Tuesday, 5 May 2020

Day 2 : Zurich - Reykjavik, Iceland

Pagi kami breakfast nasi lemak pak Brahims bersama telur yang dah siap direbus daripada Malaysia. Kopi Badang dan Kopi Ratu produk Jamu Ratu Malaya pun ada sekali ya. Selepas perut kenyang lebih kurang jam 10.30 pagi, kami check out dan guna free shuttle hotel ke Zurich Airport.


Breakfast nasi lemak pak Brahim

Ok jom check out

Check in & check out counter at Movenpick Hotel depan tu

Tiba di Airport terus pergi ambil luggage yang ditinggalkan malam tadi. Then, terus check in untuk ke Iceland. Flight ke Iceland kami pilih Icelandair dan akan landing di Keflavik Airport yang lebih kurang 40 minit daripada bandar Reykjavik. Harga tiket flight ialah RM2257 untuk 2 orang sehala. Kami beli sehala je sebab balik nanti akan terus ke Geneva.  Agak mahal juga harga tiket sehala ini.


Zurich Airport

Singgah dulu SBB Office untuk tukar Swiss Pass...so boleh terus guna time tiba di Geneva next week

Flight ke Keflavik jam 2.00 petang dan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Masa di Iceland awal 1 jam daripada Zurich, so estimated time arrival di Iceland lebih kurang jam 4.30 petang. Penerbangan berjalan lancar dan sempat layan Icelandic movie dalam flight. Icelandair ini macam MAS lah kira official airlines untuk Iceland.


Icelandair dah ready

Jom ke Iceland....yeah...

Sedikit background mengenai Iceland : 
Is a Nordic island country of Europe located in the North Atlantic Ocean. It has a population of 332,529 and an area of 103,000 km(40,000 sq mi).  The capital and largest city is Reykjavík - copy from Mr Google.


Map Iceland...nanti akan pusing separuh pulau

Currency pula ialah Icelandic Krona (ISK). Time kami pergi exchange rate lebih kurang ISK100 = RM4. Kami tak tukar pun duit ke notes ISK. Semua transaction guna kredit kad je lebih mudah.

Tiba di Keflavik Airport tepat pada masanya. Selepas selesai urusan immigration dan ambil luggage, kami pergi collect kereta sewa pula. Car rental kami dah booking awal-awal dengan Lotus Car Rental Company. Untuk collect car rental, kena naik shuttle bus yang disediakan untuk ke Car Rental Village. Most of tourist yang datang ke Iceland menyewa kereta sebab lebih mudah. Untuk Iceland roadtrip ini kami sewa Volkswagen Golf dengan harga ISK40,800 untuk seminggu. International Driving License diperlukan ya di sini dan di Iceland drive di sebelah kiri tidak seperti di Malaysia.


Dah selamat landing di bumi Iceland....mendung je

Tunggu shuttle bus untuk ke Car Rental Company

Ini office nya....Lotus Car Rental

Yeah dah dapat si merah untuk round Iceland

Selepas dah dapat kereta, aktiviti seterusnya ialah collect pocket wifi pula. Kami dah booking modem dan wifi pakej melalui Trawire dengan harga USD85 untuk seminggu. Agak  mahal juga. Kena collect modem di petrol station N1 yang jaraknya lebih kurang 10 minit dari Keflavik Airport.


Stop di N1 petrol station untuk collect portable wifi

Selepas pocket wifi dah dapat, kami pun set Waze ke hotel untuk malam itu. Malam itu kami check in di Artic Wind Motel yang dibooking melalui Agoda. Sampai di hotel, terus jamak zohor dan asar sebab maghrib masuk lebih kurang jam 6.30 petang. Selepas itu, tunggu maghrib dan terus solat jamak maghrib dan isyak. 


Check in dulu di Motel Artic Wind

Comel je motel ni....owner pun ramah

Sebenarnya kami dah booking Blue Lagoon untuk entry jam 7 malam tapi since dah terlambat settlekan urusan-urusan tadi, dalam jam 7.30 malam baru kami bergerak ke Blue Lagoon. Nasib baik hotel tak jauh dari Blue Lagoon. Kami masih dapat masuk lagi dan yang bestnya bila masuk last-last orang dah tidak berapa ramai dan boleh berendam sampai tutup. Blue Lagoon ini tutup jam 9 malam dan kena booking tiket awal-awal kalau tak nanti penuh dan tak dapat masuk. Cuma kalau pergi waktu malam tak dapat lihat panorama Blue Lagoon lah. Tak nampak airnya yang biru itu.


Dah malam so dapat photo sign board je lah....

Blue Lagoon ni antara geothermal yang popular di Iceland dan rugi kalau tak singgah. Memang best berendam air hangat time sejuk-sejuk ini. Waktu ini temperature lebih kurang 10c. Pakaian biasa boleh je buat berendam di Blue Lagoon ini tapi waktu di shower dan changing room kena tahan mata lah sebab majority diorang ini tak pakai apa-apa.

