Sunday, 5 April 2020

Day 1 & 2 : KLIA - Changi - Melbourne - Christchurch

Hari yang ditunggu pun telah tiba dan merupakan hari yang panjang untuk kami. Tak pernah lagi travel sepanjang ini dengan dua kali transit dan naik tiga flight back to back. Ini semua New Zealand punya angkara. Hari bermula pada jam 10 pagi kami bertolak dari Melaka dengan dua buah kereta sebab trip ke South Island New Zealand ini terdiri daripada 6 dewasa dan seorang wakil kanak-kanak. Beg je dah berbiji-biji termasuk 2 beg yang penuh sarat dengan makanan. Satu kereta akan terus ke KLIA dan sebuah lagi ke Shah Alam untuk ambik 2 orang adik sebagai driver untuk bawa kereta balik. Parking di KLIA mahal so rugi untuk parking dalam jangkamasa lama.

Kali ini kami naik Qantas Airways (Australian Premium Airlines) macam ala-ala MAS juga. Mula-mula flight ke Changi Singapore pada jam 4 petang, layover lebih kurang 1 jam 50 minit, then naik flight ke Melbourne dengan penerbangan selama 7 jam, layover 2 jam dan akhirnya flight ke Christchurch. Gigih betul nak sampai ke Christchurch ini. Details penerbangan ada di page sebelumnya. 

Alhamdullilah check in di KLIA berjalan lancar. Check in sekali je untuk dapat tiga-tiga boarding pass flight. Beg pun direct je dan collect semula di Christchurch Airport nanti. Dalam hati berdoa supaya beg tak sangkut di mana-mana sebab banyak transit, dah lah kami ini sehelai sepinggang je malas nak handcarry bag masuk cabin. Qantas dapat luggage 30kg seorang termasuk meal dan entertainment. Untuk meal, kami dah request muslim meal waktu beli tiket dulu. So takde masalah untuk makan. Untuk seat pula kena tengok kalau tiket promo seat kena beli. Tak beli pun tak pe tapi nanti randomlah duduk sebelah siapa. Tiket pergi kami ialah tiket promo so kena top up sikit untuk seat selection. Tiket balik dah masuk siap seat sekali, so takyah top up dah.


Dapat 3 boarding pass terus

Flight dari KLIA ke Changi lebih kurang sejam, tiba di Changi kami change terminal lain (kena naik skytrain) untuk ke Melbourne. Airport Changi ini memang convenient dan luas, tapi sebab transit sekejap tak sempat nak explore.


Naik skytrain untuk tukar terminal di Changi

Flight dari Changi ke Melbourne naik Airbus 380, plane besar double decker lagi. Seat economy pun selesa. Memandangkan flight yang jauh dan malam, makan tidur makan tidur dan layan movie je lah sehingga mendarat.


Dinner...request muslim meal awal-awal

Tiba di Melbourne dalam jam 5.30 pagi, sunyi lagi airport. Memandangkan transit hours cuma 2 jam, kami tak perlu apply Australia Visa (ETA). Kalau transit lebih 8 jam dah wajib apply ETA kalau tak, tak dapat masuk Aussie nanti. Kejap je 2 jam berlalu, ada prayer room di departure hall Melbourne Airport ini boleh lah solat subuh di situ.

Transit di Melbourne....naik Qantas di belakang tu
Jom breakfast

Flight dari Melbourne ke Christchurch selama 3 jam, hajat di hati nak tengok view New Zealand from flight tapi dapat seat yang takde window pula. Kecewa sikit. Next time jangan pilih seat no 9. 


Yeah...sikit lagi sampai Christchurch

Untuk masuk ke NZ, kita kena fill in dulu Arrival Card. Dalam flight, cabin crew dah siap-siap bagi arrival card. So time inilah kena declare apa barang yang kita ada. Since bawa food, so kami declare bahagian food. 


Sila isi form ini awal-awal dalam flight
Alhamdullilah, akhirnya kami selamat mendarat di Christchurch Airport jam 12.30pm. Keluar je dari flight dah rasa kedinginannya. Autumn pun dah sejuk...ingat suhu macam ala-ala Cameron je.


