Thursday, 8 March 2018

Day 5 : Jeju - KL

Hari ini merupakan last day mini vacation 5d4n di Jeju, Korea Selatan. Flight hari ini jam 1.35pm direct flight from Jeju to KLIA. So, kena ada di airport dalam jam 11 pagi supaya tak rushing.


Pagi ini, sebelum check out sekali lagi masak untuk breakfast menghabiskan stok makanan. Breakfast pagi ini spaghetti mushroom dan pancake. Lebih kurang jam 9.30 pagi dah check out dan gerak ke airport. Bye-bye Jungmun Log Pension and Resort. Resort ini memang selesa, fully equipped dengan basic facilities, nak masak senang, basuh baju boleh ada washer, serba serbi ada, owner yang peramah hari-hari bagi limau. Kalau ada rezeki InshaAllah boleh stay di sini lagi.

Last breakfast in Jeju

Siap-siap jangan ada barang yang tertinggal


Pondok reception resort & ladang limau

Bye-bye Jungmun Resort



Perjalanan ke airport dalam 1 jam lebih, sebelum return kereta kena lah isi minyak dulu. Biasa lah polisi car rental kalau kita ambil kereta fuel tank kena lah isi full tank. So far baru kali inilah nak isi minyak. Total cost minyak (diesel) bagi perjalanan kami 5h4m ini ialah 80K won = RM300 untuk perjalanan lebih kurang 600 KM.
Isi minyak dulu


Otw to airport
Sampai di airport, En. Suami drop kan kami dulu untuk check in flight dan dia seorang je ke car rental company. Sebab leceh dengan bag yang banyak nak naik shuttle nanti. Alhamdullilah orang masih tak ramai sebab masih awal dan check in berjalan lancar. Sebelum masuk untuk boarding, pulangkan modem wifi dulu di kaunter. Kalau terlupa tolak pula deposit nanti. Airport Jeju ni takde lah besar sangat tapi selesa. Praying room pun ada dalam boarding area so sempatlah kami solat jamak zohor asar sebelum terbang sebab bila sampai di KLIA nanti dah dekat maghrib.

Surau di boarding hall

Selesa suraunya



Ok nak terbang ni



Alhamdulilah selepas hampir 6 jam flight, akhirnya kami selamat tiba di bumi Malaysia. Kehangatan bumi Malaysia sudah terasa tapi Malaysia tetap terbaik. Tercapai sudah matlamat bawa Mimi main snow...nasib baik ada snow turun hari tu kalau tak kena lah maklong bawa Mimi tempat lain yang ada snow lagi. Tapi bila ditanya, Mimi taknak pergi tempat snow lagi sebab tangan dan telinga Mimi hilang (kebas sejuk sampai tak rasa). Ok lepas ini kita pergi tempat panas pula ya...Sekian coretan ringkas ke Jeju...harap dapat memberi panduan kepada semua.

Kenangan dari Jeju



Day 4 : Seongsan Ilchulbong - Canola Field - Gimnyeong Seonsegi Beach

Hari ini hari ke-4 dan kiranya hari terakhir untuk meronda Jeju. Hari ini kami keluar awal sedikit iaitu jam 9.30 pagi (takde lah awal sangat) sebab nak ke Seongsan Ilchulbong. Seongsan Ilchulbong ini terletak lebih kurang dalam 1 jam lebih dari hotel kami. Cuaca agak sejuk juga hari itu dalam 5C. Macam biasa pagi sebelum keluar, kami dah siap isi perut kenyang-kenyang dulu. Sarapan pagi ini nasi goreng sardin, telur rebus dan buah berangan yang dibeli di E-mart malam tadi. Besar-besar buah berangan dia dan harga pun lebih murah. Sebab hari ini jalan jauh dan tak balik lunch so kami dah siap masak dan bawa bekal sekali nasi impit dan telor masak kurma lagi. Ok cukup citer pasal makan (ini bukan blog makan ya).
Breakfast dulu
After sejam lebih perjalanan, akhirnya kami sampai di  Seongsan Ilchulbong. Ada apa di sini ya?  Seongsan Ilchulbong ini kira famous landmark di Jeju.  Ianya adalah antara bukit yang terhasil dari volcanic eruption dan diiktiraf sebagai World Natural Heritage. Ketinggian lebih kurang 180m dari paras laut. Rendah je tapi mengah juga lah untuk orang-orang yang aktif macam kami ini. Nak masuk kena bayar tapi tak mahal dalam 2000 won je seorang. Yang berjaya menakluki puncak  Seongsan Ilchulbong cuma kami berempat je yang lain-lain exercise di bahagian bawah. Ok sila layan photos Seongsan Ilchulbong.
Otw to Seongsan Ilchulbong...dah nampak dari kejauhan


Parking area Seongsan Ilchulbong


Pandangan depan entrance

Bayar tiket dulu


Kawasan bawah

Start mendaki
 
View from top



Bekas kawah gunung berapi


2nd time sampai sini

Mimi pun berjaya

Turun lah balik

Dah pancit

Jauh lagi ke?

