Bismillahirrahmanirrahim
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menjadi Dhuyufurrahman bagi musim haji 2018M/1439H. Disclaimer - catatan ini bukan tujuan menunjuk-nunjuk dalam ibadah tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan sebagai rujukan (jika ada ilmu yang bermanfaat) bagi rujukan bakal tetamu Allah dan sebagai flashback bagi yang sudah bergelar Haji dan Hajjah. Blog ini juga tidak merangkumi secara terperinci perlaksanaan ibadah haji dan umrah. Yang itu nanti boleh belajar waktu kursus haji 17 minggu dan melalui buku-buku agama Tabung Haji secara khusus.
Saya percaya keinginan untuk menunaikan rukun islam ke 5 ini memang menjadi impian setiap umat Islam. Saya sendiri berazam menunaikan haji di waktu usia muda tapi apakan daya daftar haji agak lewat (pada 2010) menyebabkan turn menunaikan haji yang sebenar pada 2027.
Macam skema pula ayat kali ini. Ok sebenarnya saya dan En. Suami pernah buat rayuan pada Tabung Haji (TH) pada tahun 2014 bersama dengan emak dan abah. Tetapi cuma emak dah abah saja yang berjaya dalam rayuan haji tersebut. Mereka pergi dengan pakej daripada syarikat TM Tours & Travel Sdn Bhd (TMTT).
So tahun 2018 ini saya dan En. Suami mencuba nasib sekali lagi, mana tahu ada rezeki menunaikan haji tahun ini. Memandangkan positive feedback dari emak dan abah, kami decide untuk contact TMTT. Pada kali ini kami tidak buat lagi rayuan ke TH tapi terus je register dengan TMTT pada bulan Mac 2018. Alhamdullilah pada hujung bulan April pihak TMTT memberikan berita gembira yang permohonan kami telah berjaya. Pakej yang ditawarkan oleh TMTT seperti berikut:
Untuk makluman bagi menunaikan haji ini ada 3 cara iaitu :
1) Muassasah
Muassasah yang diuruskan oleh TH dan turn untuk pergi berdasarkan tahun register haji dan bukan tahun buka account simpanan TH. Untuk register haji kena ada minima RM1300 dan duit ini tak boleh dikeluarkan jika pendaftaran haji telah dibuat. Pendaftran haji juga boleh dibuat menggunakan wang KWSP. Daripada duit di KWSP terperap baik kita gunakan RM1300 untuk pendaftaran haji, betul tak? Nak tunggu turn memang lama dan makan puluhan tahun. Kos muassasah lebih kurang RM22,450 tetapi jemaah hanya perlu bayar RM9,980 kerana RM12,470 diberikan subsidi oleh TH tapi hanya valid untuk first timer je. Kalau pergi haji kali ke dua dan berikutnya kena bayar full amount lah.
2) Pakej Haji
Pakej melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berdaftar dengan TH. Jumlah PJH dari tahun ke tahun berbeza berdasarkan kelulusan TH. Ada lebih kurang 20 PJH so boleh lah google pakej mana yang menarik dan menepati budget you all. Antara PJH yang popular seperti Andalusia, Rayhar, Zahafiz, Gemilang, CS Holiday, Felda, Tabung Haji Travels, MKN, Juara, Ash-Har, TM Tours dan macam-macam lagi. Kos antara RM30K sehingga RM190K per person bergantung kepada hotel dan servis yang diberikan. Macam artis-artis pakej diorang yang RM100K ke atas lah. So ikut bajet dan kemampuan masing-masing. Tapi bila kita buat rayuan haji tak semestinya kita akan dapat pergi. Kelulusan bergantung juga pada tahun pendaftaran haji dan kuota PJH sendiri. So banyak-banyak berdoalah.
3) Visa Haji Furada
Visa Furada - yang ini ialah visa special dari kerajaan Arab Saudi. Visa furada ini tidak diuruskan oleh TH. Jemaah yang pergi melalui visa furada akan diuruskan oleh PJH dan biasanya kos lebih mahal dari pakej biasa. Flight yang mereka naiki pun commercial flight dari KLIA dan bukan chartered flight seperti jemaah haji yang lain. Untuk pergi dengan visa furada tidak perlu buat rayuan dan tunggu turn. Kalau ada duit boleh pergi dan biasanya saat akhir baru kelulusan visa furada ini dikeluarkan. Ada yang seminggu ada yang dua tiga hari sebelum berangkat baru dapat pengesahan. So sentiasa kena ready lah. Group kami di TMTT pun ada 11 Jemaah yang menggunakan visa furada tapi mereka pulang ke Malaysia lebih cepat kerana stay duration yang pendek berbanding pakej biasa. Iklan visa furada 2019 ada yang dah keluar. Siapa yang berminat boleh cuba contact.
Biasanya rayuan haji akan dibuka setelah tamat musim haji pada tahun tersebut. Untuk makluman, rayuan haji 2019 akan dibuka mulai November 2018. Ok rasanya cukuplah info asas untuk maklumat pengelolaan haji setakat yang saya tahu sebelum saya share pengalaman yang seterusnya di page sebelah.....
Alhamdulillah... Haji saya pun pd thn yg sama - 2018. Pengalaman yg diceritakn, sama yg dilalui.
ReplyDelete