Sunday 21 January 2024

Jungle Train Trip ke Kelantan (Gemas - Wakaf Bharu) (24 - 26 Nov 2023)

Salam semua, kali ini nak share short trip kami (geng-geng sekolah) ke Kota Bharu, Kelantan menaiki sleeper train dari Gemas atau dikenali sebagai Jungle Train sebab melalui panorama hutan-hutan di sepanjang perjalanan.

Teaser dulu....train ini yang kami naik dari Gemas ke Wakaf Bharu

Waktu stop sekejap di Gua Musang

Antara view dalam perjalanan


Trip dirancang lebih kurang 2 bulan sebelum sebab tiket sleeper train selalunya penuh dan cepat sold out. Kami pun bernasib baik dapat tiket pada tarikh yang dirancang itupun dapat katil bahagian atas, katil bawah semua sudah penuh. Coach untuk yang ada bed tak banyak rasanya ada dalam 4 coach sahaja, gerabak yang lain adalah jenis kerusi ada yang kelas ekonomi dan business. Tiket boleh dibeli online di laman web KTMB https://www.ktmb.com.my/. Harga tiket kami ialah RM 40 sehala untuk seorang dari Gemas ke Wakaf Bharu. Untuk balik dari Kota Bharu pula kami decide untuk balik naik flight untuk menjimatkan masa sebab short weekend trip je. Flight Air Asia one way KB-KLIA 2 ialah RM206.

Accommodation di Kota Bharu, kami book Troika Residence Apartment 2 bilik melalui Agoda dengan rate RM260 untuk 1 malam. Transportation sepanjang di KB kami book Axia dengan rate RM150 termasuk kos pick up di stesen keretapi Wakaf Bharu dan return semula nanti di KB Airport. Objektif trip kali ini just nak makan-makan je dan nak experience naik sleeper train so itinerary pun buat simple-simple je. Preparation dah ready so kita tunggu hari kejadian.

Day 1 : Gemas
Jadual train naik di Gemas pada jam 1.18 pagi. So kami berdua bertolak dari Bandar Melaka pada jam 10.30 malam sebab agak jauh juga rupanya dari Melaka ke Gemas (lebih kurang sejam setengah) nasib baik ada En. Suami tolong hantarkan. Seorang lagi geng dari Puchong naik MRT, LRT dan akhirnya naik ETS dari KL Sentral ke Gemas. Kalau yang dari KL dan utara memang kena turun ke Gemas untuk naik Jungle Train ni. Train ini start dari JB sehingga ke Tumpat dan boleh tengok map stesen-stesen yang boleh stop. Alhamdullilah kami bertiga selamat berkumpul lebih kurang jam 12.30 malam dan sempat bertenang sementara tunggu train sampai. 

Ini map laluan train...sila baca

Stesen Keretapi Gemas..thanks Grab Driver

Agak ramai....masing-masing tunggu train

Bukti pernah sampai Gemas

Tepat jam 1.18 pagi train pun sampai dah kami semua check in train dan cari katil masing-masing. Malam itu kami terus naik katil dan tidur je sambil layan katil yang bergoyang-goyang sepanjang perjalanan tapi Alhamdullilah masing-masing nyenyak. Perjalanan ke KB mengambil masa lebih kurang 11 jam 19 minit dan dijangka tiba di Wakaf Bharu pada jam 12.37 tengahari. Rasa macam lama tapi sebab banyak tidur rasa macam sekejap pula.

Yeah train dah sampai....

Gambar dulu dengan kepala keretapi

Gambar dulu sebelum masuk badan keretapi

Jom cari katil pula...

Yeah dah jumpa....ada selimut ada bantal

Sesi berkenalan dengan abang KTM

Posing dulu sebelum panjat katil

Selamat naik katil

Sebelah bilik je

Dah tutup langsir....good night

Day 2 : Kota Bharu
Lebih kurang jam 6 pagi, kami bangun untuk solat subuh time itu tak sure dah sampai mana rasanya area Kuala Lipis Pahang. Train ini tiada kemudahan surau, so memang kena solat atas katil je. Selesai menunaikan kewajipan, kami explore train sampai ke gerabak hujung sekali, kebetulan gerabak kami yang pertama selepas kepala keretapi so untuk ke gerabak hujung sekali memang agak jauh. Hajat dihati nak tengok sunrise dari hujung train tapi dah terlewat matahari dah naik. 

