Saturday 15 January 2022

Percutian ke Sandakan & Pulau Lankayan (18-22 Dis 2021)

Salam semua, kali ini nak share percutian ke Sandakan & Pulau Lankayan di Sabah. Masih belum ready untuk cuti-cuti oversea lagi so kita cuti-cuti Malaysia je. Dalam Malaysia pun banyak tempat menarik. Ini merupakan kali ke-2 saya ke Sandakan, dulu pergi sebab kerja so tak sempat ronda-ronda Sandakan. Untuk kali ini kami akan explore bandar Sandakan dan juga Pulau Lankayan yang tidak jauh dari Sandakan.

Teaser Pulau Lankayan....photo from our drone ya...bukan gambar google...bilik kami yang hujung sekali

Di sini terletaknya Pulau Lankayan Sabah

Untuk persediaan percutian, macam biasa kita survey harga tiket flight dulu. Lepas compare tiket MAS dan Air Asia tidak jauh beza so kami pilih MAS je lah dah include all in. Harga tiket dapat dalam RM 500 lebih per person return. Trip kali ini adalah selama 5 hari 4 malam. 2 malam di Sandakan dan 2 malam di Pulau Lankayan. Untuk ke Pulau Lankayan kami ambil pakej dengan travel agent. Pakej untuk 3 hari 2 malam all in juga termasuk makan. Boleh refer ke FB Lankayan Island Dive Resort. Harga agak mahal sikit dari pulau-pulau yang lain tapi InshaAllah berbaloi. Untuk hotel di Sandakan pula, macam biasa kami book di Agoda. Kali ini 1 malam di Sandakan Hotel dan 1 malam di Sabah Hotel. Kami akan sewa kereta di Sandakan untuk 2 hari 1 malam untuk mudah meronda-ronda sendiri. Kami book di car rental di airport je supaya mudah untuk return kereta sebelum balik ke KLIA. Kami sewa Axia dengan harga RM120 sehari. Oklah kereta comel untuk mudah parking. Ok bila semu sudah ready jom ke Sabah kita bah…

Day 1 : Melaka-KLIA-Sandakan
Hari pertama ini untuk perjalanan sahaja. Flight ke Sandakan jam 2.30 petang, so dalam jam 11 pagi dah bertolak ke KLIA dari Melaka. Jam 5.30 petang selamat tiba di Sandakan Airport. Alhamdullilah cuaca baik sepanjang perjalanan sebab risau juga dapat berita banyak tempat yang banjir terutamanya di Shah Alam dan Klang. Sini pukul 6 petang je dah gelap dan masuk maghrib. Untuk ke hotel kami cari teksi dengan charge RM23 dari airport ke Hotel Sandakan. Hotel Sandakan terletak di tengah-tengah bandar Sandakan. Malamnya kami ronda-ronda jalan kaki sekitar Sandakan water front sambil cari makan malam.

Lama tak terbang....awan gelap

Jom terbang

Ada hygiene kit MAS bagi - face mask & sanitizer

Jemput makan nasi lemak sambal udang

Sampai airport kita book kereta sewa dulu untuk hari ke 4 nanti

Kaunter teksi untuk ke Hotel Sandakan

Ini teksinya...hari dah gelap

Check in Hotel Sandakan 1 malam

Dinner Nasi Goreng Indonesia & Nasi lalapan ikan baulu (ikan susu)

Ronda-ronda water front Sandakan

Gambar wajib bukti sampai Sandakan

Meriah sini malam-malam

Day 2-4 : Sandakan - Pulau Lankayan
Pagi hari ke-2, kami akan ke Pulau Lankayan selama 3 hari 2 malam. Selepas breakfast, travel agent akan pick up di Sandakan Hotel pada jam 9.15 pagi. Dekat je jeti ke Lankayan dari Hotel Sandakan ini. 

Breakfast ringan-ringan dulu di hotel

Check out....bye Hotel Sandakan


Bila bot dah ready lebih kurang jam 10 pagi kami pun bergerak ke Pulau Lankayan. Adalah lebih kurang 9 orang dalam bot itu. Perjalanan bot ambil masa lebih kurang sejam setengah so layan laut jelah. 

