Pagi ini hujan sepanjang perjalanan ke Christchurch dan merupakan last day trip kami di South Island New Zealand. Sedih nak balik tapi pada masa yang sama rindu Malaysia. Jarak dari Ashburton ke Christchurch tak jauh lebih kurang 1 jam lebih.
Destinasi pertama ialah melawat Masjid Linwood (masjid ke-2) yang kena mass shooting attack pada bulan March yang lalu (2019). Waktu sampai area masjid nampak kereta polis. Tertanya-tanya juga boleh masuk ke tak ini. So kami parking kereta di kawasan berhampiran dan jalan kaki ke kawasan masjid. Tanya Police Officer dan dia bagi masuk. Mula-mula tiba di kawasan masjid macam sunyi tapi rupa-rupanya ramai di belakang sebab ada renovation work. Masjid ini dari luar macam masjid kayu lama je. Tak boleh diterima akal macam mana shooter tu boleh nak attack masjid ini.
Jom check out....bye Ashburton |
Kita ke Christchurch pula |
Destinasi pertama ialah melawat Masjid Linwood (masjid ke-2) yang kena mass shooting attack pada bulan March yang lalu (2019). Waktu sampai area masjid nampak kereta polis. Tertanya-tanya juga boleh masuk ke tak ini. So kami parking kereta di kawasan berhampiran dan jalan kaki ke kawasan masjid. Tanya Police Officer dan dia bagi masuk. Mula-mula tiba di kawasan masjid macam sunyi tapi rupa-rupanya ramai di belakang sebab ada renovation work. Masjid ini dari luar macam masjid kayu lama je. Tak boleh diterima akal macam mana shooter tu boleh nak attack masjid ini.
Signboard Masjid Linwood |
Aroha (Love) & Peace....... |
Jom jalan cari masjid.... |
Inilah Masjid Linwood....tak jumpa entrance pula |
Ooo ini entrance depan tapi berkunci juga |
Bunga-bunga yang ditinggalkan pelawat...di bahagian entrance belakang...banyak barang construction sebab sedang renovation |
Kedatangan kami disambut dengan baik oleh seorang brother from Sydney yang in charge kerja-kerja renovation. Dia perkenalkan juga Abdul Aziz, jemaah masjid pada hari kejadian. Menurut Abdul Aziz, shooter datang dan tembak jemaah waktu rakaat ke 2 solat Jumaat. Kebetulan dia di saf belakang dan di sebalik pintu, lalu dia pukul dan tangkap shooter itu, shooter terus lari dan seterusnya ditangkap polis. 7 orang syahid di Masjid Linwood ini dan merupakan masjid ke 2 diserang selepas Masjid Al-Noor. Jarak ke dua masjid tidak jauh dalam 15 minit. Selepas kejadian berdarah itu, diorang renovate sikit masjid ini dan tukar carpet. Dia kata banyak hikmat sejak dari incident itu. Yang masuk Islam pun dah ramai. Alhamdullilah.
Brother from Sydney yang datang membantu renovation masjid sedang menceritakan peristiwa hari kejadian |
Abdul Aziz (berbaju belang) yang menangkap shooter pada hari kejadian |
Donation list yang diterima dari orang ramai |
Inilah keadaan dalam masjid tapi karpet dan dinding telah dibaik pulih |
Sempat lagi kami diberi buah fig oleh jemaah masjid |
Kereta polis yang sentiasa standby di luar masjid |
Masjid Linwood...sayu dan sedih terkenangkan peristiwa itu.... |
Next, kami ke Masjid Al-Noor pula. Masjid ini ramai dengan pelwat dari pelbagai bangsa dan negara sebagai tanda sokongan dan kemanusiaan. Polis pun ada berkawal di hadapan masjid. Bila waktu solat, kereta polis akan block pintu masjid. Terharu tengok keperihatinan mereka. Syahdu sikit bila masuk masjid ini sebab terbayang diminda video mass shooting yang viral itu.
Masjid Al-Noor, Christchurch |
Masih ramai yang datang...tapi ada visiting hours yang dibenarkan |
Ini laluan...terbayang shooter masuk ikut sini |
Ruang solat |
Ruang solat yang luas |
Alhamdullilah sempat berjemaah zohor |
Polis block entrance gate masjid ketika waktu solat |
Bendera Malaysia pun ada |
Laluan jalan tempat shooter parking |
Ada park yang cantik depan masjid |
Musim luruh....daun kekuningan |
Perut dah berbunyi so kita cari port makan dulu, Christchurch city ini memang terkenal dengan park dan garden. So kami cari port tepi tasik Botanical Garden untuk lunch terakhir di bumi New Zealand ini.
Port lunch sebelah tasik |
Tak sejuk ke itik ini...Mimi pun boleh tahan sejuk |
Botanical Garden |
Tenang je |
Daun pokok dah kemerahan |
After lunch, program seterusnya ialah shopping coklat Whittakers dan susu Puhoi yang famous di New Zealand tapi malangnya semua supermarket tutup sempena hari ahad cuti Easter dan Anzac (public holiday). Dari satu mall ke satu mall kami jelajah semuanya tutup. Sedih tak dapat nak memborong. Last choice, beli je di petrol station tapi mahal dah limited kuantiti. Nak buat macamana dah salah percaturan. Nasib baik souvenir dah beli di Queenstown, kalau tak balik tangan kosong je lah.
Ronda Christchurch city sekejap |
Ada tram |
Kedai banyak tutup |
Petang itu kami check in di Colonial Inn Motel awal sikit dalam jam 3 petang sebab nak mengemas dan berehat. Hotel macam biasa booking melalui Agoda. Boleh refer 1st page NZ for details. Esok kena check out jam 3 pagi sebab flight jam 6 pagi. Tapi petang itu sempat juga jogging seround di garden park area Christchurch.
Malam, perhabiskan stok makanan, Alhamdullilah barang-barang yang dibawa dari Malysia semuanya hampir habis. Siap top up sekilo lagi beras yang dibeli di New Zealand.
Jom gi park |
Warming up dulu |
Ok jom jogging |
Bersih & tenang |
Penat jogging lepak tasik sambil tengok burung berterbangan |
Sungai pun ada tepi park |
Homestay kami terakhir di NZ...Colonial Inn Motel |
Malam, perhabiskan stok makanan, Alhamdullilah barang-barang yang dibawa dari Malysia semuanya hampir habis. Siap top up sekilo lagi beras yang dibeli di New Zealand.
Plan day 11....Alhamdullilah completed
Esok nak balik Malaysia dah..boleh lah jengah last page trip ke New Zealand ini di sebelah......
|
No comments:
Post a Comment