Thursday 8 March 2018

Persedian ke Jeju, Korea Selatan

Kali ini nak cerita pasal percutian keluarga ke Jeju, sebuah pulau yang agak besar di bahagian utara Korea Selatan. Percutian ini dirancang secara tidak sengaja dan mengambil masa sebulan untuk persiapan. Mula-mula discuss dengan En. Suami, nak ke mana ya cuti hujung tahun 2017 dan awal tahun 2018. Waktu yang sama tahun lepas kami bercuti di Bangkok (boleh refer page Bangkok sebelum ini). Bincang punya bincang kami decide nak ke Jeju. Adik pun turut serta sebab nak bawa anaknya main snow. Kebetulan memang time winter di Korea waktu itu. So, akhirnya ianya menjadi percutian keluarga yang terdiri daripada 7 orang (6 dewasa dan seorang kanak-kanak). Yang pergi ialah kami suami isteri, mak, abah dan adik 3 beranak.

Ini merupakan kali ke-2 saya ke Jeju, dulu pernah pergi dengan kawan-kawan office, kali ini pergi dengan keluarga. Kalau dulu tiada direct flight ke Jeju, kena ambil flight dari KL ke Seoul atau ke Busan, then ambil domestic flight ke Jeju. Tapi bermula Disember 2017, Air Asia dah ada direct flight dari KL ke Jeju, so lagi mudahlah urusan ke Jeju. MAS tiada ya flight ke Jeju ini, buat masa ini hanya Air Asia. Check tiket, harganya oklah, mampu beli...kami dapat tiket dalam RM 800 lebih seorang pergi dan balik. Lepas, tokok tambah luggage, meal, harga tiket seorang dapat dalam RM 1000 lebih. Tarikh bertuah yang dipilih ialah berlepas pada 30 Disember 2017 dan balik ke Malaysia 3 Januari 2018. Maka, bermulah persiapan percutian keluarga seramai tujuh orang ini selama 5 hari 4 malam.

         

Selesai urusan booking ticket flight, urusan booking hotel pula. Kami tidak menggunakan khidmat travel agent untuk trip kali ini. Semuanya buat sendiri dan jalan sendiri je. Macam biasa, hotel di booking dari web Agoda. Kenapa Agoda? Sebab nak kumpul point dan rate hotel pun reasonable. Setelah membelek-belek Agoda, kami decide untuk book di Jungmun Log Pension & Resort. Ianya sebuah rumah yang terdiri daripada 2 bilik yang lengkap dengan ruang tamu, 2 bilik air dan segala bagai kemudahan memasak dan juga boleh membasuh pakaian sekali. Rate untuk 4 malam ialah RM 3,787.96. Kami stay satu hotel je, senang tak perlu nak berpindah-randah. Boleh refer video clip hotel di bawah :


                                   
Tiket flight dah, hotel dah..lepas ini cari kereta pula. Kami decide untuk drive je di Jeju sebab itu yang terbaik. Di Jeju tiada perkhidmatan metro atau subway, bas ada tapi lambat lah nak tunggu. First time saya ke Jeju dulu pun sewa kereta dan saya yang drive sendiri. Tapi kali ini En. Suami lah yang jadi drivernya. Memandangkan trip kali ini 7 orang so kena lah ambil MPV. Kami decide ambil Kia Carnival. Kalau ikut descriptionnya boleh muat 9 orang so kami book lah kereta tu melalui web www.rentals.com tapi car rental company ialah Lotte Car Rental dengan kadar sewaan RM1700 untuk 5 hari.

Next, cari pula wifi modem. Internet memang wajib ada. So, after google wifi rental yang ada di Jeju ini, saya pilih untuk booking dengan KKDay dengan rate RM 57 unlimited data untuk 5 hari. Murah juga dan boleh collect terus di Arrival Hall, Jeju Airport.


