Friday, 31 October 2025

Labuan Bajo Indonesia Trip (18 - 21 Oct 2025)

Salam semua, kali ini nak share kisah percutian kami geng kawan sekolah ke Labuan Bajo (LBJ), Indonesia sempena public holiday Deepavali. Macam biasa trip ini disertai oleh 3 orang peserta. Geng yang sama ke Yunnan dan Semporna dulu. Dah lama teringin nak ke Labuan Bajo sebab tengok dalam tiktok macam cun. 

Macam biasa kita bagi gambar teaser dulu....


Peserta trip Labuan Bajo 2025

Sedikit info geografi, Labuan Bajo terletak di Kepulauan Flores West Manggarai Indonesia. Lebih details boleh refer map google ini.

Lokasi Labuan Bajo Indonesia bukan Labuan di Sabah ya....

Persediaan ke Labuan Bajo dibuat lebih kurang 3 bulan sebelum tarikh percutian. Air Asia ada direct flight ke Labuan Bajo, so sangat memudahkan perjalanan. Kalau tak kena transit di Jakarta atau Bali baru tiba di Labuan Bajo. Tapi setakat ini flight AA ke Labuan Bajo cuma 3 kali seminggu iaitu Sabtu, Selasa dan Khamis. Kami dapat ticket price flight dalam RM 900 lebih tak masuk luggage. Agak mahal sebab tarikh public holiday. Kalau rajin survey boleh dapat lebih murah lagi tiket.


Ticket flight dah ada jom kita survey ground arrangement. Biasanya kalau ke Labuan Bajo ini orang akan ambil pakej sailing boat 3d2n naik phinisi boat dengan pakej all in accommodation, meal, activity trip etc. Rate nya pelbagai dari harga bajet ke harga premium…pilih je ikut citarasa. Untuk trip ini, kami mula-mula niat juga nak ambil sailing trip tapi malangnya hari tak kena. Biasanya sailing trip ini depart every Saturday, Tuesday & Thursday. Maka, kena lah kami diy je sebab kami tiba di Labuan Bajo pada hari Sabtu petang.

Contoh phinisi boat...boleh overnight dalam bot

Mula-mula kita booking hotel. Setelah puas survey, kami pilih Hotel Meruorah. Kenapa hotel ini? Sebab pertama ialah 5 stars, lokasi sangat strategik betul-betul di bandar LBJ dan rate yang ditawarkan agak boleh diterima. Kami booking direct dari hotel website sebab lebih murah dari Agoda & Trip.com. Siap dapat free airport shuttle dan afternoon welcome high tea lagi. Since kami bertiga, so ambik 1 bilik je dan add on 1 pax. Total hotel rate RM 2489 untuk 3 malam.

Berphoto depan signboard hotel


Next, kita cari aktiviti trip. Kalau dah ke LBJ ini kena lah pergi island trip dan tengok komodo dragon. Untuk trip, kami ambil 2 pakej. Pakej pertama, half day package Rangko Cave, snorkeling & sun set di Amelia Hill. Kami ambil pakej di Trip.com dengan rate RM 442 untuk 3 orang. Pakej ke-2 ialah Island Trips naik private speedboat pergi 6 points yang kami booking di Klook dengan rate RM 2531. Lebih selesa naik private boat tapi kena bayar lebih sikit lah.

Itinerary kami untuk 4 hari 3 malam

Cost trip LBJ lebih kurang RM 3200 per pax

Ok semua dah ready, jom kita ke LBJ. Sebelum itu, jangan lupa tukar duit rupiah dan ambil travel insuran. Untuk kemasukan ke Indonesia kena isi e-arrival card dan custom declaration form 3 hari sebelum tiba di Indonesia. Boleh dibuat di link ini. All Indonesia

Arrival card yang dibuat secara online....tunjukkan di Immigration nanti



Day 1 : KLIA - Labuan Bajo (LBJ)
Sepatutnya flight kami ke LBJ pada jam 10.45 pagi, tapi malam sebelumnya kami dapat notification yang flight reschedule ke 1.05 pm. So, kami bertolak ke airport dalam jam 8 pagi dan tiba di KLIA2 pukul 10 pagi. Sempat lah breakfast dulu di Oriental Kopi. 
Rezeki EV Car ada special parking di KLIA 2 dekat dengan entrance

Alas perut dulu di Oriental Kopi KLIA2

Dapat pula free meal from Air Asia sebab flight delay

Ok jom Labuan Bajo...

