Sunday, 24 November 2024

Percutian Keluarga Hanoi-Sapa- Ha Long Bay (6h5m) (27/4/2024- 2/5/2024)

Salam semua, kali ini nak share kisah kami sekeluarga bercuti ke Vietnam sempena Cuti Hari Pekerja 2024. Cuti Hari Pekerja 2023 kami ke Lombok (boleh refer blog Lombok). Tahun 2023 bulan Februari kami ada ke Vietnam juga tapi pergi ke Da Lat & Ho Chi Minh (refer blog Da Lat). Trip Vietnam kali ini jom kita ke utara Vietnam iaitu Hanoi - Sapa - Ha Long Bay. Amaran blog ini agak panjang sebab buat in one page je untuk percutian selama 6 hari 5 malam. Selamat membaca. Membaca amalan mulia.

Kita bagi teaser dulu....Ha Long Bay

Puncak Mt Fansipan, Sapa Vietnam...sampai ke puncak kita

Sebenarnya dah lama plan nak ke Sapa sebab Sapa terkenal dengan kawasan pergunungan dengan suhu yang nyaman. Sapa ada 4 musim iaitu Winter, Spring, Summer dan Autumn. Musim yang kami pergi kena pada awal musim summer. Dijangka suhu ala-ala Cameron je. Kalau nak merasa musim sejuk suhu bawah 10c boleh pergi pada bulan 12-1 tapi view tak nampak apa dah berkabus je lah.
Belajar geography dulu...kami turun di Hanoi kemudian ke Sapa & Ha Long Bay

Untuk trip family kali ini cuma kami bertujuh saja yang join. Macam biasa, untuk flight kita survey guna Skyscanner. Sebab beli last minit iaitu lebih kurang sebulan sebelum fly, flight yang paling murah ialah Batik Air dengan rate RM1042 per pax. Batik Air rate ini inclusive luggage 20kg per pax so tak perlu pening nak top up luggage macam Air Asia yang harga luggage kadang-kadang lebih mahal dari harga flight. Ok next kita cari package pula sebab bawa parents dan negara yang susah nak makan so kita ambil all in package lebih selesa. After survey, Bismillah Travel & Tour masih memberikan offer yang terbaik. Ini kali ke-2 kami guna servis Bimillah Tour ini, Vietnam Agency so lebih direct dan murah. Waktu ke Da Lat pun guna agency yang sama. Details quotation seperti di bawah. Total package all in lebih kurang RM3k seorang. Alhamdullilah affordable.
Itinerary proposed by Bismillah Tour 

Next, kita tukar duit pula. Vietnam guna currency Dong. Conversion lebih kurang 10,000 dong = RM 2. Kami tukar duit di IOI Putrajaya tapi tiada small note dapat 500k dong sahaja.
Note Vietnam Dong

Persedian travel lain macam biasa jangan lupa ya travel insuran. Kami memang pelanggan setia Etiqa360 boleh ambil dengan ejen terbaik Puan Noha (FB Noha Md Supian). Adaptor plug pun jangan lupa sebab plug vietnam lain dengan kita. Nanti tak dapat pula charge handphone. Kami juga bawa light jacket/baju sejuk sebab dijangka agak sejuk juga di puncak Mt Fansipan, maklumlah top of Indo China walaupun summer tetap sejuk. Semua dah ready jom kita ke Utara Vietnam.

Day 1 : Melaka - KLIA - Hanoi - Sapa
Flight kami jam 11.45 pagi so dari Melaka kami gerak selepas sarapan pagi lebih kurang jam 8.00 pagi dan akan berkumpul di KLIA paling lambat jam 9.30 pagi. Kami parking 1 kereta di KLIA je sebab lebih mudah dan pantas (tapi rate parking lebih lah sikit iaitu RM 46 per day). Alhamdullilah jadual flight on time dan agak meriah dengan warga Vietnam. Rasanya kami sahaja warga Melayu Malaysia dalam flight tu. Flight juga agak lancar dan smooth. Flight ambil masa 3 jam sahaja dah sampai Hanoi tak jauh ya boleh balik hari haha.
Inilah flight kami ke Hanoi....Batik Air

