Sunday, 26 March 2023

Day 1 : Melaka - KLIA2 - Surabaya - Malang

Hari yang ditunggu pun tiba, flight ke Surabaya jam 9.35 pagi. Penerbangan mengambil masa kurang dari 3 jam dan dijangka tiba di Juanda Airport Surabaya jam 11.15 pagi waktu tempatan. Waktu di Surabaya beza 1 jam lewat dengan Malaysia ya. Jangan lupa tukar masa jam anda bila tiba di sana. Kami bergerak ke KLIA dari Melaka lebih kurang jam 5 pagi dengan 2 kereta. Tiba di KLIA, settlekan subuh dan check in berjalan lancar. Tepat jam 9.35 pagi kami pun terbang dan flight pun agak penuh. Selamat tiba di Juanda Airport lebih kurang jam 11 lebih. Urusan di Immigration juga pantas yang penting kita sediakan awal-awal dokumen seperti tiket balik dan sijil vaksin.

Peserta-peserta trip sedang menunggu flight ke Surabaya

Kita tunggu isi minyak kapal terbang dulu

Kena isi custom form ini dalam flight untuk melancarkan urusan bila di airport 


Keluar ke Arrival Hall, Burhan (Tour Guide) sudah sedia menunggu dan kami di bawa ke van. Van besar selesa dan van ini akan kami guna sepanjang 4 hari di sini. Oleh kerana perut masih kenyang sebab dah breakfast nasi lemak Pak Nasir dalam flight, so kami teruskan sahaja perjalanan.

Alhamdullilah selamat sampai..welcome to Surabaya

Sessi memasukkan orang dan barang dalam van

Destinasi yang pertama ialah kami akan ke Kampung Warna Warni yang terletak di Malang. Perjalanan agak jauh juga lebih kurang 2 jam. Dalam perjalanan, perut rasa lapar so kami berhenti di kawasan kedai makan tempatan. Banyak juga kedai-kedai yang jual local food. So pandai-pandai lah survey mana yang sesuai dengan selera.

Jom panjat tangga gi makan

Makan di sini...macam-macam stall ada

Siapa nak kepala ayam?

Jus alpukat memang wajib

Dah kenyang kami teruskan perjalanan ke Kampung Warna Warni. Memang colorful lah rumah-rumah di sini meriah. Sejarahnya ada company cat yang sponsor cat untuk rumah-rumah di kampung ini sebahagian dari project CSR mereka. Terus kampung ini jadi cantik dan jadi tempat pelancongan. Ok layan view pemandangan kampung colorful ini.

Pintu masuk ke Kampung Warna Warni

Kampung Tridi...ada beberapa kampung warna-warni di sini

Meriah colorful

Ada sungai tengah-tengah kampung

Family photo

Family photo - gambar wajib trip

Jom cross jambatan ke kampung sebelah

Antara laluan di celah kampung

Singgah beli kuih

Tak tau nama kuih apa

Banyak port OOTD...ini antaranya


Setelah puas ronda sekitar kampung, kami meneruskan perjalanan lagi. Destinasi seterusnya ialah ladang epal. Sebelum ke ladang epal kami singgah solat jamak zohor/asar dulu di masjid area kampung ladang epal. 

Kena tukar naik mini van untuk ke ladang epal

Stop solat di sini dulu

Cantik masjid persendirian ini


Tiba di ladang epal hari sudah hampir gelap dan nak masuk waktu maghrib tapi sempat lagi kami meneroka dan memetik epal untuk dibawa pulang. Kawasan Batu Malang ini kawasan tanah tinggi dan memang banyak ladang epal. Boleh makan epal sepuasnya juga di ladang epal dengan percuma. Kalau nak bawa balik kena bayar timbang kilo.

Sampai di ladang epal

Sesi tunjuk ajar memetik epal oleh owner kebun

Emak & abah memetik epal ke tu?

Antara pokok epal...kecik-kecik buah epal nya

Sesi round kebun

Jom balik hari dah gelap

Dah berkabus di tempat parking van tadi

Setelah puas memetik epal, kami ke Muzium Angkut. Dengar nama macam tak best je. Mesti muzium kecil dan ada display kereta-kereta je. Tapi bila kami tiba di sini wah besarmya muzium angkut ini. Dekat 2 jam kami meronda dalam muzium ini sampai masa dah nak tutup pun tak habis-habis. Dengan suhu yang nyaman (muzium open air) dan orang yang tak ramai (maybe sebab weekday dan malam) memang best untuk kami. Ok layan je view dan tengok apa yang ada dalam muzium angkut ni ya.

Jom kita ke Muzium Angkut

Ini baru entrance

Semua jenis pengangkutan ada

Kereta Lincoln

Peminat tegar kereta

Kereta antik pun ada

Kereta sport dulu-dulu

View dari tingkat atas..kereta kuda pun ada tu

Kereta comel orangnya pun comel

Jom kita naik kapal terbang pula...

Lepak-lepak dalam flight presiden

Pura-pura buat kerja lah tu...desktop presiden

Bersama flight attendant

Jom makan sini

Ada yang try flight simulator...nak jadi pilot ke?

View kawasan Muzium Angkut

View bandar Batu Malang dari Muzium Angkut

Heli & roket pun ada tu

Jalan area China Town pula...masih dalam kawasan Muzium Angkut

Ada jual ini jom try...

Inilah dia Lumpia Pisang macam roti canai pisang lah

Jalan lagi...

Tiba-tiba sampai area Broadway

Sampai area Italy pula

Jom France ada Eiffel Tower

Zon Tembok Berlin, Jerman

Yeah London...