Tanya En. Suami dia kata di bahagian lelaki pun macam itu...so bertabah lah mata...hilang ilmu nanti...Tapi Blue Lagoon memang best walaupun rate dia agak mahal iaitu ISK15,000 untuk 2 orang dan  yang penting pengalaman itu.


Ini photo Blue Lagoon bahagian luar...sempat singgah last day sebelum ke airport

Balik bilik masak Brahims dan terus tidur...takde intai-intai aurora pun sebab banyak malam lagi di Iceland ini. Selesai hari ke-2...kira travelling day lah dan sempat singgah di Blue Lagoon je....jom follow page sebelah untuk lihat aktiviti hari ke-3...


Plan Day 2


Day 1 : KL- Zurich (Switzerland)

Flight Oman Air ke Zurich dari KLIA jam 9.30 pagi, so kami bertolak dari Melaka lebih kurang jam 5 pagi. Kali ini mak dan adik yang hantar sebab nak travel lama dan memang rugi lah kalau parking di KLIA. Process check in berjalan lancar dan tidak ramai orang pagi itu. Kami sempat breakfast di MAS Lounge. Oman Air tiada lounge sendiri di KLIA so share dengan MAS Lounge.


Lepak dulu di MAS Lounge

Ringan-ringan dulu

1st time naik Oman Air ni..

Flight kami ke Zurich ini akan transit di Muscat, Oman selama 2 jam dan selepas itu sambung fly ke Zurich. Total journey lebih kurang 15 jam dan akan tiba di Zurich pada jam 8 malam.

Oman Air Business Class not bad juga tapi makanan dia kurang sikitlah jika dibandingkan dengan Turkish Airlines yang siap ada foods on trolley yang kita boleh handpick sendiri. Apa pun, Alhamdullilah penerbangan hari itu berjalan lancar dan tiada turbulence sangat. So layan photos dalam flight dulu ya. Sorry banyak gambar food je...dah itu je aktiviti yang ada 15 jam dalam flight selain tidur dan tengok movie.


Oklah selesa juga...legroom luas

Selfie dulu sebagai kenangan
Breakfast ringan-ringan dulu



Makan lagi

Makan-makan

Makan berat sikit
 Akhirnya tiba di Muscat Airport, Oman

 Oman Air Lounge...tak larat makan dah...

 Standby untuk ke Zurich Airport pula

 Nampak baru sikit flight ni...jom ke Zurich

 Dah ready dengan bantal

 Makan ringan dulu


 Makan berat pula


Ok last tak larat nak makan lagi

Tiba di Zurich International Airport tepat seperti yang dirancang. Kami akan bermalam satu malam je dulu di Zurich sebab esoknya paginya kami akan fly ke Reykjavik, Iceland. Memandangkan luggage kami agak banyak (sebab bawa food banyak) iaitu 2 beg besar dan 2 beg kecil, maka En. Suami suggest supaya beg besar simpan di airport je dan tak perlu bawa ke hotel malam itu. Selepas selesai urusan immigration dan dapat beg, kami pun ronda-ronda Zurich Airport ini untuk cari luggage store. Besar Zurich Airport ini silap-silap boleh sesat. Mula-mula kami pergi ke bahagian luggage locker. Yang ini self service just perlu masuk coin je tapi malangnya beg besar kami tak muat dalam locker itu so kena cari luggage store yang ada attendant. So kami pergi ke sana (different floor) dan simpan beg di situ. Rate untuk storage tak ingat dah berapa tapi oklah tak semahal mana kalau compare dengan hassle nak bawa beg banyak-banyak.


Tempat simpan luggage yang guna coin

Yang ini ada orang jaga...unlimited luggage size
Bertingkat-tingkat Zurich Airport ini..

Selepas selesai urusan menyimpan bag, kami pun cari hotel shuttle waiting area sebab hotel yang kami book untuk malam ini ialah hotel Stay@Zurich Airport Hotel. Hotel ini ratenya quite reasonable (rate refer 1st page blog Iceland & Swiss ini) dan yang penting ada free shuttle. Sampai di hotel urusan check in selesai (check in di Movenpick hotel) dan kami terus ke Stay@Zurich hotel yang berdepan dengan Movenpick hotel itu. For info, hotel-hotel di Swiss ada city tax ya so kena bayar lah seorang CHF5 untuk 1 malam. Malam itu, kami berehat sepenuhnya sebab road trip akan bermula esok...Ok good night tak sempat ambil gambar hotel sebab dah malam plus penat dan jet lag sudah....

Road Trip Iceland & Switzerland Oct 2017

Salam semua, kali ini nak share kisah road trip kami ke Iceland & Switzerland pada October 2017. Ini kira throwback lah. Ambil masa agak singkat lama nak siapkan blog kali ini sebab percutian agak panjang. Draft dah siap lama tapi tak sempat nak sempurnakan. So beri laluan kepada blog-blog ke tempat lain dulu ya. Blog ini agak panjang dan ada daily page sepanjang 14 hari trip...so semoga istiqamah dan enjoy baca pengalaman kami di sana. Ok belanja dulu intro photo Iceland & Swiss....nantikan photo-photo lain di page seterusnya.