Lunch dalam flight...nasi beriyani ayam

Immigration di Hanoi pun pantas je tanpa tanya apa-apa, waktu sedang tunggu bag Tour Guide kami bernama Tery pun dah sedia menunggu di Arrival Hall. As per itinerary, dari Hanoi Airport kami akan terus ke Sapa yang lebih kurang 5 jam perjalanan melalui highway. Kalau ikut jarak takdelah jauh sangat lebih kurang 300KM je tapi kenderaan tak boleh bawa laju sebab banyak speed trap. Sebenarnya ada banyak cara untuk ke Sapa dari Hanoi - boleh naik sleeper bus atau train 6 jam perjalanan. Sebab kami dari Airport so sudah jimat dalam 1 jam. Tiada masjid atau restoran halal sepanjang perjalanan dari Airport ke Sapa. Nasib baik kami dah beli dan makan in-flight meal tadi cuma kena cari tempat untuk solat zohor/asar. Selepas discuss dengan Tery dia kata nanti akan stop di rest area boleh cari tempat yang sesuai untuk solat. Waktu stop di rest area, kami ambil wuduk di toilet dan solat dalam van je lebih selesa sebab rest areanya kurang menarik hehe. Then, kami pun meneruskan perjalanan ke Sapa. 
Van kami untuk sepanjang trip ini

Stop di rest area

Jalan lengang je tapi tak boleh speeding....bertabah je 5 jam ke Sapa

Lebih kurang jam 8 malam, kami pun tiba di pekan Sapa, agak meriah juga dan banyak jalan ditutup, rupa-rupanya trip kami kali ini kebetulan time long weekend/holiday sempena Vietnam Independence Day dan Rose Festival. Beberapa kali driver berpusing-pusing cari jalan untuk ke restoran dan hotal sebab banyak road block. Akhirnya kami dapat masuk ke arah hotel dan restoran itu pun setelah owner hotel inform sendiri dengan polis yang kawal roadblock tu.

Kami dinner di Restoran Hajah Hawa. Tak banyak restoran halal di Sapa ini, so far yang kami nampak ada dua je termasuk restoran Hajah Hawa ini. Memandangkan ini restoran panel Bismillah maka kami akan dinner 2 kali, breakfast 2 kali dan lunch 2 kali di sini. Semuanya dah masuk package janji halal.
Peserta trip sampai di restoran Sapa

Alhamdullilah dinner kami

Semua happy makan sebab dah lapar

Lepas makan kami, berjalan ambil angin malam ke hotel yang tak jauh dari restoran. Dah dapat kunci bilik, masing-masing naik dan berehat sebab dan penat seharian dan esok perlu lebih tenaga lagi. Kami stay di Hotel Beautiful Sapa untuk 2 malam. Good night Sapa.
Depan hotel Beautiful Sapa

Tery sedang check in kan bilik

Suasana depan hotel

Bilik kami untuk 2 malam...simple je


Day 2 : Mt Fansipan & Tanvan Village.

Subuh di Sapa agak awal, jam 4 pagi dan masuk subuh tapi sunrise dalam jam 5.30 pagi. Jam 7.30 pagi kami dah siap untuk breakfast di Restoran Hajah Hawa. Lepas breakfast, kami akan ke Mt Fansipan. 
Good morning Sapa, view from hotel

Kita breakfast dulu

Breakfast ala-ala western....sedap roti baguette tu

Untuk ke Mt Fansipan, kami perlu naik classic train dari Sapa Train Station ke Cable Car Station, sampai di Cable Car Station boleh jalan-jalan ke Rose Farm dulu.
Lepas breakfast jom jalan ke Train Station

Inilah entrance Sapa Train Station

Bukti hadir

Bahagian dalam

Sekitar kawasan luar train station

Jom jalan lagi cari train ke Sapa

Ramainya....tapi pantas

Ok train dah sampai jom naik

Awas train di hadapan

Selisih dengan train dari top station

View dari dalam train....menghijau

Ok dah nak sampai atas

Train station bahagian Mt Fansipan

Group photo di Rose Farm

Ada ros kuning

Ros merah dan pink

Ros purple....eh

Main satu lagu dulu lah...

