Monday, 5 November 2018

Part 3 : Hari Penerbangan dan tiba di Mekah

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba iaitu tanggal 14 Ogos 2018. Group kami ialah XY38B. Ada 2 jenis penerbangan haji iaitu KT dan XY. KT biasanya akan naik flight MAS/ Saudi Airlines dan XY akan naik Flynas (another saudi airlines). XY38B ini merupakan penerbangan akhir juga sebab last flight rasanya 15 atau 16 August. Untung penerbangan last ini sebab direct ke Jeddah untuk ke Mekah dan tinggal beberapa hari saja lagi sebelum wukuf di Arafah (main event haji - rukun). Bila pergi lambat so balik ke Malaysia pun lambat lah di mana waktu itu bilangan jemaah di Mekah dan Madinah makin berkurangan dan selesa untuk kami yang masih tinggal untuk beribadat di Tanah Haram ini.


Waktu check in ialah pada jam 11.30 pagi so kami bertolak dari Melaka dalam jam 8.30 pagi. Alhamdullilah tahun ini tahun pertama operasi Kompleks TH yang baru di Sepang (bersebelahan dengan Movenpick Hotel). Kalau sebelum ini urusan pendaftaran haji di Kompleks Kelana Jaya dan kawasan itu agak sesak. Since first time Kompleks TH Sepang beroperasi, method check in yang baru juga diperkenalkan. Urusan Saudi immigration yang dulunya dibuat di Jeddah airport (biasanya akan ambil masa yang lama berjam-jam) juga telah ditukarkan di Kompleks TH dan KLIA. So bila sampai di Jeddah Airport tiada apa-apa urusan pun...keluar dari flight, lalu di arrival hall dan terus masuk bas untuk ke hotel. Even luggage pun akan terus dihantar ke hotel. Tak perlu tunggu bag di Jeddah airport lagi. Urusan memang sangat smooth dan jemaah haji 2018 sangat beruntung dan bersyukur.
Kompleks Haji Sepang bersebelahan Movenpick Hotel
Ruang legar kompleks. Waktu ini tak ramai lagi sebab awal


Ok berbalik semula ke Kompleks TH Sepang, kami dihantar oleh ke dua-dua family dan juga thanks to my best friend Hajah Nuzaimah yang turut datang bagi moral support.
Sempat lagi tinjau-tinjau ruang dalam Movenpick Hotel


Mula-mula kami diberi rantai tangan. Waktu collect rantai tangan jemaah kena tunjukkan surat jadual penerbangan. Rantai tangan ini wajib dipakai sepanjang berada di Tanah Suci selain tag nama TH dan tag nama pakej sebagai pengenalan diri. Sebab di sana passport kita dipegang oleh pihak muassasah Saudi dan hanya dipulangkan di airport bila nak balik ke Malaysia.
Tempat collect rantai tangan dan tag nama
Rantai tangan yang berharga



Bila waktu check in bermula, kami dah kena masuk ke main hall kompleks, so berbye-bye lah dengan kaum keluarga. Drama air mata lah sikit tapi pada masa yang sama excited juga nak pergi haji ini.
 

Masuk ke dalam kompleks, jemaah ambil luggage masing-masing untuk ditimbang dan dihantar untuk check in. Sebelum itu bag luggage besar pihak TH/pakej yang kumpulkan untuk masuk ke dalam kompleks. Jemaah tarik bag kecil hand carry je. Sungguh mudah dan efficient.
Bag dah ready...pilih bag masing-masing

Bawa bag untuk check in


Lepas check in bag, proses seterusnya ialah scan 10 jari untuk tujuan data immigration. Dah selesai scan jari, kami berkumpul di Main Hall untuk taklimat akhir sementara menunggu bas untuk ke KLIA. Group XY38B ini terdiri daripada pakej-pakej daripada pelbagai company. Bas dah ready kami pun bergerak ke KLIA dengan diescort oleh polis. Feeling-feeling VIP jugalah. Sekejap je dah sampai KLIA dan terus ke departure hall. Di departure hall kena lalu Immigration Saudi sebelum naik ke flight.
Taklimat akhir pihak TH

Naik bas ke KLIA. Bas diiringi oleh polis bermotor

Kejap je dah sampai KLIA. Beratur untuk boarding


Saudi Immigration di KLIA

Alhamdullilah semua proses selesai dah flight pun terbang selama 8 jam ke Jeddah. Flight berlepas pada jam 8 malam seperti yang dijadualkan. Kami berniat ihram di Qarnul Manazil iaitu lebih kurang 1 jam sebelum tiba di Jeddah Airport. Siapa yang buat haji tamattuk kena berniat umrah dan yang haji ifrad kena berniat haji. Selepas berniat maka 13 larangan ihram pun terpakai lah.