Ice on land....Iceland...ni photo di Diamond Beach

Ini pula Swiss....Oeschinensee Lake

Persediaan road trip ini dibuat lebih kurang 3 bulan sebelum percutian. Setelah bincang-bincang nak pergi mana tahun 2017 ini kami dengan sepakatnya memilih Iceland & Switzerland atau nama pendeknya Swiss. Kenapa Iceland & Swiss ya? Haha sebab pengaruh filem Dilwale dan nak tengok aurora maka Iceland lah menjadi pilihan. Swiss pula sebab follow instagram Kina Omar, dia dan husband pergi Swiss macam cantik je. Last year (2016) pergi Scotland pun sebab terpengaruh dengan instagram dia juga.


Kat mana Iceland ini?....Haa boleh refer map...hampir di hujung dunia

Ini pula Switzerland...terletak di tengah-tengah Europe...negara yang tiada laut...gunung banyak

Maka, misi mencari tiket murah pun bermula. Macam biasa, guna apps Skyscanner untuk cari tiket terbaik. Setelah sebulan hunting tiket, maka kami memilih Oman Air untuk fly dari KL ke Zurich (Swiss) (return), Icelandair dari Zurich ke Reykjavik (Iceland) dan Easy Jet dari Reykjavik ke Geneva. (Swiss). Details flight seperti di bawah :


Harga flight untuk dua orang

Kami pilih Oman Air business class sebab harga dia quite reasonable for business class tak macam airlines lain yang lebih RM10K. Sejak umur dah meningkat ini bila travel long distance journey, rasa mudah letih so pilihlah business class. Tiket ke Iceland pun agak mahal juga ya. So kena rajin-rajin lah survey.

Untuk hotel pula, macam biasa semua hotel di booking melalui Agoda. Ha kenapa tak booking melalui Trivago? Sebab nak collect point untuk Agoda. Memang sebelum-sebelum ini guna Agoda so maintain Agoda je lah. Ini pula list hotel sepanjang trip kali ini.


List hotel dan rate di Iceland & Swiss

Sebab ini adalah road trip maka kenalah sewa kereta. Kami sewa kereta melalui Lotus Car Rental untuk trip di Iceland dan melalui Europcar untuk trip di Switzerland. Orang kata di Switzerland tidak perlu sewa kereta pun tak apa sebab public transport nya sangat efficient, tetapi kami sewa juga sebab mengenangkan beg yang banyak. International driving license pun perlu ya untuk drive di Iceland & Swiss. Ada yang kata tak perlu tapi untuk lebih yakin maka kami dapatkan International Driving license di JPJ dengan bayaran RM150 valid untuk setahun. Antara negara yang perlu international driving license ialah Korea & Jepun. Time booking, kami memilih kereta Golf, tapi nanti time actual kita tengok dapat kereta apa pula. Based on experience selalu je tak dapat kereta seperti yang dibooking.


Rate car rental di Iceland & Swiss

Untuk wifi pulak kami sewa portable modem dengan Trawire (Iceland) dan iSpot Connect (Swiss). Booking online je nanti mudah terus pergi ambil. Mana boleh tiada internet sepanjang trip. Sesat nanti.


Wifi & portable modem yang disewa
Pencarian itinerary pun bermula dengan surf blog-blog yang ada dan refer to web Pinterest dan Tripadvisor untuk tengok tempat-tempat menarik. Setelah berpulun study maka terhasillah itinerary seperti berikut untuk trip selama 14 hari 13 malam ini :

Program untuk 14 hari


Entrance fee rate tempat-tempat yang menarik

Bila nak berjalan ini, perkara yang paling malas nak dibuat ialah packing barang. Untuk memastikan tiada barang yang tertinggal kena lah ada checklist. Bekalan makanan pun kena bawa dari Malaysia. Makanan halal di Iceland sangat susah, rasanya ada 1 atau 2 kedai je itupun di Reykjavik. Di Swiss rasa tiada masalah untuk cari makanan halal. Masalahnya mahal je lah. Kami bawa bekal Brahims, sardin, can foods, telur rebus dan juga roti.


1 beg makanan....ada juga yang nak tumpang ikut

Bekalan ubat pun jangan lupa ya...boleh ambil di klinik atau farmasi. Kalau kurang sihat waktu travel at least dah standby ubat-ubat yang basic dan tak perlu nak cari farmasi. Travel Insurance pun jangan lupa ya, macam biasa saya ambil Takaful Etiqa. Bila preparation dah siap, apa lagi jom terbang...


Jom terbang...ini flight Icelandair...

Jom jengah page seterusnya di sebelah........