Tuesday, 5 May 2020

Day 6 : Skeiðará Bridge - Svartifoss Waterfall - Glacier - Jokulsarlon - Diamond Beach

Pagi macam biasa, breakfast di bilik je. After breakfast, check out dan teruskan misi mengexplore Iceland. Destinasi pertama ialah Skeiðará Bridge yang jaraknya dalam 35 minit daripada guesthouse. Tempat ini tak ada apa-apa sangat pun cuma monument jambatan je. Kiranya macam serpihan bangkai jambatan yang musnah akibat glacial flood dan volcanic punya heat. Sebelum tiba di Skeiðará Bridge, lalu beberapa port yang cun so apalagi jalan stop jalan stop lah baru sampai ke Skeiðará Bridge.


Guest house malam tadi

Antara cottage yang ada...sesuai untuk 4 orang

Jom gerak...day 6

Ada waterfall besar belakang rumah je

Stop jap test drone

Check apa ada belakang bukit

Single lane bridge...bagi laluan kereta depan dulu

Awas glacier di hadapan

Jumpa port cun...stop jap layan view

Photo postcard

View drone

Cool view

Baru lah sampai ke Skeiðará Bridge

Jambatan sudah roboh....tinggal rangka ni je

View glacier dari Skeiðará Bridge

Next, ke Svartifoss waterfall yang terletak tidak jauh daripada Skeiðará Bridge. Svartifoss waterfall terletak agak jauh daripada parking kereta. Kena hiking jauh juga dalam 1.5km mendaki bukit sehala. On the way ke Svartifoss waterfall ada juga waterfalls yang lain. Dengar cerita Svartifoss waterfall unik sikit sebab batu-batuan dia yang macam basalt column itu. So kami dengan gigihnya berjalan mendaki bukit. Termengah-mengah juga lah dengan cuaca yang sejuk. Sampai di atas bukit rasanya ada dalam 500 meter lagi nak sampai ke Svartifoss waterfall, tapi rasa macam tak sanggup pula nak teruskan, so lepas berehat kami patah je balik ke parking semula. Penat mendaki tapi tak sampai ke destinasi. Tak rasa menyesal pun sebab boleh save masa ke tempat lain pula. 


Hiking time

Ada waterfall tapi bukan Svartifoss Waterfall

Dah pancit ke?

Jauh lagi Svartifoss Waterfall...nampak tak kat belakang sebelah kiri tu...

Dah jom turun...

Seterusnya misi mencari glacier pula. Apa itu glacier? Mesti confius dengan geyser kan. Glacier ialah bongkah-bongkah ais yang dah membeku dan geyser pula ialah pancutan air panas contohnya macam Strokkur geyser dalam page sebelum ini. Banyak port-port glacier dalam perjalanan hari ini, so kami stop di satu port glacier. Di sini ada pakej Glacier Walk untuk sesiapa nak cuba berjalan di atas glacier siap boleh teroka ice cave sekali. Tapi kami tidak ambil pakej glacier walk itu sebab tak cukup tools dan malas nak berjalan sebenarnya. So, kami fly drone je seround dua area glacier itu. Semalam pun ada stop at one of glacier port...boleh refer page belakang...


Jom misi mencari glacier

Inilah tempatnya

Dah nampak dari jauh...jom jalan

Jumpa akhirnya

Boleh jalan atas glacier kalau berani

Matahari memancar tapi ais tetap membeku...keajaiban ciptaan Allah
Nampak memutih je sepanjang jalan

Stop lagi sebab nampak port cun

Next, kami ke Jokulsarlon yang jaraknya lebih kurang 50 minit dari glacier tadi. Apa pula Jokulsarlon ini? Siapa yang pernah tengok Dilwale mesti tahu ini tempat apa. Inilah tempat Shah Rukh Khan dan Kajol bervideo klip. Jokulsarlon ini ialah iceberg lagoon yang sangat cantik. Kagum dengan kebesaran Allah. Di sini pun ada iceberg boat tour, tapi kami tidak ambil pakej itu, dapat tengok iceberg pun dah Alhamdullilah. Layan photo je lah ya....malas nak letak caption...yang pastinya cun & sejuk....biru mata memandang.














Berhadapan dengan Jokulsarlon pula ada tempat menarik iaitu Diamond Beach. Beach ini pun cantik secantik namanya. Penuh dengan bongkah-bongkah glacier di sepanjang pantai.


Diamond beach

Besar-besar diamond nya

Bersepah-sepah diamond

Matahari di hujung sana

Dah nak hanyut ke laut

Macam-macam shape ada

Last destinasi untuk hari ini ialah ke Hofn town. Kami akan bermalan di Apotek Guesthouse, Hofn. Jaraknya lebih kurang 1 hour daripada Diamond Beach. Sebelum ke Hofn, kami jumpa port yang menarik, fly drone seround sambil menikmati view glacier.








Sebelum check in di guesthouse, kami singgah di supermarket Netto di Hofn, shopping groceries sikit. Malam ini merupakan malam ke-2 terakhir. Harap-harap dapat jumpa aurora tapi malangnya tak dapat juga sebab hujan malam itu.


Shopping groceries sikit

Check in di Apotek Guesthouse

Jemput dinner


Selesai day 6


No comments:

Post a Comment