Sunday, 5 April 2020

Day 3 : Christchurch - Castle - Hill- Lake Tekapo (13 Apr 2019)

Pagi after breakfast nasi goreng telur mata, dalam jam 9 lebih kami check out dari homestay yang pertama. Check out time for most accommodation kat New Zealand ini ialah jam 10 pagi, so tak boleh lengah-lengah nanti kena extra charge. 


Jom breakfast dulu

Kawasan sekitar homestay yang pertama

Sempat main buai depan homestay

Check out time

Destinasi pertama ialah ke Castle Hill menggunakan route Arthur’s Pass. Jarak Castle Hill dari Christchurch lebih kurang sejam lebih. On the way ke Castle Hill stop di tepi tasik (tapi tak tahu nama apa) untuk toilet break. Cuaca sangat sejuk walaupun dah tengahari. 


Great Alpine Highway menuju ke Castle Hill

Awas gunung di hadapan...

Biri-biri sedang makan....view kiri kanan jalan

Toilet stop....macam biasa toilet takde air...sila bawa air sendiri

Ada tasik tak tau nama

Rehat jap sebelum continue ke Castle Hill....sejuk tak boleh lama-lama di luar

Tak pasti ada apa di Castle Hill ini, so kita pergi je lah. Ok layan photos di Castle Hill. Memang cantik.


Ok continue journey to Castle Hill

Parking area Castle Hill...free je

Jom gerak...jalan slow-slow....sejuk

Mimi dah pancit

Panjat bukit pulak

Ada yang tertinggal kat belakang....rilek-rilek je enjoy....

Mak & abah pun boleh panjat bukit

Posing sikit

Family photo @ Castle Hill...abah tak larat nak naik lagi...

View atas Castle Hill...kalau larat boleh explore

Nun di sana parking area....

Tahan jangan tak tahan batu tu....

Selepas lebih kurang sejam di Castle Hill short trekking dan mendaki bukit. Kami decide ke Lake Tekapo untuk check in. Kalau ikut plan nak ke Arthur’s Pass dan Otira Viaduct tapi macam jauh pula sebab malam nak stay di Lake Tekapo. Lagipun nak kena sampai homestay sebelum maghrib untuk solat jamak zohor dan asar di homestay. Walaupun autumn, hari cepat gelap dan maghrib masuk awal dalam jam 6 petang.


Ok gerak balik from Castle Hill


View sepanjang jalan

View lain pulak....nampak hijau sikit
Perjalanan ke Lake Tekapo dari Castle Hill mengambil masa dalam 3 jam. Kami stop untuk lunch dan makan spaghetti bolognese yang dah siap dimasak sebelum check out pagi tadi.


Jumpa tempat ini on the way ke Lake Tekapo

Ambik angin jap...

Jumpa port lunch yang cun...

Siap ada sungai lagi belakang port lunch

Menu lunch...simple je...dah siap masak di homestay..
Driver takes break jap....

View tempat break tadi

Shopping groceries jap before check in

Di Lake Tekapo kami sewa rumah 4 bilik (sebab yang tiga 3 bilik full) di Tekapo Holiday Homes. Kami akan stay 2 malam di sini. Malam masak untuk dinner (ayam goreng tiram dan sayur tomyam) dan lepas itu rehat-rehat je. 


Homestay ke-2 di NZ 

View Lake Tekapo depan homestay...nak sunset

Mimi minum susu dulu, atuk rehat-rehat

View dapur & dining hall

Dinner 2nd night....alhamdullilah

Nak bagi tips sikit, biasanya toilet di New Zealand ini tak kira motel ke homestay, toilet takde door lock so kena pandai-pandai lah buat indication yang menunjukkan ada orang di dalam toilet ataupun boleh bawa door stopper je dari Malaysia.

Di Lake Tekapo, adalah tempat yang sesuai untuk stargazing sebab langitnya gelap. Kami tak ambil tour stargazzing sebab malam-malam confirm lagi sejuk so tengok bintang dari balkoni je itupun boleh keluar sekejap sebab dah sejuk.


Ok good night Lake Tekapo....mimpi bintang bulan malam itu...Alhamdullilah selesai hari ke-3 percutian di bumi New Zealand yang indah ini.


Ini plan hari ke-3 tapi cancel ke Otira Viaduct sebab jauh nak patah balik ke Lake Tekapo

No comments:

Post a Comment