macam white card masuk ikut land boarder bezanya nanti tak perlu nak selit duit RM). Kereta sewa kami pulangkan dan parking di Petronas Station sebelah terminal feri.

Ini bangunan terminal feri ke Koh Lipe

Pulangkan kereta sewa parking di Petronas Station sebelah terminal building

Ambil boarding pass dan Thailand Arrival Card di kaunter ini

Ferry full house...ramai tengah tunggu nak boarding

Pukul 9 lebih, kaunter immigration buka dan kami start beratur untuk boarding ke feri. Passport akan diambil oleh pihak feri selepas settle immigration sebelum masuk ke feri. Passport nanti akan diserahkan semula bila tiba di Koh Lipe. Seat di dalam feri adalah free seating. Feri selesa, besar dan sejuk. Perjalanan ke Koh Lipe ambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Digalakkan ambil pil mabuk sebelum naik feri untuk mengelakkan mabuk laut sebab ombak agak kuat juga. Feri gerak lebih kurang jam 10 pagi delay sikit sebab orang agak ramai.

Ok jom masuk kaunter Immigration

Ferry kami ke Koh Lipe, Thailand....besar

Kena pilih tempat duduk sebab free seating

Semua dah dapat seat...jom tidur sampai Thailand...

Lebih kurang satu setengah jam kemudian, Koh Lipe sudah kelihatan. Untuk ke pulau, kena naik transfer boat (guna long tail boat) sebab feri tak boleh rapat ke pantai.

Dalam transfer boat untuk ke pantai Koh Lipe

Kami naik long tail boat ini tadi

Ok jom ke Thailand

Tiba di pantai Koh Lipe, kami dikumpulkan di khemah Immigration Counter dan tunggu nama dipanggil sorang demi seorang untuk ambil passport dan ke kaunter Immigration. Selepas itu kena ke kaunter Taman Laut untuk bayar fee Taman Laut sebanyak 200 baht seorang. Fee ini wajib dan kena simpan tiket sepanjang berada di Koh Lipe ini. Alhamdullilah proses berjalan lancar dan urusan dapat diselesaikan kurang dari sejam sebab nama kami dipanggil dalam group yang agak awal.

Yeah dah sampai oversea

Immigration counter yang paling sempoi

Jangan lupa bayar fee ini kalau tak boleh didenda nanti

Settle urusan, bag kami dibawa oleh pekerja Varin Hotel ke lobi. Jarak hotel kurang dari 10 langkah je dari Immigration Counter. Kami dibenarkan check in jam 2 petang, so kami jalan-jalan di Walking Street sambil cari lunch. For info, waktu di Thailand lewat 1 jam dari Malaysia so sila betulkan jam anda.

Sila cari beg anda...harap tak jatuh dalam laut

Jom ke hotel....dekat je

Lobby hotel....open concept juga...

Jalan sepanjang walking street banyak je halal food. Kami pilih makan di kedai yang macam food court, macam-macam ada di sini dan semestinya Thailand food. Rambang mata nak order haha…

Jom explore Koh Lipe walking street

Peserta rombongan jalan-jalan cari makan

Banyaknya kedai massage

Kita stop lunch sini

Menu wajib...tak sah kalau mai Thailand ni

Green curry...pedas

Pad krapow yang sangat pedas

Tomyam putih sedap

Tomyam merah yang pedas

Pad thai noodle agak manis pula

Nutella pancake

Banana pancake

Penuh meja hehe

1st lunch di Koh Lipe....semua benda teringin nak makan....Alhamdullilah

Lepas makan, kami check in dan rehat di hotel dulu. 

Withdraw duit dulu guna WISE card.....cash dah menyusut after lunch hehe

Jom check in cari bilik

Ok ini bilik kami....total 4 unit...

Ok dalam selesa...yang penting aircond sejuk

Swimming pool pun ada hotel ni kalau nak berendam

Jam 5 petang kami keluar jalan-jalan brisk walk sepanjang pantai. Hotel kami terletak di Pattaya Beach. Ada Sunrise Beach dan Sunset Beach di pulau Koh Lipe ni.

