Friday 4 October 2019

Day 2 : Koh Samui Island trip

Hari ke 2 ini aktiviti island trip yang telah di booking di Web Klook. Jam 7.30 pagi van dah sampai untuk bawa kami ke jetty. Tak sempat breakfast sebab bangun agak lewat. Sempat ‘masak’ nasi lemak Pak Brahims je dan kami tapau bawa ke pulau.


Good Morning Koh Samui

Jarak dari hotel ke jeti agak jauh lebih kurang 20 minit. On the way ke jeti van pick up beberapa orang customer lagi. Tiba di jeti kami di bawa masuk ke bot yang agak besar iaitu 3 tingkat. Tingkat bawah macam dapur dan tempat simpan kayak, tingkat 2 ada kerusi meja untuk kami duduk dan roof top ada disediakan tilam untuk sesapa nak sun-bathing. Biasa mat minah salleh je yang suka lepak atas. Kita yang dah biasa dengan matahari duduk bawah jelah redup sikit. Sebelum bertolak semua diminta memakai life jacket dan penerangan trip diberikan dengan jelas. Bagus trip operator ini agak informative dan sistematik.


Standard tourist van di Thailand....interior agak meriah

Boat 3 tingkat ini lah yang kami naik

Register dulu sebelum naik bot

Feri ke main land di jeti yang sama....agak besar juga

Level 2 boat...ada kerusi meja

Light breakfast disediakan

Briefing yang details from tour guide

Destinasi pertama mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Light breakfast dan drinks ada disediakan free flow. So layan perasaan tengok laut jelah. Kalau boring tengok laut kita tengok handphone. Network coverage ada sepanjang perjalanan so takde lah bosan.


Layan laut

Banyak pulau-pulau

Spot pertama pun tiba, siapa yang ambik pakej kayaking kena turun untuk berkayak. Kami tak ambik pakej yang ada kayak ini sebab takut penat. Tapi tengok orang berkayak macam best pula.


Skodeng orang berkayak

Group kayaking

Macam best pula tengok orang berkayak

Tingkat atas bot...ada tilam untuk lepak-lepak

Posing atas bot berbackground laut dan pulau-pulau

Ni posing depan muncung boat.....ala-ala titanic

Untuk yang tak ambik pakej kayak, kami dipindahkan di pulau pertama menaiki long tail bot. Sebab bot kami besar so tak boleh rapat ke pulau. Oklah dapat pengalaman naik long tail boat ini. Tiba di pulau kami diberi masa untuk mandi-manda di laut atau panjat ke lookout point untuk melihat satu tasik yang emerald green. Memamg lawa view dari atas dan mencungap jugalah nak panjat. Tangga yang disediakan agak kukuh dan selamat tapi kasut yang sesuai dan lutut yang kuat diperlukan. Kami tak mandi pun di sini sebab tak nak basah. Selesai group kayak tiba di pulau dan dah panjat look out point, kami pergi semula ke bot besar menaiki sampan long tail itu.


Naik long tail bot pula untuk ke pulau
Guna floating jetty untuk ke pulau

Nice view...

Hati-hati naik tangga

View from top

Emerald lagoon, tak sia-sia panjat tangga...

Rangkaian pulau-pulau
Ok kita turun pula..hati-hati

Bahagian bawah tasik....dilarang mandi nanti ikan mati tak cukup oksigen

Kayak ditarik semula ke bot

Tengok orang mandi

Ok naik balik semula ke bot

Naik je ke bot kami diberi lunch. Tengok lauk ayam kari, sayur, spring roll dan buah-buahan. Ejen kata halal tapi kami agak was-was so tak ambil pun ayam masak kari. Lagipun nasi lemak Brahims dan telur rebus ada lagi, maka kami buka je bekalan dengan tambahan sayur, spring roll dan buah-buah. Best pula rasa makan atas bot.


Best juga makan dalam bot

Layan view selepas perut kenyang

Selesai makan, kami bergerak ke spot no 2 (pulau lain pula). Seperti tadi kami dipindahkan ke pulau dengan long tail bot. Aktiviti di sini boleh snorkeling, mandi laut dan juga hiking. Hiking ada 2 options. Kalau jenis adventurous boleh pilih hiking melalui cave. Yang i ini bahaya sikit sebab agak licin. Yang less adventure boleh guna trek hiking yang agak ok tapi still slippery juga. Pastikan ada kasut yang bagus. Look out point agak tinggi. Yang paling tinggi 500m tapi kami agak pancit (maklumlah dah tua) so sampai look out point yg 350m je. View kat sini pun MashaAllah cantik. Memang berbaloi panjat. Lepas itu kami turun semula dan mandi laut ringan-ringan je. Then, balik semula ke bot besar untuk ke Koh Samui. Trip memang best, well organized dan view hiking memang cun. Rasa kalau ambil yang kayak sekali pun ok. Tapi kalau target betul-betul nak snorkeling kena ambil pakej lain ke pulau lain.


Port pulau ke-2

Sama juga guna floating jetty untuk ke pantai
Kawasan pulau

Tangga untuk ke puncak pulau

Nampak lembaga hitam di situ

Inilah budaknya...garang


View dari atas

View kepulauan pulau-pulau

Lepas panjat bukit kita mandi laut

Ada yang snorkeling kat belakang itu

Cuci mata di pantai

Ini nama pulaunya....Wua Ta Lab

Dah jom balik

Dalam long tail boat

Bye pulau-pulau

Batu bata tengah laut

Malam ingat nak foot massage sebab kaki dah penat, dah book appointment jam 7.30 malam, sekali hujan lebat dan jalan depan hotel naik air pula. Kena cross road untuk ke hotel spa. So tangguhkan lah aktiviti urut tapak kaki ini. Malas nak keluar so dinner pek Kembara Nasi Tomato yang dah sedia dibawa dari Malaysia.


Balik sambung terjun pool

View depan hotel...kosong je

Hujan sekejap...banjir jalan

Alhamdullillah dinner nasi kembara....sedap juga


No comments:

Post a Comment