Ada show gak sempena flower festival

Papan tanda Fansipan

Then naik Cable Car yang terpanjang di Asia Tenggara iaitu jarak dalam 3.5km. Sampai di bahagian atas Cable Car Station, boleh pilih untuk naik tangga atau funicular train untuk ke puncak top of Indo-China. Untuk package kami, ticket funicular train tak termasuk, mula-mula plan nak naik funicular train je sebab ada yang tak larat panjat tangga, tapi beratur panjang sangat so kami yang mana gagah naik je tangga lebih kurang 500 steps ke puncak. Kawasan top Mt Fansipan agak sejuk dan windy so tak sia-sia bawa jacket. 

Jom ke Cable Car Station

Ada kereta berhias penuh dengan bunga

Traditional folk show pun ada

Beratur panjang nak naik cable car

Akhirnya sampai turn kami naik cable car

View dari cable car...teres padi bertingkat-tingkat

Besar cable car nya

Panjang...

Nun di sana gunung ganang

Dah nak sampai puncak ni

Atok teringatkan cucu ke kucing di rumah?

Alhamdullilah berjaya sampai di Mt Fansipan...tapi belum di puncak ya

Kena naik tangga lagi

Kawasan dataran cable car

Yang tak larat boleh tunggu di dataran je

View dari dataran...ada pagoda

Nice pokok ni...unik bunga warna kuning

Ok jom sambung mendaki tangga...tengah bilang mata tangga

Tak larat naik tangga boleh naik funicular ni

Funicular sedang mendaki

View dari atas

Geng muda-mudi yang mendaki ke puncak....tapi ni baru separuh jalan

Kena jalan lagi sampai ke tiang bendera tu

Ada patung besar atas ni

Curam gak tangganya

Stop makan aiskrim jap

Alhamdullilah success Mt Fansipan

Bersama bendera Malaysia dengan bangganya

Cuaca baik dan cantik

Bukti hadir....

Selepas beberapa jam di Mt Fansipan (beratur nak naik cable car pun dah lebih sejam), kami pun turun semula ke Sapa Train Station dan terus lunch sebab masing-masing dah lapar. Kami makan lunch dengan seleranya dan balik ke hotel untuk berehat dan solat.
Group photo dulu di pintu gerbang sebelum turun

Turun cepat je tak beratur panjang

Wefie bersama Tery tour guide kami

Naik train pula ke Sapa Train Station

Sesi belajar memandu train

Dah nak sampai...awas selekoh di hadapan

Jalan ke hotel penuh bendera sempena National Day Vietnam

Rezeki lunch kami Alhamdullilah...sedap ikan steam limau

Sesi menjamu selera

Belanja beberapa video aktiviti pagi tadi.



Sepatutnya, itinerary petang ke Cat Cat Village (kampung ini tiada kaitan dengan kucing ya). Tapi bila survey-survey Cat Cat Village ini mencabar perjalanannya kena naik tangga, turun tangga dan pusing kampung lebih dari 2KM, so kami discuss dengan Tery untuk swap aktiviti petang ini dengan aktiviti esok yang nampak macam lebih rileks (maklumlah dah habis tenaga mendaki Mt Fansipan). Tepat jam 4 petang, kami berkumpul di lobi untuk ke Tanvan Village dan Rice Field Village. Kami ke sana dengan menaiki buggy. Best juga pusing-pusing Sapa City Centre dan ke tempat dituju naik buggy ini.
Jom naik buggy

Tery ke drive buggy?

Welcome to Tanvan Village

Kampung yang tenang ada sungai

Healing sat 

Disambut oleh makcik ini...maaf makcik kami tak beli apa-apa

Sungai cetek je berbatu-batu

Sesi memeriksa jambatan gantung selamat ke tak...

Dah jom pergi tempat lain

Kita ke sawah padi bukit

Abah tunggu kat atas je...kami ke sawah dulu

Lawa sunset di sawah & bukit

Belum musim menghijau

Jagung pun ada

Sapa city di waktu petang...

