Sunday 28 May 2017

Cuti-cuti Malaysia - Langkawi (10-12 Dec 2016)

Percutian ke Langkawi tidak termasuk pun dalam perancangan percutian 2016. Waktu belek-belek calendar, eh ada long weekend pula dalam bulan Dec 2016. Satu weekend cuti Maulidur Rasul dan satu lagi weekend cuti Krismas. Rasa macam rugi pula tak utilize long weekend ni. So apa lagi fikir punya fikir, kita pergi Langkawi je lah. Since date nak pergi tu cuti Maulidur Rasul kena lah booking awal accomodation di sana sebab takut penuh. Survey banyak tempat tapi nasib baik dapat satu homestay ni D'Villa Guesthouse, Mukim Ayer Hangat, Langkawi. Villa ini mempunyai 3 bilik dan kami sewa 2 kereta untuk 3 hari 2 malam dengan harga RM 1000.


Rasanya harga itu agak ok memandangkan time itu adalah peak season. Booking dibuat 2 bulan sebelum pergi. Kali ini pergi beramai-ramai. Jumlah yang pergi 8 orang, ada juga adik-adik yang tak dapat ikut. Mula-mula rasa nak drive je dari Melaka, buat 2 kereta tapi rasa macam jauh dan sure jalan sesak sebab long weekend, so plan nak naik keretapi lah lagipun tak pernah naik train KTM ni. Malangnya time nak booking train pula penuh..takde rezeki lah kali ini. So sapa nak jalan-jalan naik train KTM ni silalah booking awal-awal ya.

Day 1 :
Hari yang ditunggu pun tiba. Plan nak bertolak dari Melaka jam 4 pagi sebab nak kejar feri jam 2.00 petang di Kuala Kedah. Tiket feri dah booking online di http://ticket.langkawiferryline.com/. Tambang feri ialah RM 23 dewasa dan RM 17 untuk kanak-kanak sehala. Prefer booking online sebab tau mesti ramai kat terminal feri tu nanti. Beli 7 tiket je sebab En. Suami naik flight terus ke Langkawi sebab pagi tu dia ada urusan. Tak kisah la naik apa janji sampai. Seperti yang dirancang, tepat jam 4.00 pagi 2 biji kereta dengan 7 passengers bertolaklah dari Melaka. Perjalanan berjalan lancar kereta pun tak banyak, stop solat subuh di RnR Sg. Buluh dan plan nak singgah breakfast di RnR Sungai Perak.


Tepat je jam 8.30 pagi, selepas keluar dari Terowong Menora tiba-tiba kereta di hadapan semua stop. So kereta kami kena lah stop sekali. Stop bukan calang-calang stop ni betul-betul punya stop. Bukan seminit atau 10 minit...ni stop 2 jam..dugaan..ada accident kat depan rupa-rupanya. Lori tangki terbalik dan block jalan. Lebih kurang jam 10.30 pagi baru kereta-kereta semua boleh bergerak. Check dengan waze sempat lagi tiba di jeti Kuala Kedah sebelum pukul 2 petang. So kereta pun memecut lagi untuk mengejar feri...dugaan sekali lagi..jem pulak kat highway Butterworth tu...dan maka tidak sempatlah tiba di jeti pada jam 2 petang tu. Pasrah. Sampai di jeti jam 2.30 petang.


Terowong Menora

Kereta boleh diparking di public parking area jeti. Ada banyak parking tapi kalau peak season memang penuh. Kami parking di parking area sekolah depan jeti tu dengan bayaran RM 30 utk 2 malam. Sampai di jeti terus ke kaunter dengan harapan feri jam 2 tak jalan lagi, tapi rupanya baru je berlepas. Tiket yang dibeli online itu tak boleh dicarry forward so kena lah beli tiket baru tapi next feri available jam 5.00 petang. Lama tu nak tunggu lagipun En. Suami dijangka tiba di Langkawi Aiport jam 4.30 petang. After negotiation dengan feri officer, dia kata dia boleh cuba selitkan masuk feri jam 3.00 petang tapi tetap kena beli tiket baru. So no choice beli tiket baru dan alhamdullilah dapat feri jam 3.00 petang tu. Perjalanan feri lebih kurang 1 jam 30 minit dan akhirnya selamat sampai di bumi Langkawi.



Dalam feri


Kereta sewa pun dah sedia menunggu, gerak ke Airport ambil En. Suami dan terus check in D'Villa Langkawi. Rumahnya cantik, bersih dan ada pemandangan sawah padi yang cantik. Boleh minta extra bed dan pillow kalau tak cukup tapi kena charge RM 10 la untuk 2 malam tu. Selepas check in, solat rehat. Semua dah kepenatan. Kalau ikut plan petang tu nak terus naik cable car tapi tak sempat. Takpe kalau ada rezeki boleh pergi waktu Day 3 sebab Day 2 plan nak snorkelling di Pulau Payar.

Homestay & kereta sewa - Homestay cantik & bersih
View belakang homestay - tenang je

Malam dinner di Restoran Sajian Murni di pekan Kuah. Harganya murah dan sedap tapi kena pergi awal kalau tak ramai orang.

Day 2 :
Hari ke 2 pun bermula, semua dah cukup rehat so hari ke 2 ni full day trip snorkelling ke Pulau Payar. Snorkelling trip booking dengan En. Shahril (FB Shahril Caen) dengan rate RM 130 sorang. So far rate ni yang paling murah. Harga termasuk feri, snorkelling gear, transport ke jeti dan juga insuran. Since, kami dah sewa kereta, so jam  8 pagi kami gerak sendiri ke Jeti Kuah sebab nak singgah breakfast dulu. Kami breakfast di Restoran Terong area jeti. Yang special sini ada bistik french toast. Sedap juga. Selepas breakfast, terus ke jeti dan pergi ke kaunter untuk ke Pulau Payar. Ada banyak kaunter di situ so kena check dengan ejen kaunter nombor berapa.



