Monday 31 July 2017

Day 2 : Saraburi - Chatuchak


Pagi ini selepas breakfast nasi lemak pak Brahims dan telur rebus, kami memulakan misi mencari bunga matahari (sunflower) di Saraburi. Saraburi ni terletak lebih kurang 2 jam drive dari Bangkok city dan terletak di bahagian utara Bangkok. Sunflower ni ada musim-musim tertentu je iaitu bermula pada bulan Nov sehingga Jan setiap tahun. Ada di beberapa kawasan terutama di utara Bangkok seperti Saraburi, Kanchanaburi, Lop Buri dan lain-lain. Biasanya tourist pergi ke sunflower field naik keretapi atau ikut tour agent. Memang ada keretapi khas untuk ke kawasan ini dan tambangnya pun agak murah tapi akan ambil masa lama lebih kurang 3 jam untuk ke sana. Untuk details naik keretapi boleh check di web atau boleh ambil driver dari tour agent di hotel atau dari Bangkok city. Kami pula akan drive je ke sana sebab lagi mudah nak kawal masa dan adventure la kononnya.
Thanks to Pak Brahims for the breakfast

Dah ready untuk misi mencari sunflower

Highway di Bangkok city


Cabarannya ialah apabila nak set waze or google map ke sunflower field ni sebab sebenarnya sunflower field ni tiada specific location. Kita boleh pergi je mana-mana sunflower field yang kita berkenan untuk berselfie bersama bunga matahari tu. So pada mulanya tak tahu nak set apa sebab info/blog self-drive di Bangkok ini sangat kurang. So kami set je ke Saraburi town. Perjalanan berjalan lancar sebab bertolak awal pagi lebih kurang jam 8.30 dan hari tu public holiday tahun baru so kereta tak banyak. Jalan di Bangkok lebih kurang macam di KL dan Malaysia juga. Dalam Bangkok city ada yang kena tol tapi jalan ke Saraburi tiada tol. Jalan dia pun agak besar dan selesa. Berhenti a few stop untuk isi minyak dan toilet break.
RnR on the way ke Saraburi


Cat for sale

Bila ikut waze tu dia bawa sampai ke Saraburi town. Dah nama pun town so takdelah Nampak sunflower field tu...buntu juga dah lah dah drive 2 jam tapi sepokok bunga matahari pun tak nampak. So lepas google decide untuk ke Pitchaburi pula, jarak lebih kurang 1 jam dari Saraburi. So kami set destinasi ke sana..on the way ke Pitchaburi tiba-tiba terlalu kawasan sunflower field yang sangat besar dan cantik-cantik..sepanjang jalan semua bunga matahari sampai rambang mata. Kami pun berhenti di mana-mana port yang cantik dan berselfie lah sampai puas.
Saujana kuning


Sunflowers

Siapa lagi tinggi?


Selfie sikit di celah-celah sunflowers

Selepas puas bergembira bersama bunga matahari, kami decide untuk terus balik ke hotel dan tak perlu lah nak ke Pitchaburi sebab hajat dan tercapai. So terus drive balik ke hotel, sampai bilik makan roti, solat, tidur kejap sebab petang ada misi lain.


Jam 4.30 petang bersiap-siap sebab petang ni nak ke Chatuchak Market. Chatuchak Market ni among the must go places kalau pergi Bangkok. Chatuchak market ni ialah weekend market dan antara market yang terbesar di Thailand. Kalau tak silap ada 8000 kedai di sini dan macam-macam ada dijual. Buka cuma hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kalau nak pergi ke sini memang kena plan datang weekend lah kalau tak kecewa nanti. Cara nak pergi ke Chatuchak Market ni dari Don Muang airport adalah sangat mudah. Sila tunggu bas depan pintu Arrival No. 6. Di situ ada signboard untuk bas ke Bangkok city. Ada dua jenis bas iaitu A1 & A2. Dua-dua bas boleh sampai ke city center tapi frequency je berbeza. Yang cepat ialah bas A1. Tambangnya 30baht sorang bayar dalam bas style konduktor bas dulu-dulu. Tambangnya sama je even turun di mana-mana tapi memang ada a few stop lah.
Tunggu bas di sini


Bayar tambang pada konduktor bas

Macam tiket bas dulu-dulu

Untuk ke Chatuchak Market ni kena turun di Chatuchak BTS station. Turun je dari situ, jalan depan sikit follow orang ramai (yakin je hehe) pastu sampailah ke Chatuchak area. Teruskan perjuangan shopping atau window shopping di situ. Kedai-kedai buka sehingga jam 7 malam...so kena cepat lah kalau nak shopping situ. Kami just round-round je takde beli apa sangat.
Ramai juga orang

Kedai kebab halal pun ada

Shopping apa cik abang?


Untuk makan, kami makan di restoran halal berdekatan dengan menara jam di tengah-tengah Chatuchak Market tu. Tomyam memang power dan kuantiti yang banyak tapi sesuai lah dengan harga yang agak mahal tu.
Makan di kedai Saman

Besar portionnya

Nasi goreng seafood


Di landmark Chatuchak Market
Lepas puas round Chatuchak..hari pun dah gelap, kami pun balik semula ke hotel. Caranya sama, naik bas A1 di Chatuchak BTS station bayar 30baht sampai lah di airport. End of day 2...

No comments:

Post a Comment