Sunday, 5 April 2020

Persediaan ke South Island New Zealand 12 hari 10 malam (11 - 22 April 2019)

Keinginan untuk ke New Zealand ini dah lama setelah melihat blog dan photo-photo di FB. Tapi asyik tertangguh sebab nak bawa bersama parents dan family members yang lain. Ke New Zealand ini lebih seronok beramai-ramai.

Teaser NZ trip...banyak lagi view NZ selepas ini...

Tahun 2019 ini berazam untuk ke New Zealand juga. Setelah berbincang dengan adik dan dia pun bersetuju. Macam biasa tarikh keramat untuk travel setiap tahun ialah pertengahan bulan April sebab Melaka ada cuti bandaraya bersejarah dan time itu dah dapat bonus sikit-sikit Alhamdullilah.

Perkara pertama yang dicari ialah flight tiket. Memandangkan date dah ada lagi mudah untuk cari flight. Macam biasa guna skyscanner apps untuk screen tiket yang murah. Study punya study tengok price Qantas Airways macam ok tapi kena dua kali transit. Tapi tengok transit pun tak lama dan boleh terus direct ke Christchurch maka kami pilih Qantas Airways. Banyak juga flight lain ke Christchurch seperti Singapore Airlines tapi agak mahal. Boleh cuba guna skyscanner untuk dapatkan pilihan terbaik. Tapi untuk booking tiket saya tak guna skyscanner, terus je book melalui official web airlines sebab kalau ada apa-apa mudah berurusan. Harga tiket Qantas lebih kurang RM 3300 return untuk seorang termasuk luggage 30 Kg. Memang mahal sikit yang penting selesa dan cepat. Qantas ini ialah premium airlines for Australia kiranya macam MAS lah di Malaysia.


Details flight Qantas Airways

Perkara ke 2 ialah itinerary. Nak construct itinerary kena lah faham map NZ. New Zealand ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu South Island dan North Island. Biasanya yang ke north akan turun di Auckland (MAS ada direct flight) dan yang ke south akan turun di Christchurch atau Queenstown. Untuk trip ini saya hanya ke South Island so saya akan focus map South Island je. Boleh refer blog-blog lain juga untuk route yang nak dipilih. 


Map New Zealand. Kena faham map baru senang nak buat itinerary


Antara bahan rujukan

Setelah gigih study, brief itinerary saya seperti di bawah.
Day
Date
Itinerary
Overnight
Day 1
11 Apr
Melaka – KLIA – Changi – Melbourne – Christchurch Int. Airport
Flight
Day 2
12 Apr
Christchurch Int. Airport - PAK'nSAVE Riccarton -  - 36 Cleland Crescent Homestay, Christchurch
Christchurch
Day 3
13 Apr
36 Cleland Crescent Homestay, Christchurch - Kura Tawhiti / Castle Hill - Arthur's Pass Village - Otira Viaduct Lookout – Lake Tekapo
Lake Tekapo
Day 4
14 Apr
Lake Tekapo - Church of the Good Shepherd - University of Canterbury Mt John Observatory - Kea Point Track @ Hooker Valley Mt Cook - Heli Tour - Lake Pukaki
Lake Tekapo
Day 5
15 Apr
Lake Pukaki - High Country Salmon - Clay Cliff Ln, Omarama - Wanaka Lavender Farm - Puzzling World  - The Moorings Hotel, Wanaka
Wanaka
Day 6
16 Apr
The Moorings Hotel, Wanaka - Lake Wanaka - Cardrona - Cromwell – Arrowtown - Family Friendly Cottage, Queenstown
Queenstown
Day 7
17 Apr
Family Friendly Cottage, Queenstown - Skyline Queenstown - The Coronet Peak – Glenorchy - Family Friendly Cottage, Queenstown
Queenstown
Day 8
18 Apr
Family Friendly Cottage, Queenstown - DF Souvenirs – Queenstown Mall – Lake Wakatipu – Jet Boating - Devil's Staircase Lookout Point - Glendale River View Homestay, Manapouri       
Manapouri
Day 9
19 Apr
Glendale River View Homestay, Manapouri  Milford Sound Cruise  - Mirror Lake - Longbourne Lodge, Dunedin           
Dunedin
Day 10
20 Apr
Longbourne Lodge, Dunedin - Tunnel Beach - University of Otago - Baldwin Street  - Moeraki Boulders Beach - Timaru - Ashburton
Ashburton
Day 11
21 Apr
Ashburton  - Christchurch  City - Colonial Inn Motel
Christchurch
Day 12
22 Apr
Colonial Inn Motel, Christchurch – CHC Int Airport - KLIA
-

Settle itinerary, perkara ke 3 yang penting ialah booking hotel. Saya memang loyal customer Agoda so 10 malam penginapan semua booking melalui Agoda. Untuk dapat lebih point boleh guna apps ShopBack sebelum ke web Agoda. Rugi bila booking hotel, beli flight tiket atau shopping online tak guna ShopBack. At least kita dapat earning sikit-sikit dan lama-lama jadi banyak lah macam saya punya ini.


klik link ini untuk download shopback app https://app.shopback.com/mys?raf=A2tGCN

Memandangkan ahli rombongan seramai 6 dewasa dan 1 kanak-kanak, rumah 3 bilik sangat bersesuaian. So penginapan yang dipilih terdiri daripada Agoda Homes (macam airbnb) dan juga motel atau lodge type. Yang penting mesti complete dengan dapur dan washing machine untuk basuh baju. List penginapan untuk 10 malam di South Island NZ seperti berikut :