Jom naik bot ke Lankayan

Jeti tempat berkumpul tadi

Alhamdullilah selamat tiba di Pulau Lankayan, cantik macam Maldives. So just layan photo dan video jelah ya. Tak perlu tulis panjang-panjang. Pulau Lankayan ni port kegemaran divers, tapi kami datang berehat-rehat dan snorkeling tepi resort je.

Pulau Lankayan ini tiada penduduk macam di Mabul, cuma ada hotel ini sahaja dan abang-abang askar yang jaga perairan Sabah. Sizenya pun tak besar, kalau pusing pulau pun tak sampai 1km. So, kalau nak ketenangan memang sesuai lah pulau ini.

Gambar-gambar hari pertama di Lankayan

Selamat mendarat di Pulau Lankayan

Kita ke lobi dulu untuk check in

Video ketibaan di pulau

Lobi jauh di hadapan

Lobi merangkap dewan makan

Dah check in...ini bilik kami untuk 2 malam

Tengok laut dapat pahala

Toilet pun besar ada bath tub juga

Bilik besar & selesa

Selepas berehat di bilik kita ke dewan makan untuk lunch pula

Makan secara buffet

Lunch hari pertama...Alhamdulillah...kenyang tengok view je

Tengah diet makan sikit je...hehehe

Petang turun pantai sekejap...berendam & snorkeling

Ada kubu askar di pulau ini

Malam keluar makan lagi

View depan pintu bilik yang menghadap pulau

Dewan makan dah menunggu

Dinner 1st night

Makan ditemani laut dan bulan

Cantik bulan malam tu...good night Lankayan


Gambar-gambar hari ke-dua di Lankayan

Good morning Lankayan...2nd day

View jeti Lankayan dari depan bilik

Bilik kami yang hujung sekali di belakang

Ada tetamu...si penyu

Tenang je pagi ni

Jom kita breakfast

Lepas breakfast jom kita round pulau

Tempat telur penyu ditanam sebelum menetas & dilepaskan ke laut

Jom terbang kan si drone

Silau sikit matahari tengah naik

Top view resort 

Top view resort 

Bateri drone dah habis jom pusing pulau

Awas ada ikan pari

Ikan pun berenang-renang tepi pantai...air crystal clear

Jumpa beach resort di sebalik pulau

Menarik juga & harga lebih murah dari water bungalow

Cari port nak berendam & snorkeling

Jom...memang banyak ikan & coral...pantai pun landai je

Lunch hari ke-2 di Lankayan

Petang sessi terbangkan drone lagi



Dah nak sunset

Video from drone

Jom dinner

BBQ 2nd night ni

Good night Lankayan...bulan penuh

Day 4 : Pulau Lankayan
Ini hari terakhir kami di Pulau Lankayan. Oklah cukup 3 hari 2 malam. Sempat lah menenangkan fikiran dan tak fikir pasal kerja sangat sebab line phone memang takde dan wifi resort pun macam siput. Selepas breakfast, jam 7.00 pagi dah kena check out. 

Good morning...bulan masih ada

Damai je pagi ini

Tapak sulaiman warna biru..cuba cari ada 3 tu

Beg dah ready untuk check out

Air sangat surut pagi ini....mana la penyu tu pergi

Breakfast dulu sebelum naik balik

Makan ringan-ringan je nanti mabuk naik bot

Air surut nampak coral

Dah jom balik tanah besar

Naik bot sudah

Bye Lankayan...ada rezeki datang lagi

Bot ke Sandakan bergerak jam 7.30 pagi dan lebih kurang 9.00 pagi kami dah selamat tiba di Sandakan. Alhamdullilah cuaca pun baik dan bot pun smooth je. Selepas itu, kami minta untuk dihantar ke airport untuk collect kereta sewa yang kami telah book waktu tiba hari pertama dulu. Dah dapat kereta jom kita jalan.

