Sunday, 10 May 2020

Day 12 : Mt Pilatus - Lucerne

Pagi ini breakfast di hotel je sebab package hotel with breakfast. Stok nasi lemak Pak Brahims pun dah lama habis. Plan hari ini pagi akan ke Mt Pilatus, petang jalan-jalan di Lucerne city dan selepas itu balik ke hotel yang sama iaitu Hotel See Hof Du Lac. Cantik juga hotel ini terletak di tepi tasik di pekan kecil Weggis yang tidak jauh dari Lucerne city.

Hotel See Hof Du Lac di tepi tasik

Untuk ke Mt Pilatus, kami perlu ke Lucerne city untuk ambil ferry ke Alpnachstad. Ferry terminal Lucerne ini terletak berdepan dengan Train Station Lucerne. Sambil menunggu ferry, kami sempat jalan-jalan di sekitar ferry terminal seperti ke Old Chapel Bridge yang terkenal di Swiss ini.

Willkommen in Luzern

Ferry Terminal...awal kami tiba

Ronda-ronda Lucerne City dulu

Pagi yang damai

Old Chapel Bridge

Kedai-kedai makan berhampiran Old Chapel Bridge

Boleh lepak-lepak tepi tasik minum kopi

Old Chapel Bridge

Feri dah sampai jom ke Mt Pilatus..


Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang 45 minit merentasi Lake Lucerne yang tenang dan indah. Dari dalam bot juga boleh nampak rumah-rumah di tepi tasik dan lereng gunung. 

Jom gerak

Lucerne city dari kejauhan

Restoran dalam feri....untuk memanaskan badan...atas feri sejuk

Rumah-rumah di tepi tasik & bukit

Banyaknya bot dia


Tiba je di Alpnachstad, kami dengan segera berjalan ke station cogwheel ke Mt Pilatus yang tidak jauh dari ferry terminal. Kenapa kami pilih Mt Pilatus ini sedangkan banyak je mountain-mountain lain di Lucerne area? Ha sebab nak merasa naik the steepest cogwheel in the world. Nak tau curam tak curam kenalah rasa naik. 

Tiba di Alpnachstad

Nampak tak cogwheel yang merah kat bukit tu

Nak naik benda inilah....macam kat Bukit Bendera Penang je

View dari cogwheel...feri kami tadi

Kecil je railway dia

Selisih dengan gerabak sebelah

Mt Pilatus terletak 2132 meter dari aras laut dan boleh nampak view Lucerne area from top. 

Dah sampai top of Mt Pilatus

Ada yang main parasailing

Curam tak nak turun tu?

View cun from top

View cun from top

Boleh baca nama-nama gunung kat situ

Kena naik tangga untuk dapat view ni

Ni top view photo dari drone

Dah jom turun....turun pun gayat

Bangunan yang ada di top of Mt Pilatus

Ini tangga yang kami panjat tadi..zig zag betul

Balik dari Mt Pilatus kami akan guna gondola pula ke Kriens dan naik bas dari Kriens ke Lucerne Train Terminal. Route ini dikenali sebagai Mt Pilatus Golden Round Trip sebab boleh dapat pelbagai view yang menarik dengan naik ferry, cogwheel, gondola dan juga bas. Cogwheel punya fee ialah CHF36 (50% discount guna Swiss Pass) tiket-tiket ferry, gondola dan bas kami guna Half Fare Pass. 

Turun guna gondola

View time turun

Kawasan perumahan di Kriens


Petang bila dah tiba di Lucerne city, jalan-jalan window shopping di Lucerne Old Town dan beli souvenir di Casagrande. Kedai Casagrande memang top kalau nak beli souvenir, macam-macam ada cuma sediakan ongkos je lah. Then, terus balik ke hotel semula. 

Window shopping at Lucerne City

Sedang mencari kedai souvenir

Inilah kedainya Casagrande...antara yang termurah untuk memborong

Boleh pilih nak yang mana

Macam biasa fridge magnet lah

Sempat beli buah berangan makan panas-panas


Esok adalah malam last untuk trip kali ini...tak sabar nak balik Malaysia tapi sayang juga nak tinggalkan Swiss ini.



Saturday, 9 May 2020

Day 11 : Isetwald - Lauterbrunnen - Mount Schilthorn - Staubbach Falls - Lucerne

Pagi bangun-bangun jengah ke balkoni, wah cantiknya view. Malam tadi gelap gelita, pagi breakfast berlatarbelakangkan view yang macam lukisan. Hari ini plan akan ke Lauterbrunnen dan Mount Schiltorn dan check in di Lucerne. Puas hati overnight di Apartments Chalet Burg ini. En. Suami kata accomodation terbaik sepanjang di Swiss ini.

