Wednesday, 1 January 2025

Cuti-cuti Perlis 2024

Salam semua, kali ini nak share pengalaman percutian penutup tahun 2024 ke negeri paling utara di Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Perlis Indera Kayangan. Negeri yang underrated tapi banyak tempat yang menarik sebenarnya. Bila kata nak gi Perlis je orang tanya buat apa gi Perlis, ada kenduri ke? Macam pelik bila sebut nak bercuti jalan-jalan ke Perlis. 2024 adalah tahun melawat Perlis sebenarnya tapi maybe kurang promo so ramai yang tak tau. Thanks to influencer Ume Cikin yang telah mempopularkan Perlis sehingga ianya menjadi destinasi percutian keluarga kami bagi penutup tahun 2024 ini. Belanja photo teaser sikit..gambar yang kami ambil di Perlis...

Sawah padi...

Tasik Timah Tasoh

Wang Kelian View Point

Trip Plan Perlis (21-25 Dis 2024) lebih kurang macam ini :

21/12/24 - Traveling to Perlis. Check in @ homestay Perlis

22/12/24 - Jambatan Pelangi, Kg Pelangi, Nipah Klasik, Kg Wai, Pantai Pulau Ketam, Kangar Street Art

23/12/24 - Wang Kelian View Point, Gua Kelam, Padang Besar, Kilang Gula, Tasik Timah Tasoh

24/12/24 - Gunung Jerai, Lunch Itik Yan. Check in Kajang/KL

25/12/24 - Pulang ke sarang

Untuk penginapan di Perlis, kami booking 1 homestay 4 bilik melalui FB Heaven Republic Homestay dengan kadar harga RM400 semalam. Rumah yang cantik dan selesa. Kami stay untuk 3 malam.

Ok homestay dah ada jom kita gerak ke Perlis…

Day 1 : Melaka - Perlis (21/12/2024)
Kami dua kereta bergerak dari Melaka jam 5.30 pagi. Plan gerak sebelum subuh sebab perjalanan jauh dan dijangka akan jem sebab cuti sekolah dan cuti Krismas. 1 kereta akan pick up 2 family member di Kajang dan akan berkumpul semula untuk breakfast bersama. 1 group lagi akan naik flight ke Penang dan sewa kereta di sana untuk ke Perlis. 1 orang pula akan naik bas dari TBS pada jam 5 petang dan akan tiba di Perlis pada jam 2 pagi nanti. Total peserta Perlis kali ini seramai 13 orang.

Sewaktu tiba di highway Plus area Rawang, jalan sudah mula jem dan kereta bergerak perlahan, so kami decide untuk detour guna WCE highway. WCE highway ni boleh bypass banyak tempat sepanjang highway Plus sebab last exit WCE nanti di Changkat Jering Taiping. Memang kalau ikut jarak agak jauh sikit sebab lalu Kuala Selangor, Sekinchan, Lumut baru ke Taiping tapi yang penting jalan smooth.

Dah start jem

Kita detour ikut WCE instead of PLUS highway

View lawa lalu WCE

Sebab dah lalu WCE, kami stop breakfast di Pantai Batu 23 Sungai Nibong. Cantik juga pantai ni dan breakfast nya pun sedap dan murah.

Kedai makan di tepi laut

Laut yang tenang Pantai Batu 23, Sg Nibong Tanjung Karang

Antara peserta-peserta trip Perlis

Lempeng dan roti canai

Nyaman breakfast nasi lemak tepi laut

Next jom sambung jalan, kami memecut guna WCE tapi sebab ada yang guna EV car so stop kejap di charging station exit Changkat Jering Taiping.

Bagi kereta makan pula...

Start je masuk highway Plus dah jem dan kalau ikut waze 4 jam baru sampai Perlis, so kami layan jem bawa slow-slow. Sampai area Penang, perut pun dah lapar balik so kami decide masuk pulau makan nasi kandar. Tiba-tiba je sampai di Deen’s Maju…jom layan nasi kandaq….

Jom mai Penang...

Beratur sat...nasib baik time kami sampai tak panjang sangat baris

Nak makan apa ya?

Jom makan nasi kandaq...

Menu pilihan memang surr....terbaik

Alhamdullilah dah kenyang, kita sambung lagi perjalanan ke Kangar Perlis…kami selamat check in homestay pada jam 8 malam.

Alhamdullilah dah sampai Perlis

Check in dulu homestay

Ruang tamu yang luas

Sila pilih bilik masing-masing

Bilik master untuk family yang ramai

Ada lagi bilik

Hall atas

Untuk dinner pula, kami tapau je dari The Kabin Kangar, banyak juga pilihan makanan tapi kena sabar menunggu.

