Friday, 18 April 2025

Percutian geng sekolah ke Semporna Sabah (5-8 April 2025)

Salam semua, kali ini nak share pengalaman trip geng kawan sekolah ke Semporna Sabah. Percutian agak short notice lebih kurang 3 minggu sebelum tarikh berlepas. Tiba-tiba rasa nak bercuti sempena cuti raya aidilfitri yang agak panjang. So kami decide untuk ke Semporna Sabah selama 4 hari 3 malam seramai 3 orang je pun haha. Kenapa ke Semporna? sebab asyik lalu je fyp BASS (Bella & Syed Saddiq) di tiktok. Diorang stay di Royal Resort, tapi kami tak stay di situ sebab agak mahal.

Macam biasa gambar teaser dulu....trip kawan-kawan sekolah 

Kami stay di Sisipan Resort yang dibooking melalui Trip.com dengan harga RM 5430 untuk 3 malam untuk 3 orang termasuk bot ke resort dan full package makan. Sisipan Resort boleh dikategorikan agak mahal juga tapi bilik agak menarik. Ada juga water chalet lain yang lebih murah tapi maybe tiada aircond, electricity malam sahaja dan tiada access direct ke laut. Banyak travel agent yang provide Semporna pakej tapi kena hati-hati dan double check sebab banyak juga ejen yang scammer.

Penginapan kami untuk 4hari 3 malam....Sisipan Resort

Terletak di laut Celebes

Di tengah-tengah laut bersama resort hotel yang lain

Untuk flight pula, since last minute trip tiket flight agak mahal. Kami pilih naik Air Asia sebab timing yang agak sesuai. Harga tiket kami ialah RM 948 tak termasuk luggage dan meal. Airport transfer kami booking melalui Trip.com juga sebab lebih murah setelah dibandingkan dengan rate yang travel ejen bagi. Rate airport transfer untuk sebuah kereta dari Tawau Airport - Semporna Jetty ialah RM 120 sehala.

Untuk aktiviti di pulau pula, kami ambil pakej snorkeling 2 hari dengan Sisipan Resort. Details dan harga pakej seperti di bawah.

Pakej snorkeling yang ditawarkan oleh pihak hotel

Total pakej kami all in dalam RM3300 per pax termasuk flight (agak keras juga harga tapi rasa berbaloi sebab cantik). Ok kalau dah ready jom ikut kami ke Semporna Sabah.


Day 1 : KLIA2 - Tawau - Semporna - Sisipan Resort
Flight kami pada jam 8.20 pagi, so jam 4.20 pagi kami sudah memulakan perjalanan dari Melaka. Lebih kurang jam 6 pagi kami tiba di KLIA2 dan terus parking di sana. Seorang lagi kawan dari Puchong pun sudah tiba di airport. Settle kan drop luggage, solat subuh dan tunggu dengan tenang untuk boarding. Flight on time, perjalanan berjalan lancar dan kami tiba di Tawau lebih kurang jam 11.15 pagi. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam.

Alas perut dulu sebelum boarding...meehoon bekal dari rumah

Alas perut dalam flight pula

Alhamdullilah landed safely at Tawau Airport

Welcome to Tawau

Bila memasuki Sabah, passenger dari Semenanjung kena melalui Immigration. Kita akan dapat slip arrival (kertas putih) untuk approval to stay. So jangan hilangkan slip putih tu ya sebab perlu dikembalilan ke Immigration waktu hendak pulang nanti.

Airport Tawau tidak berapa besar. Keluar je dari airport, driver untuk ke Seafest Jetty Semporna telah sedia menunggu. Perjalanan ke Semporna mengambil masa 1 jam 30 minit.

Driver dah sedia menunggu dengan signage nama

Dah siap masuk beg jom gerak ke Semporna

Lebih kurang pukul 1 lebih, kami tiba di Seafest Jetty Semporna. Bot ke Sisipan Resort pada jam 1.30 petang, so kami jalan-jalan sekejap dalam Seafest Mall di sebelah jeti dan beli sedikit bekalan untuk ke hotel nanti. Sisipan Resort ini terletak atas air di tengah lautan luas so tiada lah kedai-kedai di sekitarnya.