Mak abah tunggu di bawah

Matahari memancar tapi sejuk sangat


Bawah tu ada show auntie-auntie penyelam

Layan ice cream walaupun sejuk

Bestnya orange juice tu


Destinasi seterusnya plan nak pergi ke Sangumburi Crater kononnya nak tengok bunga-bunga lalang silver grass tapi masa macam tidak mengizinkan so kami decide ke Gimnyeong Seonsegi Beach je untuk lunch dan solat jamak zohor asar. On the way ke Gimnyeong Seonsegi Beach itu kami lalu di Canola Field. Apalagi wajib stop lah untuk sessi berselfie. Ada banyak canola field area Seongsan Ilchulbong ini. Pilih je lah nak yang mana, tapi nak masuk pun kena bayar 1000 won per person. Layan gambar canola pula ya.
Canola field berbackground Seongsan Ilchubong

Di celah canola flowers

Model bunga

Saujana kuning

Saranghae

Hide & seek...tak jumpa Mimi cari


                                                                 Video Canola Field


Next, set GPS ke Gimnyeong Seonsegi Beach, mencabar juga la nak set GPS ini sebab kena masukkan phone number tempat, kalau type words tak keluar pula. Setelah menggoogle dapatlah phone number yang tulis Gimnyeong Seonsegi Beach. Jarak tak jauh lebih kurang 40 minit. So let’s go. Tapi after 40 minutes tak nampak bayang beach pun, sesat sampai masuk Jeju city center. Rupa-rupanya number phone building apa ntah di tengah-tengah bandar.
Sesat sampai sini

GPS bawa sampai sini konon-konon nak ke beach
Sebab dah sesat berusahalah lagi. Kali ini try Waze pula sebab kalau tak silap South Korea disable google maps dan Waze usage. Tapi bila try Waze dapat pula, so kami mengwaze lah ke Gimnyeong Seonsegi Beach. Dalam 30 minit akhirnya sampailah di Gimnyeong Seonsegi Beach. Ha apa pula yang special di beach ini? Sama macam beach-beach cantik yang lain...pasir putih, air biru...plus ada wind mill dan angin yang sangat kuat, sejuk ke tulang sum sum. Alhamdullilah ada gazebo tepi beach tu kami pun bersantap lah juadah yang dibawa. Solat di situ sekali. Kami tak dapat lepak lama-lama di beach itu sebab tak tahan sejuk.
Sampai akhirnya Gimnyeong Seonsegi Beach 


Sempat main pasir

Ada windmill

Sejuk sangat sini

Pantai memutih

Gazebo tempat berteduh


So, last destination sebelum balik ke hotel ialah singgah di E-Mart Seogwipo untuk last shopping sebelum balik ke Malaysia keesokkan hari nya. Selepas beli barang sikit di E-Mart kami pun balik ke hotel, masak dinner habiskan stok makanan dan packing untuk balik ke Malaysia esok.


Otw to Seogwipo


Jeju Stadium sebelah E-Mart


Shopping sikit di E-Mart







Day 3 : Yongmeori Coast - Osulloc Tea - Figure Museum - Cheonjeyeon Waterfall

Hari ke-3, macam biasa breakfast di hotel. Masterchef masak mee hoon taucu yang lazat. Lebih kurang jam 10.30 pagi kami bergerak ke Yongmeori Coast yang jaraknya dalam 30 minit dari hotel. Ada apa ya di Yongmeori Coast? Yongmeori Coast is a sandstone bed created by layers of sand that have been deposited for tens of millions of years (source:google). Yongmeori Coast ini terletak berhadapan dengan Mt. Sanbangsan. Siapa nak panjat mount ini pun boleh tapi tiada apa sangat di sana, ada kuil saja.