The Kabin Kangar

Lepak sambil tunggu food...

Sekian kisah perjalanan hari pertama yang sejauh 700 KM ini. Alhamdullilah semua selamat sampai di Kangar, Perlis. Esok kita start explore Perlis…

Day 2 : Explore Perlis
Pagi kami keluar agak lewat sikit sebab masing-masing penat travelling semalam. Kami keluar breakfast dalam jam 10.30 pagi di Warung Tepi Sawah. Tempat yang agak viral, waktu kami sampai orang agak ramai tapi still dapat tempat tapi makanan dah banyak yang habis. Lepas breakfast kami ambil angin di sawah padi…so sila layan photo ya…

Jom explore Perlis hari pertama...

Breakfast di Warung Tepi Sawah

Betul-betul tepi sawah ya..jom makan dulu

Roti telur sarang burung

Pekena teh buih, roti sangkaya dan pulut ayam

Makan layan view sawah

Pak Tam healing sambil makan

View tepi warung...barulah macam Perlis

Ok pilih anda negeri yang mana...macam terbalik je

Memang healing layan view

Ku lihat Hijau

Photo di tengah bendang

Pak Tam bawa cari snake & insects di bendang

Photo with baby comel

Ni pun comel...

Bukti abah di Perlis

Family photo...kenangan di bendang Perlis

Lepas puas bermain di bendang, kami ke Kampung Warna Warni yang terletak di Kuala Perlis. Konsep macam kampung warna warni di Malang Surabaya. Kampung ini meriah dan cantik berwarna warni, terhasil selepas covid di mana cat-cat ditaja oleh kerajaan negeri. Kampung ini agak besar ada 7 buah kampung. Untuk explore kampung ini boleh berjalan kaki, naik choley (motor beca) atau van ala-ala tuk tuk.

Choley No. 1...RM 35 untuk satu choley pusing kampung

Choley No. 2

Choley No. 3

Jom choley gerak

Ronda kampung sat

Antara kampung yang ada

Pusing satu kampung

Jom naik jambatan ke kampung seberang

Jambatan pun colorful

Naik atas lagi...

Gayat ke tu?

Kawasan tengah jejantas jambatan...agak luas

Family photo wajib bagi yang naik jambatan

View Kuala Perlis

Memang cun...layan view dan angin laut

Kampung air nelayan Kuala Perlis

Jom turun jambatan

Berehat bawah jambatan

View tepi jambatan sambil cari fish and snails

Ronda kampung lagi

Singgah rumah Perlis sat...

Eh rumah Johor pun ada....kampung ni semua rumah negeri ada....

Buggy car club golf yang tak digunakan lagi

Penat ronda kita pekena Mokti's pula

Made in Perlis rupanya...boleh tahan sedap...

Cucur ni pun sedap....1 seringgit beli di tepi Jambatan Warna Warni...lebih banyak udang dari tepung

Belanja view Kuala Perlis dari jambatan tadi...

Lepas explore Kampung Warna Warni, kami balik ke homestay dulu untuk berehat dan solat. Lebih kurang jam 4.00 petang kami gerak ke Nipah Klasik untuk late lunch/minum petang. Nama pun dah klasik tempatnya memang klasik dan unik.

Jom jalan lagi waktu petang

Nipah Klasik pula...

Jom masuk dalam

Jalan masuk ke kawasan restoran...penuh nipah

Boleh naik sampan di sebelah sana ya..

Inilah buah nipah

Proses mengambil air nira dari buah nipah

Ada nyamuk tak tu makan dikelilingi pokok nipah

Laksa dan laici kang...

Laksa sarang dan air nipah....not bad air nipah tak manis sangat

Mee rebus pun sedap

Ada sawah padi sebelah Nipah Klasik ni...boleh healing tengok bendang juga

Next, kita ke Kampung Wai pula layan view tepi sungai. Mula-mula sesat masuk Kampung Wai jauh ke dalam tapi rupanya kena waze ke Dataran Kampung Wai. Sampai sana sudah hampir ke senja so layan sunset yang cun.

Landmark Kampung Y

Tengah cari ikan

Best mandi air ni

Layan view...

Kalau datang awal boleh naik bot pusing sungai

View dari jambatan

Tenang dan damai....

Tak tahu nak letak caption apa..semua view cantik-cantik

Semua bendera negeri ada...baguslah Perlis ni...baru lah 1 Malaysia

Bendera negeri kita

Emak dan anak....sama ke serupa?