Meriah sebab malam ada program National Day & Flower Festival

Nampak restoran halal dalam perjalanan balik ke hotel

Aktiviti petang ini memang santai-santai dan ambil angin je. Matahari dah nak terbenam kami pulang ke hotel. Malam itu jam 8 malam, kami dinner di tempat biasa. Ingat malam pas dinner nak ronda-ronda pergi night market tapi semua dah habis bateri. Good night Sapa esok dah nak balik ke Hanoi.
Dinner last di Sapa

Alhamdullilah sedap

Day 3 : Cat-cat Villlage - Hanoi
Pagi macam biasa, 7.30 pagi kami dah breakfast di restoran Hajah Hawa. Dalam jam 8 pagi dah ready untuk ke Cat Cat Village dengan semangatnya. Abah je stay di bilik sebab tidak digalakkan dan dijangka akan penat. Pagi itu kami gerak ke Cat Cat village agak lewat sebab tunggu buggy car tak sampai-sampai sebab jalan agak sesak dan crowded dengan local tourist yang kebetulan bercuti time yang sama dengan kami. Buggy hanya boleh sampai di separuh perjalanannya sebab jalan ditutup. Lebih kurang 2KM lagi jarak untuk ke Cat Cat entrance, ramai pemandu motor yang menyerbu kami untuk bawa ke entrance. Sebab serabut sangat, Tery kata kita jalan je dia tahu short cut. Kami pun follow je tapi takde lah shortcut sangat tapi taklah serabut dengan motor, dapat layan view lagi (turun tangga & bukit memang syok haha).
Breakfast Pho noodles...local delicacy yang famous di Vietnam

Kari ayam dan roti vietnam

Group photo dulu sebelum berjalan ke Cat Cat Village

Jom jalan turun bukit

Cat Cat Village di bawah bukit tu

Group photo wajib lagi back ground gunung-ganang

Sambung turun bukit ikut tangga

Dan lagi...bila nak sampai Cat Cat Village ni

Sebelum tiba di entrance, kami dibawa ke kedai sewa pakaian tradisional etnik Sapa. Alang-alang dah sampai kita sewa je baju dengan rate 200k dong (RM30) sepasang, boleh lah OOTD sikit. Then, dah ready jom kita jalan pusing kampung Cat Cat ini. Jalannya bertangga batu turun ke bawah hingga ke arah sungai dan waterfall. Banyak kedai souvenir sepanjang jalan bertangga ke bawah. Harga pun boleh tahan murah rasa berbaloi juga shopping di situ.
Jom pilih baju tradisional Vietnam

Suasana ke entrance Cat Cat Village

Jom start explore

Eh siapa ni?

Banyak jual souvenir sepanjang jalan

Bersama pengantin dan mak pengantin Vietnam

Souvenir lagi....stop jap beli minum air kelapa tu

Sambung lagi bersiar-siar di Cat Cat Village

Inilah cat cat tu....

Segak berbaju merah

Nak beli kepala lembu ke tu?...susah nak bawak balik hehe

Sampai di kawasan lembah kampung kucing

Ada waterfall

Group Photo wajib

Dan lagi....rajin betul Tery jadi photographer

Ada sungai tapi cetek

Nak berkuda pun bole

Yang photoshoot dengan baju tradisi pun ramai

Waktu turun tangga ke bawah Kampung Cat Cat ini memang best, tapi seksanya bermula bila nak naik semula ke atas. Penat panjat tangga Mt Fansipan tak hilang lagi jom sambung panjat tangga Cat Cat pula. Alhamdullilah berjaya naik semula dengan jayanya, sampai di atas jalan raya kita naik buggy pula ke kawasan parking kereta Cat Cat. Dari kawasan parking untuk ke kedai baju dan tempat buggy untuk ke hotel agak jauh juga. Mula-mula jalan lah juga sikit naik bukit, last-last masing-masing naik motor je 40k dong seorang.
Dah jom balik panjat tangga lagi

