Hari ini hari terakhir bermusafir di bumi Iceland. Pagi macam biasa breakfast di bilik dan check out. Destinasi hari ini ialah ke Reykjavik city. Hari terakhir baru dapat explore ibu negara Iceland ini. Jaraknya dari Vantsholt guesthouse adalah lebih kurang 1 jam drive.
Destinasi pertama di Reykjavik city mestilah Hard Rock Café (HRC). HRC antara destinasi wajib sebab ada kawan-kawan yang pesan t-shirt. Selepas itu, ronda-ronda di kawasan sekitar termasuk lah Visitor Centre. Ingat nak lunch di restoran halal tidak jauh dari HRC tapi tutup pula dan buka waktu petang. Kami tidak lama di Reykjavik city sebab flight ke Geneva pada jam 4.50 petang. Ini bermakna sebelum 2.30 petang dah kena ada di Keflavik Airport untuk pulangkan kereta. Hajat di hati nak solat di Reykjavik Mosque tapi tak sempat sebab zohor belum masuk. Jarak daripada Reykjavik ke Keflavik airport pun lebih kurang 1 jam. So agak rushing.
Check out dah... |
Jom ke Reykjavik |

Kita parking kereta dulu |
Cuba cari mana Hard Rock Cafe |
Awal sampai tak buka lagi |
Kita ronda dulu intai kedai-kedai lain....ada jual drone ni |
Ada lake tengah-tengah Reykjavik city...ke laut..hehe tak tau |
Itik dan burung berterbangan |
Sessi mengenal itik |
Orang kepala batu |
Bola atas kolam |
Visitor centre |
Halal restaurant...tapi tutup pula... |
Then, kami bergerak ke Keflavik Airport tapi sebelum itu sempat juga menyinggah di Blue Lagoon area sebab nak tengok keadaan di waktu siang, waktu hari pertama kami sampai dan pergi ke Blue Lagoon hari dah gelap so tidak nampaklah apa yang blue nya. Alhamdullilah dapat tengok waktu siang dan cantik Blue Lagoon ini (tengok dari luar je).
Bye Reykjavik....ke airport kita |
Jengah Blue Lagoon di siang hari...gelap sikit gambar |
On the way ke airport kami cari port untuk solat zohor/asar sebab pasti susah nak solat di airport. Kami berhenti di tepi highway dan solat di situ. Keadaan di luar agak sejuk dan berangin.
Perjalanan diteruskan lagi, sebelum pulangkan kereta kena lah isi minyak dulu ya dan selepas itu terus ke Lotus Car Rental company. Setelah selamat pulangkan kereta kami ke airport dengan shuttle bus yang disediakan.
Solat kat tepi jalan lumut-lumut ni...Iceland moss |
Perjalanan diteruskan lagi, sebelum pulangkan kereta kena lah isi minyak dulu ya dan selepas itu terus ke Lotus Car Rental company. Setelah selamat pulangkan kereta kami ke airport dengan shuttle bus yang disediakan.
Isi minyak dulu...ini lah petrol station nya |
Lebih kurang RM 6 seliter |
Check in flight untuk ke Geneva, claim tax refund sebab shopping sikit di Hard Rock Cafe dan poskan wifi moden yang telah disewa. Ada post box di Keflavik Airport. Kalau lupa return wifi modem rugilah kena tolak deposit nanti.
Dah sampai Keflavik Airport |
Jangan lupa tax refund |
Puas cari post box...di sini rupanya..selamat pos wifi modem |
Kami menaiki flight Easy Jet ke Geneva dengan tambang 159 Euro seorang sehala. Agak mahal juga lebih kurang RM 800. Alhamdullilah perjalanan ke Geneva berjalan lancar. Bye Iceland...Welcome Swiss...kami tiba di Geneva Airport lebih kurang jam 11 malam. Sepatutnya hotel di Geneva ada menyediakan free shuttle dari airport tapi sebab kami dah lewat shuttle pun dah tamat, so naik teksi je ke hotel. Malam itu kami stay di NH Hotel, Geneva...
Bye Iceland...ada rezeki pergi lagi |
No comments:
Post a Comment