Friday 4 October 2019

Day 3 : Koh Samui - KL

Hari ini last day di Koh Samui, nama pun short trip. Pagi santai-santai je sebab check out jam 12pm dan flight jam 5.50pm. Pagi ini breakfast di hotel. Food nya ok dan alhamdullilah kenyang. Lepak-lepak di bilik sambil mandi pool. Bestnya kalau di Malaysia ada rumah pool with seaview. Tepat jam 12pm kena lah check out. Kalau ikut hati nak je extend semalam lagi.


Breakfast hotel....pandai-pandai pilih yang halal

Banyak pilihan makanan

Cafe tempat breakfast
Ada free pop corn from hotel


Lobi hotel...banyak betul gambar model perempuan

Public pool....kosong orang dah check out

Jangan salah pilih air kelapa

P kiri cafe P kanan Spa...semuanya depan hotel

After check out, tempat dituju ialah hotel spa sebab malam tadi tak dapat massage. Ambil foot massage 1 hour 350 baht. Biasa-biasa je massage dia kalau tekan kuat sikit baru best kot.


Pilih nak pakej mana

Urut tapak kaki je

Selepas urut tapak kaki, kami bergerak cari masjid pula. Tanya Mr Google ada beberapa masjid di Koh Samui, sebenarnya Islam ialah komuniti minoriti di sini tapi nampak macam ramai juga. Perempuan senang nak cam sebab pakai tudung, yang lelaki semua sama je. Pekerja-pekerja airport pun ramai yang bertudung. Kedai makan pun senang juga nak cari. Ok kami pilih masjid yang terdekat dengan hotel iaitu Masjid Hidayah. Masjid cantik besar dan agak baru. Kawasan sekeliling masjid ada yang tak siap lagi. Tiada orang di masjid itu tapi masjid tak kunci so kami masuk menunaikan kewajipan.


Masjid yang besar dan selesa (2 tingkat)

Bahagian dalam masjid

Selepas solat, perut pun dah lapar so google lah kedai makan halal. Kali ini nak cuba kedai Fareast pula. Kedai ini terletak sebelah je Central Festival Mall. Lepas makan boleh lah shopping sikit sebelum pulang ke Malaysia. Makanan pun pelbagai dan semua nampak sedap.


Sebelah Central Festival Mall je

Banyak pilihan makanan

Ini pilihan kami...sedap-sedap semuanya

After lunch, tengok ada masa lagi so shopping sikit di Tops Market di Central Festival. Borong Nescafe tin warna hijau (sedap dan memang selalu beli jika ke Thailand) dan sedikit buah tangan (iaitu buah-buahan). Selepas shopping layan aiskrim kelapa pula. Memang best time panas-panas.


Nescafe favorite....takde di Malaysia

Ice cream kelapa pun best

Ok masa dah time, agak rushing juga nak ke airport. Jarak tak jauh tapi kenderaan semua santai-santai dan kami pula terpaksa cari petrol station yang terletak agak jauh dari airport. Next time, kalau jumpa petrol station terus je isi sebab di area airport tiada petrol station, yang jual dalam botol-botol banyak lah. Kalau sewa motor boleh beli yang dalam botol je.

Alhamdullilah selamat sampai di airport. Return kereta dan check in. Airport Koh Samui ini kan sempoi dan open concept, after check in nak ke arrival hall tetiba hujan dengan lebatnya...basah lah juga kena tempias. Sebab hujan lebat, flight yang sepatutnya berlepas jam 5.50pm delay ke 8.20pm. Lambat lah sampai KL. Takpe janji selamat. Bagus airport ini walaupun simple tapi cukup facility termasuk courtesy counter yang ada light meals and drinks for free. Agaknya dah selalu delay kot. Dinner juga diberi kepada penumpang tapi kami tak dapat sebab muslim meal tak cukup. Sebab flight delay lebih daripada 2 jam maka boleh claim insurance nanti. Itu pentingnya ada travel insurance. Saya memang ambil yearly travel insurance dengan Etiqa. Boleh contact ejen terbaik Etiqa, Puan Noha (FB Noha MdSupian). 


Airport area - laluan dari check in counter ke departure hall

Hujan lebat nasib baik ada covered walkway

Toilet pun ada aquarium

Departure Hall - tempias hujan

Ada courtesy counter -free je

Sambil tunggu flight delay - makan & buat keje

Ada juga departure hall yang closed area - ada air cond

Setelah delay....akhirnya 

Naik benda ini dulu untuk ke kapal terbang

Jom balik Malaysia

Dinner dalam flight....

Akhirnya jam 8.20pm flight berlepas ke KL dan selamat tiba di Malaysia tercinta. Sekian perkongsian percutian pendek kami di Koh Samui sempena wedding anniversary yang ke 16 ini bersama En. Suami tercinta. Last year sambut di Mekah dan 2019 di Koh Samui. Alhamdullilah. Semoga sehingga ke syurga bersama. Aamiin..





1 comment:

  1. Terima kasih sudi share puan. Sangat membantu kami nak pergi. Boleh share lagi next trip :)

    ReplyDelete