Van yang menghantar kami ke airport untuk ambil kereta sewa

Axia yang comel

Ada warning ni tak berani nak cuba

Destinasi pertama ialah ke Labuk Bay untuk jumpa kawan-kawan. Jarak ke Labuk Bay dari airport lebih kurang 30 minit. Nak tau ada apa di Labuk Bay..jom layan photo dan video…

Kaunter tiket...lepas tu kena lalu jalan off road dalam 3km

Harga tiket RM15 untuk seorang

Bukti sampai di Labuk Bay

Si proboscis

Makan time...kena check feeding time pukul berapa...time ni pukul 11 pagi

Kenduri sakan

Port makan yang lain

Ada baby monkey

Video time makan...bergaduh-gaduh siap....


Next destination, kita ke Sepilok pula untuk jumpa kawan yang satu lagi. Tiba di Orang Utan Sepilok dalam jam 12 tengahari tapi tutup dan buka semula jam 2 petang. Sementara menunggu Orang Utan buka kita melawat lah beruang di Sun Bear Centre tak jauh dari Orang Utan. Dapatlah jumpa 2 ekor beruang.

Depan entrance Sun Bear Centre

Comel juga sun bear ni

Tepat jam 2 petang Orang Utan Sepilok dah boleh masuk tapi malangnya hampir sejam lebih juga kami tunggu orang utan tapi tak keluar-keluar. Maybe dia dah bosan tengok ramai sangat orang dalam hutan ini. Takde rezeki takpe next time boleh datang lagi.

Pusat Orang Utan Sepilok

Ada anak orang utan je....mak bapak dia menyorok

Perut pun dah lapar sebab dah jam 4 petang, so kita makan dulu sebelum check in Hotel Sabah. Kali ini kami late lunch cum dinner di Restoran Sandokan. Sedap juga foodnya.

Restoran Sandokan

Sedap

Lepas makan kami terus check in di Sabah Hotel. Meriah hotel ni dan ada pool yang besar.

Hotel Sabah

Besar pool

Malam selepas maghrib, kami ke bandar Sandakan sebab ada orang nak gunting rambut. Pekan Sandakan ini malam cepat je tutup tapi akhirnya dapat juga kedai gunting rambut yang buka. Sebelum balik ke hotel, kami singgah di Santai Pasir Putih, masih kenyang lagi just minum-minum dan tapau burger. Sedap juga burger soft shell crab sampai tak sempat ambik gambar.

Day 5 : Sandakan - KLIA - Melaka
Hari terakhir di Sandakan. Hari ini santai-santai je sebab flight ke KLIA jam 6.15 petang. Jam 12.30 baru check out hotel dan terus ke Pasar Umum Sandakan. Pasar ini macam ala-ala Pasar Payang Kuala Terengganu. Bahagian bawah barang-barang basah dan hasil laut kering. Bahagian atas jual baju, kasut dan brooch. Kami shopping juga la sikit ole-ole untuk dibawa balik.

Pasar Umum Sandakan

Brooch

Ikan bilis, udang kering & hasil laut...ikan bilis mata biru yang terkenal

Baju & kasut pun ada

Shopping brooch di sini

Tingkat 2 ada food court

Ada mobile vaccine centre....bagus memudahkan

Selasai shopping, kami ke Pasar Sim Sim untuk lunch pula. Pasar Sim Sim ini terkenal dengan ikan bakarnya dan harga pun berpatutan.

Nama je Sim Sim tapi peniaga semua muslim ya....don't worry

Ikan bakar, sotong, bakar, ketam bakar, udang bakar semua ada

Lauk kami....semuanya sedap

Makan di kedai Mama

Lepas makan, kami ronda-ronda kampung laut Sim Sim untuk tengkok suasana rumah atas air ini.







Jumpa budak comel yang rajin... jual ubi rebus

Seterusnya kami terus ke Sandakan Airport, return kereta sewa dan check in flight. Sekian percutian kami di Sandakan & Lankayan. Percutian yang santai-santai dan yang penting kami puas hati dan dapat berehat dari memikirkan stress pekerjaan. InshaAllah ada rezeki dah tua nanti nak ke Pulau Lankayan lagi.

Good bye Sandakan...

Ole-ole dari Sandakan




No comments:

Post a Comment