Cabaran sebenar pun bermula, kami jemaah TMTT bergerak ke Arafah sehari sebelum hari Wukuf 9 Zulhijjah. 8 Zulhijjah (disebut juga sebagai hari Tarwiyyah), pada hari inilah traffic yang paling busy sebab semua akan menuju ke Arafah, tetapi ada juga pakej yang bermalam di Mina dulu dan hanya ke Arafah pagi 9 Zulhijjah kerana waktu wukuf bermula pada waktu zohor hari tersebut.
Kami bergerak dari hotel selepas zohor 8 Zulhijjah dan alhamdullilah tiba di khemah Arafah sebaiknya masuk waktu Asar. Perjalanan bas berjalan lancar. Kami ditempatkan di khemah yang agak besar dan selesa yang dapat memuatkan lebih 200 orang jemaah TMTT. Jemaah lelaki di bahagian hadapan dan jemaah perempuan di bahagian belakang. Buat pertama kalinya juga, khemah Arafah dilengkapi dengan air cond system. Sebelum ini hanya ada kipas saja. Alhamdullilah syukur terpilih sebagai jemaah 2018.
Ke Arafah naik bas sekolah Gate khemah di Arafah Khemah Arafah yang selesa. Yang bulat-bulat tu air cond. Kipas pun ada Kawasan luar khemah Jom lawat kawasan Ronda lagi |
First time juga jemaah TMTT makan nasi muasassah yang telah siap sedia dipack. Berselera kami makan dengan tambahan pelbagai sambal dan serunding yang dibawa.
Rezeki makan di Arafah
Selepas dinner, semua jemaah siap sedia untuk solat berjemaah jamak tamam maghrib dan isyak, waktu itu tengok langit macam lain macam je....
Langit senja di Arafah
Kami solat berjemaah berimamkan Ustaz Ismail, selesai saja rakaat pertama solat maghrib tiba-tiba blackout dan kedengaran seperti bunyi ribut melanda, bumbung dan dinding khemah dah macam nak tercabut. Solat isyak diteruskan dengan keadaan yang gelap dan ribut yang masih berterusan. After solat semua dah ketakutan dan panik, nasib baik ustaz ada pimpin untuk doa dan berzikir. Ustaz juga minta jemaah memohon ampun dari Allah seikhlas-ikhlas hati. Makin kuat kami doa dan zikir tapi makin kuat ribut sehingga lampu di bumbung khemah jatuh dan pecah. Nasib baik tak kena jemaah.
Dah start black out
Suasana dalam khemah kami
Tak lama selepas itu ribut semakin reda keadaan semakin tenang tapi masih lagi black out. Malam itu kami tidur dalam kegelapan dan kepanasan. Nasib baik ada kipas kecil yang membantu. Ada aircon pun tak berguna. Itulah kuasa Allah, perancangan manusia tidak berguna tanpa izin Allah. Dugaan kecil dari Allah pada malam sebelum wukuf sangat memberi kesan pada setiap jemaah yang merasakan saat itu. Difahamkan ada khemah negara lain yg roboh, zink-zink di toilet kami dan kawasan storage barang juga rosak. Malam itu kami tidur dalam keinsafan.
Antara kerosakan selepas ribut
Video khemah negara lain
Jam 2 pagi semua jemaah sudah bangun bersiap-siap untuk qiamullail yang memang sudah dirancang seperti di dalam program. Malam itu black out on and off sehinggalah ke pagi. Difahamkan pihak Saudi memang tutup electricity supply semasa ribut untuk tujuan keselamatan. Solat subuh disusuli selepas qiamullail.
Pagi 9 Zulhijjah aktiviti bebas antaranya iaitu beratur di toilet. Memang kena beratur panjang dan agak mengambil masa. Pagi itu masa diisi dengan program yasin dan tahlil sementara menunggu masuknya waktu wukuf iaitu apabila masuk waktu zohor.
Pagi yang tenang di Arafah
Tandas di Mina...time ini masih belum full
Tepat waktu zohor, azan berkumandangan dan disusuli oleh khutbah arafah yang disampaikan oleh Ustaz Ismail dengan penuh semangat. Selepas itu disusuli dengan program khatam quran dan doa arafah secara berjemaah. Selesai doa berjemaah masing-masing keluar khemah untuk cari port berdoa dan bermunajat secara bersendirian dan berpasangan.
Saya dan En Suami pun tak ketinggalan mengambil kesempatan ini berdoa ke hadrat Allah dah juga menyampaikan doa-doa yang dikirim. Waktu inilah langit dibuka dan diharapkan semua doa dimakbulkan Allah dan segala ibadah diterima. Alhamdullilah selesai salah satu rukun haji iaitu wukuf di Arafah. Kalau tak sempat wukuf di Arafah maka tiadalah haji untuk tahun itu.
Khusyuk dengar khutbah Arafah
Saya dan En Suami pun tak ketinggalan mengambil kesempatan ini berdoa ke hadrat Allah dah juga menyampaikan doa-doa yang dikirim. Waktu inilah langit dibuka dan diharapkan semua doa dimakbulkan Allah dan segala ibadah diterima. Alhamdullilah selesai salah satu rukun haji iaitu wukuf di Arafah. Kalau tak sempat wukuf di Arafah maka tiadalah haji untuk tahun itu.
Port berdoa di Arafah...cari tempat redup sikit
Yang lain pun sedang berdoa
No comments:
Post a Comment