Dalam flight makan lagi

Flight ke LBJ lebih kurang 3 jam 40 minit dan Alhamdullilah penerbangan berjalan lancar. Kami tiba di LBJ airport lebih kurang jam 4.15 petang. Immigration counter agak sempoi dan beratur agak panjang. Bertabah juga kami beratur dekat 1 jam. 

Pulau-pulau Labuan Bajo sudah kelihatan

View lagi


Alhamdullilah tiba sudah di Labuan Bajo

Landmark Labuan Bajo...Pulau Padar

Kaunter Immigration...simple je

Kena pastikan juga e-arrival telah diisi dan diisi dengan maklumat yang betul, kalau tidak akan sangkut lama di Immigration nanti. Petang itu kami agak rushing sebab nak kejarkan solat zohor asar sebab maghrib di LBJ masuk awal jam 6 petang (macam di Sabah Sarawak). Kami ke hotel dengan shuttle yang disediakan oleh hotel dan Alhamdullilah kami sempat menunaikan kewajipan selepas check in.

Jom ke hotel check in

Bilik kami....sempit sikit sebab add on bed

1st sunset Labuan Bajo...view dari bilik

Layan sunset lagi...

Malamnya, kami keluar untuk dinner. Malam pertama ini kami ke Seafood Kg Ujung yang jaraknya tak sampai 5 minit jalan kaki dari hotel. Banyak gerai-gerai seafood dan tinggal pilih je mana yang berkenan di hati dan harga nya tidak fix masih boleh tawar-menawar. Lepas dinner kami tidak ke mana-mana, balik bilik dan tidur je.

Jalan-jalan cari makan seafood di Kg Ujung

Macam-macam jenis ikan...udang, sotong, lobster pun ada

Sesi tawar menawar harga...

Ini hasilnya Alhamdullilah.....INR 413,000 jumlahnya


Day 2 : LBJ - Rangko Cave Trip
Hari ke-2 kami mulakan dengan breakfast di hotel. Banyak pilihan makanan dan boleh enjoy sambil layan view. 

Jom breakfast

Macam-macam food

Kenyang layan view

3 sekawan....35 years of friendship

Healing tengok view

Pagi ini actually free and easy tiada plan apa-apa pun. Tapi lepas breakfast kami nampak ada skuter depan hotel. So kami plan nak ronda-ronda pekan LBJ ini. Kami rent skuter comel dengan rate INR 100,000 untuk 3 hours. Maybe boleh dapat lebih murah kalau sewa di kedai-kedai di luar hotel tapi kami malas nak survey. Dah dapat motor jom ronda-ronda LBJ.

Baru nampak rekabentuk hotel di siang hari

Ada jeti nelayan berhampiran hotel

Pasar pagi jual ikan fresh

Jom ronda pusing kampung

Stop layan view atas bukit

Skuter kuning ku

View atas bukit

Lepas pusing-pusing LBJ, kami stop di Mai Ceng'go untuk makan lunch ringan-ringan dan minum-minum.

Singgah sini jap...

Eh ada komodo dragon depan restoran

Light refreshment je

Sedap sup ikan asam pedas

Petang, kami ada trip half day ke Rangco Cave, snorkeling di Boleang Island dan sunset di Amelia Hills. Driver akan pick up di hotel jam 1.30 petang. Layan photo half day trip kami ni ya...

Driver dah pick up jom...

Sharing trip car pool dengan cewek dari Canada dan Singapore

Big group 2 boat besar

Jom naik bot untuk ke Rangko Cave

Dah sampai...kejap je dalam 20 minit

Kena trekking sikit untuk ke Rangko Cave

Mulut gua....

Apa lagi jom turun

Dalam gua....tak sesuai untuk yang ada claustrophobia

Photo dulu sebelum terjun dalam air

Intro masuk dalam air

Mandi manda dalam gua

Pakai life jacket for safety....tak tahu berenang sebenarnya

Dah setel gua, kita santai tepi pantai tunggu yang lain

Ready nak snorkeling jom...

Bot parking tengah laut

Air laut clear boleh nampak coral

Jom panjat bukit pula

Amelia Hill....tak tinggi sangat pun tapi semput juga lah...

Layan view

Eh flight AA nak pergi mana tu?

Bukit bukau

Macam biasa group photo...

Layan sunset....dah jom balik

Lepas puas tengok sunset, hari pun dah gelap kami dihantar semula ke hotel. Lepas letak barang di bilik kami terus keluar untuk dinner. Kali ini kami dinner di Taman Laut Handayani (sangat popular & macam restoran wajib bila ke LBJ). Jarak tak jauh dari hotel lebih kurang 10 minit jalan kaki tapi agak berbukit nak memanjat ke restoran ini.