Ke Mekah kita...
Tiba di Jeddah Airport pada jam 1 pagi Saudi time, terus je naik bas ke Mekah. Sebenarnya jarak dari Jeddah Airport ke Mekah tak lah jauh sangat tapi banyak check point dan jalan banyak tutup untuk ke hotel, akhirnya kami sampai di Amjad Al-Jazeera Hotel waktu azan subuh berkumandangan dari Masjidil Haram. Urusan bilik selesai, kami naik ke bilik untuk solat subuh dan berehat seketika sebelum ibadah sebenar bermula.
Di Jeddah airport. Beratur tunggu bas untuk ke hotel

Snack box diberi waktu di checkpoint ke Tanah Haram

Akhirnya tiba di hotel Amjad Al-Jazeera, Mekah

Ok sedikit introduction untuk asas fardhu haji. Haji ada 3 jenis - Haji tamattuk, haji ifrad dan haji qiran.
As summary :
haji tamattuk - buat umrah dulu baru haji
haji ifrad - buat haji dulu baru umrah
haji qiran - buat haji dan umrah serentak


Majoriti jemaah Malaysia buat haji tamattuk dan sebahagian kecil yang buat haji ifrad. Biasanya penerbangan last ada yang buat haji ifrad sebab tempoh ihramnya tak berapa lama sangat compare dengan penerbangan awal yang ke Madinah dulu. Jarang-jarang jemaah Malaysia yang buat haji qiran kerana Jemaah diberi tempoh yang lama di Mekah. En. Suami buat haji tamattuk dan saya buat haji ifrad.
Summary Haji Tamattuk. Haji Ifrad punya dah hilang pula tak dapat nak share



Ok selepas berehat sebentar di bilik, semua jemaah berkumpul semula di lobi untuk menyelesaikan umrah (tawaf, saie, bergunting) bagi yang buat haji tamattuk manakala tawaf qudum (tawaf selamat datang) dan saie bagi yang buat haji ifrad. Bila umrah complete, yang buat haji tamattuk dah tak perlu pakai ihram dan bebas daripada 13 larangan ihram tapi yang buat haji ifrad masih dalam ihram lagi. Yang buat haji tamattuk akan pakai ihram semula dan niat haji sebelum bergerak untuk wukuf di Arafah nanti.


En. Suami dah selesai buat umrah. Botak sudah....


Alhamdullilah selepas zohor kami selesai ibadah masing-masing dan seterusnya tunggu hari wukuf di Arafah yang akan menjelang dalam masa 6 hari lagi. Waktu seminggu menjelang wukuf ni keadaan memang padat di Masjidil Haram sebab jemaah dari pelbagai negara sudah berada di Mekah.
Klik pada video untuk lihat lautan manusia sedang tawaf


Di luar masjid pun penuh...ini gambar selepas subuh


Jumlah jemaah haji pada 2018 seramai 2.3 juta...waktu inilah kesihatan sangat penting sebab cabaran sebenar bermula apabila pergerakan masyair haji iaitu wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah, bermalam di Mina dan melontar 3 jamrah.


Tarikh Pergerakan Haji 2018 


Semoga dimakbulkan...

Part 2 : Persediaan Haji

Ok sebelum menunaikan haji, terdapat beberapa persedian yang perlu dilakukan. Ini supaya ibadah berjalan lancar dan seterusnya mendapat haji yang mabrur InshaAllah. Tetapi sebenarnya kami pun tak berapa ready untuk menunaikan ibadah haji ini sebab busy dengan komitmen kerja dan urusan seharian. Lagipun keputusan rayuan hanya diketahui pada penghujung April berbanding jemaah muassasah yang dah memang dapat tawaran pada penghujung tahun 2017 dan awal tahun 2018.


