Monday, 5 November 2018

Part 8 : Aktiviti di Mekah

Part 7 cerita pasal ibadah haji, kali ini nak cerita pasal aktiviti lain di Mekah. Haa aktiviti apa tu? Selain beribadah di Masjidil Haram, ada juga aktiviti sampingan yang kami buat. Kebanyakan aktiviti tambahan ini dilakukan selepas selesainya ibadah haji.

1) Ziarah Luar Masjidil Haram
Yang ini adalah program anjuran TMTT di mana Ustaz Ismail menceritakan serba sedikit sejarah Mekah. Antara tempat yang dilawat ialah Dataran Merpati, Istana Salman, tempat accident crane yang mengorbankan 700 nyawa, tapak rumah Abu Jahal yang kini dijadikan tandas, tapak rumah Siti Khadijah, rumah Abi Talib tempat dimana nabi dibesarkan, sekitar masjid expansion dan banyak lagi. Ziarah luar ini kami jalan kaki je lebih kurang 2 jam. Last point ialah tempat shopping di Abraj Tower.


Kawasan crane accident
Kawasan sekitar Masjidil Haram
Kawasan expansion Masjidil Haram
Group photo selepas penat berjalan

2) Mendaki Gua Hira di Jabal Nur
Aktiviti ini memerlukan stamina dan kekuatan fizikal yang lebih. Gua Hira merupakan tempat pertama Rasulullah menerima wahyu. Gua Hira terletak di Jabal (Bukit)  Nur. Ekspedisi Jabal Nur dianjurkan oleh TMTT tapi optional bagi yang berminat. Kami bertolak dalam jam 7.30 pagi dari hotel dan jam 8.00 pagi dah start memanjat Jabal Nur. Cabaran pertama kena naik bukit yang curam dari tempat turun teksi ke kaki Jabal Nur. Dalam 45 minit ke 1 jam dah boleh tiba ke puncak Jabal Nur. Untuk ke Gua Hira kena turun sedikit tetapi tak dapat masuk sebab penuh orang. Gua Hira pun tidaklah sebesar mana hanya boleh memuatkan 1 atau 2 orang je. Trek ke puncak juga mudah sebab dah ada tangga dan railing cuma lutut je lah tahan tak tahan. Di puncak Jabal Nur boleh nampak sekeliling Mekah dan juga menara jam besar. Sekurang-kurangnya adalah pengalaman memanjat Jabal Nur ini dan boleh bayangkan cabaran yang dihadapi Rasulullah dan Siti Khadijah dulu.

Baru start mendaki
Rehat jap...
Tiba di puncak Jabal Nur
Group awek Jabal Nur
Gua Hira penuh orang
Nice view from top
Jaga-jaga beg ada monyet garang
On the way turun Ustaz belanja iced lime juice

3) Lawatan ke Muzium Haramain
Ini merupakan lawatan pakej TMTT sewaktu perjalanan miqat di Hudaibiyah. Muzium ini memang menarik dan ada menceritakan sejarah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dari dulu hingga sekarang. Terdapat juga kilang percetakan Al-quran di sebelah muzium ini.

Macam biasa - group photo depan muzium
Information sharing by Ustaz
Miqat umrah di Masjid Hudaibiyah sebelum lawatan ke muzium

4) Lawatan Jabal Rahmah
Ini merupakan perhentian wajib dalam perjalanan ke miqat di Ja'ranah. Jabal Rahmah ini terletak di Arafah dan merupakan tempat pertemuan nabi Adam dan Hawa setelah diperintahkan turun ke bumi. Siapa yang rajin bolehlah panjat Jabal Rahmah tapi kami just lepak-lepak di bawah je. Kalau dulu banyak unta di sini siap berhias bagai tapi sekarang dah tiada since penyakit Mers-CoV.


Gambar kenangan di Jabal Rahmah
Miqat di masjid Ja'ranah - meriah banyak gerai

5) Lawatan Ziarah Taif
Ini ada lawatan tambahan pakej TMTT, Taif terletak agak jauh dari Mekah dan kena tawaf wadak sebab lebih daripada 2 marhalah. Taif ini terletak di tanah tinggi ala-ala Cameron Highland dan boleh ada salji jika musim sejuk. Taif ini merupakan tempat yang bersejarah kerana Nabi Muhamad SAW pernah berdakwah di Taif dan mendapat tentangan orang tempatan. Antara tempat yang dilawati seperti photo di bawah. Ada dua jalan ke Taif ini, kalau guna jalan yang dekat kena naik cable car tapi kami guna jalan yang jauh dengan bas. Next time boleh pergi naik cable car pula.