Mee hoon taucu for breakfast
So kami decide untuk ke Yongmeori Coast je. Daripada parking kena berjalan lebih kurang 10 minit ke ticket entrance. Nak masuk kena bayar tiket ya. Harganya 2000 won untuk dewasa. Waktu kami tiba di ticket booth, dia tulis close pula. Tak boleh masuk sebab high tide. Tapi dia tulis akan buka semula pada jam 12.30 pm. Waktu itu dah 11.30 pagi so rasanya kami tunggu lah sambil berjalan-jalan di sekitar area itu. Tak jauh dari situ ada satu museum kapal yang macam di Melaka. Tidak lama selepas itu counter ticket dah dibuka semula. Ada dua counter tiket, di tempat yang kami mula-mula tiba tadi dan 1 lagi di musuem kapal. So kami masuk melalui entrance di museum kapal. Laluan di sepanjang coast agak mencabar so kena berhati-hati lah.
Parking area in between Yongmeori Coast & Mt. Sanbangsan 


Mt. Sanbangsan 

Museum Kapal & canola flowers

Entrance ke pantai depan kapal tu
Ada auntie-auntie yang menjual seafood segar disepanjang coast itu. Kami pun menyusur laluan coast sambil berfoto dan mengkagumi ciptaan Allah yang unik itu sehingga lah ke entrance yang pertama tadi. Maksudnya one way dan tak perlu untuk patah balik ke gate yang kami masuk tadi. Keluar daripada gate, ada kedai jual sotong bakar (10000 won) dan fresh orange (3000 won). Memang sedap, rugi kalau tak cuba.
Auntie yang jual seafood


Boleh terus makan fresh-fresh

Start jalan from entrance

Awas licin

Abah merenung masa depan....jauhnya nak jalan

Macam-macam gayalah


Mimi pun nak panjat

Berjaya panjat

Nampak kurus tak? hehehe

Mt. Sanbangsan depan tu


Boleh buat cover album ni

Selamat mendaki

Sampai akhirnya

Jus orange yang sedap

Pekena sotong bakar pula
Sedap sehingga menjilat jari
                                      Video Yongmeori Coast


Kalau ikut plan selepas ke Yongmeori Coast, kami akan ke Mt. Songaksan. Mt. Songaksan ini ialah one of volcanic mountain yang ada di Jeju ini, tapi sebab masa tidak mengizinkan, kami terus ke Osulloc Tea yang jaraknya lebih kurang 30 min dari Yongmeori Coast tadi. Tiba di Osulloc Tea kami terus ke Tea Museum, tujuan asal nak ke cafe di sana untuk beli green tea ice cream. Kami beli family set yang terdiri dari green tea, cake dan ice cream dan makan di sana. Tak jalan-jalan di tea farm pun sebab sejuk.
Jalan ke Osulloc Tea pula 


Entrance ke Tea Museum & café


Family set nyummy

Hodoh sikit potong sebab tak sabar nak makan
Selepas itu, kami plan ke Figure Museum sebab Najmi nak tengok patung Iron Man dan Spider Man. Lagipun, pihak hotel bagi 3 free tiket ke museum itu. 1 tiket berharga 10000 won dan discount 20% untuk additional tiket. Kalau ikutkan museum itu tak jauh dari hotel sebab dah lalu banyak kali dan nampak musuem itu. Since, GPS berdasarkan number phone, bila key in no phone museum itu takde pula dalam sistem. Either GPS tak update atau museum ini dah tukar phone number. Sebab tidak dapat key in number phone, saya try lah key in address dan lot number.  Ok ada dalam sistem, so follow je. Tapi, bila tiba di destinasi tak nampak pula bayang museumnya. Kira sesat dan tersasarlah. Kami decide balik hotel dulu. Tiba di hotel, solat dan lunch dulu.


Malam tadi ada rebus ketupat segera so itulah lunch kami dengan kari ayam segera. Selepas itu, kami minta hotel owner untuk setkan GPS ke Figure Museum barulah dapatlah. Tercapailah cita-cita Najmi nak tengok Ironman. Museum ini memang sesuai untuk budak-budak banyak cartoon character ada. Ok layan je photos...malas nak tulis caption.










Selepas maghrib, kami ke  Cheonjeyeon Waterfall pula sebab waterfall ini buka sampai jam 10 malam. Kalau ikut plan, petang tadi nak ke Jusangjolli Cliff, tapi sebab dah sesat petang tadi so tak sempatlah. Sejuk betul angin di waterfall ini.
Entrance to waterfall


Kesejukan sebenarnya


Waterfall di waktu malam
Selepas itu, on the way balik ke hotel kami singgah di E-mart Seogwipo yang terletak sebelah Jeju World Cup Stadium. E-mart ini lebih kurang macam Tesco/Giant. Shopping barang-barang sikit. Buah strawberi dan ceri segar-segar. Balik masak untuk dinner, makan dan tidur. Alhamdulillah so far semuanya berjalan lancar untuk hari ke-3 di Jeju ini walaupun tak dapat cover semua tempat. Kena datang next triplah nampaknya.