Ini reference photo dari pihak hotel

Tiba sudah di Seafest Jetty

Bot bergerak agak lambat sebab menunggu tourist from China yang sepatutnya gerak saing dengan kami ke Sisipan Resort. Setelah hampir 30 minit menunggu bayang pun tak kelihatan maka kami gerak lah dulu. Hanya kami bertiga bersama 2 orang boatman.

Bot dah sampai 

Penumpang 3 orang dalam bot

Jom ke laut

Sisipan Resort sudah kelihatan

Lebih kurang 30 minit, kami selamat tiba di hotel. Memang cantik dan tenang di tengah-tengah lautan luas berhadapan pula dengam view Bohey Dulang. Alhamdullilah dan MashaAllah.

Sisipan Resort....tenang je ada 6 unit bilik

Ini bilik kami....bilik untuk bertiga

Tempat healing

Ada towel, life jacket, snorkeling set, iron, hair dryer....

Bakal tempat healing gak sambil layan view

View Bohey Dulang depan bilik

Belanja video room tour

Ketibaan kami disambut mesra oleh pekerja hotel dan kami diberi menu pilihan untuk lunch. Lunch kami pilih untuk makan di bilik sahaja.

Lunch kami simple-simple je

Lepas lunch dan solat, aktiviti pertama ialah OOTD dengan baju raya sempena syawal ke 6. Takdelah baju raya sangat, kami bawa apa yang mudah je.

Jom OOTD lah sangat

3 wanita ayu di laut

Baik-baik jatuh ke laut nanti

Gambar wefie mesti ada

Penat OOTD beli air kelapa sebiji (RM5)

Sambung kayak pulak....Bella dah ada mana SS nya...

Jangan kecam tak pakai life jacket...acah-acah kayaking je ni

Lepas berOOTD, tak tahan dengan godaan air laut kami pun tukar pakaian untuk mandi laut di sekitar hotel sehingga hampir ke maghrib.

Jom terjun laut

Apa tunggu lagi tu....jom laut

Dah jom naik dah maghrib anak-anak...

Sambung sini pula dengan bathbomb Qowiy

Untuk dinner pula, kami makan di cafe sambil layan view malam.

Jom gi dinner

Dinner di cafe

Kami bertiga je....

Juadah dinner malam ni....dah termasuk dalam pakej

Chilli Crab pedas...

Dah jom balik tidur...

Jumpa pula si penyu berenang-renang depan bilik

Malam pertama di Sisipan, kami tidur agak awal sebab kepenatan seharian traveling dan esok perlu lebih tenaga untuk aktiviti snorkeling.

Day 2 : Hiking (Bohey Dulang) & Snorkeling (Mantabuan & Sibuan)

Good morning Sisipan. Jam 8 pagi kami breakfast dulu di cafe sambil layan view.

Healing lepas subuh...tengok laut dapat pahala

Breakfast ringan-ringan....western & nasi goreng

Lebih kurang jam 10 pagi, kami dijemput oleh bot untuk aktiviti island hopping dan snorkeling seperti di bawah.

Aktiviti hari ini

Jom start island hopping

Bot dah sampai...awan pun dah gelap tu....

Macam floating je bot ni...boatman check nama dulu betul tak...

Stop kejap at another resort untuk pick up passenger..

Kami start dengan hiking Bohey Dulang. Agak mencabar juga walaupun ketinggian 700m sebab trail yang licin sebab hujan sedikit awal pagi itu. Hiking ke atas lebih kurang 1 jam dan turun lebih kurang 30 minit (timing kami yang dah level makcik-makcik ni). Rasa tak perlu cerita panjang. Layan photo je ya.

