Monday 31 July 2017

Bangkok Trip January 2017

* Dah lama buat blog ni tapi tak sempat post. So kira macam throwback lah...

Selamat tahun baru 2017 semua. Kali ini nak cerita pasal short trip ke Bangkok selama 4 hari 3 malam. Kiranya last trip 2016 lah sebab depart to Bangkok pada 31 Dec 2016 dan first trip 2017 sebab balik ke Malaysia pada 3 Jan 2017. Why Bangkok? Sebelum ni tak terlintas pun nak ke Bangkok. Apa yang ada di Bangkok? City macam KL je kot. Tapi selepas terbaca yang Bangkok ni is the world's most popular city for travellers in 2016. So, rasa nak try juga la Bangkok ni.

Full ranking seperti di bawah. Source from www.traveller.com.au


The top 20 for 2016 :
Bangkok – 21.47m
London – 19.88m
Paris – 18.03m
Dubai – 15.27m
New York – 12.75m
Singapore – 12.11m
Kuala Lumpur – 12.02m
Istanbul – 11.95m
Tokyo – 11.70m
Seoul – 11.20m
Hong Kong – 8.37m
Barcelona – 8.2m
Amsterdam – 8m
Milan – 7.65m
Taipei – 7.35m
Rome – 7.12m
Osaka – 7.02m
Vienna – 6.69m
Shanghai – 6.12m
Prague – 5.81m


Persediaan ke Bangkok pun boleh dikatakan short notice juga sebab En. Suami tak dapat nak confirm awal takut kalau-kalau ada urgent job. Tapi kerja menggoogle pasal Bangkok dah dibuat dalam tempoh sebulan dua sebelum pergi. Once dapat greenlight je dari En. Suami, kerja booking membooking dan finalised itinerary pun giat dijalankan.


Teh pun sibuk study Bangkok

Tiket flight sepatutnya boleh dapat murah lagi kalau booking awal or time promo..ni sebab last minit punya plan tu yang agak mahal. Macam biasa apps Skyscanner digunakan untuk cari flight yang termurah. Kali ni kami naik Malindo sebab lepas compare price better than Air Asia dan timing pun sesuai dengan masa kami. Tiket untuk 2 orang ialah RM 1353.80.


Untuk accomodation pula, ada banyak sangat hotel di Bangkok, boleh pilih area mana yang kita convenient nak stay. For us, kami pilih hotel yang dekat (even connecting) dengan airport. Kenapa? Nanti saya cerita. Macam sebelum-sebelum ni juga, booking hotel melalui web Agoda, time nak bayar tengok wah banyaknya accumulated points. Dah ada 90,000 bersamaan dengan RM 808. So apa lagi, decide guna je lah point tu..so just perlu bayar hotel 3 malam di Bangkok dengan hanya RM 33 je. Jimatkan. Hotel yang kami akan stay ialah Amari Don Muang Bangkok untuk 3 malam.


Untuk pengangkutan di sana, kami plan untuk sewa kereta sebab nak pergi tempat yang jauh sikit lebih kurang 2 jam drive daripada Bangkok City. Tapi untuk jalan-jalan dalam Bangkok city kami plan naik public transport je sebab Bangkok memang terkenal dgn ke'jammed'annya. Kami booking tiket dengan company "Europcar". Kenapa Europcar? Sebab agak susah juga nak cari kereta sewa di Bangkok ni sebab last minit booking plus public holiday pula time tu. So yang ada ialah Europcar, price dan kereta yang dikehendaki pun mengikut citarasa. Yang bestnya Europcar ni counter collection dia betul-betul di hotel Amori yang akan kami stay tu. So ini akan memudahkan urusan collection dan return car nanti. Kos sewa kereta untuk 4hari 3malam ni ialah RM 521.42 tak termasuk insuran. Kereta yang kami booked ialah Toyota Yaris. Compact car senang sikit nak drive nanti. Kami tak ambil extra insurance so doa dan tawakal je.



Next, macam biasa kerja-kerja packing barang gigih dijalankan walaupun aktiviti ini lah yang paling malas nak buat kalau nak pergi travel. Since kali ni travel sendiri tak guna ejen dan takde fullboard tour so kena lah bawa bekal food macam Brahims dan juga telur rebus untuk tour 4 hari 3 malam ini. Universal plug jangan lupa bawa sebab plug point dia lain dari Malaysia. Nanti tak boleh pula charge telefon or kamera.


Ok ready to go....Jom Bangkok

No comments:

Post a Comment