Friday 1 July 2022

Family Camping Cameron Highlands (26-27 March 2022)

Salam semua, kali ini nak berkongsi pengalaman family camping di Cameron Highlands. Ini merupakan family camping yang ke dua selepas camping yang pertama di Tiger Base Camp (boleh refer di page belakang). Kali ini kami ingin merasa camping di tempat sejuk pula, so Cameron Highlands lah menjadi pilihan. Peserta camping kali ini tidak ramai cuma kami berenam sebab yang lain tidak dapat join dan tempat camping juga adalah limited dan kami cuma dapat 2 lot sahaja. So just nice untuk kami berenam dengan dua buah khemah.

Kami berenam di depan khemah

Tapak campsite ialah HOLA. Boleh refer FB Hola Campsite. Ada dua campsite HOLA ini iaitu HOLA 1.0 dan HOLA 2.0. HOLA 1.0 ada 5 lot dan HOLA 2.0 lebih besar ada 12 lot tapak. Charge yang dikenakan adalah RM 60 per pax. Facility yang disediakan ialah toilet dengan hot shower. HOLA campsite selalu penuh, so sesiapa yang berminat perlulah booking awal. Kami book lebih kurang sebulan lebih sebelum tarikh camping.

Khemah kami di HOLA Campsite, Cameron Highlands

Hari kejadian iaitu pada 26 March 2022, kami gerak lebih kurang jam 5.30 pagi dari Melaka dan stop subuh di RNR Seremban. Setelah selesai solat dan breakfast kami meneruskan perjalanan ke Cameron. Biasanya orang akan melalui Tapah atau Simpang Pulai Ke Cameron tapi kali ini kami ingin cuba laluan Sungai Koyan ke Cameron pula. Memang agak jauh tapi dikhabarkan jalan lenggang dan pemandangan pun cantik. Kebetulan kami ingin singgah sebentar di rumah adik di Sentul untuk mengambil peralatan khemah, so memang sesuai lah untuk lalu guna jalan Sungai Koyan. Dari tol Gombak ke Sungai Koyan lebih kurang 1 jam 40 minit dan dari Sungai Koyan ke Cameron Highlands lebih kurang 1 jam setengah.

Laluan ke Sungai Koyan

View cun ala-ala New Zealand

Toilet stop di Petron Sg Koyan...kena stop sini sebab tiada toilet sehingga ke Cameron

Perjalanan berjalan lancar dan kami tiba di HOLA campsite lebih kurang jam 12.30 tengahari. Macam biasa Cameron Highlands di hujung minggu menang jammed dan kami gunakan waze shortcut untuk elakkan jammed.

Yeah tiba di HOLA, Cameron Highlands

Tiba di HOLA, kami pun memilih tapak khemah yang sesuai. Kami book untuk 2 lot tapak, campers lain ada yang belum datang, so kami dapat pilih tapak yang bersebelahan. So apa lagi aktiviti memasang khemah pun bermula. Walaupun tengahari, suasana berkabus di campsite. Selesai je siap khemah yang pertama, hujan pun turun, sempat lah kami berteduh di dalam khemah buat sementara. Khemah agak basah sebab lambat pasang fly sheet sebelum hujan turun.

Tapak telah dikenalpasti

Tengah fikir macam mana nak pasang khemah

Sedang bergotong royong sambil diperhatikan oleh supervisor

Siap 1 khemah...berteduh sebab hujan

Bila hujan reda je, kami pun menyambung aktiviti memasang khemah yang ke 2 dan fly sheet antara 2 khemah sebagai tempat lepak, makan dan memasak. Alhamdullilah khemah semua dah siap pasang termasuk alatan kerusi meja dan lain-lain.

Sambung pasang khemah ke-2

Alhamdullilah siap sudah 2 khemah


Perut pun dah lapar, so kita ke pasar malam yang tak jauh dari tapak khemah. Beli makanan ringan-ringan dan balik ke khemah untuk makan. Petang itu kami santai-santai lepak menikmati makanan dengan suasana sejuk dan berkabus. Campers yang lain pun sedang meriah memasang khemah masing-masing.

Pasar malam Golden Hills dekat je dengan campsite


Hasil dari pasar malam

Santai minum petang

Ada 3 toilet di HOLA campsite

Toilet siap ada water heater

Khemah jiran

Suasana di campsite

Sessi kemas dalam khemah...bawa tilam angin

Sessi memanaskan badan di unggun api sambil tunggu maghrib

Bahan-bahan penting camping 

Suasana maghrib

                   Belanja sikit video suasana campsite

Lepas maghrib, kami keluar untuk makan steamboat pula. Kali ini makan steambot & cheese grill di kedai Adik Aisyah. Harga per pax untuk dewasa ialah RM 38 dan warga emas RM 32. Pilihan makanannya banyak dan sedap-sedap. Memang recommended kedai ini.

Best kedai ni

Jemput makan

Steambot & grill sedap makan time cuaca sejuk

Antara bahan-bahan yang ada

Seafood lagi..

Pelbagai perapan daging, kambing, ayam & itik pun ada

Lepas makan, aktiviti bebas ada yang mengopi sambil lepak-lepak di tepi unggun api untuk memanaskan badan. Malam itu kami tidur dengan lenanya walaupun sedikit sejuk dan hujan.

Tempat tidur kami malam ini

Suasana malam tetap meriah

Good night HOLA

Sejuk tak payah air cond...


Pagi kami bangun subuh dan melihat sunrise. Cuaca pagi sejuk lebih kurang 18c. Pagi itu kami breakfast dengan memasak banjo telur, bakar jagung dan keledek. Duduk rehat-rehat dan jam 11 kami bersiap untuk membuka khemah dan check out. 

Salam subuh dari HOLA

Abah kesejukan di pagi hari

Sunyi lagi di waktu pagi

Nasib baik ada chef

Bakar kayu untuk memanaskan badan

Breakfast kami pagi ini...Alhamdullilah

Sessi membakar

Kemas-kemas untuk check out....bye HOLA

Pada mulanya ingin ke Ladang Boh Sg Palas nak minum teh tarik yang sedap itu tapi check waze jalan sangat jammed dan ambil masa sejam setengah untuk sampai ke sana. So kami cancel dan decide untuk terus turun dari Cameron. On the way turun kami singgah di beberapa pit stop untuk beli jagung, keledek dan sayuran sebelum balik.

Shopping dulu

Stop sini je tak naik ke Brinchang

Untuk balik kami lalu ikut Sg Koyan juga sebab jammed jika lalu Tapah dan Simpang Pulai. Perjalanan berjalan lancar dan kami singgah lunch di Batu Malim kedai di tepi sungai. Hajat hati nak makan patin tempoyak tapi dah habis pula.

Lunch di sini

Makan di tepi sungai

Best ABC keladi & cendol

Nasi set sup & telur dadar

Pasembor pun best

Lepas makan, kami meneruskan perjalan tapi malangnya jammed teruk pula di sepanjang tol karak sehingga ke Gombak. Apa-apa pun kami selamat tiba di Melaka pada jam 7 malam. Inilah kisah camping trip yang singkat tapi memang best sebab cuaca sejuk dan suasana yang tenang. InshAllah boleh repeat lagi HOLA campsite ini dengan lebih ramai dan stay 2 malam pula. Semoga bertemu lagi HOLA campsite.

InshaAllah nanti camping sini lagi....best sejuk & tenang



1 comment: