Monday 4 December 2017

Day 3 : Katoomba - Sydney City (12 May 2017)


Hari ke 3, check out dari Elizabeth's Flat Katoomba dan akan ke Sydney city. Jaraknya lebih kurang 2 jam drive. Pagi macam biasa, kami masak dulu habiskan stok yang ada. Siap masak bekal untuk lunch di Sydney nanti. Check out lebih kurang jam 11 pagi dan terus ke Sydney. Bye Katoomba, bye Blue Mountain ada rezeki nanti datang lagi.


Tiba di Sydney city, kami parking kereta di Paddy's Market. Hay's Market ni memang popular di kalangan pelancong Malaysia especially untuk beli souvenir. Untuk sightseeing di Sydney City kami beli tiket bus hop on hop off secara online dengan harga AUD230 untuk 5 orang. Agak mahal juga tapi mengenangkan tiket parking yang mahal di sekitar Sydney kami pilih je bus HOHO ni. Boleh je naik public transport tapi pergi dengan parents so pilih yang lebih selesa dan tidak perlu nak berjalan banyak. Actually agak berbaloi juga bus HOHO ni kalau fully utilize dan jika ada banyak masa.

Kami naik bus HOHO ini di  bus stop nearby Paddy's Market area. Maka sightseeing dari dalam bus pun bermula. Tidak banyak point yang kami stop sebab kesuntukan masa, nak kejar masa untuk solat dan shopping di Paddy's Market. Kami cuma stop di area Harbour Bridge dan Opera House je. Nak kena Bondi Beach pun tak sempat.


Entrance to Paddy's Market

Tunggu HOHO

BerHOHO

Stay dalam bas je ke?

Berselfie background Harbour Bridge

Background Sydney Opera House pula

Apa ni?

Langit dah gelap nak hujan

No caption....hehe


Selepas sightseeing bus HOHO, kami kembali semula ke Paddy's Market. Pergi ke kereta, makan bekalan dan solat jamak asar zohor di sebelah kereta je. Selesai urusan, masuk semula ke Hay's Market untuk beli some souvenirs. Ada macam-macam Australian souvenirs ada dijual di sini.
Sempat ambil gambar ni je


Selepas puas shopping, next destination ialah Nelson Bay di Port Stephen. Jarak agak jauh dari Sydney iaitu lebih kurang 2 jam 30 minit drive. Di Nelson Bay, kami check in di Nelson Resort. Tiba di hotel lebih kurang jam 9 malam. Tiba di reception tapi dah tutup pula. Terus call number pada booking slip nasib baik ada yang jawab. Then, dia bagi instruction suruh self collect room key dalam safe deposit di tepi area reception.  Macam itulah style kebanyakan hotel di sini especially yang check in after 7pm. Selepas dapat kunci terus masuk bilik. Kali ini apartment 2 bilik. Masak untuk dinner, rehat, packing barang sebab esok nya dah nak balik Malaysia dan tidur lah.

No comments:

Post a Comment