Berehat jap ambil nafas

Cat Cat Village nun jauh di bawah...bye bye

Naik motor je tak larat jalan

Dah jom naik buggy balik hotel

Kami agak kelewatan juga sepatutnya kena check out jam 11 pagi, tapi kami tiba di hotel pun dah jam 12 tengahari. Alang-alang dah lambat sempat kami solat jamak je di bilik hotel sebab zohor masuk jam 12. Dalam jam 12.30 tengahari kami pun check out dan lunch di tempat biasa. Kiranya lunch terakhir di Sapa. Bagus restoran Hajah Hawa ini menu sentiasa berubah-ubah dan sedap Alhamdullilah. Settle urusan dalam jam 2 petang, kami pun bergerak meninggalkan Sapa menuju ke Hanoi untuk perjalanan selama 6 jam. Semua start tidur bila van dah bergerak. 
Last lunch di restoran Hajah Hawa sebelum gerak ke Hanoi

Siakap 3 rasa Vietnam

Perjalanan ke Hanoi agak pantas (driver agak speeding, baguslah cepat sampai tapi kena lah selamat). Dalam jam 7 petang kami dah sampai ke Hanoi city dan terus menuju ke restoran untuk dinner. Malam ini kami makan menu ala-ala Indonesia pula. Alhamdullilah.
Sampai Hanoi hari dah gelap

Lalu depan train station Hanoi...kalau nak ke Sapa naik dari sini

Restoran dinner malam ini

Jom dinner....semua dah lapar

Antara juadah yang ada....banyak pula....Alhamdullilah

Fried spring roll pun sedap

Pho pun best

Lepas dinner, kami dibawa check in di Hotel Eden. Hotel terletak di depan shopping mall. Lepas letak barang di bilik sempat lagi kami round shopping mall. Barang-barang agak mahal (harga mall kan), tapi kami beli juga beberapa pasang sandal dan kasut sebab harga lebih murah jika dibandingkan dengan di Malaysia. Good night Hanoi.
Hotel kami malam ini Eden Hanoi Hotel

Ambik gambar dulu sambil tunggu check in

Bilik luas dan selesa

Mall depan hotel je

Jom tengok apa ada dalam mall

View dalam mall

Dah shopping jom balik

Good Night Hanoi

Day 4 : Hanoi - Ha Long Bay.
Jam 7.00 pagi kami breakfast di hotel je, carilah makanan yang diyakini halal. Banyak juga yang boleh dimakan. Jam 8.00 pagi kami check out hotel untuk ke Ha Long Bay pula. Di Ha Long Bay kami akan tidur 1 malam di atas cruise. Perjalanan ke Ha Long Bay lebih kurang 2 jam 30 minit. Kami tiba agak awal lebih kurang 10.30 pagi, so sambil tunggu masa check in cruise kami dibawa ke Pearl Farm dan Bamboo Shop (ini kami yang request sebab nak beli stokin buluh yang macam kami beli di Da Lat tahun lepas).
Jom breakfast

Vegetarian kita pagi ni

1st stop....kita tengok mutiara dulu

Briefing pasal pearl

Proses pengasingan mutiara

2nd stop....jom Bamboo Shop

Briefing & demo session

Shopping time

Lebih kurang jam 12 tengahari kami dibawa ke kawasan jeti untuk check in cruise. Untuk Ha Long Bay trip ini, kita boleh pilih nak day trip atau overnight cruise. Since kami tak nak rushing balik Hanoi terus so kami pilih trip overnight yang more rileks dan tenang. Dari jeti kami dibawa menggunakan tender boat untuk ke cruise boat kami iaitu Victory Cruise. Bot 4 tingkat yang mempunyai 21 cabin dan pelancong dalam 42 pax. Full house hari itu.
Kena naik tender boat warna putih tu untuk ke cruise

Yeah cruise kita dah kelihatan

Aktiviti pertama ialah lunch. Meja masing-masing dah ditetapkan dan untuk kami memang dah khas menu halal (seafood only) memang tak sama dengan meja-meja lain. So kita makan sampai kenyang.
Check in bilik
Toilet pun dalam bilik