Solat subuh di atas katil masing-masing

View dari gerabak yang last

View dalam Business Coach

View dalam Economy Coach....kosong je

Belanja video view dari last coach

Lepas lepak healing jap di hujung gerabak, kami ke cafe untuk breakfast. Kami sampai agak awal so tak ramai orang. Makanan agak mahal sikit tapi oklah sebab atas train kan. Kami lepak makan-makan sambil tengok view. 

View dalam coach cafe

Counter order makanan

Set breakfast RM 12

Jauh termenung sampai mana dah tu....

Belanja video sikit

Bila orang dah start agak ramai baru kami beredar dari Cafe, tapi kami tak ke katil sebab takkan nak tidur lagi kan, so kami ke gerabak jenis kerusi dan cari seat yang kosong. Banyak je seat yang kosong sebenarnya so kami lepak di sana sambil layan view. Agak-agak macam dah mengantuk semula kami kembali ke katil dan sambung tidur (best pula tidur dalam train). Agak-agak lebih kurang 30 minit lagi nak sampai, kami bersiap-siap untuk check out. Kalau tak sedar atau lambat turun nanti terlajak sampai Tumpat.

Stesen area Merapoh

Antara view yang sempat diambil

Short stop di Stesen Gua Musang

Di Gua Musang ya bukan Swiss

Sungai teh tarik...baru pas hujan

Ramai yang turun di Dabong untuk nature activities


Belanja video sikit lagi...view from bed

Tiba di Wakaf Bharu lebih kurang jam 12.30 tengahari. Kenapa kami stop Wakaf Bharu? sebab ini adalah stesen yang terdekat untuk ke bandar Kota Bharu. 

Selamat tiba di Stesen Wakaf Bharu

Peserta trip yang ceria selepas 11 jam dalam train

Thanks train Captain....nama train langkawi tapi gi kelantan

Hi Wakaf Bharu

Kereta sewa dah siap sedia menunggu tapi hujan agak lebat pula bila kami tiba di sana. Kami tunggu di lobi stesen untuk ambil kereta sewa. Tak sempat nak check kereta pun sebab hujan sangat lebat...masuk barang ambil kunci dan jalan.

Kawasan lobi Stesen Wakaf Bharu

Ini kereta kecil kami sepanjang trip makan-makan

Destinasi pertama kami ialah cari makan. Kedai yang dituju ialah Yati Percik. Orang tak berapa ramai maybe sebab hujan. Perut pun memang dah lapar so kami lunch dengan berselera. Memang sedap ayam percik kedai ini.

Kedai Yati Ayam Percik

Ayam percik dan kerabu pun ada

Menu-menu makanan lain pun ada

Alhamdullilah lunch kami.....memang sedap ayam percik dia

Suasana dalam kedai....ada banyak lukisan untuk dijual


Next, perut dah kenyang kami pun gerak ke Troika Residence untuk check in. Sebelum check in sempat lagi beli Naskeen Coffee yang terletak di building yang sama. Troika Residence apartment yang cantik dan boleh nampak view bandar dan sungai Kelantan. Kami pun berehat, mandi dan menunaikan kewajipan.

Check in dulu di lobi

Berhadapan je dengan Perdana Hotel

Sempat tapau Naskeen Coffee....best gak

Cozy apartment....nice

Dapur pun besar...tapi kami tak masak lah

1st room

2nd room

View KB city

Tiba-tiba berkabus macam Genting Highlands

Terus diselebungi kabus

View KB city from our apartment

Lebih kurang jam 5.30 petang, kami keluar untuk food hunting yang ke-2. Plan nak makan ringan-ringan je ikan celup tepung. Kami waze ke kedai Acutera Pantai Cahaya Bulan. Tiba di sana kedai tutup pula, tiada rezeki kami nampaknya. Dah kebetulan tiba di Pantai Cahaya Bulan ingat nak jalan-jalan pantai tapi cuaca tak berapa baik maklumlah bulan 11 kan musim tengkujuh di pantai timur.

