Monday, 5 November 2018

Part 11 : Summary Pengalaman Ibadah Haji

Menunaikan ibadah haji adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan tak sama dengan umrah yang biasa sebab stay duration yang lama (40-50 hari) dengan jumlah jemaah seramai 2-3 juta yang datang dari pelbagai bangsa dan negara. Bukan sekadar negara Arab, India, Pakistan, Afghanistan, Indonesia, Bangladesh, Nigeria, Sudan, Turki, Iraq, Iran, jemaah dari China, Rusia, Europe, Kazakhstan, dan macam-macam Tan pun ada. Tambahan pula dengan manasik haji di Masyair iaitu Arafah, Mina dan Mudzalifah, pelbagai cabaran dan ujian ada.


Memandangkan ibadah haji ini berdasarkan jemputan Allah, mungkin ini kali pertama dan terakhir peluang untuk kita melengkapkan rukun islam ke 5 ini. Seelok-eloknya kita buat sehabis baik dan mendapat haji mabrur yang diterima Allah.




Personally, kalau ada rezeki rasa memang nak repeat haji lagi dan buat yang terbaik. Apa-apa pun kita teruskan berdoa supaya ibadah haji kita diterima dan kemabruran berkekalan sehingga akhir hayat. Kadang-kadang rasa cemburu dengan jemaah yang telah dijemput ke rahmatullah sewaktu di Mekah atau Madinah selepas selesai ibadah haji ini. Maybe dosa mereka sangat minima kerana dosa-dosa yang lama telah diampunkan sewaktu penyucian jiwa ibadah haji. Allah sebaik-baik perancang dan kita sebagai hambanya hendaklah sentiasa bersyukur.





Ok saya nak share sikit beberapa tips sebagai panduan untuk bakal-bakal dhuyufurrahman:



1) Bertolak ansur dengan jemaah-jemaah yang lain terutama yang suka tolak menolak, potong memotong, tumpang pegang tangan atau badan kita. Kalau boleh beri laluan kepada mereka dahulu atau nasihatkan mereka supaya bersabar. Ini kerana culture mereka berbeza dengan kita.


Suasana luar masjid selepas solat


2) Dapatkan ilmu haji secukupnya. Terdapat pelbagai cara contohya melalui kursus-kursus haji, ceramah ustaz-ustaz yang diyakini di Youtube, buku-buku panduan haji, blog-blog haji, FB group Kenangan Umrah dan Haji dan juga pegalaman dari saudara dan rakan-rakan yang telah menunaikan haji. Rujuk juga dengan ustaz dan mutawiff jika ada kemusykilan.


Buku rujukan ibadah haji


3) Setkan KPI ibadah yang akan dilakukan supaya dapat memaksimakan ibadah yang dapat dilakukan dan berdoa supaya amalan tersebut berterusan bila pulang ke tanah air.


4) Bawa bekalan barang-barang yang secukupnya supaya tidak menganggu fokus ibadah contohnya pakaian, sabun, tambahan makanan seperti sos, sambal, ubat-ubatan. Kalau demam memang boleh ke klinik cuma kalau kita dah ada bekalan ubat secukupnya tidak perlu lagi ke klinik atau beli di farmasi kerana ubat-ubatan agak mahal. Kami ada membeli ubat batuk di Madinah yang berharga SR42 sebotol dan lozenges Strepsil SR20 sekotak. Ubat gigi, sabun, pad, panty liner juga agak mahal di sini so bawa secukupnya.


Ubat batuk SR 40


5) Datang awal ke masjid sekurang-kurangnya 1 jam sebelum (untuk waktu peak), kalau tak pintu banyak yang ditutup dan kena solat di dataran lah nampaknya. Untuk solat jumaat lagilah perlu pergi awal dalam 2 jam sebelum masuk waktu sebab sangat-sangat pack.


6) Keluar agak lewat dari masjid untuk elak berasak-asak dengan jemaah lain yang nak keluar. Kadang-kadang terdapat juga jemaah yang nak masuk pada waktu yang sama. Banyak kes kehilangan barang seperti handphone, duit waktu berasak-asak ini.


7) Janji bertemu dengan pasangan/rakan di tempat yang tidak menghalang laluan atau tempat yang kurang ramai. Macam kami selalu berjanji temu di kedai aiskrim di sebelah Safwah hotel. Kalau pasangan terlambat bolehlah makan aiskrim dulu untuk sejukkan badan.


Meeting point - kedai ice cream


8) Bawa uncang/beg untuk letak kasut/selipar. Samada kita nak bawa beg selipar sekali atau letak di rak kasut. Seeloknya kalau nak tawaf better letak di rak takut dikhuatiri ada najis. Tapi kena ingat lah rak yang mana. Kadang-kadang rak kasut ini berubah-ubah juga kedudukannya dan possibility selipar hilang itu tinggi Biasanya beg kasut ada tapi isinya kosong. Tapi jangan bimbang, kedai kasut ada dekat je dengan masjid di ground floor Safwah Tower.