Antara persediaan yang penting ialah :

1) Kursus Haji Mingguan - yang ini sangat penting, pihak Tabung Haji (TH) memang ada menyediakan kursus mingguan selama 17 minggu di masjid-masjid terpilih seluruh negeri. Malangnya kami tak sempat pun follow kursus ini sebab waktu terima tawaran haji, kursus ini sudah pun berakhir. Sebenarnya kursus ini open pada semua dan tak semestinya pada jemaah yang sudah terpilih saja. Sebagai alternatif kami download kursus haji mingguan daripada youtube. Ada banyak pilihan tapi kami memilih module Ustaz Haji Azian daripada Masjid Al-Falah USJ 9. So kami khatamkan ceramah beliau sebelum pergi haji. Pengajaran beliau menarik dan mudah difahami.
Nota penting Kursus Haji 17 minggu
Kursus Asas Haji from YouTube



2) Kursus Haji Perdana - yang ini pun sangat penting dan Alhamdullilah kami sempat join. Kursus dianjurkan oleh pihak TH selama 2 hari 1 malam dan ianya lebih merupakan praktikal simulation pergerakan haji seperti tawaf, saie, wukuf di Arafah, mabit (bermalam) di Muzdalifah, melontar jamrah dan mabit di Mina. Terdapat juga taklimat akhir dari TH dan ceramah kesihatan. Biasanya kursus perdana ini dilakukan di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Malaysia. Untuk di Melaka, kursus diadakan di Masjid Cina dan Stadium Hang Jebat.
Kursus Perdana Haji Negeri Melaka
Cantikkan Masjid Cina di Ayer Keroh
 Latihan Amali Tawaf
 Mabit di Mudzalifah
 Melontar Jamrah jam 3.00 pagi
Hujan lebat di khemah Mina

3) Kursus Haji Pakej - biasanya pihak pakej PJH akan mengadakan 1 hari taklimat haji yang merangkumi taklimat umum pakej dan juga teori manasik haji (tatacara haji). Oleh kerana kami memilih pakej haji dari TM Tours & Travel (TMTT), maka kami mengikuti taklimat yang diadakan oleh pihak TMTT di Hotel Tamu Kampung Baru oleh bos besar TMTT Hj Ridzwan dan Guru Agama Rasmi iaitu Ustaz Ismail Mat Ali.
Breakfast dulu sebelum taklimat. View dari Hotel Tamu
Kursus Intensif TM Tours & Travel

4) Documents submission - yang ini pun penting (ha semua penting) iyalah kalau documents tak cukup nanti akan mengganggu permohonan visa. Visa sangkut nanti tak dapat pergi haji. Pihak TH akan keluarkan surat tawaran Haji. Dalam surat tawaran ada menyatakan dokumen yang perlu dihantar untuk tindakan selanjutnya. So apa yang perlu dihantar?

Antaranya ialah :                                                                  
a) Borang Jawapan - yelah kena confirmkan kita accept ke tak. Kalau tak accept at least boleh bagi peluang kepada waiting list yang merayu.                                     
b) Passport yang masih valid (minima 6 bulan sebelum expired.                                                                            
c) 2 keping gambar  - ada  specific requirement yang kena follow - size (4x6 cm), background color. Nak selamat buat di kedai gambar yang biasa buat untuk visa haji/umrah. Untuk yang perempuan kena pakai tudung gelap (hitam), saya punya first photo kena reject sebab warna tudung dark maroon so kena ambil gambar semula.                        
d) Buku pemeriksaan kesihatan - yang ini  paling penting. kalau result kesihatan fail memang tak layak lah pergi haji. Ianya ada 4 kategori - hijau, kuning, merah dan hitam berdasarkan health screening yang hanya dibuat oleh doktor-doktor yang berdaftar dengan TH. Boleh buat di hospital swasta dan juga hospital kerajaan. Biasanya sakit-sakit kronik memang doktor tak approve. Ujian kesihatan secara komprehensif seperti pemeriksaan jantung, pengambilan darah, urin dan lain-lain. Suntikan meningococcal, pneumococcal dan influenza perlu diambil sekali.
Buku Kesihatan. Alhamdullilah hijau

e) Surat pengesahan mahram untuk perempuan umur 45 tahun ke bawah. Contohnya surat nikah yang disahkan jika pergi bersama suami.





Ok bila semua dokumen dah cukup kena lah submit ke TH Office within deadline yang diberi. Kalau lambat submit nanti proses visa akan terganggu. Bila dah submit kita tunggu  Surat Pengesahan Penerbangan yang akan menentukan tarikh sebenar flight dan jumlah hari tempoh haji. Surat ini penting dan perlu dibawa sewaktu lapor diri di kompleks TH pada hari berlepas nanti.





5) Barang-barang keperluan haji - kena lah shopping sikit sebelum berlepas ke Tanah Suci. Kalau ikut list barang-barang yang perlu dibawa memang banyak tapi kena bawa barang-barang yang betul-betul perlu je sebab berat luggage yang dibenarkan pun cuma 20kg. Ini contoh list barang-barang saya sebagai rujukan. Banyak tak barang hehe.      