Antara bilik kami

Lorong bilik

Makan time

Seafood

Siap kupaskan udang

Spring rolls

Steam soy fish

Sotong sayur

Buah-buah jangan lupa

Ambil angin lepas makan

View Ha Long Bay

Healing

Lepas lunch, masing-masing ke bilik untuk rehat sebentar dan solat sebab aktiviti seterusnya kami ke Ti Top Island untuk mandi laut dan hiking. Disebabkan ramai betul warga Vietnam mandi laut, kami pilih untuk hiking je ke puncak Ti Top. Light hiking je dalam 100m tinggi 600 steps tapi view memang awesome. Lepas sejam kami di pulau ini kami pun balik ke cruise boat.
Jom ke Ti Top Island

Ti Top Island sudah kelihatan

Jom panjat bukit

Photo group

Ready untuk panjat tangga

Layan view

Healing lagi

Tak jemu mata memandang

Dah penat panjat kita minum air kelapa

Layan view berjemaah

Kira ada berapa kapal

Bukti hadir

Dah jom balik ke cruise...ramai yang mandi pantai

Next aktiviti kami dibawa pula menaiki Bamboo Boat dan pusing-pusing di bawah gua dan sekeliling pulau batu. Siapa yang nak explore sendiri guna kayak pun boleh tapi kami pilih naik Bamboo Boat je ada yang tolong kayuh kan.
Next jom naik Bamboo Boat

Point tempat naik Bamboo Boat

Ok jom Bamboo Boat kita dah sampai

Jap lagi nak lalu dalam gua tu

Dalam gua

Nak kayak pun boleh kayuh sendiri

Family photo

Intern pengayuh boat

Pengayuh bot sebenar...dah jom balik

Next, petang kami lepak-lepak atas deck sambil layan sunset. Kami diberi segelas jus dan sepiring jajan (siap double check lagi plastik jajan ada tanda halal tak. Alhamdullilah ada). Selepas itu ada demo cooking class cara nak buat Vietnam spring roll, then masing-masing boleh buat sendiri dan terus makan. Bolehlah buat alas perut sebelum dinner time.
Lepak di upper deck cruise

Rileks baring-baring dulu

Makan jajan sambil layan sunset

Sunset malu-malu keluar

Jiran-jiran cruise yang lain

Sesi membuat vietnamese spring roll

Sesi membuat Malaysian spring rolls

Alhamdullilah menjadi spring rolls

Malam sudah

Jam 8 malam, kami naik ke dining hall dan dinner. Dinner jenis hidang satu-satu lambat kami menunggu hehe. Alhamdullilah kenyang. Lepas makan, ada aktiviti mencandat sotong. Sebelum masuk ke bilik kami jengah juga tengok orang candat sotong, tapi masing-masing dah kenyang dan penat so masuk bilik je rehat. Malam itu kami tidur agak awal tapi lebih kurang jam 1 pagi hujan lebat dan thunderstorm sabung menyabung. Terjaga sekejap pastu sambung tidur Alhamdullilah selamat.
Dinner time

Starter seafood soup

Yeah udang & oyster

Udang siap dikupaskan....oyster pun bole refill ambil di buffet section

Sweet sour fish

Crab cake

Last sekali buah kena ada

Day 5 : Ha Long Bay - Hanoi
Jam 6.30 pagi kami breakfast, makan ringan-ringan je sebab lepas tu ada aktiviti explore gua pula. Untuk ke gua kena panjat tangga dlm 200 steps sebab gua terletak 30m dari aras laut. Gua ini sangat besar, luas dan ada beberapa chamber. So layan je photo kami jalan-jalan dalam gua.

Good morning...Alhamdullilah laut tenang semula walaupun hujan lebat malam tadi

Sudah siang....view dari bilik intai cruise sebelah

Ada taichi session pagi-pagi

Jom breakfast

Breakfast ringan-ringan je

Mak & twins...sama ke serupa?

