Hari ke 5 ini tema ala-ala Dilwale. Plan nak tengok waterfalls dan beach yang macam dalam cerita hindustan itu. Pagi ini masih lagi breakfast nasi lemak Brahims dengan telur rebus. Stok telur rebus masih ada, bawa 10 biji daripada Malaysia. Pagi after breakfast, kami dah check out dan terus ke destinasi pertama iaitu Seljalandsfoss. Hari ini tema lawatan ialah scene cerita Dilwale....jom berDilwale...
|
Ok jom check out |
|
Sunyi lagi awal pagi |
Seljalandsfoss ini adalah sejenis waterfall yang di mana kita boleh lalu di belakang waterfall itu. Ala yang macam Kajol menari dengan Shah Rukh Khan. Jarak dari guesthouse ke Seljalandsfoss ini dalam 1 jam 10 minit. Di sini lah baru dapat jumpa Malaysian. Ada 2 couples dari Malaysia. Mereka dah seminggu di Iceland dan akan balik ke Malaysia malam esoknya. Dah 4 hari kami di Iceland baru lah ketemu orang senegara. Meriah sikit rasa. Ok sila layan gambar waterfall ini. Di sini boleh fly drone ya sebab tak nampak pula signage yang kata tak boleh.
|
View dari parking area...jauh dah nampak besar |
|
Ok jom gi waterfall |
|
Deras & bising |
|
Photo sikit background Seljalandsfoss |
|
View dari belakang waterfall |
|
Hati-hati licin sikit walkway belakang waterfall ni |
|
View from top boleh nampak parking area |
|
View tepi Seljalandsfoss...nampak tak orang belakang tu.. |
|
Top view guna drone |
Next ke waterfall yang seterusnya iaitu Skogafoss. Dalam filem Dilwale ada ya waterfall ini. Waktu kami tiba siap ada pelangi lagi. Memang cantik subhanaAllah. Tapi di sini adalah pula signboard tak boleh fly drone so guna selfie stick je lah. Jarak dari Seljalandsfoss ke Skogafoss ini dalam 30 minit.
|
Jom gerak ke Skogafoss pulak |
|
Comel je building ini... |
|
Skogafoss sudah kelihatan |
|
Ada pelangi |
|
Photo wajib |
|
Besar juga waterfall ni....bising dan air deras |
|
Bergambar bersama pelangi Skogafoss |
|
Ok bye Skogafoss |
Tak jauh dari Skogafoss Waterfall ada banyak glacier. So kalau berminat untuk glacier walk atau hiking boleh stop di glacier area. Kami pun stop sekejap untuk tengok macam mana rupa glacier ini. Glacier near Skogafoss ini tak masuk dalam plan pun tapi since dah lalu dan ada masa jom kita singgah...esok akan ke tempat glacier yang popular pula iaitu Jokulsarlon.
|
Parking area ke glacier |
|
Dah nampak dari jauh...yang putih tu glacier |
|
Sampai sini je sebab tak de kasut yang sesuai untuk glacier walk |
|
Yang berminat boleh terus jalan sampai ke glacier |
|
Pilot hantar drone je untuk view glacier |
|
Top view glacier |
|
Ada seketul dua yang dah hanyut |
Seterusnya, kami drive setengah jam lagi untuk ke Black Sand Beach iaitu Reynisdrangar. Waktu buka pintu je angin pantai yang kuat pun menerpa. Nak jalan atas pantai yang hitam ini pun memerlukan tenaga untuk lawan angin. Kalau kurus dah melayang. Reynisdrangar ini unik sebab pasir-pasirnya hitam. Biasa kan pantai pasir putih. Di sini juga ada basalt column yang macam di Giants Causeway North Ireland (boleh flashback blog Ireland yang sebelum ini). Tapi basalt columnya tak sebanyak di Giants Causeway.
|
Jom ke Reynisdrangar |
|
Parking area Black Sand Beach Reynisdrangar |
|
Ada basalt column |
|
Tepi pantai...angin kuat time ni |
|
Cari benda tersembunyi |
|
Ada gua batu yang unik.... |
|
Zoom sikit...ngeri pula tengok |
|
Lagi view beach..2 ketul batu legend |
|
Pantai yang hitam sebab lava from volcano |
Dah puas kena angin pantai, kami terus lagi ke next destination. Tapi waktu on the way itu, bunyi batu yang dalam tayar makin kuat, kami stop di petrol station di pekan Vic yang tak jauh dari Reynisdrangar, ingat nak tukar tayar tapi buka bonet tak jumpa pula tools/jack untuk buka tayar.
|
Stop sekejap bagi driver & kereta rest |
|
Sapa lah rajin susun batu-batu ni...memang banyak sepanjang jalan di Iceland ini...orang dulu-dulu buat as navigational markers |
|
Gunung bersalji dari kejauhan |
Waktu di Skogafoss, dah call car rental company itu, dia kata normal dan lama-lama nanti batu itu akan keluar or dia minta try buka tayar. Since tak berjaya tukar tayar, maka kami pun go head je ke tempat seterusnya iaitu Fjaðrárgljúfur Canyon. Jaraknya lebih kurang 1 jam dari Skogafoss.
Waktu tiba Fjaðrárgljúfur Canyon, cuaca dah bertambah sejuk rasanya dalam 5C sebab dah makin petang. Hajat dihati nak explore canyon tak tercapai sebab nak kejar masa untuk solat, sejuk dan dan penat sebenarnya. So just bergambar jelah dekat sungai area canyon itu.
|
Fjaðrárgljúfur Canyon |
|
Boleh explore canyon ni tapi sejuk sangat....nampak tak orang atas canyon tu |
No comments:
Post a Comment