Date
Location
Hotel Name
Address
Rate
12 Apr
Christchurch
36 Cleland Crescent (Homestay)
Cleland Crescent, Kaiapoi, Chc
NZD 205.00 (RM 570)
13 Apr
Lake Tekapo
Lake Tekapo Holiday Homes
8 Simpson Lane Lake Tekapo New Zealand 7945 -
NZD 980
(RM 2,716)
14 Apr
15 Apr
Wanaka
The Moorings
17 Lakeside Road, City Center, Wanaka
NZD 531.10
(RM 1,474)
16 Apr
Queenstown
Family Friendly Cottage
45 Marina Drive, Frankton, Queenstown,
NZD 1,120.00 (RM3,115.00)
17 Apr
Queenstown
18 Apr
Manapouri
Glendale River View
26 View St, Manapouri, Manapouri,
NZD 290.00
(RM801.98)
19 Apr
Dunedin
Longbourne Lodge
100 School Rd South, Mosgiel, Dunedin
NZD 295.00 (RM 821.22)
20 Apr
Ashburton
Ashburton Motor Lodge & Conference Centre
507 West Street Ashburton New Zealand 7700
NZD 278.09 (RM 774.18)
21 Apr
Christchurch
Colonial Inn Motel
43 Papanui Road Chc
NZD 302.34 (RM 838)

Next item yang penting juga adalah transportation. Mula-mula teringin juga nak ambik caravan tapi mengenangkan malas nak maintain, buang waste, top up air, gas dan lain-lain, so kami decide untuk sewa kereta je. Tapi perlu kereta yang besar dan selesa lah. Survey punya survey dapat harga yang berpatutan iaitu NZD 62 sehari termasuk insuran untuk Hyundai iMax 9 seater melalui Apex Car Rental.


Booking online je dan bayar waktu collect kereta

Stok makanan sangat perlu di NZ sebab most of the time akan masak sendiri sebab kami ramai dan maybe susah nak jumpa halal restaurant. Kami shopping dulu di Malaysia penuh sampai dua bag. Untuk bawa food ke NZ ini strict sikit so nak memudahkan proses saya prepare food list untuk pemeriksaan kastam nanti.


Antara bekalan yang dibawa

Setelah disumbat ke dalam beg. Rice cooker pun ada senang nak masak

Food list yang panjang. Total 5 pages...hehe 

Internet sangat penting di sana nanti sebab saya akan guna waze untuk pandu arah selain untuk whatsapp dan FB. Sebelum pergi dah survey network yang sesuai dan beli di airport lebih mudah. Saya bawa portable wifi modem siap-siap dari Malaysia. Modem yang banyak berjasa dan banyak tempat yang dah dibawa.


Bawa 2 portable modem dari Malaysia

Sebelum pergi, jangan lupa tukar duit sebab ada transaction di NZ yang menggunakan credit card dikenakan extra charge. So bawa duit secukupnya dan kalau tak cukup boleh withdraw dari ATM machine tapi jangan lupa updatekan kad ATM untuk kegunaan oversea terlebih dahulu. Waktu saya tukar rate ialah NZD 1 : RM 2.80.


Lawa NZ notes...sayang nak guna

Pemilihan baju yang sesuai juga penting berdasarkan musim. Sewaktu trip ini adalah musim autumn. Ingatkan tak berapa sejuk suhu dalam belas-belas rupanya boleh sampai ke 2-3 darjah. So kena standby baju yang sesuai. Sebagai panduan suhu mengikut musim seperti berikut :


Pilihlah musim yang berkenan....semua best rasanya

Persediaan lain ialah activity trip booking. Untuk mengelakkan plan trip tak lari dan lebih tersusun. saya prefer untuk booking activity trip secara online. Saya book heli tour melalui Viator,  Milford dan Skyline Gondola melalui Klook dan jet boating melalui Bookme. Biasanya kita akan dapat lebih discount melalui online booking.


Contoh trip booking via Klook

Lastly, yang sangat penting ialah travel insurance. Rasa tak confident nak jalan-jalan kalau takde travel insurance ini. Macam biasa ejen insuran terbaik (Etiqa Takaful), Pn. Noha (FB Noha MdSupian) sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik. Since saya dan En. Suami memang dah ada annual travel insurance so just buatkan short term travel insurance je untuk family members yang lain. 

Ok semuanya dah ready jom kita ke New Zealand...ada banyak pages lagi selepas ini (12 pages)...so harap boleh follow untuk tengok apa yang ada di South Island ini...jom ke page sebelah....

*P/S - For info waktu time ini (April 2019) belum perlu visa untuk ke NZ. Sekarang ini dah perlu visa ya..so kalau yang nak pergi sekarang kena apply visa dulu sebelum terbang. Setahun baru blog NZ ini siap akhirnya...

12 comments:

  1. Contoh lah bawa sambal nyet khairul ameng pastu ubat darah tinggi dr hospita gomen ngn ubat2 lain apa perlu buat?sama ke mcm masuk Australia declare time dlm flight or mcm mana?terima kasih in adavance

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dalam flight akan ada form, declare awal-awal senang sama mcm masuk australia juga

      Delete
  2. Assalamualaikum . Mahal tak naik heli?

    ReplyDelete
  3. rate time tu dalam usd240 per person..rate latest bole check web viator @ bole google direct heli website

    ReplyDelete
  4. awesome trip ..guys

    ReplyDelete
  5. can share me the itinerary? :) sufializam@gmail.com

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Hi..boleh ke kalau share itinerary?tq in advance adamtasreef@gmail.com

    ReplyDelete