  1. power bank - penting untuk charge handphone especially di Mina sebab power socket di khemah very limited
  2. kipas kecil guna USB port- penting juga utk kegunaan di Muzdalifah, di Arafah khemah ada aircond tapi selalu black out dan perlu kipas waktu berdoa di luar khemah hari wukuf, di Mina sebab khemah padat atau di mana saja bila perlu.
  3. torch light - nak cari batu di Muzdalifah tapi optional juga sebab di muzdalifah banyak spotlight
  4. kasut/sandal yang selesa
  5. vitamin - multi vitamin, vitamin c
  6. jubah - tak perlu bawa banyak sebab boleh beli di Madinah/Mekah
  7. telekung - bahagian kain tak perlu bawa sebab pakai jubah dan stokin
  8. tudung / khimar & anak tudung
  9. bagpack kecil - sebagai tambahan in case barang-barang bertambah
  10. plastik untuk letak kain kotor, sampah atau bungkus bag in case hujan di waktu masyair haji (waktu kemuncak ibadah haji di Arafah, Muzdalifah, Mina)
  11. stokin vken - ini stokin ajaib yang ada magnet. Memang pakai hari-hari time tidur. Banyak khasiatnya boleh google for details. Saya tak jual stokin Vken ni cuma pengguna setia
  12. ubat-ubatan - sakit tekak, perut, inhaler, krim gatal, panadol, batuk, selsema
  13. hanger baju & hanger multipurpose untuk gantung baju di toilet Mina/Arafah
  14. berus & sabun basuh
  15. toiletries
  16. lotion ihram/ lotion biasa untuk elak kulit kering
  17. wet tisu & tisu biasa
  18. botol spray untuk wuduk
  19. travel pillow - guna dalam flight dan dalam bas Mekah - Madinah
  20. cermin mata spare bagi yang rabun macam saya
  21. stokin yang agak tebal
  22. handsock
  23. pakaian dalam
  24. pad / panty liner - di Mekah/ Madinah mahal
  25. handy plast & salon pas
  26. gunting / nail clipper
  27. buku2-buku rujukan haji
  28. al-quran tafsir
  29. sambal pahang, sambal bilis - lauk tambahan
  30. face mask
  31. t-shirt cotton untuk dipakai di dalam jubah. Kalau pakai jubah saja nanti tak selesa.
  32. seluar panjang / track yang sesuai

Dah siap semua barang apa lagi..packing lah.


Guna beg yang diberikan
 Buku-buku yang dibawa 
Travelog haji sebagai rujukan. Baca sebelum pergi 


6) Buat wasiat - kami buat wasiat dengan As-salihin. In case ada apa-apa berlaku walaupun harta tak banyak.


7) Settlekan bil-bil hutang bank sebelum pergi. Kalau ada hutang dengan orang pun seeloknya settlekan dulu.


8) Apply cuti dengan bos untuk yang bekerja. Tempoh haji saya 43 hari. Alhamdullilah company bagi paid leave 40 hari so kena top up lah sikit dengan annual leave.


9) Task handover untuk rakan-rakan office. Thanks to officemates yang cover urgent work di office.


10) Jumpa saudara mara jiran tertangga untuk bermaafan sebab kami tak buat kenduri untuk pergi haji.


11) Dan jangan lupa tukar juga sedikit duit Arab untuk kegunaan di sana. Tak perlu banyak-banyak kalau tak cukup boleh keluarkan di kaunter TH atau di mesin ATM.


Duit Saudi Riyal 


Rasanya itu lah serba sedikit persediaan kami sebelum berlepas ke Tanah Suci.


Seterusnya "labaik allahuma labaik"....hari yang ditunggu-tunggu pun tiba... 

Part 1 : Dhuyufurrahman 2018M/1439H

Bismillahirrahmanirrahim

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menjadi Dhuyufurrahman bagi musim haji 2018M/1439H. Disclaimer - catatan ini bukan tujuan menunjuk-nunjuk dalam ibadah tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan sebagai rujukan (jika ada ilmu yang bermanfaat) bagi rujukan bakal tetamu Allah dan sebagai flashback bagi yang sudah bergelar Haji dan Hajjah. Blog ini juga tidak merangkumi secara terperinci perlaksanaan ibadah haji dan umrah. Yang itu nanti boleh belajar waktu kursus haji 17 minggu dan melalui buku-buku agama Tabung Haji secara khusus.