Layan sunset Kampung Wai

SubhanaAllah...cahaya maghrib

Hanya di Kampung Wai Perlis

Lepas itu kami ke Pantai Pulau Ketam. Plan nak layan sunset sana tapi sebab dah terlama di Kampung Wai, tiba di Pantai Pulau Ketam hari sudah hampir gelap. Banyak kedai makan sini tapi kami masih kenyang lagi so decide untuk balik ke Kangar dan ronda-ronda Kangar waktu malam.

Landmark batu Pantai Pulau Ketam

Ada budak kena sepit ketam....tolong....

Pantai Pulau Ketam...berbatu-batu

Layan sunset...

Ambik gambar guna phone pun dah cantik...

Layan view

Sunset di hujung laut

MashaAllah...

Antara kedai makan Pantai Pulau Ketam

Banyak pilihan kedai

Kami stop di Kangar Street Art dan ambik gambar sekeping dua.

Dah sampai Kangar Street Art....eh takde orang pun

Ada dua je pelancong ni..

Beberapa minit kemudian....barulah nampak meriah sikit

Baik-baik lompat tu...jatuh nanti...

Nak cendol satu dik...

Ada pun promo Visit Perlis 2024/25

Antara artwork yang ada....

Buffalo boy

Bas station Kangar ke ni?

Dinner pula kami ke UTC Food Cabin, tempat yang agak besar tapi banyak stall yang tutup dan orang pun tak berapa ramai. Memang tenang Kangar ini. Kami dinner di sini tapi servis agak lambat walaupun tak ramai orang so kena sabar.

Dinner di UTC Food Cabin Kangar

Day 3 : Explore Perlis lagi
Pagi ini kami gerak awal sikit, jam 8.30 pagi tayar dah bergolek untuk keluar breakfast. Kami breakfast di Dusun Nakawan. Tempat breakfast yang unik jauh di tengah-tengah dusun. Tempat yang menarik dan makanan yang sedap.

Jom ronda Perlis hari ke-2...Gunung Daik bercabang 2 ke ni?

Tiba di Dusun Nakawan...dah penuh kereta

Rilek tempat ni...jalan masuk ke restoran akan ada signboard kuning macam ni

Ini kedai makannya di tengah dusun

Meja 1 dah penuh

Geng meja lain...full house kedai ni tapi pantas juga lah

Teh buih mesti ada...nampak macam potong kaki tapi tak manis sangat

Peknga @ Lempeng di Perlis

Roti arab telur goyang

Pulut nyior ikan kering

Ada durian besar sini...

Dusun Nakawan

Lepas breakfast kami ke Wang Kelian View Point yang terletak di Wang Kelian sempadan Thailand. Kalau nak cross border boleh ikut Wang Kelian untuk ke Satun Thailand. So layan view Wang Kelian yang cool ni…

Dah sampai di parking Wang Kelian View Point

Kebetulan ada kereta yang baru terbakar sehari sebelum....total lost nissan grand livina

Entrance ke view point kena bayar tiket RM 2 dewasa dan RM1 kanak-kanak

Naik buggy ke atas RM3 per person 2 ways....nak jalan kaki pun boleh je

Jom gerak ke view point

Ada gerai jualan juga di view point

Tasik Timah Tasoh kelihatan dari kejauhan

Laluan jalan raya Wang Kelian boleh sampai Thailand tu

Amaran untuk monyet

Cool angin pun kuat sini

Gambar wajib bukti kehadiran...pun tak cukup korum ni

Emak dan abah

Baru cukup korum....1 family adik je yang tak dapat join....next time InshaAllah

Model Wang Kelian....semoga sentiasa berwang banyak....

Bersama frog yang mencari rezeki...hidup ini keras..

Random family photo....

Ini ketinggian view point....boleh abaikan model atas tu

Next, kami ke Gua Kelam yang terletak tak berapa jauh dari Wang Kelian view point. Menarik juga Gua Kelam ini…boleh try explore.

Jom explore Gua Kelam Perlis

Ada tempat untuk anak-anak mandi manda di luar kawasan gua

Abah tak masuk tolong jaga pintu gua...

Ini entrance ke Gua Kelam. Kena bayar RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak

Muka berdebar nak masuk gua...

Kelam ke tak dalam gua ni?

Walkway tak panjang lebih kurang 370M one way

Tak kelam pun....ada lampu

Lampu warna purple...

