Tuesday, 5 May 2020

Day 4 : Þingvellir (Thingvellir) National Park - Strokkur Geyser- Gullfoss Waterfall

Pagi macam biasa breakfast nasi lemak Brahims dan telur rebus. Waktu keluar dari cottage dan check out tengok banyak juga kereta di guesthouse ini, ingatkan tak ramai orang. Perjalanan pun diteruskan, target pertama ialah ke Þingvellir (Thingvellir) National Park yang jaraknya dalam 1 jam 30 minit dari Sudur Bar Guesthouse.


Good morning from Sudur Bar Guesthouse

Area Sudur Bar Guesthouse

On the way ke Þingvellir (Thingvellir) National Park, banyak tempat yang kami berhenti. Asal cantik je berhenti, asal berhenti je cantik. So daripada 1 jam 30 min dah jadi 3 jam perjalanan. 


1st stop sebab macam cun

Posing sikit background tasik ke sungai tak tau lah

2nd stop untuk rest...ada rumah beberapa ketul
Background rumput macam lumut

Zoom sikit rumput lumut...banyak sepanjang jalan

Isi minyak dulu

Jambatan kecik-kecik je....single lane

Jambatan lagi

Mendung je

Stop lagi driver nak rest

Ada waterfall tempat stop ni

Nampak tasik stop lagi....ni kawasan atas gunung

Nampak tak snow cap mountain tu....

View atas gunung ni...

Ada tasik lagi

Hujan gerimis

Tiba di Þingvellir (Thingvellir) National Park dalam jam 1 tengahari tapi malangnya hujan renyai-renyai pula. Berehat lah dalam kereta sambil makan roti. Kalau ikut plan di national park ini banyak tempat menarik seperti Silfra (2 continent plates terletak di sini - boleh snorkelling kalau tahan sejuk), Oxararfoss, Logberg, Drekkingarhylur and etc. Memandangkan hari pun masih hujan renyai tak banyak tempat yang kami boleh explore di national park ini. 



Layan view Þingvellir National Park

Layan view Þingvellir National Park

Berjalan-jalan di Logberg

View dari atas
Tak tau la banjir ke apa

Next destination ialah Strokkur Geyser yang jaraknya lebih kurang 1 jam dari Þingvellir (Thingvellir) National Park. Waktu gerak je dari Silfra parking tiba-tiba ada macam bunyi batu dalam tayar. Dah kelentang kelentung bunyi dia. Kami teruskan je drive tapi dalam hati berharap tiada apa-apa. Nak speeding sangat pun tak berani. Bunyi itu kadang-kadang ada kadang hilang tapi memang menggangu lah.


On the way jumpa tempat cun...so stop dulu

Bukit pun cun colorful

Kita fly drone sikit
 Maaf ya tak berapa smooth trainee pilot

Jom teruskan journey

Tak banyak kereta on the road

Akhirnya kami tiba di Strokkur Geyser. Google sikit apa itu  Strokkur Geyser. Strokkur is a fountain geyser located in a geothermal area beside the Hvítá River in Iceland in the southwest part of the country, east of Reykjavík. It is one of Iceland's most famous geysers, erupting once every 6–10 minutes-Wikipedia.


Parking area & gift shop

So dengan gigihnya kami menunggu geyser itu menyemburkan air panasnya. Boleh tengok video di bawah ini ya untuk lebih kefahaman. Selepas itu, kami masuk sekejap souvenirs shops dan belilah magnet sekeping dua. Harga pun boleh tahan ya.


Awas wap air panas sana sini

Standby tunggu geyser nak keluar
Geyser menunjukkan dirinya


Next, ke mana kita ni? Ha kami ke Gullfoss waterfall yang sangat terkenal di Iceland. Dengar kata yang paling besar di sini. Mari kita tengok. Waktu tiba di Gullfoss waterfall dah rasa sangat sejuk sebab dah lewat petang dan angin yang agak kuat. Ingat nak fly drone tapi tak larat drone nak terbang. Kami berselfie dari atas je tak larat nak jalan dan turun sampai dekat dengan waterfalls. Tapi memang betullah Gullfoss waterfall ini sangat besar dan deras airnya. For info, time kami pergi ini ialah during Autumn. Walaupun autumn tapi kesejukannya dah sampai ke tulang sum-sum iaitu temperature dalam 5-6 C. Kalau winter di Iceland memang sejuk beku lah jawabnya.


Gullfoss waterfall

Boleh jalan sampai dekat dengan waterfall tapi kami tak pergi sebab jauh & sejuk
Ambil gambar sini je lah...angin kuat


Video Gullfoss waterfall

Seterusnya kami akan ke Laugavant untuk check in guesthouse. Malam ini kami akan bermalam di Minniborg Cottage. Macam biasa kami ambil cottage yang complete dengan dapur senang sikit nak masak (masak Brahims je pun). Cottage ini ada sediakan hot tub/pool kat luar. Kalau rajin bolehlah berendam air panas malam-malam sambil menunggu aurora. Tapi kami tidaklah serajin itu.


Check di lobi Minniborg Cottage

Cottage kami malam ini

Ada hot tub di luar

After dinner, solat dan tidur. Selamat malam aurora tidak berjumpa lagi kita malam ini.

Journey day 4 agak jauh...Alhamdullilah selamat...


No comments:

Post a Comment