Trip ke Taif
View on the way ke Taif
Singgah jap Rose Perfume Factory
Style traditional buat perfume
Pasar buah Taif
Buah pokok kaktus - lemak manis rasanya
Banyak theme park di Taif - ini antaranya
Taif Museum
Lunch nasi arab dalam khemah
Masjid miqat Qarnul Manazil sebelum balik ke Mekah

6) Lawatan ke Jeddah
Ini juga lawatan tambahan oleh TMTT. Lawatan ke Jeddah ini tak perlu tawaf wadak sebab jaraknya tidak sampai 2 marhalah. Antara tempat yang dilawati ialah Masjid Qisas dimana hukuman qisas yang pertama dijalankan di situ. Then lalu di makam Siti Hawa. Makam ini tidak boleh masuk so tengok dari luar je. Difahamkan makam ini saiznya bertambah panjang dari tahun ke tahun. Kemudian kami di bawa ke Cornice Shopping Complex. Masa yang diberi agak lama iaitu dua jam, memandangkan tiada apa yang menarik untuk dishopping di sana, kami geng-geng yang lari dari Mina hari itu, panggil Uber dan pergi ke tempat lain iaitu ke Cheese Cake Factory. Di sana lepak makan pizza dan cheese cake yang lazat. Cukup masa kami gerak semula ke Cornice, kalau lambat kena tinggal bas nanti. Selepas maghrib, pusing-pusing Jeddah city tengok the highest flag post dan water fountain. Sebelum balik ke Mekah, sempat singgah lagi di pasar borong Sawareh macam ala-ala Nilai 3 tapi kami tak beli apa pun. Selepas itu terus balik dan makan malam di hotel.


Masjid Qisas Jeddah
Cornice Shopping Complex
Ini Jeddah ya bukan Jakarta
Geng gi makan cheese cake
Yummy....
Awek berjubah hitam window shopping di Sawareh Market


7) Bukit 7 Wali & Nasi Unta
Alhamdulilah kami dibawa oleh sahabat Mutawif (company lain) yang memang tinggal di Mekah ke kawasan rumah beliau. Yang pergi ini geng-geng Mina naik GMC mutawif. Kawasan bukit agak tinggi dan jalan agak gayat. Nasib baik malam kalau tak lagi nampak gayat. Tiba di puncak bukit subhanAllah nampak pemandangan yang sungguh cantik. Masjidil Haram yang bercahaya dan juga menara jam yang gah. Sebelum naik ke Bukit 7 Wali ini, kami dijamu dengan nasi unta. Memang sedap dan terbaiklah. 1st time makan unta tapi bila balik bilik rasa panas sikit. Memang mutawif dah pesan kena minum air banyak dan nasi unta ini diberikan dengan laban (yogurt drink). Memang sedap dan thanks to Mutawif Muhamad dari company Juara Travel.

Kedai nasi unta
Makan nasi unta
View malam dari Bukit 7 Wali



8) Aktiviti shopping
Banyak tempat shopping di Mekah ini. Antaranya ialah :

a) Yang dekat dengan Masjidil Haram ialah Safwah Tower dan Abraj Tower. Segala macam benda ada di situ. Rajin tak rajin je. Tapi kami takde beli apa sangat cuma selalu ke supermarket di Safwah dan hypermarket di Abraj untuk beli roti dan laban.

Abraj Tower
Supermarket di Safwah Tower
Kedai sejadah

Laban untuk sejukkan badan

b) Di Mekah ini ada mall juga tau dipanggil Makkah Mall, jarak lebih kurang 5 Km dari Masjidil Haram dan kalau nak pergi kena naik teksi. Kami geng-geng Mina ke Makkah Mall dengan teksi tambang SR 40. Saje je tengok apa yang ada sana. Adalah butik-butik outlet international. Kami shopping di hypermarket Panda di mall itu dan lepak minum Cinnabon je.
 Mekah Mall
Kosong je mall ni...

c) Jaafaria Souq. Ha yang ini memang tempat borong di  Mekah. Harga barang-barang souvenir dan jubah memang murah di sini. Yang penting pandai tawar menawar. Ramai Malaysian dan Indonesian yang shopping di sini. Jarak agak jauh dari hotel di Ajyad tapi kalau nak jalan kaki pun boleh juga iaitu lebih kurang 2 Km sehala. Waktu pergi dari hotel tambang teksi SR 25 tapi bila balik kena pau pula SR 150 dengan pak Arab. Sebelum naik dia kata SR 20 tapi bila sampai jadi SR 150 pula. Malas nak gaduh bayar jelah tapi tak halalkan lah sebab dia menipu dan menganiaya orang. Banyak juga dengar kes kena tipu tambang dengan driver taxi ini. Orang kata jangan naik teksi kalau driver dia local Saudi, tapi naik dengan Pakistan atau bangsa lain sebab pak Arab Saudi ini banyak kes pau orang. So next time hati-hati ya. Kesimpulannya, tambang teksi lagi mahal dari jumlah barang shopping.