Lampu biru pula

Lampu warna warni dalam gua

Ada sungai bawah walkway ni....boleh dengar deruan air mengalir

Gambar kelam di Gua Kelam

Settle one way perjalanan gua....rehat dulu sebelum patah balik

Ok jom balik...370M lagi jalan dalam gua

Antara taman di Gua Kelam

Destinasi seterusnya kami ke Padang Besar untuk shopping. Agak jem juga pekan Padang Besar ini. Kali ini kami shopping di Padang Besar Street open shopping complex ala-ala Elmina. Tempat shopping yang besar dan selesa. Barang-barang Thailand pun banyak di sini.

Hmm....nak gi Padang Besar ke Thailand ni?

Sesak sikit jalan ke Padang Besar Street

Entrance masuk...

Luas, selesa dan banyak kedai jual barang ala-ala Thailand di sini....

Food court untuk makan-makan

Boleh borong....

Kekacang wajib ada

Benda yang dicari 3 paket RM20....air susu Meiji pun sama harga...bolehlah tak perlu masuk Thailand lagi

Lepas puas bershopping, kami singgah solat di Masjid Osmaniah tak jauh dari pekan Padang Besar dan lunch di Restoran Warong Selera Bt 20 bersebelahan dengan masjid.

Ok sedap dan murah kedai ni

Lauk paling best gulai daging batang pisang

Next, kami ke Kilang Gula pula. Kilang Gula ini dah tutup sebenarnya dan ladang-ladang tebu dah tak ada lagi. Kami stop sini untuk layan view...macam kat oversea feeling je…

Ok sampai Kilang Gula O KM....lupa nak ambil gambar bangunan Kilang Gula tu

Excited ambil gambar view je

Kereta ready untuk photoshoot....

Kereta yang disewa dari Penang

Eh takde kereta lain ke lalu sini....

Takde kereta boleh lah bergambar tengah jalan

Lawa boleh buat wall paper desktop

Gunung ganang di Perlis....

Feeling ala-ala New Zealand

Dah jom balik..

Next, kita singgah di Santuari Ikan Air Tawar Tasik Timah Tasoh. Tempat yang menarik dan cantik...boleh bagi makan ikan, kambing pun ada. Nak camping sini pun boleh…kami naik bot pusing-pusing tasik RM 70 per boat…memang cool…

Jom Tasik Timah Tasoh

Boleh booking bot dan perkhidmatan lain di sini...pekasam pun ada jual sini

Yeah I love Timah Tasoh

Tapak camping tepi tasik

Tempat kolam ikan

Besar dan lawa tasik ni

Tengah bagi fish makan

Banyak ikan dalam ni

Dah jom naik bot....

Bye mommy & baby kena tinggal

Happy ke takut tu naik bot..

Peserta-peserta bot Tasik Timah Tasoh

Ceria bot ni yang penting ada life jacket

Kapten bot di hadapan

Tak tau nama bukit bercabang dua ni...

Another photo boleh buat wall paper..cantik...

Stop di tengah tasik untuk ke floating platform

Boleh bergambar di sini...buaian pun ada tu...

Floating platform yang colorful

Ok ambil turn bergambar...poksu moksu

Pokde dan anak-anak

Mak abah dan Pak Tam...tak sempat nak group photo kat sini

Lepak sat sini

Cantik photo and view ni

Di tengah-tengah tasik dikelilingi pokok tangki yang terapung

View yang lawa...

Dah jom balik....sunset di Tasik Timah Tasoh

Selepas kami turun bot, ada sorang budak umur 6 tahun menangis kehilangan family, rupa-rupanya family dia naik bot tapi lupa nak bawa dia....ada juga yang tertinggal, nasib baik owner tempat ini tolong jagakan. Hari dah hampir gelap, kami terus ke Kuala Perlis untuk dinner seafood di Umar Seafood & Grill…layan photo makan.

Jom order dah sampai Restoran Umar Seafood & Grill

Kedai tepi sungai Kuala Perlis

Yeah ada belangkas...RM 45 seekor besar

Ini hasilnya selepas dibakar...penuh telur

Ikan penuh petai

Ikan bakar Perlis kuah kuning rupanya....sedap

Ketam salted egg

Alhamdullilah. Settle explore Perlis jom balik tidur…

Day 4 : Perlis - Gunung Jerai - Putrajaya
Last day di Perlis, kami check out lebih kurang jam 9.30 pagi. Bye Perlis..kali ini tinggal 2 kereta je sebab 1 lagi family balik ke KL naik ETS...nanti jumpa di KL. 

