Monday, 5 November 2018

Part 6 : Bermalam di Mina

Sambungan dari Mudzalifah, jarak pun tak jauh dari Mudzalifah ke Mina tapi disebabkan tunggu giliran bas saya tiba di Mina dalam jam 3 pagi. Waktu masuk ke khemah tengok khemah dah penuh sebab saya naik bas yang last. Total bas jemaah TMTT ada 4 bas untuk lebih kurang 200 jemaah dan petugas. Khemah di Mina ada dua, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. So memang padat lah.


Blank juga sekejap fikir kat mana nak landing ini, memang tiada ruang even untuk masuk pun. Ada jemaah yang dah lena tidur. Adjust punya adjust dengan mengalihkan stok air mineral yang bertingkat-tingkat di tengah khemah, dapat lah sedikit ruang untuk duduk dan letak barang. Check dengan En. Suami, dia pun sama tapi lagi teruk sehingga tiada ruang di dalam khemah dan dia lepak di luar khemah sahaja. Waktu subuh, oklah masih sejuk tapi bila matahari dah naik takkan nak lepak luar khemah lagi.
Khemah dah penuh

Ada yang tidur di luar khemah
Gate Maktab 78


After subuh, dapatlah saya melelapkan mata sekejap sambil tidur mengerekot seperti bayi dalam perut bersama-sama jemaah lain sekitarnya. Kalau ikut plan kami akan bermalam di khemah ini selama 3 malam sebab TMTT memilih untuk nafar thani di mana melontar sehingga hari ke 13 Zulhijjah. Ada sebahagian pakej dan muassasah yang buat nafar awal dan mereka boleh pulang ke Mekah pada 12 Zulhijjah untuk ibadah selanjutnya. Detail nafar awal dan nafar thani nanti boleh belajar waktu kursus haji. Kita boleh pilih nak nafar awal atau nafar thani tapi bergantung kepada logistic pihak pakej dan muassasah.

Ok back to Mina. Cabaran pertama - space dalam khemah.
Cabaran kedua - tempat favorite semua orang iaitu toilet.

Haha toilet memang cabaran. Bertabahlah untuk beratur di toilet samada untuk buang air kecil, besar atau mandi. Masalah lain ialah hygiene apabila jemaah meninggalkan benda-benda yang tidak sepatutnya di dalam toilet. Memang tiada tong sampah disediakan di dalam toilet tapi boleh je kita masukkan dalam plastik dan buang ke dalam tong sampah di luar. Ini tidak, longgokkan sampah dalam toilet sehingga menyakitkan mata. Macam manalah nak dapat haji mabrur macam ini.
Toilet - bumbung biru
 Suasana perkhemahan di Mina
 Banyak kedai-kedai


Aktiviti seterusnya selepas subuh 10 Zulhijjah (hari pertama di Mina) ialah berehat di khemah sebab selepas jamak tamam maghrib/isyak, barulah group TMTT akan bergerak ke Jamrah Kubra (Aqabah) untuk lontaran pertama 10 Zulhijjah. Jarak dari khemah ke Kompleks Jamrah adalah dalam 7 Km pergi dan balik. Perjalanan akan melalui terowong dan ada walkalator untuk memudahkan jemaah. Meriah sungguh perjalanan untuk pergi melontar ini sambil bertalbiah.
 Jom pergi melontar
 Dalam terowong...tengah-tengah itu walkalator
  Dalam terowong...tengah-tengah itu walkalator
 Keluar terowong ke Kompleks Jamrah sambil bertalbiah
 Level 3 Kompleks Jamrah
Jamrah Kubra

Ada 3 jamrah untuk dilontar iaitu Jamrah Kubra (Aqabah), Jamrat Wusta dan Jamrat Ula (sughra). Untuk 10 Zulhijjah ini cuma Jamrah Kubra sahaja yang dilontar dengan lontaran 7 biji batu. Pada 11,12 dan 13 Zulhijjah barulah melontar ketiga-tiga jamrah setiap hari. Kena pastikan batu yang dilontar masuk ke lubang yang disediakan. Kalau lontar batu kena dinding dan terkeluar dari lubang, kira dah tak cukup batu lontaran dan kena tambah bilangan batu. Melontar ini adalah ibadah wajib haji tapi jika tidak berkemampuan boleh diwakilkan orang lain untuk melontar. Melontarlah dengan semangat seperti kita merejam syaitan tapi yang pentingnya ialah kita merejam / membuang syaitan yang ada dalam diri kita sendiri.
Kompleks Jamrah di waktu malam
Kompleks Jamrah di waktu malam


Sebelum bergerak ke Kompleks Jamrah dari khemah di Mina, saya ada discuss dengan En. Suami apakah plan dia. Nak stay di Mina 3 hari or another option balik ke hotel di Mekah. Balik ke hotel di Mekah ini kiranya kita divert dari pakej TMTT dan risiko adalah di bawah tanggungan sendiri.


Bincang punya bincang akhirnya kami plan untuk balik ke Mekah bersama beberapa geng jemaah lain yang muda-muda. Selepas melontar kami akan terus ke Mekah dan tak balik ke khemah di Mina lagi. So kami bawa beberapa keperluan penting dan barang lain ditinggalkan di khemah.

Selesai melontar kami terpisah dari geng yang nak ke Mekah itu. Rupanya selepas Jamrah Kubra, ada escalator untuk ke bahagian dataran Mina dan dari situ boleh gerak ke Mekah. Kami terlepas escalator itu so terpaksalah jalan semula ke khemah sejauh 3.5 km dan tambah lagi 3.5 km untuk patah balik ke Kompleks Jamrah. For info, Kompleks Jamrah ini ada 3 level, kebiasaanya Jemaah Malaysia melontar di tingkat 3 tapi kalau nak melontar di tingkat lain pun boleh tapi kena bersesaklah dengan jemaah negara lain.