Laluan ke immigration tiada masalah, pantas je tapi Immigration Officer ada remind minta declare apa yang patut. Food memang dah declare, then dia tanya ada bawa rokok tak. Adik memang smoker so dia kata ada bawa. Bawa banyak pula 1 carton sebab tanya duty free KLIA waktu beli rokok dia kata NZ boleh bawa 200 batang. Rupa-rupanya boleh bawa 50 batang je. Alamak kena tax lah yang lebih ni. Tapi alhamdullilah Immigration Officer tu macam bertimbang rasa, dia suggest divide among our group yang 200 batang tu, so takde lah kena tax.

After cop passport, collect luggage dan kena lalu kastam pula. Alhamdullilah semua beg ada. Time queue, anjing dah hidu-hidu semua beg as routine check. Since, kami ada declare item, kena lah lalu lorong for inspection. Beg makanan yang 2 biji tu kami buka dan bagi food list yang dah memang di prepare awal-awal lagi. Officer kata macam supermarket beg kitorang, dia check lebih kurang dan pass. Alhamdullilah semua lepas, Immigration Officer yang jaga immigration counter pun datang inform kawan dia yang rokok amount as per group. Baik-baik dan friendly officer NZ ini.


Alhamdullilah selamat tiba di Christchurch
Keluar ke Arrival Hall, terus cari kiosk telephone untuk beli data card. Ada vodafone, spark dan 2 degrees. After survey, kami ambil pakej Vodafone 10G dengan harga NZD 59. Kami ambil 2 sim card sebab ada 2 portable wifi modem untuk kegunaan 6 orang. Vodafone ada promo buy 1, 20% off for another sim card. Oklah jimat sikit. Kami minta orang Vodafone install kan sekali sim card dengan modem yang kami bawa dari Malaysia itu.


Beli simcard di sini

Selesai urusan internet, kami pergi ambil kereta pula. Kereta yang memang dah di booking online thru Apex Car Rental web. Kami book Hyundai iMax 9 seater sebab memerlukan kereta yang selesa untuk 7 orang dan beg-beg yang banyak.  Rental rate ialah NZD 626.40 untuk 10 hari. Kami follow instruction yang diberi, tunggu shuttle di area car rental shuttle van dan dibawa ke Apex Car Rental Office yang jarak lebih kurang 5 minit dari Airport.


Di luar airport sambil tunggu shuttle ke car rental company
Shuttle ke Apex Car Rental

Di Apex Car Rental office, orang belum ramai so kami terus je ke counter for collection. Register nama driver dan driver kena simple test sikit sebelum dibenarkan register. Dia ada bagi lebih kurang 10 gambar undang-undang jalan raya so kena lah jawab dengan betul. Alhamdullilah dua-dua driver kami lulus cemerlang. Driver yang diregister ialah En. Suami dan adik.


Driver kena test driving skill theory dulu sebelum boleh register
Nasib baik muat beg

Kereta dah dapat, first sekali kami set Waze ke Westfield Riccarton Mall untuk lunch dan beli groceries dan ayam. Lunch kami makan kebab di food court (ada 1 kebab stall yang halal) dan shopping groceries di PaknSave. Kami beli ayam brand Brinks seperti info dalam FB group Road to New Zealand. Antara ayam yang halal ialah Brinks, Tegel dan daging pula ialah brand Silver Fern, Angel Bay.


Dedaun musim autumn sudah kelihatan

Kedai halal dalam Westfield Riccarton Mall

Jom makan kebab

Shopping time

Lepas shopping & perut diisi, kami segera ke homestay yang pertama iaitu 36 Cleland Home yang di booking melalui Agoda dengan harga NZD 205 untuk 1 malam. Rumah 3 bilik yang selesa dan complete.


Ok dah check in

Boss sedang inspect homestay

Another bosses pun tengah posing jadi model homestay

Antara bedroom yang ada. Total 3 bedroom

Meja outdoor tapi sejuk nak lepak luar

Padang depan rumah...aman je
Selesai sudah hari pertama yang panjang ini, ada 11 hari lagi di bumi NZ ini. Malam itu kami masak simple-simple (sardin dan telur dadar) untuk dinner dan rehat secukupnya untuk aktiviti seterusnya.


Best susu ni....hai teringat-ingat bila balik Malaysia

No comments:

Post a Comment