Saturday, 23 December 2017

Medan - Danau Toba Trip 21-24 Sept 2017

Salam semua, kali ini nak cerita tentang percutian keluarga ke Medan, Indonesia. Trip ini disertai oleh family sebelah En. Suami yang terdiri daripada 18 orang (12 dewasa & 6 kanak-kanak). Sudah menjadi acara tahunan En. Suami membawa keluarganya bercuti, so destinasi pilihan kali ini ialah ke Medan. Kenapa ke Medan ya? Kalau ikutkan saya dan En. Suami telah pernah ke Medan dan Danau Toba kira-kira 7- 8 tahun yang lepas. Biasanya kami jarang bercuti ke tempat yang sama 2 kali kecuali Krabi dan Aceh je yang pernah pergi 2 kali.
 

 
Medan dipilih sebab :
 
  • Cost all in trip per person kurang daripada RM1000 (kos sebenar dalam RM700 lebih untuk seorang)
  • Duration trip yang tidak panjang iaitu 4hari 3 malam, so tak perlu nak apply cuti banyak-banyak. Cuti pun dah nak habis sebenarnya. Kali ini ambil kesempatan cuti Awal Muharam so ambil cuti 1 hari saja. 
  • Itinerary trip yang relax sebab bawa warga emas dan kanak-kanak. Peserta trip terdiri daripada semuda usia 2 tahun dan sesenior usia 76 tahun (nenek).
  •  Flight hour yang pendek iaitu sejam.
  •  Dan yang pastinya sebab Lake Toba itu sangat indah dan mendamaikan.
 

 
Persediaan percutian dibuat dalam sebulan sebelum tarikh berlepas. Bukan senang nak dapat kumpul ramai-ramai itupun ada lagi adik beradik En. Suami yang tidak dapat join sekali. So far, ground pakej yang paling murah ialah RM 540 (dewasa) daripada Trip Murah Agency.
 

 
Itinerary lawatan seperti berikut.
Day 1 : Medan - Berastagi
Day 2 : Berastagi - Parapat
Day 3 : Parapat - Danau Toba - Medan
Day 4 : Medan - KL

 
Selebihnya layan je lah gambar ya.

 
Airport Kuala Namu. Airport baru ni..dulu datang airport lama.
Ahli rombongan bergambar kenangan di Sipiso Piso Waterfall.
 
Tu dia Sipiso Piso.
 
 Tempat shopping di Sipiso Piso.
Stop di Simarjarunjung sewaktu perjalanan ke Danau Toba.
Boleh minum teh halia & makan goreng pisang di sini.
Ada port bergambar di sini.
 Lake Toba yang indah & tenang.
Ha tinggi tak?
Masjid di Parapat. Solat Jumaat di sini.


Lorong shopping di Parapat.
Menu nasi padang. Setiap kali makan macam ni...macam-macam lauk ada.
Stay di Danau Toba Cottage.
View Lake Toba daripada hotel.
Bot ke Pulau Samosir yang terletak di tengah-tengah Lake Toba.
Tekun dengar briefing daripada Pemandu Pelancong di Pulau Samosir.
Melawat Tomok di Pulau Samosir. Horas....

Ole-ole dari Medan. Sedap juga baulu ini.






Last sekali...video yang bapa mertua buat...dia lagi advance dari saya...pandai buat video.



Ok itu saja laporan ringkas lawatan ke Medan kali ini. Lawatan yang singkat tapi enjoy...




6 comments:

  1. salam..boleh dapatkan contact no. agency tu?
    t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm, bole contact number ni 0133300057 Trip Murah ejen.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Demand permission of the landlord to promote it here.

    Assalamualaikum and greetings. I'm from Herry Holidays The Medan Budget provides a budget holiday package to Medan, Indonesia at a very budget but comfortable and pleasant price. Package includes all, you just need to bring money for shopping. No additional cost to worry about. Contact:

    Facebook: Herry Holidays Budget Medan
    Instagram: herry_tour_medan
    Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
    Call / WhatsApp: ID: +62 813 9788 0156 (Herry)
    MY: +6013 4618637 (Mother)

    ReplyDelete
  4. Mintak izin tuan tanah promote kat sini..

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. Hubungi:

    Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
    Instagram: herry_tour_medan
    Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
    Call/WhatsApp: ID:+62 813 9788 0156 (Herry)
    MY:+6013 4618637 (Ina)

    ReplyDelete

  5. Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
    Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 390 ( 10 orang )
    Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
    Hotel 3 Bintang
    Makanan Halal
    Driver humble
    Pemandu Pelancongan professional

    Sila hubungi Tiara Tours Indonesia
    Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
    Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    Tel/Fax : +6261 - 733 59 765
    Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
    Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
    Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
    Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
    Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
    Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari

    Note :
    Harga Sewa Kereta sudah termasuk : Driver and Patrol


    ReplyDelete