Nasib baik geng tunggu sebab diorang pun tak boleh keluar dari Mina sebelum tengah malam. Itu antara syarat mabit/bermalam iaitu mesti berada di Mina lebih daripada separuh malam. So lepak di dataran Kompleks Jamrah beramai-ramai dengan jemaah lain yang bermabit. Memang meriah dah asyik kena halau dengan polis je sebab tak bagi jemaah lepak situ.
 Dataran Mina - port untuk bermabit
Dataran Mina - tidak boleh setempat nanti dihalau polis


Lepas masa mabit cukup iaitu selepas jam 12 malam, kami bersembilan orang bergerak ikut flow crowd dan signboard ke Mekah, memang ada special pedestrian road dari Mina ke Mekah so kami jalan beramai-ramai. Plan sama ada nak jalan kaki atau naik teksi. Since tak jumpa teksi kami berjalan sejauh lebih kurang 10 km balik ke Mekah. Lebih kurang 2 jam berjalan sambil bersantai dan berhenti makan aiskrim akhirnya kami tiba di hotel Mekah. Sebelum balik ke Mekah, kami dah check yang hotel memang buka, kalau tak naya je balik hotel tutup kena tidur di kaki lima. Pagi itu tidur dan mandi dengan selesa. Alhamdullilah perjalanan berjalan kaki dari Mina ke Mekah memang menarik.
 Jom balik ke Mekah
 Berjalan ramai-ramai ke Mekah
 View jalan di Mina, yang putih-putih itu orang
Geng awek jalan kaki Mina - Mekah
Geng abang sado jalan kaki Mina - Mekah



Bergunting rambut kami dah buat selepas melontar kubra malam tadi maka kami sudah boleh bertahallul awal dan terlepas dari 10 larangan ihram.


Esok paginya 11 Zulhijjah, kami selesaikan ibadah haji yang seterusnya iaitu tawaf dan saie bagi En. Suami sebab dia buat haji tamattuk dan tawaf bagi saya yang buat haji ifrad. Tapi ada ibadah lain yang belum selesai lagi iaitu kami kena bermabit sekurang-kurangnya 5 jam lebih setiap hari pada 11, 12 sehingga pulang ke Mekah pada 13 Zulhijjah.


Untuk aktiviti melontar kita boleh jamak (himpunkan hari) tapi yang aktiviti bermabit tidak boleh jamak. So selepas maghrib 11 Zulhjjah kami bergerak semula ke Mina tapi kali ini tidaklah berjalan lagi...naik teksilah pula. Tambang untuk kami berlima naik Toyota Prado ialah SR350. Bolehlah dari kena jalan kaki. Sampai di Mina kami balik ke khemah dulu sebab batu tertinggal dah lepak untuk cukupkan masa mabit. Agak-agak dah cukup masa kami bergerak ke Kompleks Jamrah untuk completekan lontaran hari ke 11 Zulhijjah. Selepas melontar, kami balik semula ke Mekah dengan tambang SR30 seorang menaiki teksi. Kali ini dah pandai cari teksi sebab dah tau di mana lokasi teksi.


Hari ke 12 Zulhijjah pun kami perlu bergerak ke Mina, naik teksi SR20 seorang selepas maghrib dari Mekah. Harga teksi ini kena pandai tawar-menawar. Jarak tak jauh mana tapi diorang main harga. Malam ke 12 Zulhijjah ini memang peak time dan banyak jalan yang ditutup. Berpusing-pusing teksi nak access ke Mina dan kami perlu tiba di Mina sebelum jam 12 malam untuk cukupkan masa mabit, kalau tak kena dam seekor kambing lah seorang. Akhirnya setelah teksi berpusing-pusing dan dapat dropkan kami di tepi jalan raya menuju ke Kompleks Jamrah. Dari situ kitorang pun berlari-lari sehingga melepasi signboard "Mina Starts Here". Alhamdullilah selamat tiba beberapa minit sebelum jam 12 malam.


Malam itu kami melontar 12 Zulhijjah punya lontaran dan makan Albaik di dataran Mina. Selepas makan kami ke Masjid Al-Khaif yang terletak lebih kurang 10 minit daripada Kompleks Jamrah untuk solat isyak dan i'tikaf sehingga sebelum waktu subuh. Selepas azan subuh yang pertama (ada dua azan, azan pertama belum masuk waktu subuh lagi), kami bergerak semula ke Kompleks Jamrah untuk solat subuh berjemaah dengan jemaah TMTT yang dah menunggu di dataran Mina. 
Beli Albaik for dinner
 Masjid Al-Khaif
 Penuh dalam Masjid Al-Khaif
Lepak sementara tunggu solat subuh

Kalau ikut program TMTT, jemaah akan melontar sebelum subuh untuk hari ke 12 dan melontar untuk hari ke 13 selepas subuh. Selesainya lontaran hari ke 13 maka selesailah ibadah haji kami untuk geng yang lari balik ke Mekah ini. Untuk jemaah TMTT yang lain kena continue untuk tawaf dan saie.


Selepas subuh, kami follow jemaah TMTT yang lain pulang ke khemah di Mina untuk mengambil barang dan balik ke semula ke Mekah menaiki bas yang telah disediakan.

Alhamdullilah selesai sudah ibadah haji, semoga kami mendapat haji yang mabrur...satu pengalaman yang amat bermakna.


Oo ya kami tidak menyambut dan tidak solat aidiladha tahun ini sebab berada di khemah Mina pada pagi 10 Zulhijjah tapi jemaah digalakkan untuk membuat ibadah korban so kami pun tidak ketinggalan untuk berkorban kambing.
Tempat penyembelihan korban

No comments:

Post a Comment