Saturday 7 October 2023

Day 3 : Boracay Island Hopping (16 Sept 2023)

Selamat Hari Malaysia from Boracay. Pagi ini jam 9 kami ada trip island hopping dan snorkeling yang telah dibook melalui Klook dengan harga RM 1099 untuk 6 orang. Pagi macam biasa, breakfast disediakan oleh Along AJK makanan. Macam biasa sentiasa sedap. 

Breakfast nasi goreng & roti telur

Sardin wrap untuk bekalan island hopping

Lepas breakfast, kami berjalan kaki dari hotel ke tempat berkumpul (dekat je tak sampai 10 minit). Kami ambil pakej private so dalam bot itu cuma kami berenam bersama boatman. Pakej siap masuk lunch dan kami request seafood only untuk lunch nanti.

Gadis Klook dah sedia menunggu

Meeting point banyak group-group lain

Alhamdullilah cuaca baik

Dah sampai time...jom ke bot masing-masing

Jom naik bot

Group photo dalam bot....wajib bukti hadir...

Captain boat

Bot ready, jom kita gerak. Destinasi pertama ialah Puka Beach. Pantai cantik yang terletak agak remote di hujung pulau Boracay. Aktiviti bebas di sini. Ada yang mandi laut, ada yang naik crystal kayak sambil berphoto shoot. Orang-orang di sini sangat cekap ambil gambar dan semuanya cantik-cantik. Rate crystal kayak dalam 250peso seorang dan yang ini tak termasuk dalam pakej.

Ok dah sampai Puka Beach...jom turun

Sini pun ada sand sculpture Boracay

Gymba photo group lah apa lagi....

Aktiviti mandi laut

Ada yang berkayak transparent sambil photo shoot

Ok ready to go...

Hasil photo nya memang meletup....gambar sekadar hiasan...

Dah jom next destination pulak....

                                                                Short clip Puka Beach

Next kita ke Crytsal Cove Island. Pulau ini sangat menarik sebab kita boleh mandi dalam gua. Ada dua buah lubang gua (cove) di pulau ini. So layan photo dan video kami bergymba di sini ya. Agak lama juga kami di pulau ini.

Ok next point...

Crystal Cove Island....sila baca map

Macam biasa gambar wajib...

dan lagi...hehe...

Cantik tempat ni...sesuai healing tengok laut dengar bunyi ombak

Jap lagi nak turun bawah mandi di situ...

Jom masuk confined space...ada 1 tangga kecil je for in and out

Masing-masing excited dah masuk air...

Posing dulu sebelum terjun masuk laut

Pegang tali kuat-kuat nanti hanyut ke open sea....haha

Mmmm...posing lagi bila mau masuk laut...

Ok semua dah selamat masuk air...

Dah jom naik

Sempat lagi posing kat tangga...haha


Layan video di Cove No 1 ini.




Ok jom kita pergi Cove No. 2 pula.
Asal nampak view cun je stop ambil group photo

Dan lagi...

Kena jalan sikit ke Cove No. 2

Bagus pulau ini guna solar green energy

Ok dah sampai jom masuk Cove No.2

Kena cross air ni

Then kena masuk gua yang kecil itu

Dalam gua....ada part yang kena merangkak, ada part yang boleh berdiri

Akhirnya sampai di Cove No. 2

Semua terjun masuk air lah apa lagi...

Dah puas mandi dah jom balik...rentas lagi...

Sempat lagi posing kat tangga sebelum naik...

On the way ke beach

Dah jom gi snorkeling pula

Bye-bye Crystal Cove Island...

Bot pun dah sampai

Layan video di Cove No 2 ini.




Next, snorkeling pula. Tempat snorkeling tidak jauh dari Crocodile Island. Namanya sempena pulau yang berbentuk buaya. Malangya wave current agak kuat so kami cuma bersnorkeling di sekitar bot je kalau tak takut hanyut ke mana-mana nanti. Underwater coral dan ikan agak cantik tapi rasanya masih tak boleh lawan Pulau Redang. Maybe sebab musim kami pergi ni off peak season so laut gelora sikit dan tak berapa sesuai untuk snorkeling banyak tempat. Setelah puas kami mengintai dan bagi ikan makan roti, kami bergerak ke sebuah pulau untuk lunch. 
Ini baru parasailing

Ok jom apa lagi terjun lah

Kena pegang tali arus kuat

Jom cari ikan

Mana ikan ni?

Nampak tak ikan tu?

Banyak ikan biru

Banyak kaki gak haha

Coral


Seperti yang diminta kami dijamu dengan seafood yang penuh meja. Ada udang, ketam, ikan dan buah-buahan. Lepas makan kami pun pulang semula ke meeting point tadi lebih kurang jam 2 petang. Kami terus ke hotel dan sambung di pool pula sehingga puas.

Lunch kat pulau ni

Bot dah mendarat

Jom lunch

Alhamdullilah kenyang

Gambar selepas...semua dah sunburn

Dah selamat sampai ke jeti

Jom balik hotel...

Thanks Abe boat...

Bye next time gi snorkeling lagi

Jumpa bunga kebangsaan Malaysia di Boracay

View cantik

Posing buat kenangan

Selamat Hari Malaysia 16 Sept 2023 di Boracay

Point OOTD pokok kelapa depan hotel

Sambung pool pula

Peserta gimrama air

Orked dan bff

Kawan Orked dari Australia...Meeka namanya

Selepas itu kami berehat (ada yang tidur). Petang kami keluar jalan-jalan lagi (last night Boracay kan)…shopping abiskan peso yang ada...kami jalan dari Station 2 ke Station 3 sepanjang pantai.


Minum petang ringan-ringan

Suasana sunset di Station 2

Hari ini ramai sikit orang sebab weekend

Suasana malam D'Mall

Galeri lukisan pun ada

Sesi cuci mata

Jom cari makan pula

Lepas shopping, kami beli seafood dan upahkan kedai untuk masak. Kami balik ke hotel dengan menaiki tuk-tuk je malam itu. Plannya sampai di hotel terus dinner. Nasi sudah dimasak sebelum keluar tadi dan tiba-tiba baru terfikir waktu on the way balik adakah nasi sempat masak, sebab bila keluar hotel kan kita bawa keluar sekali room key dan cut off electricity supply. Semuanya berdebar-debar sempat ke nasi tadi masak sebab masing-masing dah lapar.

Malam ini kita pilih kedai Aliah

Sesi shopping pasar

Hasil tangkapan

Tengah meeting cukup tak cukup ikan ni

Siap masak kita singgah Budget Mart

Tengah meeting nak beli apa lagi

Jom balik hotel naik tuk tuk

Wajah ceria malam last Boracay

Tiba di bilik, Alhamdullilah nasi dah masak dan kami terus lah dinner. Kenyang betul malam itu sebab terorder lebih sikit berbanding malam sebelumnya.

Hasil tangkapan di pasar tadi....semua sedap

Good night Boracay, malam itu packing barang sebab dah nak check out esok…jom follow kami ke Manila pula di page sebelah.

No comments:

Post a Comment