Next, kami gerak ke Suwarinjinda Cafe. Restoran yang agak viral sebab menu ala-ala Thailand. Kalau lambat memang penuh lah. Kami tiba di restoran dan orang agak ramai tapi Alhamdullilah masih ada tempat. Layan je la photo food yang kami makan. Agak sedap juga tak tipu hehe.

Ramai sudah walaupun kami pergi agak awal sebelum maghrib

Membaca menu amalan mulia

Fresh Oyster

Jom....memang best

Set yang kami ambil

Alhamdullilah rezeki

Muka happy nak makan

Lepas makan, kami balik terus ke bilik. Plan asal nak window shopping di Wakaf Che Yeh tapi semua tak larat. So balik tidur lagi best tapi sempat lagi kami supper dessert beli tapau di Suwarinjinda Cafe tadi. Good Night KB.

Pulut mangga ok sedap macam di Thailand

Agak terlalu manis bagi tekak kami orang Melaka


Day 3 : Kota Bharu - KLIA
Pagi kami check out agak awal lebih kurang jam 8 pagi. Destinasi pertama ialah nak cari breakfast. Plan nak makan Nasi Kerabu Tumis Lieney, tapi bila tiba kedai tutup pula. So cari kedai lain dan kami makan di Nasi Kerabu Panji. Agak sedap juga nasi kerabunya.

Good morning KB...harap cuaca yang baik hari ini

Jom beratur beli nasi

Intai dulu apa yang ada

Nasi Kerabu Golok - warna biru bunga talang

Nasi Kerabu Tumis - warna kuning

Best nasi kerabu panji ni

Tengah fikir macam mana nak masak nasi kerabu balik Melaka nanti

Lepas makan, kami ke Pasar Siti Khadijah. Tak sah kalau tiba di KB tapi tak singgah di Pasar Siti Khadijah. Macam biasa round-round pusing sambil shopping sikit.

Jom Pasar Siti Khadijah yang warna oren tu

View dalam yang colorful

Macam-macam benda rare ada jual

Jering rebus...yang belah kiri tu macam ubi rebus...yang belah kanan hitam tu macam kacang tak ingat nama tapi sedap

Rambang mata

Ketupat palas pelbagai jenis tak payah tunggu raya

Tak tau nama makanan...yang kenal kerabu kaki ayam je

Kuih cik mek molek yang sedap

Bahagian sayuran

Tingkat 2 bahagian kering dan kekacang

Pelbagai aneka keropok

Tengah kira berapa biji kacang dalam 1 pek

View from 2nd floor

3rd floor bahagian kain-kain pula

Cuci mata je

Tengah bincang baju raya warna apa

Next kami ke Bazar Tok Guru pula. Di sini orang tak ramai dan kedai pun macam banyak yang tak buka tapi barang-barang macam baju lebih murah di sini.

Ini dia Bazar Tok Guru....baru 1st time pergi

Parking tepi building je

Suasana di dalam

Tak ramai orang

Kami window shopping je

Sini jual kain-kain je tak macam Pasar Siti Khadijah macam-macam ada

Dah puas bakar kalori window shopping, kita top up makanan lagi. Kali ini kami ke Kedai Ulam Cikgu. Kedai yang agak viral juga di KB. Banyak ulam-ulaman dah makanan kampung di sini.

Ini dia Restoran Nasi Ulam Cikgu

Antara ulam-ulaman yang ada

Lauk

Pauk

Lauk pauk pilihan hati kami

Lepas makan, plan ingat nak jalan-jalan di Pantai Senok yang viral macam Nami Island itu, tapi masa dan cuaca tidak mengizinkan so kami terus ke KB Airport. Tiba di airport, kami tinggalkan kereta di parking area airport, nanti runner kereta akan ambil. Flight kami pada jam 4.40 petang.

Return kereta sewa di parking lot airport

Dah jom balik...esok keje

Alhamdullilah flight berjalan lancar dan kami selamat pulang ke rumah masing-masing. Settle short trip jungle train & project jalan-jalan cari makan kami di Kota Bharu. Next ada rezeki boleh repeat jungle train trip ke Dabong Kelantan pula InshaAllah.

No comments:

Post a Comment