Saturday 7 October 2023

Day 1 : Melaka-KLIA-Manila-Caticlan-Boracay Island (14 Sept 2023)

Hari yang ditunggu pun sudah tiba, flight kami ke Manila pada jam 10.10 pagi menaik MAS, so lebih kurang jam 5.30 pagi kami berlima bertolak dari Melaka. Seorang geng lagi gerak lambat sikit dari Sabah dan jumpa terus di Boracay nanti. Untuk memudahkan urusan kami just park di KLIA dan tiba di KLIA lebih kurang jam 7.30 pagi. Urusan check in dan boarding berjalan lancar dan kami selamat mendarat di Ninoy Aquino Manila Airport Terminal 1 pada jam 2 petang. 

Breakfast dulu sebelum boarding

Breakfast ringan-ringan je

MH 704 ke Manila

View yang dirindui traveler

Makan roti je lah MAS ada issue meal caterer issue


Sewaktu turun dari flight, kami beberapa kali disapa oleh steward dan stewardess MAS bertanyakan tujuan kami ke Manila ini. Macam pelik bila kami bagi tau tujuan untuk bercuti…memang rare lah kot Manila dan Boracay Island untuk Malaysian pergi holiday.

Manila yang agak padat

Mabuhay Manila Airport Terminal 1

Urusan Immigration juga sangat pantas dan efficient. Tiada soalan yang ditanya pada saya, tapi pada geng yang lain ada juga ditanya tujuan dan maklumat-maklumat percutian. Untuk keselamatan sediakan dokumen hotel booking, flight dan lain-lain.

View Terminal 1

Di Manila ini ada 4 airport terminal dan jarak agak jauh, kena naik airport shuttle atau grab/taxi untuk ke terminal lain. Kami sepatutnya perlu transit ke Terminal 4 (domestic terminal) untuk ke Caticlan Airport untuk ke Boracay Island. Flight ke Boracay pada jam 5.50 petang, so masih ada masa lagi dan kami cari surau dulu di Terminal 1 untuk kewajipan zohor dan asar sebab tiada surau di Terminal 4. Alhamdullilah ada surau di Terminal 1 ini yang terletak di level 4. Jangan salah pergi ke Chapel ya sebab memang ada Muslim Prayer room di floor yang sama.

Surau di Level 4

Alhamdullilah selesa ada tempat wuduk sekali

Selesai solat, kalau ikut plan kami akan ambil airport free shuttle untuk ke Terminal 4 tapi timing shuttle agak lewat dan takut terlepas pula flight ke Boracay nanti. So kami cuba naik Grab pula. Grab fare agak murah lebih kurang 180peso untuk vehicle 6-seater tapi malangnya grab driver pusing-pusing tak jumpa kami maybe confuse location kami tunggu itu, so nak mudah kami naik je van taxi dengan tambang 350peso.

Tunggu grab yang tak sampai-sampai

Naik taxi je lah ke Terminal 4

Sampai di Terminal 4....antik taxi ada fan hehe

Alhamdullilah selamat sampai di Terminal 4, simple je terminal nya macam station bas je. Terminal agak lengang sebab tak banyak flight dan kami pun tiba agak awal juga sebenarnya. Tak pe boleh rilek-rilek dulu yang penting jangan miss flight.

Yeah dah check in

Departure hall yang kosong...masih awal

Kita beli kopi dulu

Kopi yang rasa kopi...

Sambil tunggu flight sambil makan maggi...

Tepat jam 5.50 petang, flight kami berlepas ke Caticlan Airport untuk ke Boracay Island. Di Philippines ini cepat gelap ya, jam 7 malam dah masuk Isyak. So by the time kami fly dah gelap sebenarnya. Flying time tak lama lebih kurang 1 jam dan flight pun kecil je. 

Flight Cebu Pacific

Jom Boracay kita....

Bye Manila....nanti datang lagi

Alhamdullilah tiba di Caticlan Airport dengan selamat. Airport arrival hall pun kecil ala-ala koboi tapi efficient. Bag pun cepat sampai. Keluar je dari Arrival Hall kami terus ke kaunter Southwest (transporter yang kami book melalui Klook). Settle register dan ambil booking voucher, kami dibawa menaiki van ke Tabon Jetty untuk naik bot ke Boracay Island. Jarak dari airport ke jeti tak jauh lebih kurang 15 minit.

Tiba di Boracay dah malam

Alhamdullilah jejak kaki di Boracay

Boracay Airport bahagian arrival

Sempoi je dalam airport

Tempat ambil bag...pantas bag sampai

Welcome to Borakai

Settlekan voucher transfer dulu

Sempat posing sebelum naik van ke jeti

Jom ke jeti pula...

Tiba di jeti, settlekan urusan registration dan bot untuk ke Pulau Boracay. Kami menaiki bot tak sampai 10 minit dah selamat tiba di jeti Boracay. Dari jeti Boracay, kami menaiki van pula untuk dibawa ke 7stones hotel. Jarak dari jeti ke hotel lebih kurang 20 minit. Jauh betul perjalanan macam-macam transport kami naik - kereta, taxi, flight, van, bot. Total perjalanan lebih kurang 12 jam dan akhirnya kami selamat check in hotel.

Tiba di Jeti Tabon

Register di Southwest counter dulu

Ikut step by step...mudah je

Dapat tiket sudah...Boracay under municipality of Malay rupanya

Jom tarik bag naik bot

Ceria naik bot walaupun dah malam

Bot yang kami naik tadi

Naik van ke hotel pula...

Turun van je nampak sign ni....yeah

Jom ke hotel

Alhamdullilah tiba di hotel...3 malam kami di sini

Hotel memang best dan hotel staff pun friendly. Malam itu kami dinner nasi kembara dan berehat sahaja setelah seharian perjalanan. 

Jom check in dulu

Sesi room tour

Tengah cabut undi nak bilik mana

Rupa bilik tidur....romantik

Toilet lah apa lagi

Chef Along in action....

Ini hasilnya dinner kami...thanks Chef Along

Masing-masing tak sabar nak explore Boracay esok…jom explore Boracay dengan kami di next page....

No comments:

Post a Comment