1st stop...hiking at Bohey Dulang

Hijau dan clear betul air laut ni

Briefing dulu by ranger officer....safety first

Jom panjat...mula-mula je ada tangga....pastu tinggal batu & tanah je..

Curam juga...mengah makcik-makcik

SubhanaAllah view....terus hilang penat

Belanja view lagi..

Penat panjat kan...

Bukti hadir puncak Bohey Dulang

Photo wefie wajib...

Hiking ringan-ringan je 700 meter

Dah jom turun...hati-hati licin

Balik ke bot....yang berbungkus ni tourist from China....tak boleh kena panas hehe....

Lepak dulu layan view laut yang cun sambil tunggu bot datang

Next, kami dibawa ke pulau Mantabuan untuk lunch dan selepas itu snorkeling.

Lunch di Pulau Mantabuan....book tempat dulu

Simple lunch tapi bagus pakai bekas reusable so tak bersepah plastik atau polystyrene di pulau

Layan view sambil makan

Pokok besar tepi pantai

Sempat lagi mandi pantai lepas lunch

Ok port snorkeling pertama tengah laut

Tengah fikir nak terjun ke tak tu....

Jom masuk air...rugi tak turun

Point terakhir adalah pulau Sibuan yang ada macam beting pasir. Agak cantik juga dan selepas itu kami sambung snorkeling lagi.

Ada pos kawalan tentera di Pulau Sibuan ni

Pulau ni ada sand bank yang macam bentuk bulan sabit...

Photo wajib bukti kehadiran

Abaikan model.....focus pada color tone laut tu....yang gelap tu sangat dalam ya...

Macam laut terbelah....

Memang cantik MashaAllah...

Dah jom balik naik bot....kita gi snorkeling pula

Snorkeling point Pulau Sibuan

Kawasan gelap tu underwater cun banyak coral dan ikan...

Dah settle day 1 island hopping activity....jom balik hotel

Lebih kurang jam 4 petang, kami kembali ke hotel sambung lagi aktiviti berkayak dan bermandi-manda di sekitar hotel.

Tiba di hotel, didatangi oleh Bajau Laut yang jual lobster dan air kelapa

Ini hasil tangkapan seorang seekor lobster for dinner....upah hotel untuk masak

Sambung aktiviti kayak pula...boleh naik 3 orang ya tak karam haha....

Atas kayak pun bole wefie...

Pusing kayak keliling bilik je

Malam jam 8, kami dinner di cafe sambil layan view juga. Actually, waktu kami stay tak ramai pengunjung pun cuma ada 5 orang termasuk kami. Kalau nak privacy memang sesuai Sisipan ini sebab ada 6 unit bilik sahaja.

Jom dinner 2nd night

Alhamdullilah rezeki lobster, seafood shell out, kerapu sweet sour

Ok good night Semporna…sambung lagi snorkeling esok.

Day 3 : Snorkeling (Mataking, Timba-Timba & Pandanan)

Pagi jam 8 macam biasa kami breakfast di cafe. Pilihan menu tak banyak, so kami pilih breakfast yang sama macam semalam.

Jom breakfast di tengah lautan

Pilih sama menu semalam

After breakfast, rehat-rehat dulu sebelum bot pick up untuk aktiviti snorkeling hari ini. Aktiviti hari ini seperti di bawah ya.


Jam 10 pagi, bot dah sampai dan terus memecut ke destinasi pertama iaitu Pulau Timba-Timba. Pulau ini agak panjang seperti beting pasir dan agak panas sebab tiada pokok-pokok. Kena bayar RM10 per pax sebab pulau ini adalah private island. Next, sambung snorkeling berdekatan Pulau Timba-Timba dan underwater agak cantik juga.

Let's go....

Bukti kehadiran Pulau Timba-Timba

Kesiannya lonely tree macam kat Lake Wanaka New Zealand

Karang-karangan

Pertandingan melompat paling rendah

Lompatan tapak sulaiman

Panas pulau ni penuh dengan vitamin D

Dah jom naik bot kita pergi next stop...

