Saturday, 28 September 2024

Percutian Keluarga ke Kuala Selangor (20 - 22 Sept 2024)

Salam semua. Kali ini nak share pengalaman pecutian singkat kami sekeluarga ke Kuala Selangor sempena konvokesyen adik di Unisel. Tahun 2022 pun kami pernah bercuti di Kuala Selangor sempena konvokesyen adik yang bongsu. Kali ini konvo abang kembar dia pula. Boleh refer blog ini.

Kami check in di Cozy Homestay (rumah 5 bilik) yang di booking melalui Agoda. 20 Sept (Jumaat) lebih kurang jam 9 malam, semua sudah berkumpul di homestay sebab ada yang dari Melaka, Johor dan juga KL. Lepas semua berkumpul jom kita gi makan sebab perut dah lapar. Malam itu kami dinner di Kabin Ketam Merah.
Homestay kami untuk 3hari 2 malam

Jom makan...family dinner

Set yang kami pilih...harga tak mahal sangat

Yang special ketam merah

Udang butter pun sedap

Esoknya (Sabtu 21 Sept), lepas breakfast di homestay kami ke Sky Mirror Jeti untuk join trip Sky Mirror. Last trip 2022, kami tak sempat ke Sky Mirror, sempat join trip eagle feeding dan blue tears je. Tiket Sky Mirror ini kami booking di Website Sky Mirror Tour malam sebelumnya. Harga pakej RM80 untuk dewasa termasuk kos bot, photographer, air, roti dan insuran. Ada apa Sky Mirrow ni? Nak tau jom follow. Kami menaiki bot lebih kurang 30 minit and then baru sampai di satu kawasan macam seluas padang di tengah-tengah laut, so boleh bergambar di sini dan sila tengok hasil photo di Sky Mirror (boleh nampak reflection). Kat dunia ini ada 2 tempat je macam ini satu lagi di Bolivia. So sila lah ke Sky Mirror Kuala Selangor ini.
Jeti Sky Mirror Kuala Selangor

Jom naik bot...safety 1st

Senyum tak makan ubat mabuk...

Najmi steady tahan mabuk

Peserta bot kami dengan 1 Korean family

Dah sampai tengah laut jom turun

Ramai juga orang berjalan di tengah laut...harap-harap air tak pasang lagi

Photographer tengah set up studio

Try pakai phone sendiri dulu...tak jadi sangat reflection

Ini hasilnya baru lah Sky Mirror

Tak kisah lah gaya apa....langit tak nampak biru sebab mendung

Ada dinosour pula tengah laut

Ok lari

Happy Anniversary setahun

Wakil wanita yang join....menantu lain jaga baby & balik Sarawak

Tiba-tiba sampai Paris


Lompat jangan tak lompat

Gambar Sky Mirror

Behind the scene


Sama ke tak sama haha

Kesian duck kena tendang

Suasana shooting

Ini pula gambar-gambar yang kami ambil sendiri. Tak nampak sangat reflection nya....kena ada cara.

Lompat bintang

Ini lompat ke tak?

Yang ini dah tak boleh lompat

Standby payung tapi tak panas pun

Tangkap siput tapi tak boleh bawak balik

Air memang crystal clear...nampak segala seashell

Anjing laut ke ni?

Luas kawasan yang cetek di tengah-tengah laut

Dah jom balik

Bot dah tunggu...lambat tinggal

Jom panjat bot

Dapatlah sekeping hard copy photo untuk kenangan

Settle Sky Mirror, kami balik ke homestay untuk berehat dan solat sebentar sebelum keluar lunch. Kami lunch di AZR Mentarang Sekinchan. Macam biasa kena lah makan mentarang tapi belangkas takde pulak.

Inilah mentarang nya sedang dibakar

Sedap fresh mentarang...nak tau rasa macam mana kena cuba

Kerang rebus serai pun sedap

Siakap 3 rasa...siakap steam tak sempat bergambar

Jom makan...licin dah

Lepas lunch, masing-masing dah kenyang jom kita tengok sawah padi pula. Kami stop di Terminal Sekinchan untuk bergambar kenangan di sawah padi. Ada sebiji Boeing 727 di situ.
Family photo di tengah sawah...kapal terbang siapa lah tu parking situ 

Orang ke orang-orang tengah sawah...hehe



Macam reflection sky mirror je...

Baik-baik jatuh parit nanti

                                                      Layan video drone di sawah

Next, kita lepak minum kopi dan makan ringan-ringan di Kopi Sawah sebelum maghrib.
Lepak di Kopi Sawah

Ramai juga petang-petang ni

Saujana sawah padi menghijau kuning

Sembang kedai kopi

Okla kopi dia manis sikit...support local

Malam, kami berehat sahaja di rumah sebab masing-masing masih kenyang.

Hari yang ditunggu pun telah tiba iaitu Majlis Konvokesyen Unisel (tujuan utama trip ini). Macam biasa penerima scroll dan tetamu yang boleh masuk dewan gerak awal ke Unisel. Yang lain-lain check out kol 11 dan terus gerak ke Unisel.
Emak dan Edi dalam dewan

Tahniah Syafiq...1st class honours (tak payah bayar hutang PTPN)

Dewan Canselor UNISEL

Dengan mak & abah...yang last sekali grad...Alhamdullilah

Tak cukup sorang abang

Ambil gambar kat kedai makan je

Dengan kembar...sama ke serupa?

Boleh dah kahwin pas ni....InshaAllah semoga dapat jodoh yang baik

Sebelum masing-masing pulang ke sarang, kami singgah makan di restoran tak jauh dari Unisel. Best kedai ini macam-macam ada ikan patin, daging rusa, itik dan lain-lain semuanya sedap-sedap dan kami siap bungkus untuk makan malam nanti. Tak sempat ambik gambar lauk-pauk sebab dah lapar.

Ini kedainya tepi jalan area Unisel

Antara menu-menunya semua sedap

Sekian sahaja blog pendek ini untuk kenangan. Sayang rasanya kalau tidak diabadikan dalam coretan sebab nanti lupa dan gambar-gambar di Sky Mirror dan sawah padi juga cantik untuk simpanan.

InshaAllah next time bercuti lagi...cukupkan ahli yang tak dapat join....


No comments:

Post a Comment