Tingginya guard

Depan Buckingham Palace

Di kawasan garden muzium...semua peserta ada dalam gambar ni

Jom masuk dalam istana..

Dalam memang cun

Sempat lagi naik bus double decker

Boleh bergambar dengan Queen

Jom Las Vegas

Panjang betul kereta ini

Kawasan pasar terapung view dari atas muzium

Hollywod la pulak...

Kawasan pasar terapung

Ada kedai makan ikut negara

Akhirnya habis jelajah Muzium Angkut

Rasa macam pusing 1 dunia 1 malam

Ok selesai Muzium Angkut, kami singgah dinner dulu sebelum ke hotel. Kami makan di yang tidak jauh dari hotel (tak ingat nama restoran dah), food oklah tapi maybe sebab kami sampai agak lewat banyak makanan dah habis. So kami makan je apa yang ada sebab masing-masing dah lapar dan penat. Hari yang panjang hari ini dan macam-macam tempat kami pergi.

Sempat singgah shopping souvenir dulu

Sesi membayar pula lepas shopping

Sampai Batu Malang kena beli strudel

Menu makan malam...asal ada makanan

Pilih-pilih lauk...pedas kuah tu

Makan simple-simple je

Last sekali, kami check in di Jambuluwuk Convention Hall & Resort Batu yang tidak jauh dari restoran tadi. Malam kami tidur dengan nyenyaknya. Hotel pun best maklumlah hotel 5 star. Good night Malang & Batu, esok kita ronda lagi.

Selamat check in

Good night Batu Malang


Percutian keluarga ke Surabaya Bromo (15-18 Sept 2022)

Salam semua, kali ini nak share kisah percutian keluarga ke Surabaya Bromo Indonesia selama 4 hari 3 malam. Ini merupakan percutian keluarga pertama ke luar negara post covid pandemic. Kali ini kami ambil kesempatan bercuti sempena long weekend cuti Hari Malaysia. Sambut hari Malaysia di Indonesia pula hehe. Peserta rombongan seramai 8 dewasa dan 1 orang kanak-kanak. Ini merupakan kali kedua saya ke Surabaya Bromo, boleh refer blog Bromo di page-page belakang. Bezanya yang pertama kali itu ada aktiviti hiking di Kawah Ijen dan kali ini tidak masuk sekali sebab ramai warga emas dan ada penambahan tempat-tempat lain juga.

Belanja teaser photo Bromo dulu....


Untuk tiket flight, kami ambil Air Asia sebab itu jelah yang paling murah. MAS sangat mahal sampai dekat RM2k untuk seorang. Air Asia dapat lebih kurang RM 7 ratus lebih seorang tapi tak masuk luggage. Luggage untuk ke Surabaya ini mahal ya so pandai-pandai lah nak hand carry ke macam mana.

Rate untuk luggage KL - Surabaya (one way)

Settle flight, kita cari ground package pula. Saya ada minta beberapa quotation termasuk dari ejen yang lama tapi yang terbaik adalah dari Javanation Trip. Package tidak termasuk hotel dan makan sebab nak pilih hotel dan makan sendiri. Details package seperti berikut dan kita boleh request based on our preference. Boleh contact saudara Burhan atau visit FB Javanation Trip for details. Total cost ground trip kami untuk 8 dewasa dan 1 kanak-kanak ialah INR 13,150,000 (lebih kurang dalam RM 4000)

Program kami untuk 4 hari 3 malam


Untuk hotel pula, saya booking sendiri di Agoda dan booking melalui shopback untuk dapat cashback dan juga point dari Agoda. Details hotel seperti di bawah :

15/9/2022 - Jambuluwuk Convention Hall & Resort Batu
16/9/2022 - Cemara Indah Hotel Bromo
17/9/2022 - Hotel Sinar 2 Airport Surabaya

Bila travel oversea ini, insuran jangan lupa ya. Penting untuk perlindungan jika berlaku apa-apa. Macam biasa saya ambil Etiqa 360 dari ejen insuran terbaik Puan Noha. Boleh pm FB Noha MdSupian jika nak dapatkan info segala jenis insuran.

Untuk travel requirement ke Indonesia post pandemic ini ada syarat-syarat ya. Kena complete vaksin sekurang-kurangnya dua dos bagi dewasa dan kanak-kanak 1 dos pun dah ok. Tak kisah vaksin jenis apa yang penting dah complete vaksin. Kena tunjuk mysejahtera punya vaksin cert waktu di Immigration Indonesia nanti. Sebelum terbang ke Indonesia. sila download awal-awal apps Peduli Lindungi dan completekan segala maklumat yang diperlukan. Peduli Lindungi ini macam apps mySejahtera. Waktu check in flight di Malaysia lagi, ground officer akan check dan pastikan kita dah download apps Peduli Lindungi. Traveling requirement ini sentiasa berubah-ubah so pastikan alert dengan syarat-syarat terkini. Mungkin waktu anda membaca blog ini sudah tidak perlu lagi apps Peduli Lindungi ini.

Apps Peduli Lindungi yang perlu didownload lebih awal


Antara persediaan lain ialah jangan lupa tukar duit dari RM ke Rupiah jangan ke Rupee pula. Waktu kami tukar conversion rate lebih kurang RM310 = 1 juta INR. Zaman ini ringgit jatuh so tukar saja lah. Universal plug juga jangan lupa sebab plug point di Indonesia lain dari Malaysia cuma kalau bernasib baik hotel ada sediakan plug socket yang universal.

Jom juta-juta Rupiah

Ok settle semua persediaan jom kita ke Indonesia. Kita tengok apa yang ada di Bromo Surabaya di page sebelah.