Monday, 5 November 2018

Part 3 : Hari Penerbangan dan tiba di Mekah

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba iaitu tanggal 14 Ogos 2018. Group kami ialah XY38B. Ada 2 jenis penerbangan haji iaitu KT dan XY. KT biasanya akan naik flight MAS/ Saudi Airlines dan XY akan naik Flynas (another saudi airlines). XY38B ini merupakan penerbangan akhir juga sebab last flight rasanya 15 atau 16 August. Untung penerbangan last ini sebab direct ke Jeddah untuk ke Mekah dan tinggal beberapa hari saja lagi sebelum wukuf di Arafah (main event haji - rukun). Bila pergi lambat so balik ke Malaysia pun lambat lah di mana waktu itu bilangan jemaah di Mekah dan Madinah makin berkurangan dan selesa untuk kami yang masih tinggal untuk beribadat di Tanah Haram ini.


Waktu check in ialah pada jam 11.30 pagi so kami bertolak dari Melaka dalam jam 8.30 pagi. Alhamdullilah tahun ini tahun pertama operasi Kompleks TH yang baru di Sepang (bersebelahan dengan Movenpick Hotel). Kalau sebelum ini urusan pendaftaran haji di Kompleks Kelana Jaya dan kawasan itu agak sesak. Since first time Kompleks TH Sepang beroperasi, method check in yang baru juga diperkenalkan. Urusan Saudi immigration yang dulunya dibuat di Jeddah airport (biasanya akan ambil masa yang lama berjam-jam) juga telah ditukarkan di Kompleks TH dan KLIA. So bila sampai di Jeddah Airport tiada apa-apa urusan pun...keluar dari flight, lalu di arrival hall dan terus masuk bas untuk ke hotel. Even luggage pun akan terus dihantar ke hotel. Tak perlu tunggu bag di Jeddah airport lagi. Urusan memang sangat smooth dan jemaah haji 2018 sangat beruntung dan bersyukur.
Kompleks Haji Sepang bersebelahan Movenpick Hotel
Ruang legar kompleks. Waktu ini tak ramai lagi sebab awal


Ok berbalik semula ke Kompleks TH Sepang, kami dihantar oleh ke dua-dua family dan juga thanks to my best friend Hajah Nuzaimah yang turut datang bagi moral support.
Sempat lagi tinjau-tinjau ruang dalam Movenpick Hotel


Mula-mula kami diberi rantai tangan. Waktu collect rantai tangan jemaah kena tunjukkan surat jadual penerbangan. Rantai tangan ini wajib dipakai sepanjang berada di Tanah Suci selain tag nama TH dan tag nama pakej sebagai pengenalan diri. Sebab di sana passport kita dipegang oleh pihak muassasah Saudi dan hanya dipulangkan di airport bila nak balik ke Malaysia.
Tempat collect rantai tangan dan tag nama
Rantai tangan yang berharga



Bila waktu check in bermula, kami dah kena masuk ke main hall kompleks, so berbye-bye lah dengan kaum keluarga. Drama air mata lah sikit tapi pada masa yang sama excited juga nak pergi haji ini.
 

Masuk ke dalam kompleks, jemaah ambil luggage masing-masing untuk ditimbang dan dihantar untuk check in. Sebelum itu bag luggage besar pihak TH/pakej yang kumpulkan untuk masuk ke dalam kompleks. Jemaah tarik bag kecil hand carry je. Sungguh mudah dan efficient.
Bag dah ready...pilih bag masing-masing

Bawa bag untuk check in


Lepas check in bag, proses seterusnya ialah scan 10 jari untuk tujuan data immigration. Dah selesai scan jari, kami berkumpul di Main Hall untuk taklimat akhir sementara menunggu bas untuk ke KLIA. Group XY38B ini terdiri daripada pakej-pakej daripada pelbagai company. Bas dah ready kami pun bergerak ke KLIA dengan diescort oleh polis. Feeling-feeling VIP jugalah. Sekejap je dah sampai KLIA dan terus ke departure hall. Di departure hall kena lalu Immigration Saudi sebelum naik ke flight.
Taklimat akhir pihak TH