Pemandangan biasa jualan oleh kaum Bajau Laut

Snorkeling spot pertama di Pulau Timba

Underwater cantik tapi sayang camera 360 dah hilang waktu ke Koh Lipe


Selepas itu kami lunch di Pulau Mataking dan sambung snorkeling lagi. Snorkeling Pulau Mataking lagi cantik.

Berlabuh di Pulau Mataking untuk lunch

Lunch pack lebih kurang macam semalam tapi ayam masak lain

Makan tepi batu sambil layan view

Snorkeling point Pulau Mataking

Masih fikir lagi nak turun ke tak? Cun ni lagi rugi tak terjun

Serius cantik tak tipu...

Boatman rasmi turun laut dulu

Dari atas air dah cantik....underwater lagi lah cun....

Sepatutnya destinasi ke-3 ialah Pulau Pom-Pom tapi boatman mencadangkan kami ke Pulau Pandanan untuk mencari penyu. Nasib baik jumpa penyu.

Last point Pulau Pandanan

Jumpa si penyu

Kawan-kawan penyu dipermukaan air


Video bukti jumpa penyu (airdrop dari phone group bot)

Setelah puas bersnorkeling, kami pulang ke bilik dan sampai ke bilik lebih kurang 3 petang. Kami berehat saja petang itu di bilik.
Lepak ambil angin petang

Malam macam biasa dinner jam 8 malam sambil layan angin laut malam.

Dinner ikan steam & seafood kamheong

Good night Sisipan, esok sudah mahu pulang.

Day 4 : Sisipan Resort - KLIA2
Last day kami di sini, kami bangun agak awal dah lepas subuh je kami plan untuk terjun laut dan berkayak sehingga puas sebelum balik. Pagi itu before breakfast, kami terjun laut dulu.

Angkat sendiri kayak sebab pekerja hotel belum start keje

Angkat yang ini pula...boleh dah nak part time kerja sini

Sesi perlepasan peserta pertama

'Laju sikit kayuh' tu arahan instructor

Sesi perlepasan peserta ke-2 pula

Peserta ke-2 sesat masuk bawah rumah

Ok berjaya keluar...laju sikit kayuh

Ni sessi bantuan menyelamat mangsa hanyut

Wefie tetap ada walaupun dilambung ombak

Jom convoy pusing Sisipan Resort

Macam floating je tak nampak transparent kayak.....

Jam 9 pagi, kami naik breakfast then sambung terjun laut semula sebelum check out.

Pagi ni special sikit breakfast nasi lemak

Sambung dengan sesi menangkap starfish

Ini hasilnya....banyak lagi sebenarnya dalam laut tu

Dari jarak dekat.....selamat dikembalikan ke tempat asal di laut

11 pagi kami check out dan bot tiba tak lama selepas itu. Bye-bye Sisipan Resort. Ada rezeki umur panjang kami datang lagi.

Check out time...

Wefie dulu sebelum balik

Bergambar puas-puas nanti rindu Sisipan

Antara view yang bakal dirindui

Bot ke Semporna dah sampai

Jadi model Sisipan Island Resort.....memang recommended stay sini

Bye Sisipan Resort

Dah jom balik....tinggalkan kenangan je jangan tertinggal barang di sini

Kami tiba di Jetty Seafest jam 11.45 pagi, driver ke airport akan datang pada jam 1 petang so sempat lagi kami lunch di Secret Recipe di Seafest Mall. Tepat jam 1 petang, driver sedia menunggu dan jom kita ke airport Tawau.

Lunch dulu sebelum ke airport

Dah jom kita ke airport

Balik-balik esok keje....InshaAllah ada rezeki boleh repeat

Alhamdullilah perjalanan berjalan lancar dan kami selamat tiba di KLIA2 dan esok kerja jangan lupa….sekian percutian singkat kami & terima kasih kerana sudi membaca, diharap dapat jadi panduan untuk yang berminat ke sana….Semporna terbaik bah…

No comments:

Post a Comment