Mak tak ikut ke gua....hantar sampai pintu cruise je

Dah nampak lubang gua atas tu

Ramai dah start berbaris sebab belum buka lagi

Jom start naik tangga

Dah sampai pintu gua

Suasana dalam gua

Besar dalam ni..cuba cari kelawar

4 orang yang berjaya masuk gua

Tak sia-sia masuk gua

Jom explore lagi

Macam dalam gua lah

Mencari cahaya di hujung gua

Explore lagi

Bukti hadir

Dah jom keluar gua

View yang kelihatan selepas keluar dari gua

Jom turun

Done panjat gua

Next kami pulang ke boat cruise, kemas barang mandi dan check out pada jam 9.30 pagi. Semua barang letak di luar bilik dan kunci ditinggalkan di pintu. Jam 9.45 pagi pula kami dihidangkan dengan brunch/early lunch sehingga boat tiba di jeti pada jam 11.00 pagi. Untuk group kami makanan dihidangkan khas dan group-group mat salleh lain makan secara buffet. So kami menikmati hidangan perlahan-lahan sehingga masa tiba di jeti.
Last lunch di cruise

Menu lunch kami Alhamdullilah

Oyster fresh & best...

Abah termenung nak pergi mana pula lepas ni

Wefie dulu before check out

Inilah cruise kami 2 hari 1 malam 'Victory' yang penuh memori

Jam 11.30 pagi kami pun meneruskan perjalanan balik ke Hanoi semula. Tery dah sedia menunggu waktu kami tiba di jeti. Kami tiba di Hanoi dalam jam 1.30 tengahari, stop sebentar melawat old mosque yang ada di Hanoi iaitu AlNoor Mosque. Lepas itu kami ke  Dong Xuan market untuk shopping magnet, coffee, dried nuts/fruits pula. Market ini 4 tingkat tapi banyak kedai tutup sebab public holiday. Jimat sikit duit hehe.
Singgah di Masjid Al-Noor

Jom shopping 

Dong Xuan Market

Macam Pasar Payang

Beli souvenir

Beli nuts/dried fruit kedai sebelah entrance ni ok

Jam 4 petang kami check in Hotel Eden (hotel yang sama macam hari ke-3). Dapatlah berehat sementara menunggu dinner. Banyak aktiviti memanjat sebelum ini so kena lah rehat lebih. Jam 7.00 petang masa untuk dinner, kali ini kami dibawa ke Restoran D’Lions. Sedap juga foodnya.
Jom dinner

Last dinner with Tery

Siakap sedap....isi dipotong kecil dan digoreng

Tomyam

Telur dadar paling pembuka selera

Spring roll wajib ada

Lepas dinner, kita mengopi pula. Tery bawa kami ke tempat yang viral iaitu Hanoi train railroad. So, kami minum kopi telur (specialty di sini) sambil tunggu dan tengok train lalu.
Lepak mengopi pula di train railroad

Train belum lalu lagi boleh la berphoto dulu

Meriah area ni tapi nak tengok train kena minum kopi dulu

Kopi telur boleh cuba

Ke tepi train dari Sapa nak lalu

Lepas train lalu, kami pun balik ke hotel. Last night di Vietnam esok sudah mahu pulang ke Malaysia. Sebelum masuk hotel sempat lagi kami ke Circa K ala-ala Family Mart banyak juga makanan ada cop halal di sini so kami beli sedikit bekalan untuk esok. Good night Hanoi.

Day 6 : Hanoi - KLIA
Last day di Vietnam, free & easy hari ini just nak tunggu flight balik ke KL je jam 2.45 petang nanti. Pagi itu kami breakfast di hotel je. Lebih kurang jam 11 pagi kami dah ready untuk check out dan Tery pun dah ready pick up kami untuk dihantar ke airport.
Last breakfast di Hanoi

Makan kenyang-kenyang

Ready untuk check out

Luggage pun bertambah

Ready to go to airport...bye Eden Hotel

Hanoi airport agak selesa, orang tak ramai dan bersih cuma toilet lah takde bidet hehe. Flight kami pulang pun on time dah terbang lancar kadang-kadang lah goyang sikit tapi Alhamdullilah selamat kembali ke tanah air tercinta.
Wefie with Tery...nak balik dah

Jom balik Malaysia...bye Vietnam

Sekian coretan holiday kami sekeluarga untuk kenangan dan panduan pada yang berminat untuk ke sana. Satu pengalaman yang menarik dan unik untuk family kami kali ini. InshaAllah ada rezeki jom jalan lagi…