Sunday, 5 April 2020

Day 6: Wanaka - Cardorna - Cromwell - Arrowtown - Queenstown

Pagi macam biasa after breakfast dan sebelum jam 10 pagi kami dah check out. Since dah ada di Wanaka mestilah kena melawat the famous wanaka tree yang lonely di tengah-tengah Lake Wanaka itu.


Breakfast mee hoon seafood....

Good morning Lake Wanaka...view from homestay

Jom cari Wanaka Tree...lonely tree....

Autumn....cun menguning

Wanaka Tree di belakang tu....

Kesian dia...bersendirian di tengah tasik

Temankan Lonely Tree..

#ThatWanakaTree

Seterusnya kami akan ke Queenstown melalui Crown Range road dan akan stop di beberapa tempat. Tempat yang pertama ialah Cardrona Bra Fence. Haha kali ini tengok pagar yang dipenuhi bukan berpuluh tapi beratus-ratus bra yang disangkut di pagar. Kalau tak salah sejarah asalnya ialah pelancong tertinggal bra mereka di situ dan kini menjadi landmark untuk support breast cancer donation.


Welcome to Bradrona

Haa tengok la berapa banyak ni....

Perjalanan diteruskan, pemandangan memang cantik sepanjang jalan. Tiba-tiba ternampak sesuatu yang lagi wow iaitu seolah awan di depan mata dan lebih rendah dari kita. Tak nak cerita banyak. Just layan photo melihat keajaiban dan keindahan Allah yang agung.


Start journey thru Crown Range road 
Nampak tak jalan kat tepi tu.....masuk ke arah awan



Nice view point....

Parking area tepi jalan

Mimi gayat....

Family photo di atas awan...

Rindu view ini....


Gambar poskad

Pasangan romantis diawangan....hehe

Awan dah start bergulung....

Jom gerak masuk ke awan

Gunung pun nampak separuh je....ditutupi awan

Awan nano...

Selapis awan

Crown range road yang berliku-liku....

Dah sampai ke jalan biasa....

Next destination ialah pekan Cromwell yang terkenal dengan kesuburan tanah dan kebun buah-buahan. Sebelum ke sana kami stop di Bunge Jumping Kawarai untuk melihat extreme sport itu. Kali ini tengok je tak siapa yang berani  nak cuba. Tapi Mimi menangis nak main Zip Line (yang macam flying fox) tapi tak boleh sebab tak cukup tinggi. 


Bungy Centre

Ada berani kah?

Zip line yang Mimi nak naik

Sungai tempat terjun bungy

Then, kami sambung semula ke Cromwell, singgah di Jones Fruit Shop memborong buah. Sebenarnya boleh je beli fruits di supermarket tapi saja nak feel beli di Cromwell sambil menjengah kebun mereka. Dah autumn, pokok banyak yang dah start berhibernasi.


Jom ke Cromwell

Mari singgah Jone's fruit stall

Dalam kedai

Dalam kedai lagi

Macam-macam buah ada

Makan fruit ice-cream

Orang lelaki lepak dulu

Saya pun  ada jual...

Epal lelong

Dari Cromwell kami ke Arrowtown. Dikatakan sebagai pekan yang cantik dan classic tapi rasanya biasa-biasa je dan ramai sangat orang. Kami cari taman dan lunch picnic di situ.


Welcome to Arrowtown

Deretan kedai di Arrowtown

Cari port nak lunch

Ok jumpa taman...jom late lunch

Dan akhirnya kami bergerak ke Queenstown untuk check in di homestay. Kali ini kami stay dua malam. Homestay yang cantik berhadapan Lake Wakatipu. Details homestay ada di 1st page blog NZ ini. Booking thru Agoda.

Dah tiba di homestay Queenstown

View Lake Wakatipu

Homestay ada provide toys...sukalah dia

Malam after dinner, kami ke The Warehouse dan Kmart bershopping sikit. Di NZ ini tak banyak mall yang buka sampai malam, nasib baik Warehouse dan Kmart ada.

Simple dinner

Jom shopping @ the Warehouse


T-shirt NZD6


Yeah coklat...


All Blacks


K-Mart pula....


                                         Shopping baju


Selesai sudah hari ke-6 ini, alhamdullilah berjalan lancar dan nikmat yang Allah kurniakan ini...Jom pergi page sebelah...tengok pergi mana pula...



Day 6 program. Plan nak singgah beli dinner di Pedro's House of Lamb tapi tak sempat pula....



No comments:

Post a Comment