Entrance Walking Street sebelah je dengan hotel...tapi ada juga short cut dari tepi hotel

Wefie dulu...

Wefie lagi....tak cukup korum sebab ada yang tidur di bilik

Long tail boat

Banyak hotel sepanjang pantai

Lagi barisan long tail boat...

Jam 6 petang, kami naik tuk-tuk untuk ke Sunset Beach konon-konon nak tengok sunset. Caj tuktuk 50 baht seorang sehala. Boleh je kalau nak jalan kaki tapi agak jauh dan lalu jalan kampung di Koh Lipe ni. Layan sunset se-round dua pastu kami gerak balik ke Walking Street.

Ok jom sambung explore Walking Street...panjang juga sebenarnya..

Weed ini halal di Thailand...open je jual

Sedap sotong ni...betul tak tipu....kena pula dengan sos hijau nya...

Halal ya...muslim yang jual

Lempeng kelapa tapi kami tak cuba sebab kenyang...

Kulit ayam pun ada untuk tambah kolestrol

Booking snorkeling untuk esok tapi tuan kedai tidur dia bagi free je....

Ok jom naik tuk tuk ke sunset beach

Photo group sunset Koh Lipe

Photo couple sunset pula...

View sunset dengan tail gate boat di Koh Lipe

Dah sunset pun ada yang berendam lagi

Dah jom balik maghrib apa lepak-lepak ni...

Kami minta tuktuk stop di Restoran Tasneem, kedai makan halal yang popular di Koh Lipe sebab sedap dan murah. Tiba di Koh Lipe kena cuba kedai ini ya.

Restoran Tasneem yang popular di Koh Lipe

Antara fresh seafood yang boleh dipilih

Hasil tangkapan....sedap ikan jenahak bakar ni

Somtam yang diorder minta kurang pedas

Tomyam seafood putih tak pedas langsung pula haha

Sotong goreng tepung

Tengah sedap makan black out pula

Settle makan baru ada electric semula...normal berlaku di pulau

Lepas dinner, kami jalan kaki je sepanjang Walking Street layan vibe Koh Lipe sehingga ke hotel.

Jom bakar kalori lepas makan

Makin malam makin meriah

Dimsum dan pau pun ada dijual....tengok je sebab kenyang..

Burger Romlee ya...

Jom balik tidur

Good night Koh Lipe tidur awal sebab esok nak snorkeling.

Day 3 : Snorkelling Koh Lipe
Pagi jam 8 kami breakfast di cafe hotel. Banyak juga pilihan makanan yang penting pandai-pandai pilih yang halal. Pekerja Varin (yang muslim) kata makanan di cafe halal tapi bergantung pada keyakinan masing-masing.

Good morning....brisk walk di Pantai Koh Lipe dulu before breakfast

Zoom sikit no plate long tail boat ni....

Mendung sikit pagi ni....

Jalan sampai ke resort yang hujung sekali....

Ok jom breakfast

Antara makanan yang boleh dimakan

Lepas breakfast jam 9.30 pagi kami dah ready untuk snorkeling trip. Snorkeling trip ini kami book sehari sebelum di kedai di Walking Street (banyak pilihan yang penting rajin survey). Pakej snorkelling private boat siap halal lunch dan snorkeling set ialah 4500 baht. Ada 5 point stop sepanjang trip yang bermula jam 9.30 pagi sehinggi jam 2@3 petang. Private trip so boleh ikut time kita. Kami naik long tail boat sepanjang snorkeling trip ini. Cuaca agak redup berbanding hari pertama kami tiba yang agak panas. Sewaktu perjalanan ke point pertama hujan gerimis dan ombak agak kuat juga. Mencabar dan takut-takut juga tapi pengalaman lah untuk kami. So layan lah photo snorkeling trip kami ini ya. Malangnya tiada gambar undewater sebab camera 360 hilang maybe tertinggal waktu di Telaga Terminal semalam. Pasrah je tiada rezeki dengan camera itu lagi. Apa-apa pun underwater Koh Lipe agak cantik banyak ikan dan coral.

