Friday, 8 May 2020

Day 10 : Adelboden - Kandersteg - Interlaken - Iseltwald

Pagi ini breakfast di hotel berlatar belakangkan view pergunungan Alps yang awesome SubhanaAllah. View dari Hotel Crystal ini memang cantik, view daripada bilik dan juga cafe hotel. Waktu check in malam tadi dah gelap tak perasan sangat.

View dari bilik

View dari bilik

View dari cafe

Breakfast di pergunungan Alps

Hotel Crystal di Adelboden

Di kawasan hotel...sejuk


After breakfast, gerak ke Kandersteg yang jaraknya dalam 40 minit dari hotel. Waktu on the way ke Kandersteg, tiba-tiba dapat call dari Swiss punya number, mula-mula tak nak jawab sebab mahal tapi since dah banyak kali dia call, jawab juga lah. Rupanya hotel yang call, dia kata room tak bayar lagi. Lah waktu check out tadi tanya dia kata semua ok. Bila kami dah sampai bawah, (Adelboden ni highland sikit) barulah dia kata Agoda tak charge lagi so kena lah naik semula untuk settlekan payment. Nasib baik la tak jauh sangat lagi tapi rugi juga lah masa dan minyak.

On the way ke Kandersteg

View yang menghijau...macam-macam jenis hijau...hebat kuasa Allah


Setelah selesai payment hotel, gerak semula ke Kandersteg. Kenapa Kandersteg? Ha sebab kami nak ke Oeschinen Lake. Antara lake yang terletak di Bernese Oberland. Untuk ke lake ini kena naik guna gondola. Sampai di Kandersteg kami park kereta di Gondola Station dengan bayaran CHF 5 per entry. Fee gondola ialah CHF 26 per person return. Kalau tak nak naik gondola, boleh juga kalau nak hiking kalau larat lah. 

Gondola ke Oeschinen Lake

View dari gondola

Abaikan orang tu...focus kat view je

Tiba di stesen atas gondola, kena jalan kaki juga dalam 30 minit untuk sampai betul-betul di Oeschinen Lake ini. Tapi tak terasa pun bila berjalan sebab dikelilingi view yang mengkagumkan dan cuaca yang sejuk. Dari kejauhan dah nampak tasik Oeschinen, sungguh indah dengan warna biru turquoise. Suasana sangat nyaman dan tenang. Saya belanja sikit photos di lake ini.

Gondola di puncak

Kawasan stesen gondola di puncak

Kawasan stesen gondola di puncak

Sedia untuk berjalan ke arah lake

Jalan lagi di celah-celah gunung

Nak pergi ke kiri ke kanan?...haha dua-dua boleh

Penat jalan.....duduk dulu

Background bukit bukau

Akhirnya tiba di Oeschinen Lake

Bukti dah sampai sini





Turun ke bahagian bawah dekat dengan tasik


Acah-acah terbang kan drone tapi tak berjaya sangat tiada signal

View dari drone

Di top station ini ada toboggan. Apa itu toboggan? Ha kena tengok gambar lah. Fee untuk toboggan ini CHF5 per cycle. Saya tak naik lah, En. Suami je naik nampak macam best je rugi pula tak cuba (gayat sebenarnya).

Station toboggan

Ready toboggan nak mendaki

Track toboggan...berpusing-pusing jugalah

Ok kita turun kembali ke pangkal jalan

View rumah-rumah di Kanderstag dari gondola


Selepas beberapa jam di Kandersteg ini, kami pun menuju ke destinasi seterusnya iaitu Interlaken. Plan nak naik Harder Kulm di Interlaken, tapi sebelum itu kena lah cari mosque dan restaurant untuk memenuhi keperluan. Kami singgah di Interlaken Islamic Mosque di Interlaken city. Tak jauh dari Islamic Mosque (lebih kurang beberapa kilometer) kami lunch di Taj Palace, makan beriani memang sedap tapi mahal lah.

On the way ke Interlaken

Interlaken Islamic Mosque

Late lunch di sini

Alhamdullilah beriani

Selesai urusan, kami ke Harder Kulm. Harder Kulm ini among popular view point di Interlaken dengan ketinggian 1322m. Untuk ke top kena naik funicular dengan fee CHF 16 per person. Untuk makluman fee tu after 50% sebab kami beli Half Fare Swiss Pass. Ada macam-macam jenis Swiss Pass ini tapi kami pilih yang Half Fare pass yang bermaksud dapat 50% discount untuk admission fee, train, bus, boat dan lain-lain. Untuk Half Fare ini valid for 1 month. Untuk details Swiss Pass dan booking boleh google www.https://www.swiss-pass.ch. Kami collect Swiss Pass ini di Zurich Airport sebelum ke Iceland last week. Untuk parking kereta boleh parking di Interlaken Ost Station (CHF 5) atau kawasan sekitar. Ok sila layan view Harder Kulm.

Jom ke Harder Kulm

Naik funicular

View ke puncak

Dah tiba di Top of Interlaken

View from top of Interlaken

Silau matahari nak terbenam

Ada macam jejantas tapi ramai orang

Dah jom turun


Waktu turun dari Harder Kulm, hari dah nak gelap. Sebelum check in hotel di Iseltwald yang jaraknya dalam 20 minit dari Harder Kulm, kami tapau kebab di kedai Turki yang berdekatan dengan Interlaken Ost Station dan shopping sikit di COOP.

Pekan Interlaken

Shopping barang-barang makan sikit di sini


Di Iseltwald kami booking Apartments Chalet Burg melalui Agoda. From review, banyak positive komen pasal chalet ini. Waktu kami tiba di Iseltwald hari dah gelap walaupun baru jam 8 malam. Mula-mula tak jumpa chalet ini sebab jalannya kecil-kecil belaka dan ada yang tak boleh nak drive through sebab block dengan rumah-rumah lain dan tasik. Akhirnya, parking kereta di tepi jalan dan saya pun berjalan kaki je cari chalet itu. Tak jauh berjalan ikut google maps akhirnya berjumpa, signage nya tak kelihatan sebab gelap. Nasib baik ownernya ada di luar rumah. Rupanya dia dah tunggu kenapa kitorang tak sampai-sampai lagi. Chalet yang disewa ini ditingkat atas rumah owner, kiranya dia duduk di tingkat bawah lah. Ok juga chalet ini, quite complete dan selesa. Malam itu kami tidur dengan lena nya bermimpikan Oeschinen Lake yang membiru. Perut pun dah kenyang makan kebab...

Check in di sini malam ini

Inilah perjalanan kami hari yang ke 10 (Hari ke-2 di Switzerland)





No comments:

Post a Comment