Ok ready for check out

Bye Perlis....ada rezeki jumpa lagi

View yang akan dirindui

Kami breakfast dalam kereta je makan burger CP yang dibeli di Padang Besar. Alas perut sebab plan nak makan itik goreng di Restoran Itik Bersila Yan. Memang pernah makan di sini sebelum ini dan selalu teringat-ingat kesedapan itiknya. Dalam jam 11.30 pagi kami tiba di restoran. Order itik dan menikmati early lunch.

Inilah Restoran Itik Bersila Yan....simple je kedai nya...

Lauk kampung yang kami order....semua sedap

Ini lah itik goreng bawang tu....dah tak nampak bentuk itik penuh bawang...

Lepas lunch, alang-alang dah sampai sini kami lajak sikit naik ke Gunung Jerai. Perjalanan nak ke puncak lebih kurang 30 minit. Jalannya ok tapi ada beberapa selekoh yang agak tajam.. ok layan Gunung Jerai yang nyaman ni..

Jom Gunung Jerai pula...masuk parking kereta RM1...entrance fee RM 2 dewasa dan RM1 kanak-kanak

Boleh naik train dari parking di puncak hingga ke resort RM5 one way...tapi nak jalan pun boleh

Resort Jerai Hill

Jerai Skyview ini macam view point...rasanya RM5 sekali masuk

Kawasan sekitar resort

Tenang je sini tapi tunggu petang dan malam lah sebab siang ramai pengunjung

View dari puncak Gunung Jerai

Layan view lagi

Santai lepak-lepak udara nyaman

Photo evidence tiba di Jerai Hill

Next, kami teruskan perjalanan ke KL. Waktu balik pun kami lalu WCE untuk elakkan jem. Perjalanan Alhamdullilah berjalan lancar. Sempat kami singgah di Shah Alam dinner dulu sebelum check in di Putrajaya. Homestay di Putrajaya ini pun kami booking last minit waktu perjalanan tadi melalui Agoda sebab adik dari Johor ajak sambung bercuti di KL pula.

Balik lalu WCE lagi view cantik

Dinner di sini..restoran Ustaz Abdullah Khari di Bukit Jelutong

Menu kami malam ini

Check in homestay Putrajaya Murayya Presint 12 rate RM600 per night ada 4 bilik

Hall dan dining room yang selesa

Bilik tidur bahagian bawah siap ada foosball table lagi....tak tidur lah main benda ni

Pilih bilik masing-masing

Sapa nak bilik ni?

Ini hall atas boleh juga tidur sini

Master bedroom ini ada bath tub

Dapur pun complete siap washing machine dan dryer


Day 5 : Putrajaya-KL-Melaka
Pagi ini kami breakfast burger CP je di homestay. Jam 11.00 pagi kami check out dan gerak ke TRX. First time pergi TRX ini so kita tengok je apa yang ada.

Kita breakfast ini je...sila pilih sorang satu

Saya lapar makan dulu

TRX ada special parking for EV car tanpa perlu charging pun

Suasana dalam TRX Mall....semua kedai T20

Ada binatang bison ni dalam mall

Penuh Apple Store... ada launch iphone baru lagi ke?

Apple store top floor view

Kita keluar area outdoor level 4 pula

Macam biasa family photo @TRX pula....ini bukan from ground level ya

Lagi kita berphoto...dengan team yang tak dapat pergi Perlis

Ada playground kegemaran kanak-kanak belakang water fall ini

Main air lah

Next, kami lunch di Restoran Mee Hiris China Muslim. Orang tak ramai sebab agak tersorok sikit di area office TRX.

Jom masuk lunch

Jemput makan semua

Antara yang di order

Ba bao Tea agak mahal RM 10...tiktok RM3 je hehe

Fried dumpling

Ini sedap salted egg pau

Lepas lunch, balik berehat di rumah adik di Kajang. Malam dinner di Hanasaka Bangi Avenue dan pulang ke Melaka. Makan lagi, memang kena diet lah tahun 2025 nanti.

Makan malam pula di sini

Jemput makan semua...kena diet lah lepas ni

Nasib baik menu healthy hehe

Peminat raw food

Peminat sushi boleh mai sini...harga mampu milik

Fresh salmon....

Sekian kisah percutian family penutup tahun 2024. Perlis agak menarik dan berpotensi untuk maju sebagai tempat perlancongan domestik. Terima kasih sudi baca kisah kami sehingga ke noktah terakhir. InshaAllah ada rezeki dapat jalan-jalan lagi ke destinasi lain tahun 2025.

Silalah visit Perlis 2025...negeri yang cantik dan tenang



No comments:

Post a Comment