Ok jom snorkeling trip naik boat ni

Mana lagi yang lain ni....captain dah tunggu...

Dah cukup korum jom gerak

Ombak kuat semua dah cuak....

Berlumba dengan bot sebelah..

Lega dah sampai 1st point

Tengah ready nak snorkeling ni....

Jom snorkeling tepi pantai je pulau tengah laut banyak ikan & coral....

2nd point di tengah laut dalam air hijau....

Underwater sini lagi cantik dari 1st point tadi

Snorkeling sampai lebam hehe

Penat lepak dalam bot...

3rd point lepak sini pantai cantik

Ambik gambar dulu....dah hitam muka

Tumpang lunch di pondok ni

Ini pack lunch kami...air tu bawa sendiri ya beli di 7E

Lepas lunch mandi laut se-round

Point ke-4 pantai batu hitam

Wefie dulu....

Wefie lagi...mana sorang lagi ni?

Sorang lagi dalam bot tak turun....

Nama sebenar pantai batu hitam

Berehat-rehat di atas batu...

Kuat angin atas pantai batu ni...

Batu hitam cantik

Kena air lagi tambah cantik dan kilat

Dah jom balik....

Jangan ada yang bawa batu balik....larangan taman negara

Ok bye pantai batu....panjang ekor bot jenis ni...

Last point (point ke-5).....mampu tengok je tak larat dah nak snorkeling tengah laut....dah petang ombak lagi kuat...

Dah jom balik....ombak kuat....t-shirt pun tulis 'ride the wave'...so layan..

Lebih kurang jam 2 petang kami dah kembali ke bilik, rehat dan solat sambil tunggu redup untuk sambung jalan-jalan Koh Lipe lagi. Jam 5 petang, kami keluar lagi explore Walking Street sambil cuba street food yang ada dan lepak makan ringan-ringan di kedai halal yang ada.

Beli hati & pedal ayam

Survey-survey untuk dinner nanti

Lepas tu kami naik tuk-tuk (50 baht seorang) ke Zodiac Resort yang terletak utara Koh Lipe untuk layan sunset di sini pula. Zodiac beach ni antara yang tercantik di Koh Lipe tapi happening sangat dengan bar dan mat salleh nya.

Top 6 beautiful beach in the world

Family photo dulu sebelum sunset

Family photo with sunset

Layan sunset

Our sunshine (abah & emak)

Dah jom balik ada party pula sini

Lepas layan sunset kami kembali ke Walking Street untuk shopping 7E dan souvenir sikit. Memang wajib borong di 7E bila berada di Thailand ini.

Jom 7E...ada 2 je kedai 7E di Koh Lipe ni

Section halal food

Burger wajib beli...sampai kosong kami borong

Jajan halal pun banyak...

Dinner pula di Bung Ron Restaurant antara restoran halal yang famous di Koh Lipe ini.

Jom pilih-pilih lauk dinner

Kerang sebesar tapak tangan

Oyster pun besar-besar

Siakap masak kengsom

Jenahak bakar

Pandai & sedap budak ni menyanyi

Lepas dinner, jalan-jalan lagi di Walking Street, balik bilik dan packing barang-barang sebab esok check out dan kembali ke Malaysia. Meriah malam last ini sebab malam sambutan Chinese New Year adalah juga bunyi mercun dan bunga api. 

Meriah kawasan resort tepi pantai

Good night Koh Lipe...


Day 4 : Koh Lipe - Langkawi
Pagi jam 8 kami dah start breakfast dan jam 9 pagi ready to check out. Feri balik jam 10.30 pagi tapi kena beratur awal untuk collect boarding pass dan beratur di Immigration kaunter. Nasib baik sebelah je dengan hotel so sangat convenient dan tak perlu rushing.

