Tuesday, 5 May 2020

Day 2 : Zurich - Reykjavik, Iceland

Pagi kami breakfast nasi lemak pak Brahims bersama telur yang dah siap direbus daripada Malaysia. Kopi Badang dan Kopi Ratu produk Jamu Ratu Malaya pun ada sekali ya. Selepas perut kenyang lebih kurang jam 10.30 pagi, kami check out dan guna free shuttle hotel ke Zurich Airport.


Breakfast nasi lemak pak Brahim

Ok jom check out

Check in & check out counter at Movenpick Hotel depan tu

Tiba di Airport terus pergi ambil luggage yang ditinggalkan malam tadi. Then, terus check in untuk ke Iceland. Flight ke Iceland kami pilih Icelandair dan akan landing di Keflavik Airport yang lebih kurang 40 minit daripada bandar Reykjavik. Harga tiket flight ialah RM2257 untuk 2 orang sehala. Kami beli sehala je sebab balik nanti akan terus ke Geneva.  Agak mahal juga harga tiket sehala ini.


Zurich Airport

Singgah dulu SBB Office untuk tukar Swiss Pass...so boleh terus guna time tiba di Geneva next week

Flight ke Keflavik jam 2.00 petang dan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Masa di Iceland awal 1 jam daripada Zurich, so estimated time arrival di Iceland lebih kurang jam 4.30 petang. Penerbangan berjalan lancar dan sempat layan Icelandic movie dalam flight. Icelandair ini macam MAS lah kira official airlines untuk Iceland.


Icelandair dah ready

Jom ke Iceland....yeah...

Sedikit background mengenai Iceland : 
Is a Nordic island country of Europe located in the North Atlantic Ocean. It has a population of 332,529 and an area of 103,000 km(40,000 sq mi).  The capital and largest city is Reykjavík - copy from Mr Google.


Map Iceland...nanti akan pusing separuh pulau

Currency pula ialah Icelandic Krona (ISK). Time kami pergi exchange rate lebih kurang ISK100 = RM4. Kami tak tukar pun duit ke notes ISK. Semua transaction guna kredit kad je lebih mudah.

Tiba di Keflavik Airport tepat pada masanya. Selepas selesai urusan immigration dan ambil luggage, kami pergi collect kereta sewa pula. Car rental kami dah booking awal-awal dengan Lotus Car Rental Company. Untuk collect car rental, kena naik shuttle bus yang disediakan untuk ke Car Rental Village. Most of tourist yang datang ke Iceland menyewa kereta sebab lebih mudah. Untuk Iceland roadtrip ini kami sewa Volkswagen Golf dengan harga ISK40,800 untuk seminggu. International Driving License diperlukan ya di sini dan di Iceland drive di sebelah kiri tidak seperti di Malaysia.


Dah selamat landing di bumi Iceland....mendung je

Tunggu shuttle bus untuk ke Car Rental Company

Ini office nya....Lotus Car Rental

Yeah dah dapat si merah untuk round Iceland

Selepas dah dapat kereta, aktiviti seterusnya ialah collect pocket wifi pula. Kami dah booking modem dan wifi pakej melalui Trawire dengan harga USD85 untuk seminggu. Agak  mahal juga. Kena collect modem di petrol station N1 yang jaraknya lebih kurang 10 minit dari Keflavik Airport.


Stop di N1 petrol station untuk collect portable wifi

Selepas pocket wifi dah dapat, kami pun set Waze ke hotel untuk malam itu. Malam itu kami check in di Artic Wind Motel yang dibooking melalui Agoda. Sampai di hotel, terus jamak zohor dan asar sebab maghrib masuk lebih kurang jam 6.30 petang. Selepas itu, tunggu maghrib dan terus solat jamak maghrib dan isyak. 


Check in dulu di Motel Artic Wind

Comel je motel ni....owner pun ramah

Sebenarnya kami dah booking Blue Lagoon untuk entry jam 7 malam tapi since dah terlambat settlekan urusan-urusan tadi, dalam jam 7.30 malam baru kami bergerak ke Blue Lagoon. Nasib baik hotel tak jauh dari Blue Lagoon. Kami masih dapat masuk lagi dan yang bestnya bila masuk last-last orang dah tidak berapa ramai dan boleh berendam sampai tutup. Blue Lagoon ini tutup jam 9 malam dan kena booking tiket awal-awal kalau tak nanti penuh dan tak dapat masuk. Cuma kalau pergi waktu malam tak dapat lihat panorama Blue Lagoon lah. Tak nampak airnya yang biru itu.


Dah malam so dapat photo sign board je lah....

Blue Lagoon ni antara geothermal yang popular di Iceland dan rugi kalau tak singgah. Memang best berendam air hangat time sejuk-sejuk ini. Waktu ini temperature lebih kurang 10c. Pakaian biasa boleh je buat berendam di Blue Lagoon ini tapi waktu di shower dan changing room kena tahan mata lah sebab majority diorang ini tak pakai apa-apa.

Tanya En. Suami dia kata di bahagian lelaki pun macam itu...so bertabah lah mata...hilang ilmu nanti...Tapi Blue Lagoon memang best walaupun rate dia agak mahal iaitu ISK15,000 untuk 2 orang dan  yang penting pengalaman itu.


Ini photo Blue Lagoon bahagian luar...sempat singgah last day sebelum ke airport

Balik bilik masak Brahims dan terus tidur...takde intai-intai aurora pun sebab banyak malam lagi di Iceland ini. Selesai hari ke-2...kira travelling day lah dan sempat singgah di Blue Lagoon je....jom follow page sebelah untuk lihat aktiviti hari ke-3...


Plan Day 2


No comments:

Post a Comment