Roti Bistik - hmm sedap

Tepat jam 10 pagi feri ke Pulau Payar pun bergerak. Feri pun besar jenis catamaran. Perjalanan ke Pulau Payar lebih kurang sejam. Sampai je di area Pulau Payar feri stop di floating platform area pulau. Selepas tu transfer ke arah pantai pulau dengan bot-bot kecil. Di floating platform pun ada pakej snorkelling juga tapi harganya lebih mahal sebab bahagian bawah platform tu ada view underwater.



Selamat Datang ke Pulau Payar


Sejuk mata memandang

Selepas tiba di pantai Pulau Payar, ada briefing sekejap dan habis je briefing apa lagi snorkelling time lah...banyak ikan di pulau ni even tepi-tepi pantai pun banyak ikan...baby shark pun ada. So tak perlu cerita banyak...layan gambar je ya. Lunch disediakan dengan nasi goreng, ayam goreng, coleslow & orange. Tandas untuk mandi dan salin pakaian ada disedikan tapi air yang disediakan adalah air laut. So siapa yang nak mandi or bilas proper kena lah bawa air mineral yang lebih. Surau juga ada untuk kemudahan solat tapi surau ni sharing basis kena la solat gilir-gilir lelaki perempuan. Air untuk wuduk tu air tawar (maybe tadahan air hujan).


Jom snorkelling


Bagi ikan makan - jangan lupa bawa roti


Kena serbu dengan ikan


Photo dari camera underwater


Photo dari camera underwater


Lebih kurang jam 3 petang, semua kena berkumpul naik bot kecil untuk ke feri. Sampai di Jeti Kuala Kedah dalam jam 4 lebih. Semua dah penat, so balik bilik rehat. Ingat nak sambung makan laksa famous kat area Airport tapi cancel sebab semua dah pengsan kepenatan snorkelling.


Yang kiri tu floating deck & yang kanan tu feri ke Langkawi dari Pulau Payar

 

Ikan-ikan-ikan


Malam, lepas Maghrib semua dah recharge energy, aktiviti memburu coklat pulak. Destinasi seterusnya serbu Kompleks Haji Ismail Group (HIG). Besar kompleks ni, dulu takde rasanya. Ada dua tingkat. Orang punya lah ramai kat tingkat bawah. Tapi sebenarnya barang tingkat atas lebih kurang sama je dengan yang bawah cuma tiada coklat di tingkat atas. So ramai yang kat bawah tu memborong coklat lah tu.

Lepas, mission shopping completed, perut dah lapar. Malas nak drive cari kedai so makan je lah kat foodcourt HIG sebelah kompleks tu. Banyak juga pilihan makanan so ikut selera masing-masing lah.

Day 3 :
Hari last day di Langkawi, tiket feri jam 1 petang. Pagi tu check out, singgah breakfast di Restoran Nasi Dagang Pak Malau. Nasi dagang dia memang terbaik lah. Banyak pilihan lauk seperti ayam goreng kampung, daging terutup, gulai kambing, gulai ikan. Suasana makan pun best menghadap sawah padi. Next time kalau pergi Langkawi lagi memang wajib singgah la di sini. Kedai ni pun kena datang awal kalau lewat memang ramai or lebih malang lagi kalau nasi dagang dah habis.


Licin makan nasi dagang Pak Malau yang best tu

 

Sempat posing pas makan


View kedai makan Pak Malau Nasi Dagang

Perut dah kenyang, masa ada lagi beberapa jam, so kami pergi ke Gondola Sky Park. Hajat di hati mestilah nak naik gondola. Dulu pernah naik tapi cuaca tak berapa baik. Kali ni harapan agar cuaca cerah lah. Tiket gondola dah beli online di mylangkawideal.com Harga murah seringgit daripada harga walk in iaitu RM30. untuk dewasa dan RM 15 untuk kanak-kanak. Tiket ni open tiket dan valid untuk setahun tapi kena redeem kat online booking counter. Tiba je kat Skypark Gondola tu, ya Allah ramainya umat..maklumlah public holiday cuti sekolah lagi.. time tu baru jam 10 pagi tapi next ticket for gondola jam 2.30 petang. So nampaknya takde rezeki lagi lah kali ni sebab feri jam 1 petang. So tiket tu masih valid, mana tau ada rezeki datang lagi ke Langkawi or boleh bagi pada sesiapa yang nak. Ada 8 tiket tu.
Jalan-jalan sekejap sekeliling gondola area tu...banyak aktiviti sebenarnya. Ada rabbit park, 3D museum etc...

Tengok rabbit je lah


Bye gondola...tak dapat naik kali ni


Ramai betul orang di Sky Cab ni

Dalam jam 11 lebih kami gerak ke jeti dan pulangkan kereta di jeti. Nasib baik gerak awal sebab jem arah ke jeti. Kalau tak kena lah beli tiket feri baru lagi. Alhamdullilah selamat sampai di jeti Kuala Kedah dan perjalanan pun diteruskan ke Melaka. Maka berakhirnya percutian singkat ke Langkawi di waktu-waktu peak season yang memang ramai orang di mana-mana dan jalan jem sana sini.

1 comment:

  1. waa..mcm best je tu. in sha allah akan sampai juga ke sana :-)

    ReplyDelete