Masjid depan hotel

Inilah restoran nya...Taman Laut Handayani

Juadah dinner INR 657,000 dengan air sekali

Jus alpukat dan soursop

Jom makan....

View dari restoran

Pekan Labuan Bajo di malam hari...

Lepas dinner, kami terus balik ke bilik dan tidur awal sebab esoknya kami ada full day trip. Good night LBJ.

Ada welcome screen photo kami di lobi hotel...little things that matter to us


Day 3 : Island Hopping (6 points)
Hari ini kami ada island hopping (6 points) merupakan main highlights untuk trip ini. Pagi jam 6 kami dah ready di lobi hotel. Breakfast pun dah ready pack on the go sebab plan speedboat depart from jetty lebih kurang 6 pagi. Sebab kalau lambat gerak nanti akan panas sewaktu nak hiking Padar Island. Speedboat yang kami ambil ini private trip so agak selesa dan flexi. Tempat pertama dituju adalah Padar Island yang jaraknya dalam sejam lebih dari jeti. Kami breakfast dulu di dalam boat sebelum guna tenaga untuk hiking nanti.

Good morning LBJ... 6 pagi dah cerah

Driver dah ready untuk pick up

Dah sampai jeti 5 minit je naik kereta

Shopping jajan sikit

Jom naik bot oren tu

Peserta bot OOTD

Makanan ringan complimentary dari bot

Breakfast packed from hotel....boleh lah buat alas perut

Captain & assistant....ada toilet ya bot kecil ni di depan tu...

Tiba di Padar Island, kita perlu bayar ranger fee INR 50k per pax. Lepas tu sila lah hiking ya tak tinggi pun dalam 800 steps je. Ada 5 post stop so boleh rehat-rehat je no rush. Layan photo ya...memang berbaloi memanjat view sangat amazing ciptaan Allah.
Dah sampai Padar Island

Jom...bayar entrance fee pada ranger di pondok tu

Sesi pendakian

Stop kejap... tarik nafas di Pos 1

Jumpa si rusa di Pos 1

Group photo dulu....jauh lagi tu nak sampai puncak

Santai-santai je tangga ok

Terus Pos 4, tak ambil photo pula Pos 2 dan 3

Masih bertenaga...sikit lagi Pos 5

Yeah sampai Pos 5 (paling tinggi)

Bukti sampai ke puncak kejayaan

Kejang kaki nak bergambar dengan view ni....

Layan view

Rasa macam kat planet lain...MashaAllah

Awas jangan selfie tepi cliff...jatuh nanti

Next, kami ke Pink Beach. Pantai yang cantik berwarna pink. Kenapa pink? Haha sebab pink coral yang pecah-pecah dan sudah mati menyebabkan pasirnya berwarna pink. Kami mandi manda di sini dan snorkeling sekejap sebab tak banyak coral dan ikan pun macam malu-malu, tapi air lautnya memang best.
Ok dah mendarat di Pink Beach

Best mandi air laut ni

Pink ke tak pink?

Layan view pantai pink ni



Port lepak bot kami....tu tour guide kami...bagus sekali jaga safety

Ni coral pink yang dah mati

Pink nya...abaikan tangan siapa tu...

Tempat ke 3, kami pergi tengok Komodo Dragon. Apa itu Komodo Dragon? Ianya macam spesis biawak tapi special bukan biawak biasa-biasa. Ada 2 tempat untuk tengok Komodo ini sama ada di Taman Negara Komodo atau Desa Komodo. Guide kami suggest untuk tengok komodo di Desa Komodo sebab lebih real dan dapat lihat keserasian manusia dan komodo secara natural berbanding di Taman Negara yang ada ranger dan lebih tujuan penyelidikan. So kami decide ke Desa Komodo dan betul ianya lebih menarik dan berbaloi dan yang penting tidak panas sangat. Layan photo Komoda ya dan awas jangan diserang komodo. Banyak informasi yang menarik dikongsi oleh guide komodo kami. Antara ialah kisah sejarah kepercayaan dulu-dulu di mana seorang wanita melahirkan anak kembar seorang anak manusia dan seorang lagi anaknya komodo dan sebab itu mereka percaya manusia dan komodo boleh hidup bersama dan tidak ganggu satu sama lain. Guide juga ada share kisah komodo menyerang seorang tourist yang berjalan tanpa guide memberi komodo makan daging dan akhirnya kaki dia yang digigit komodo lain dari belakang. Tourist tersebut dikhabarkan telah meninggal dunia sebab gigitan komodo beracun.