Good morning...pagi ni cuaca cerah

Kita breakfast dulu sebelum check out

Jom makan

Dah mari beratur Immigration....panjang dah barisan

Bila feri dari Langkawi sudah tiba dari Malaysia lebih kurang jam 10 pagi, kami pun dah start boarding. Kali ini untuk boat transfer ke feri kami guna speedboat. Penuh juga feri ini lebih kurang sama waktu pergi. Pelbagai warganegara ada sebab nama negara disebut setiap kali nama dipanggil untuk collect passport. Waktu ke Langkawi, passport dikembalikan semula sewaktu dalam bot.

Ok feri dari Langkawi dah sampai

Beg pun dah ready dalam bot...jangan ada yang jatuh laut sudah

Lepak dulu sambil tunggu turn naik bot

Waktu check in dapat kad ini so tunggu turn nombor bila dipanggil ke bot

Kali ini naik speed bot ke feri...bye Koh Lipe...

Lebih kurang sejam setengah perjalanan kami selamat kembali ke Malaysia dan tiba Langkawi. Kereta sewa juga telah menunggu dan kami collect di Petronas Station sebelah terminal.

Kereta sewa dah ready menunggu

Bye feri Koh Lipe (yang belah kiri)...banyak juga private yang parking sini

Perut dah lapar kita jalan-jalan cari makan di Langkawi pula. Kami lunch di Crab Farm. Makanan agak sedap especially udang tapi servis agak lambat juga walaupun tak ramai. Apa-apa pun Alhamdullilah.

Jom lunch di Crab Farm

Sessi tangkap udang

Sessi tangkap ketam tapi tak boleh lah guna tangan

Kolam crab farm

Sedap udang ini masak Phat Phet

Ketam nipah salted egg

Ketam bunga steam dua beradik

Laktut pun sedap

Fokus menghadapi juadah

Lepas lunch, kami terus check in homestay di Kuah untuk berehat dan solat. Petang ada yang keluar jalan-jalan tengok sunset di Pantai Cenang dan ada yang tidur berehat je di homestay.

Check in homestay di pekan Kuah

Booking gi AGODA homestay 4 bilik

Seaview dari balkoni tingkat atas

Ramai juga orang di Pantai Cenang

Sunset di Pantai Cenang Langkawi pun cun

Lepas maghrib, kami shopping coklat pula di Haji Ismail Group Mall. Banyak coklat murah-murah rambang mata kami nak beli.

Jom shopping

Coklat murah-murah

Antara coklat yang mesti beli

Malam kami sambung dinner di Restoran Disaji dekat dengan HIG Mall. Makanan boleh tahan sedap tapi kena banyak bertabah sebab servis agak lambat walaupun tak ramai orang.

Dinner di sini

Lepas makan kereta tak boleh start pula...kena tunggu runner kereta sewa datang


Day 5 : Langkawi - KLIA
Last day trip, flight balik jam 1.35 pm. Jam 10 pagi kami check out dan terus brunch di Restoran Nasi Dagang Pak Malau. Setiap kali ke Langkawi mesti singgah kedai ini untuk makan nasi dagang.

Jom brunch di Nasi Dagang Pak Malau

Sila order pilih lauk apa

Best

Jom makan

Group photo lepas makan

Ada tempat cun untuk ambik gambar

Dengan pokok kelapa sebatang

Mak dan adik bongsu & wife

Klasik kereta ni....dulu-dulu datang ok lagi

Settle makan, kami terus ke airport. Pulangkan kereta sewa di airport. Check in luggage dan tunggu masa untuk flight. Alhamdullilah flight berjalan lancar dan masing-masing selamat pulang ke sarang. 

Pulangkan kereta di airport

Rehat dulu sambil tunggu boarding

Ini flight kami AA (body plane iklan UTM)

Dah jom balik esok kerja

Sekian penceritaan pengalaman percutian singkat kami jalan-jalan cari makan ke Langkawi - Koh Lipe. Bercuti ke Koh Lipe adalah tujuan utama sebenarnya sebab Langkawi sudah beberapa kali pergi. InshaAllah ada rezeki kita bercuti lagi. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit panduan kepada yang ingin bercuti ke Koh Lipe, Thailand. Sawasdeekhap...

No comments:

Post a Comment