Monday 31 July 2017

Day 3 : Death Railway Market - Floating Market - Siam Paragon - BMK Mall


Hari ke 3 ni sebenarnya tak decide lagi nak pergi mana. Mula-mula ingat nak pergi ke Huan Hin / Cha Am yang konon-kononnya ala Santorini Greece. Jaraknya agak jauh lebih kurang 2 jam drive dari Bangkok city. Tapi lepas survey-survey, death railway market di Mae Klong nampak macam unik dan menarik. Lepas pergi railway market boleh singgah di floating market yang tak jauh dari situ. So kami decide itulah agenda untuk hari ke 3 yang merangkap hari terakhir jalan-jalan di bumi gajah putih ini sebab esok dah fly balik ke Malaysia.


Pagi macam biasa breakfast nasi lemak pak Brahims dan telur rebus. Dalam jam 8.30 pagi dah keluar sebab nak kejar time train lalu di market jam 10.30 pagi. Tak tahu sebenarnya train lalu jam berapa tapi baca-baca blog train lalu jam 10.30 pagi. Maka bergegas lah kami drive ke sana. Tapi akhirnya kami tiba di sana lebih kurang jam 10.30 lebih sebab sesat sikit dalam Bangkok city. Jalanraya di Bangkok ni memang mudah buat orang confius. Dah sampai area market pun susah nak parking sebab jammed. Agaknya ramai orang nak kejar tengok train ni. So kami parking agak jauh di tepi jalan dan kena jalan kaki ke railway market tu.


Akhirnya tiba di railway market dekat jam 11. Tanya makcik-makcik yang berjualan di situ bila train lalu dia kata jam 11.30 pagi. Alhamdullilah ada rezeki kami nak tengok train ni...kalau sampai awal sangat tadi kena lah lama menunggu..ni timing just nice. So sempat lah jalan-jalan round market dan train station di tepi sungai. Railway market ini boleh tahan besar macam-macam ada jual tapi kebanyakannya bahan mentah dan hasil tani...benda-benda exotic macam katak, ular, cengkerik pun ada jual. Station keretapi Mae Klong merupakan last stop di situ. Boleh check schedule bila keretapi akan lalu area market ni.
Tiba juga di Death Railway Market ni

Mae Klong Station...last stop

Ada sungai & jeti di hujung station

Train schedule....bole google juga
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tiba, tepat jam 11.30 pagi train pun lalu...beberapa minit sebelum train tiba, announcement dalam bahasa siam kedengaran. Peniaga-peniaga pun dengan tenangnya mengemas barang-barang mereka untuk memberi laluan pada train. Tengok diorang rilek dan selamba je maklumlah dah jadi rutin bila train lalu. Yang macam excited ialah tourist-tourist macam kami ini lah. Train lalu memang dekat betul dengan kami. Barang-barang niaga pun beberapa inci je dengan train tu. Tak boleh imagine kalau ada penonton train yang tiba-tiba terjatuh waktu train lalu. Itu agaknya market ni dipanggil Death Railway. Tapi ada sejarah lain sebenarnya. Kalau nak tau sila google pasal Death Railway ni....
Jalan tengah-tengah railway ke cik abang?

Ha semua dah ready tunggu train lalu







Selepas puas hati tengok train, kami ke floating market pula nak tengok sampan-sampan. Floating market ni tak jauh dari Death Railway. Tapi floating market yang kami pergi tidaklah sebesar yang famous seperti di area Bangkok city. Yang ini lebih kecil tapi macam-macam barang ada. Kami tak naik pun sampan-sampan tu. Cukuplah ambil gambar je. Yang paling best di sini ialah seafood bakar dia. Memang fresh. Memandangkan perut pun dah lapar maklumlah dah tengahari, kami pun makan seafood bakar yang dijual dalam sampan dengan nasi putih. Memang puas hati. Banyak sampan yang jual seafood bakar ni so pandai-pandailah pilih yang mana hygiene dan berkenan di hati. Selepas perut kenyang dan beli souvenir sikit kami pun bergerak balik ke hotel untuk solat dan berehat sekejap sebelum menyambung rondaan ke Bangkok city.
Welcome to Amphawa Floating Market


View from bridge


Seafood on boat

Our lunch...350 baht

Jangan tertipu..ingatkan jual beras rupanya garam...

Tiba di hotel rehat-rehat sekejap, jam 5.00 petang kami naik bas dari airport macam semalam untuk ke Bangkok city. Motif kali ini adalah teroka shopping mall. Bangkok memang banyak shopping mall. Kira syurga lah untuk siapa yang suka shopping. Memandangkan limited time tak dapatlah kami nak round banyak mall. So target kali ini ialah Siam Paragon. Senang je public transport kalau nak ronda dalam city ni. Tinggal rajin tak rajin je lah.
BTS Ticket machine

Ini lah tiketnya
Siam Paragon ini quite big ala-ala KLCC atau Pavillion (agaknya la sebab sekali dua je pernah pergi Pavillion pun). Banyak branded item dalam Siam Paragon ini. Mall-mall yang lain pun around that area. Macam biasa kalau shopping di oversea kita boleh claim tax redemption. Kaunter claim tax redemption ini ada di tingkat bawah depan area supermarket so boleh settlekan semua urusan di situ.
Siam Paragon...jom shopping

Penat jelajah Siam Paragon perut pun dah berbunyi-bunyi. So plan nak makan kat famous halal restaurant di MBK Mall iaitu Yana Restaurant. Malangnya tiba di situ agak lewat restaurant pun penuh dan tak ambik order lagi. Tapi nasib baik food court depan Yana Restaurant tu ada jual halal food. Banyak juga pilihan food, makanan pun not bad harga je lah boleh tahan.
Maaf encik...dah penuh...

Food court depan Yana Restaurant
Selesai makan dan shopping sikit-sikit, kami pun balik semula ke hotel. Kira selesai la mini gateway ke Bangkok ni. Sampai bilik kemas-kemas sebab nak pulang ke Malaysia keesokkan harinya.

No comments:

Post a Comment