Sunday, 5 April 2020

Day 12 : Christchurch - Brisbane - Changi - KLIA

Jam 2 pagi semua dah bangun bersiap dan check out jam 3 pagi. Ashburton Motor Lodge ini dalam 20 minit je ke airport. En. Suami dropkan kami dan luggage di airport dan pergi return car di Airpark Center yang jaraknya 3 km dari airport.

Check out di awal pagi

Drop key di box yang disediakan...hujan sikit waktu ini

Alhamdullilah check in berjalan lancar tapi kena menghadap flight balik ke Malaysia yang jauh dan transit 4 jam di Brisbane Airport. Akhirnya safely landed di KLIA jam 8.30 malam. 

Lepak tunggu flight di Christchurch Airport..

Muka tak sabar nak balik Malaysia...ada juga yang join wefie

Fly ke Brisbane dulu

Bye bumi New Zealand

Breakfast dalam flight

Nasib baik ada game boleh main di Brisbane Airport

Lepak sini 4 jam

Jom balik Malaysia tapi transit Changi sejam dulu

Macam mimpi dapat ke New Zealand bersama keluarga tercinta menikmati keindahan alam ciptaan Allah dan pelbagai pengalaman menarik yang tak dapat dilupakan. Personally saya rasa New Zealand antara negara terindah yang pernah dilawati dan berharap dapat kembali ke sini lagi di hari tua. Layan family photo untuk kenangan.


Lake Wakatipu

Milford Sound

Tunnel Beach

Castle Hill

Lake Takepo

Mt John

Mt Cook Heli Tour

Mt Cook

Lake Pukaki

Lake Wanaka
Glenorchy

Crown Range
Jika ada yang berminat dengan itinerary dan details trip, boleh pm FB saya (Elyana Rashid). Thanks juga kepada group FB Road to New Zealand untuk info yang diberikan.

Day 11: Ashburton - Christchurch


Pagi ini hujan sepanjang perjalanan ke Christchurch dan merupakan last day trip kami di South Island New Zealand. Sedih nak balik tapi pada masa yang sama rindu Malaysia. Jarak dari Ashburton ke Christchurch tak jauh lebih kurang 1 jam lebih.

Jom check out....bye Ashburton

Kita ke Christchurch pula

Destinasi pertama ialah melawat Masjid Linwood (masjid ke-2) yang kena mass shooting attack pada bulan March yang lalu (2019). Waktu sampai area masjid nampak kereta polis. Tertanya-tanya juga boleh masuk ke tak ini. So kami parking kereta di kawasan berhampiran dan jalan kaki ke kawasan masjid. Tanya Police Officer dan dia bagi masuk. Mula-mula tiba di kawasan masjid macam sunyi tapi rupa-rupanya ramai di belakang sebab ada renovation work. Masjid ini dari luar macam masjid kayu lama je. Tak boleh diterima akal macam mana shooter tu boleh nak attack masjid ini.


Signboard Masjid Linwood

Aroha (Love) & Peace.......

Jom jalan cari masjid....

Inilah Masjid Linwood....tak jumpa entrance pula
Ooo ini entrance depan tapi berkunci juga

Bunga-bunga yang ditinggalkan pelawat...di bahagian entrance belakang...banyak barang construction sebab sedang renovation

Kedatangan kami disambut dengan baik oleh seorang brother from Sydney yang in charge kerja-kerja renovation. Dia perkenalkan juga Abdul Aziz, jemaah masjid pada hari kejadian. Menurut Abdul Aziz, shooter datang dan tembak jemaah waktu rakaat ke 2 solat Jumaat. Kebetulan dia di saf belakang dan di sebalik pintu, lalu dia pukul dan tangkap shooter itu, shooter terus lari dan seterusnya ditangkap polis. 7 orang syahid di Masjid Linwood ini dan merupakan masjid ke 2 diserang selepas Masjid Al-Noor. Jarak ke dua masjid tidak jauh dalam 15 minit. Selepas kejadian berdarah itu, diorang renovate sikit masjid ini dan tukar carpet. Dia kata banyak hikmat sejak dari incident itu. Yang masuk Islam pun dah ramai. Alhamdullilah.


Brother from Sydney yang datang membantu renovation masjid sedang menceritakan peristiwa hari kejadian

Abdul Aziz (berbaju belang) yang menangkap shooter pada hari kejadian 

Donation list yang diterima dari orang ramai

Inilah keadaan dalam masjid tapi karpet dan dinding telah dibaik pulih

Sempat lagi kami diberi buah fig oleh jemaah masjid 

Kereta polis yang sentiasa standby di luar masjid

Masjid Linwood...sayu dan sedih terkenangkan peristiwa itu....

Next, kami ke Masjid Al-Noor pula. Masjid ini ramai dengan pelwat dari pelbagai bangsa dan negara sebagai tanda sokongan dan kemanusiaan. Polis pun ada berkawal di hadapan masjid. Bila waktu solat, kereta polis akan block pintu masjid. Terharu tengok keperihatinan mereka. Syahdu sikit bila masuk masjid ini sebab terbayang diminda video mass shooting yang viral itu.


Masjid Al-Noor, Christchurch

Masih ramai yang datang...tapi ada visiting hours yang dibenarkan

Ini laluan...terbayang shooter masuk ikut sini

Ruang solat

Ruang solat yang luas

Alhamdullilah sempat berjemaah zohor

Polis block entrance gate masjid ketika waktu solat

Bendera Malaysia pun ada

Laluan jalan tempat shooter parking

Ada park yang cantik depan masjid

Musim luruh....daun kekuningan

Perut dah berbunyi so kita cari port makan dulu, Christchurch city ini memang terkenal dengan park dan garden. So kami cari port tepi tasik Botanical Garden untuk lunch terakhir di bumi New Zealand ini.


Port lunch sebelah tasik

Tak sejuk ke itik ini...Mimi pun boleh tahan sejuk

Botanical Garden

Tenang je

Daun pokok dah kemerahan

After lunch, program seterusnya ialah shopping coklat Whittakers dan susu Puhoi yang famous di New Zealand tapi malangnya semua supermarket tutup sempena hari ahad cuti Easter dan Anzac (public holiday). Dari satu mall ke satu mall kami jelajah semuanya tutup. Sedih tak dapat nak memborong. Last choice, beli je di petrol station tapi mahal dah limited kuantiti. Nak buat macamana dah salah percaturan. Nasib baik souvenir dah beli di Queenstown, kalau tak balik tangan kosong je lah.


Ronda Christchurch city sekejap

Ada tram
Kedai banyak tutup



Petang itu kami check in di Colonial Inn Motel awal sikit dalam jam 3 petang sebab nak mengemas dan berehat.  Hotel macam biasa booking melalui Agoda. Boleh refer 1st page NZ for details. Esok kena check out jam 3 pagi sebab flight jam 6 pagi. Tapi petang itu sempat juga jogging seround di garden park area Christchurch. 


Jom gi park

Warming up dulu

Ok jom jogging

Bersih & tenang

Penat jogging lepak tasik sambil tengok burung berterbangan

Sungai pun ada tepi park

Homestay kami terakhir di NZ...Colonial Inn Motel 

Malam, perhabiskan stok makanan, Alhamdullilah barang-barang yang dibawa dari Malysia semuanya hampir habis. Siap top up sekilo lagi beras yang dibeli di New Zealand.



Plan day 11....Alhamdullilah completed

Esok nak balik Malaysia dah..boleh lah jengah last page trip ke New Zealand ini di sebelah......