View cun depan bilik

Segar dengan bunga-bungaan & tasik


Kawasan gunung Alps

Breakfast sambil layan view

Ready to check out...bye Chalet Burg

View lake depan chalet

On the way keluar dari Chalet Burg, Isetwald

Perkampungan Isetwald

Jarak ke Lauterbrunnen dari Isetwald tidak lah berapa jauh lebih kurang 20 KM. Lauterbrunnen ini antara tempat yang cantik di bumi Swiss dan kira wajib pergi juga selain dari Interlaken dan Lucerne. Apa ada di Lauterbrunnen? Di sini merupakan satu perkampungan kecil yang aman di kelilingi pergunungan Alps. Ada beberapa waterfall di sini antara yang famous ialah Staubbach Falls. Boleh nampak water fall dari horizontal cerun bukit dengan ketinggian 297m. Siapa berminat hiking boleh panjat waterfall ini, tapi kami tak sempat nak pergi.

Kami juga ke Mount Schilthorn dari Lauterbrunnen. Mount Schilthorn ini dengan ketinggian 2970m antara salah satu peak di Bernese Oberland. Shooting film James Bond dulu ada buat di sini. 

Ada beberapa cara untuk ke peak Mount Schilthorn. Kami memilih cara :

1. Drive ke Lauterbrunnen. Parking kereta dekat dengan Staubbach Falls (CHF 5)
2. Naik bas ke Stechelberg Schilthornbarn. Bas boleh tunggu di kawasan yang ada signage auto post. Tambang bus half price je sebab guna Half Fare Swiss Pass.
3. Di Stechelberg Schilthornbarn, naik cable car ke Mount Schilthorn tapi kena transit (tukar cable car / gondola) di Gimmelwald - Murren - Birg dan akhirnya baru sampai di puncak Schilthorn.

Parking kereta di sini

Staubbach Falls yang mencurah

Jalan-jalan di pekan Lauterbrunnen

Sunyi sepi je

Tunggu bas di sini

Jom naik bas ke station cable car

Journey one way ke Schilhthorn dalam 90 minit, so plan your journey wisely kalau banyak program hari yang sama. Fare untuk bas, gondola, cable car dan train kami guna Swiss Pass Half Fare price tapi cable car dari Murren ke Mount Schilthorn kena bayar full iaitu CHF 41 untuk return ticket. Ok dah cerita panjang so layan je gambar-gambar. Banyak sangat gambar yang menarik tak mampu nak post semua.

Jom ke Mt Schilthorn

Ada tasik atas gunung

Sikit lagi sampai ke puncak

Alhamdullilah sampai sudah...2970m dari aras laut

Ruang poster James Bond

Ada inilah kat atas Mt Schilthorn

View laluan cable cable car

Nama-name view peak


Baru snow sikit-sikit...autumn kan belum winter lagi

Pergunungan Alps

Bukan James Bond

Selfie sikit...

Untuk turun pula, kami pilih dari Schilthorn- Birg- Murren - Grutchshalp - Lauterbrunnen. Naik gondola, cable car dan train. Saja je tukar route at least dapat view berbeza.

Jom turun guna gondola

Round kat Birg pula

Mountain view

Exercise guna tangga

Pusing keliling

Pusing lagi...ada see through glass floor

Merenung masa depan...tengah fikir nak ke mana lagi...haha

SubhanaAllah

Try gayat tak

Stop kat Murren sekejap

Ni map kalau nak faham

Pekan Murren

Pekan Murren

View menghijau

Ok dah nak turun

Lauterbrunnen kat bawah tu

Nampak Staubbach Falls dari cable car

Ok dah sampai bawah....jalan kaki ke parking kereta

Staubbach Falls 

Staubbach Falls view dari kawasan parking


Seteleh puas (tak puas sebenarnya, tapi masa tak mengizinkan) kami bergerak meninggalkan Lauterbrunnen menuju ke Lucerne pula. Jarak ke Lucerne pula dalam 1 jam 30 min. Rushing juga la untuk sampai before maghrib. Tiba di Lucerne kami check in di Hotel Seehof Du Lac.

Autumn view Lauterbrunnen

Laluan tepi bukit

Bye Lauterbrunnen

RnR

Jom ke Lucerne

Check in di sini malam ini