Naik bas ke KLIA. Bas diiringi oleh polis bermotor

Kejap je dah sampai KLIA. Beratur untuk boarding


Saudi Immigration di KLIA

Alhamdullilah semua proses selesai dah flight pun terbang selama 8 jam ke Jeddah. Flight berlepas pada jam 8 malam seperti yang dijadualkan. Kami berniat ihram di Qarnul Manazil iaitu lebih kurang 1 jam sebelum tiba di Jeddah Airport. Siapa yang buat haji tamattuk kena berniat umrah dan yang haji ifrad kena berniat haji. Selepas berniat maka 13 larangan ihram pun terpakai lah.

Ke Mekah kita...
Tiba di Jeddah Airport pada jam 1 pagi Saudi time, terus je naik bas ke Mekah. Sebenarnya jarak dari Jeddah Airport ke Mekah tak lah jauh sangat tapi banyak check point dan jalan banyak tutup untuk ke hotel, akhirnya kami sampai di Amjad Al-Jazeera Hotel waktu azan subuh berkumandangan dari Masjidil Haram. Urusan bilik selesai, kami naik ke bilik untuk solat subuh dan berehat seketika sebelum ibadah sebenar bermula.
Di Jeddah airport. Beratur tunggu bas untuk ke hotel

Snack box diberi waktu di checkpoint ke Tanah Haram

Akhirnya tiba di hotel Amjad Al-Jazeera, Mekah

Ok sedikit introduction untuk asas fardhu haji. Haji ada 3 jenis - Haji tamattuk, haji ifrad dan haji qiran.
As summary :
haji tamattuk - buat umrah dulu baru haji
haji ifrad - buat haji dulu baru umrah
haji qiran - buat haji dan umrah serentak


Majoriti jemaah Malaysia buat haji tamattuk dan sebahagian kecil yang buat haji ifrad. Biasanya penerbangan last ada yang buat haji ifrad sebab tempoh ihramnya tak berapa lama sangat compare dengan penerbangan awal yang ke Madinah dulu. Jarang-jarang jemaah Malaysia yang buat haji qiran kerana Jemaah diberi tempoh yang lama di Mekah. En. Suami buat haji tamattuk dan saya buat haji ifrad.
Summary Haji Tamattuk. Haji Ifrad punya dah hilang pula tak dapat nak share



Ok selepas berehat sebentar di bilik, semua jemaah berkumpul semula di lobi untuk menyelesaikan umrah (tawaf, saie, bergunting) bagi yang buat haji tamattuk manakala tawaf qudum (tawaf selamat datang) dan saie bagi yang buat haji ifrad. Bila umrah complete, yang buat haji tamattuk dah tak perlu pakai ihram dan bebas daripada 13 larangan ihram tapi yang buat haji ifrad masih dalam ihram lagi. Yang buat haji tamattuk akan pakai ihram semula dan niat haji sebelum bergerak untuk wukuf di Arafah nanti.


En. Suami dah selesai buat umrah. Botak sudah....


Alhamdullilah selepas zohor kami selesai ibadah masing-masing dan seterusnya tunggu hari wukuf di Arafah yang akan menjelang dalam masa 6 hari lagi. Waktu seminggu menjelang wukuf ni keadaan memang padat di Masjidil Haram sebab jemaah dari pelbagai negara sudah berada di Mekah.
Klik pada video untuk lihat lautan manusia sedang tawaf


Di luar masjid pun penuh...ini gambar selepas subuh


Jumlah jemaah haji pada 2018 seramai 2.3 juta...waktu inilah kesihatan sangat penting sebab cabaran sebenar bermula apabila pergerakan masyair haji iaitu wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah, bermalam di Mina dan melontar 3 jamrah.


Tarikh Pergerakan Haji 2018 


Semoga dimakbulkan...

No comments:

Post a Comment