Pagi bangun-bangun jengah ke balkoni, wah cantiknya view. Malam tadi gelap gelita, pagi breakfast berlatarbelakangkan view yang macam lukisan. Hari ini plan akan ke Lauterbrunnen dan Mount Schiltorn dan check in di Lucerne. Puas hati overnight di Apartments Chalet Burg ini. En. Suami kata accomodation terbaik sepanjang di Swiss ini.
View cun depan bilik |
Segar dengan bunga-bungaan & tasik |
Kawasan gunung Alps |
Breakfast sambil layan view |
Ready to check out...bye Chalet Burg |
View lake depan chalet |
On the way keluar dari Chalet Burg, Isetwald |
Perkampungan Isetwald |
Jarak ke Lauterbrunnen dari Isetwald tidak lah berapa jauh lebih kurang 20 KM. Lauterbrunnen ini antara tempat yang cantik di bumi Swiss dan kira wajib pergi juga selain dari Interlaken dan Lucerne. Apa ada di Lauterbrunnen? Di sini merupakan satu perkampungan kecil yang aman di kelilingi pergunungan Alps. Ada beberapa waterfall di sini antara yang famous ialah Staubbach Falls. Boleh nampak water fall dari horizontal cerun bukit dengan ketinggian 297m. Siapa berminat hiking boleh panjat waterfall ini, tapi kami tak sempat nak pergi.
Kami juga ke Mount Schilthorn dari Lauterbrunnen. Mount Schilthorn ini dengan ketinggian 2970m antara salah satu peak di Bernese Oberland. Shooting film James Bond dulu ada buat di sini.
Ada beberapa cara untuk ke peak Mount Schilthorn. Kami memilih cara :
1. Drive ke Lauterbrunnen. Parking kereta dekat dengan Staubbach Falls (CHF 5)
2. Naik bas ke Stechelberg Schilthornbarn. Bas boleh tunggu di kawasan yang ada signage auto post. Tambang bus half price je sebab guna Half Fare Swiss Pass.
3. Di Stechelberg Schilthornbarn, naik cable car ke Mount Schilthorn tapi kena transit (tukar cable car / gondola) di Gimmelwald - Murren - Birg dan akhirnya baru sampai di puncak Schilthorn.
Parking kereta di sini |
Staubbach Falls yang mencurah |
Jalan-jalan di pekan Lauterbrunnen |
Sunyi sepi je |
Tunggu bas di sini |
Jom naik bas ke station cable car |
Journey one way ke Schilhthorn dalam 90 minit, so plan your journey wisely kalau banyak program hari yang sama. Fare untuk bas, gondola, cable car dan train kami guna Swiss Pass Half Fare price tapi cable car dari Murren ke Mount Schilthorn kena bayar full iaitu CHF 41 untuk return ticket. Ok dah cerita panjang so layan je gambar-gambar. Banyak sangat gambar yang menarik tak mampu nak post semua.
Jom ke Mt Schilthorn |
Ada tasik atas gunung |
Sikit lagi sampai ke puncak |
Alhamdullilah sampai sudah...2970m dari aras laut |
Ruang poster James Bond |
Ada inilah kat atas Mt Schilthorn |
View laluan cable cable car |
Nama-name view peak |
Baru snow sikit-sikit...autumn kan belum winter lagi |
Pergunungan Alps |
Bukan James Bond |
Selfie sikit... |
Untuk turun pula, kami pilih dari Schilthorn- Birg- Murren - Grutchshalp - Lauterbrunnen. Naik gondola, cable car dan train. Saja je tukar route at least dapat view berbeza.
Jom turun guna gondola |
Round kat Birg pula |
Mountain view |
Exercise guna tangga |
Pusing keliling |
Pusing lagi...ada see through glass floor |
Merenung masa depan...tengah fikir nak ke mana lagi...haha |
SubhanaAllah |
Try gayat tak |
Stop kat Murren sekejap |
Ni map kalau nak faham |
Pekan Murren |
Pekan Murren |
View menghijau |
Ok dah nak turun |
Lauterbrunnen kat bawah tu |
Nampak Staubbach Falls dari cable car |
Ok dah sampai bawah....jalan kaki ke parking kereta |
Staubbach Falls |
Staubbach Falls view dari kawasan parking |
Seteleh puas (tak puas sebenarnya, tapi masa tak mengizinkan) kami bergerak meninggalkan Lauterbrunnen menuju ke Lucerne pula. Jarak ke Lucerne pula dalam 1 jam 30 min. Rushing juga la untuk sampai before maghrib. Tiba di Lucerne kami check in di Hotel Seehof Du Lac.
No comments:
Post a Comment