Ok, last sekali yang paling penting ialah itinerary. Kiranya kami ada 3 full days untuk jelajah Jeju sebab hari pertama dan last day tu kira travelling day. Mula-mula agak sukar nak buat itinerary ini sebab google maps tidak boleh digunakan di Korea. So susah nak agak distance dan timing dari satu tempat ke satu tempat. Jadi, saya buat program yang agak flexible dan relax sikit sebab peserta terdiri dari semuda kanak-kanak 5 tahun dan sesenior abah yang dah berumur 67 tahun. Kalau berdua je dengan En. Suami dan buat itinerary yang agak pack. Sebenarnya banyak tempat menarik di Jeju ini. Kalau ikut, seminggu pun tak cukup. Segala bagai museum dan nature park ada, masa jelah yang limited so kena prioritize kan aktiviti. Akhirnya itinerary yang terhasil seperti berikut :




Day
Date
Time
Itinerary
Day 1
30/12/17 (Sat)
Afternoon
Arrive at Jeju Airport @ 1.40 pm. Collect wifi & car rental. Depart to Hotel
Shopping groceries @ Seogwipo / Jungmun
Evening
To arrive hotel before 4.30 pm for solat zohor/asar
Day 2
31/12/17 (Sun)
Morning
Mt Halla (Eorimok Trail / Visitor Centre)
Afternoon
Back to hotel. Lunch & solat zohor/asar
Evening
Gimnyeong Seonsegi Beach (if enough time)
Nanta Show at Jeju NANTA Theatre, Jeju City @ 5.00 pm
Day 3
1/1/18 (Mon)
Morning
Yongmeori Coast
Songaksan
Osulloc Green Tea Farm
Jusangjolli Cliff
Cheonjeyeon Falls / Jeongbang Fall
Seogwipo Maeil Olle Market
Afternoon
Packed lunch / seafood
Evening
Back to hotel before 5pm for solat zohor/asar
Day 4
2/1/18 (Tue)
Morning
Seongsan Ichulbong
Sangumburi Crater
Aqua Planet (Optional)
Eco Land Theme Park (Optional)
Afternoon
Packed lunch / seafood
Evening
Back to hotel before 5pm for solat
Day 5
3/1/18 (Wed)
Morning
Check out & depart to airport. (To check distance from hotel to airport). Need to be @ airport before 11.00 am




Itinerary ini flexible, tengoklah mana yang tersempat pergi, tapi macam ambitious juga . Kalau ikut itinerary, akan ada tengok Nanta Show (dulu pernah tengok di Seoul), kali ini nak tengok lagi di Jeju, so booking tiket Nanta Show di website dengan rate 30,000 won seorang. Kalau tak booking awal memang penuh lah.

Sedikit pengenalan Pulau Jeju, Jeju terletak di bahagian selatan Korea Selatan. Ianya tidak sama dengan Nami Island. Nami Island tu pulau kecil yang terletak di Seoul dan terkenal disebabkan cerita Winter Sonata. Jeju Island ini kiranya tempat pelancongan yang terkenal di kalangan warga tempatan Korea dan banyak limau atau dipanggil hallabong di sini disebabkan tanahnya yang subur daripada gunung berapi dulu-dulu.

Macam biasa, bila travel ke tempat yang susah nak cari makanan halal, kami akan membawa 1 bag yang penuh berisi makanan. Beras, minyak, garam, tepung, mee hoon, spaghetti, santan, pes-pes masakan, kicap dan pelbagai lah stok makanan selama 5 hari untuk 7 orang. Telur yang dah direbus pun dibawa sekali untuk dimakan dengan nasi lemak. Yang penting master chef (emak lah) ada, so bahagian makanan tiada masalah.

Beg Stok Makanan

Duit won pun telah ditukar. Rate lebih kurang RM 1000 = 260 000 won. Semuanya dah ready...jom Jeju...

Duit won


5 comments:

  1. Masa awk pegi tu salji dh ada ke?cuaca okey tak

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsiannya. Nanti nak bawa beras 5kg lah. 😊

    ReplyDelete
  3. Ada sempat try makanan kat sana tak?

    ReplyDelete
  4. Thank you for sharing. Masa pergi Mt Halla tu cuaca okay ke?

    ReplyDelete