 Depan Jaafaria Souq
Antara kedai-kedainya

d) Pasar buah Kakiyah. Ini adalah pasar borong yang tak berapa jauh dari Masjidil Haram. Ada pasar sayur, pasar ikan, pasar kambing dan pasar buah. Tapi kami cuma singgah di pasar buah sewaktu perjalanan miqat di Hudaibiyah. Pasarnya agak besar, bersih, banyak buah-buah yang segar dan harga pun berpatutan. Kurma, kismis, kacang, apricot, buah tin semua ada dijual di sini dan harganya boleh tawar menawar. Ok jugalah kalau nak memborong di sini.


 Pasar yang besar dan selesa
 Murah harga fresh fig ini

Banyak rotub dan kurma


9. Aktiviti makan-makan
Walaupun pakej ada menyediakan makanan yang cukup iaitu buffet breakfast, lunch dan dinner, sekali sekali kami tukar-tukar selera. Banyak je foodcourt di Safwah dan Abraj Tower. Segala macam benda ada, nasi arab, nasi india, nasi pakistan, roti canai, sharwama, western food - burger king, texas chicken, pizza hut, kfc semua adalah. Tapi harga agak mahal sedikit. Kedai yang famous among Malaysian ialah D'Saji Felda yang terletak di level 3 Safwah Tower. Ada malaysian food di situ tapi kami suka beli nescafe dan teh ais nya yang memang terbaik. Lagi satu yang macam dah wajib beli ialah aiskrim dan mango juice. Balik masjid je selalu singgah beli.


 Geng makan ice cream
 Jangan rebut-rebut beli ice cream
 Kedai Malaysia
 Restoran panel kami

 Roti canai pun ada - sedap dengan kari ayam


10. Check in hotel lain di  Mekah
Kami stay di Hotel Amjad Aljazeera di kawasan Ajyad. Kalau ikut info dari hotel, distance dalam 230m ke Masjidil Haram tapi bila berjalan rasa macam jauh sikit tapi Alhamdullilah still consider dekat berbanding hotel-hotel lain. Since dah penghujung musim haji ini, kami saja lah gatal booking hotel yang lebih dekat dengan Masjidil Haram. Saja konon nak feeling-feeling hotel dekat dengan masjid dan nak dapat Haram view. Memang lah bilik dapat Haram view tapi partial (ciput je) sebab itu bilik yang paling murah. Kalau bilik mahal sure nampak full kaabah view. So kami check in 1 malam di AlMarwah by Rotana di Abraj Tower dan 1 malam di Safwah Royale Orchid. Hotel memang betul-betul dekat dengan masjid. Kami booking guna Agoda sebab redeem point dan untuk collect point lain. Merasa jugaklah duduk hotel yang besar dan selesa biliknya. Alhamdullilah.


Amjad Al-Jazeera Hotel
 Check in time - Al-Marwah Rotana
 Bilik yang selesa
 Breakfast time
 Partial Haram view
 Al-Safwah Royale Orchid - bilik yang luas
Breakfast



11) Jamuan Makan Malam TMTT 
Syarikat TMTT ada menganjurkan makan malam di kaki Jabal Nur untuk semua jemaah TMTT sebagai penghargaan dan meraikan setelah selesai ibadah haji. Makan nasi arab special malam itu berlaukkan kambing dan ayam. Setiap peserta diberi sijil penghargaan dan senaskah alquran yang cantik berkulit baldu beserta nama masing-masing. Malam itu juga diraikan jemaah yang tarikh lahir atau ulang tahun perkahwinannya jatuh dalam musim haji ini. Kebetulan wedding anniversary kami pun jatuh dalam tempoh tersebut, so dapatlah cenderahati tambahan. Tahniah kepada pihak TMTT yang menganjurkan program ini. Memang meriah dan saling dapat mengeratkan siratulrahim sesama Jemaah.
 Berdoa untuk pasangan ulangtahun perkahwinan
 Dapat sijil haji
 Meriah makan malam

Ini adalah serba sedikit aktiviti tambahan di Masjidil Haram. Memang banyak aktiviti so kena pandai-pandailah bahagikan masa untuk beribadat di samping melakukan aktiviti lain juga.

No comments:

Post a Comment