Saya percaya keinginan untuk menunaikan rukun islam ke 5 ini memang menjadi impian setiap umat Islam. Saya sendiri berazam menunaikan haji di waktu usia muda tapi apakan daya daftar haji agak lewat (pada 2010) menyebabkan turn menunaikan haji yang sebenar pada 2027.


Macam skema pula ayat kali ini. Ok sebenarnya saya dan En. Suami pernah buat rayuan pada Tabung Haji (TH) pada tahun 2014 bersama dengan emak dan abah. Tetapi cuma emak dah abah saja yang berjaya dalam rayuan haji tersebut. Mereka pergi dengan pakej daripada syarikat TM Tours & Travel Sdn Bhd (TMTT).


So tahun 2018 ini saya dan En. Suami mencuba nasib sekali lagi, mana tahu ada rezeki menunaikan haji tahun ini. Memandangkan positive feedback dari emak dan abah, kami decide untuk contact TMTT. Pada kali ini kami tidak buat lagi rayuan ke TH tapi terus je register dengan TMTT pada bulan Mac 2018. Alhamdullilah pada hujung bulan April pihak TMTT memberikan berita gembira yang permohonan kami telah berjaya. Pakej yang ditawarkan oleh TMTT seperti berikut:





Untuk makluman bagi menunaikan haji ini ada 3 cara iaitu :


1) Muassasah
Muassasah yang diuruskan oleh TH dan turn untuk pergi berdasarkan tahun register haji dan bukan tahun buka account simpanan TH. Untuk register haji kena ada minima RM1300 dan duit ini tak boleh dikeluarkan jika pendaftaran haji telah dibuat. Pendaftran haji juga boleh dibuat menggunakan wang KWSP. Daripada duit di KWSP terperap baik kita gunakan RM1300 untuk pendaftaran haji, betul tak? Nak tunggu turn memang lama dan makan puluhan tahun. Kos muassasah  lebih kurang RM22,450 tetapi jemaah hanya perlu bayar RM9,980 kerana RM12,470 diberikan subsidi oleh TH tapi hanya valid untuk first timer je. Kalau pergi haji kali ke dua dan berikutnya kena bayar full amount lah.



2) Pakej Haji
Pakej melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berdaftar dengan TH. Jumlah PJH dari tahun ke tahun berbeza berdasarkan kelulusan TH. Ada lebih kurang 20 PJH so boleh lah google pakej mana yang menarik dan menepati budget you all. Antara PJH yang popular seperti Andalusia, Rayhar, Zahafiz, Gemilang, CS Holiday, Felda, Tabung Haji Travels, MKN, Juara, Ash-Har, TM Tours dan macam-macam lagi. Kos antara RM30K sehingga RM190K per person bergantung kepada hotel dan servis yang diberikan. Macam artis-artis pakej diorang yang RM100K ke atas lah. So ikut bajet dan kemampuan masing-masing. Tapi bila kita buat rayuan haji tak semestinya kita akan dapat pergi. Kelulusan bergantung juga pada tahun pendaftaran haji dan kuota PJH sendiri. So banyak-banyak berdoalah.

3) Visa Haji Furada
Visa Furada - yang ini ialah visa special dari kerajaan Arab Saudi. Visa furada ini tidak diuruskan oleh TH. Jemaah yang pergi melalui visa furada akan diuruskan oleh PJH dan biasanya kos lebih mahal dari pakej biasa. Flight yang mereka naiki pun commercial flight dari KLIA dan bukan chartered flight seperti jemaah haji yang lain. Untuk pergi dengan visa furada tidak perlu buat rayuan dan tunggu turn. Kalau ada duit boleh pergi dan biasanya saat akhir baru kelulusan visa furada ini dikeluarkan. Ada yang seminggu ada yang dua tiga hari sebelum berangkat baru dapat pengesahan. So sentiasa kena ready lah. Group kami di TMTT pun ada 11 Jemaah yang menggunakan visa furada tapi mereka pulang ke Malaysia lebih cepat kerana stay duration yang pendek berbanding pakej biasa. Iklan visa furada 2019 ada yang dah keluar. Siapa yang berminat boleh cuba contact.



Biasanya rayuan haji akan dibuka setelah tamat musim haji pada tahun tersebut. Untuk makluman, rayuan haji 2019 akan dibuka mulai November 2018. Ok rasanya cukuplah info asas untuk maklumat pengelolaan haji setakat yang saya tahu sebelum saya share pengalaman yang seterusnya di page sebelah.....