Welcome to Desa Komodo

Komodo Island

Briefing by Pak Firman Ranger Desa Komodo

Jom cari komodo...siap standby kayu

Budak-budak baru balik sekolah

Masjid besar majority muslim di Desa Komodo

Jom ronda kampung cari Komodo

Cari saya ke?

Gambar sebenar bukan AI

Mencari mangsa

Tidur dulu

Kira berapa ekor tu

Next, selepas Desa Komodo kami ke Taka Makassar tempat yang macam ala-ala sandbank di Maldives dan Mataking Semporna. Cantik juga tapi sand beach nya tak berapa besar dan air agak pasang. Kami snorkeling di kawasan tak jauh dari Taka Makassar ini.

Lunch dulu sebelum aktiviti seterusnya

Alhamdullilah simple lunch

Selamat mendarat di Taka Makassar

Macam biasa...group photo

Aktiviti bergambar je di sini

Di tengah laut...laut apa tak pasti....Indian Ocean kot

Tak larat nak lompat so kita statik je

Multicolor zones

Sailing Boat

Bukan sumud ya ni....

Point snorkeling

Jernih betul air....

Jom terjun cari nemo....

Point ke-5, kita ke point mencari manta pula. Manta ini spesis pari dan ada yang sangat besar. Untuk tengok manta kena snorkeling ke kawasan yang agak dalam. Beberapa kali juga percubaan kami mengejar manta sebab ianya bergerak agak laju. Alhamdullilah nampak juga beberapa ekor.

Misi mencari manta di lautan luas

Jumpa manta tak tu?

Masih mencuba di beberapa point

Alhamdullilah jumpa juga beberapa ekor....nampak tak manta pari tu?

Point terakhir ialah snorkeling di Siaba Island. Secara jujurnya LBJ antara underwater yang tercantik dan terbaik pernah saya lihat. Memang berbaloi tapi malangnya kami tiada camera underwater untuk merakam kenangan yang indah itu...ada juga gambar dan video dari handphone tapi biasalah photos don't do it justice. Kena tengok depan mata baru dapat lebih appreciate dan mengkagumi ciptaan kebesaran Allah. Layan je photo underwater yang tak berapa menjadi ni...









Lepas puas seharian, kami pun pulang ke jeti LBJ. Target untuk tiba di hotel jam 4 petang supaya sempat untuk solat. Kami juga sempat singgah untuk complimentary afternoon high tea dari pihak hotel. Rugi lah kalau tak ambil ya.

Hujan sikit waktu nak balik ke jeti

Hotel kami dari pandangan laut

Alhamdullilah selamat tiba di jeti

Kita hi-tea dulu

Isi perut sambil layan view

Tengah fikir esok dah kena balik Malaysia

Last sunset LBJ

Malamnya, kami dinner di restoran Daeng Seafood yang lebih kurang 10 minit jalan kaki dari hotel. Foodnya agak sedap dan sebab last dinner kami order banyak sikit hehe. Good night LBJ esok nak balik dah.

Dinner di sini

Ikan biru tu (ikan kakak tua/bayan) sedap isinya

Menu yang sedap INR 874,000....sotong tiada dalam gambar

Beli souvenir sikit di mall sebelah hotel

Singgah alfa mart tapi tak beli apa pun..


Day 4 : LBJ - KL
Last day di Labuan Bajo. Flight ke KL jam 2.45 petang so pagi ini free and easy je. Ada yang berehat, tidur ada yang rajin mandi swimming pool.
Last breakfast

Sedih sebab nak balik

View yang akan dirindui

Ada rezeki repeat kita naik sailing boat pula

Ada yang sempat rasmikan pool..rugi lah tak guna

Kami check out jam 12.30 pm. Nasib baik zohor awal sempat solat dulu. Kami ke airport dengan shuttle hotel jam 1 tengahari dan jarak dekat je 10 minit. Kecil dan agak koboi je airport ni so tak perlu nak datang awal sangat. Alhamdullilah flight tak delay dan kami selamat kembali ke Malaysia. 

Check out time

Bye LBJ

Shuttle ke airport

Check in tak ramai orang sebab awal

Immigration counter pun simple terus masuk boarding hall

LBJ Airport

Bye Labuan Bajo...ada rezeki kembali lagi

Kesimpulannya Labuan Bajo sangat menarik dan cantik tapi mungkin agak adventure untuk kanak-kanak atau warga emas tapi boleh je diy untuk keselesaan semua dan bandarnya agak selamat tiada scammer dan serbu-serbu macam di beberapa tempat di Indonesia. Rasa berbaloi untuk kos lebih kurang RM 3200 per pax. Sehingga berjumpa lagi di tempat lain InshaAllah.

No comments:

Post a Comment