Kedai kasut di Safwah Tower


9) Digalakkan berlumba-lumba berbuat baik dengan jemaah dan mencari pahala free. Contohnya, jemaah sebelah takde sejadah kita share sejadah kita. Diorang sangat appreciate kadang-kadang siap cium kepala kita. Ada kawan share sejadah dengan jiran sebelah, sebelum berpisah dia salam sambil hulurkan saguhati duit, sekali tengok SR100..di dunia lagi Allah dan bayar cash kat akhirat nanti tak tahulah nikmat yang kita dapat kalau kita ikhlas. Contoh yang lain kalau jiran kita batuk, kita hulurkan lozenges tapi kena lah potong kecil-kecil atau hulurkan sebiji. Pengalaman saya hulurkan lozenges dequadin yang di dalam bekas tin tu, sebekas dia ambil tak pulang-pulang so halal kan je lah. Kadang-kadang benda basic je tapi common sense itu kena ada. Contoh lain, kita nampak orang tolak wheelchair naik bukit bersusah payah, kita tolonglah tolakkan sekejap. Kalau kita mudahkan urusan orang inshaAllah Allah permudahkan urusan kita.


10) Improve hygiene di public toilet terutama di Arafah dan Mina. Kita siap-siaplah bawa plastik ke dalam tandas untuk buang sampah peribadi kita. Keluar tandas bawa sampah keluar dan letak di tong sampah besar. So takdelah kalau kita masuk toilet penuh dengan benda-benda yang tidak sepatutnya.


Suasana di khemah Mina


11) Tidak perlu bawa cash banyak-banyak sebab pengeluaran cash sangatlah mudah samada keluar di kaunter TH atau ATM machine. Kalau compare, pengeluaran wang di ATM lebih jimat, tapi jangan lupa aktifkan kad ATM anda di Malaysia terlebih dahulu.


Tempat keluar duit Tabung Haji


12) Selalu minum laban (yogurt) untuk sejukkan badan sebab di sana memang panas boleh mencapai suhu sehingga 50c. Ada pelbagai perisa laban tapi saya suka yang mango memang sedap.


Laban - boleh cuba


13) Jangan mandi terlalu lama sebab airnya panas nanti haba badan terpendam pula. Guna sabun yang sesuai sebab jika kulit sensitif badan boleh terkena gatal-gatal. Saya guna Gel Mandi Bidara Jamu Ratu Malaya (JRM) memang terbaik.


Berminat boleh pm, saya dealer sah produk JRM (iklan sikit)


14) Pastikan kasut/selipar yang selesa sebab banyak aktiviti berjalan.


15) Jangan pos perfume dalam kotak melalui courier sebab banyak kes perfume hilang bila barang sampai di Malaysia.  


16) Kalau boleh pergilah sewaktu muda kerana ibadah haji memerlukan fizikal dan mental yang kuat. Kalau belum register haji kenalah disegerakan sebab ada yang daftar September 2018 dan turn hajinya 110 tahun lagi.


Suasana melontar di kompleks jamrah


17) Sentiasa think positive dan berlapang dada dengan cabaran-cabaran yang ada. Kalau ada flaw sikit-sikit contohnya tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan atau dengan jemaah yang lain, sila settlekan secara gentleman dan berhemah.

Rasanya setakat ini coretan pengalaman haji saya dan En. Suami pada 2018/1439 ini. Alhamdullilah syukur dengan nikmat haji yang diberikan, pelbagai pembaharuan sistem yang diperkenalkan untuk memudahkan proses, kali pertama air cond di Arafah, ribut di Arafah, beberapa kali hujan dan petir di Mekah termasuk hujan batu, ribut pasir di Madain Salleh dan pelbagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Suasana yang dirindui


Diharap pengalaman ini dapat memberi manfaat dan tidak ada sekelumit riak yang hendak dipamerkan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang kekurangan itu dari saya sendiri. Semoga dikurniakan haji yang mabrur kepada kami dan juga anda semua. Aaminn...

Selamat pulang dengan Flynas

Part 10 : Aktiviti di Madinah


Selain daripada aktiviti ibadah, terdapat juga aktiviti sampingan yang lain di Madinah.

1)  Ziarah Luar
Ziarah Luar ini termasuk di dalam pakej TMTT. Antara tempat lawatan ialah Masjid Quba. Ada hadis yang menyatakan kalau berwuduk dari rumah dan solat 2 rakaat di Masjid Quba, pahalanya seperti mengerjakan umrah. Selepas itu lawatan ke Bukit Uhud dan kawasan perkuburan Uhud. Seramai 70 sahabat syahid sewaktu peperangan Uhud ini. Seterusnya lawatan ke kebun kurma di mana jemaah boleh makan sebanyak mana kurma yang mampu dimakan dan memborong kurma-kurma yang ada. Harganya standard lah dan mahal sedikit daripada pasar kurma. Kami tak beli kurma di sini sebab dah order kurma ajwa dan ambar daripada ustaz yang diyakini betul-betul dari tanah haram Madinah.



Masjid Quba


 Kedai Ladang Kurma

Selfie di Ladang Kurma

Masjid di Bukit Uhud 
 Ada kedai-kedai di kawasan Bukit Uhud
Panas sangat makan aiskrim dulu



2) Ziarah Masjid Nabawi
Ziarah Masjid Nabawi ini adalah program pakej TMTT di mana Ustaz akan bawa mengelilingi masjid, perkuburan baqi, Taman Bani Saedah dan pasar kurma yang berhampiran dengan masjid. Tapi kami tak join ziarah ini sebab nak masuk ke Raudhah selepas subuh.

Taman Bani Saedah

3) Ziarah ke Madain Salleh
Ini juga salah satu program tambahan TMTT. Madain Salleh terletak agak jauh iaitu lebih kurang 3.5 jam perjalanan sehala. Madain Salleh ini adalah kawasan di mana kaum Nabi Salleh iaitu kaum Samud dilaknat Allah di atas keangkuhan mereka. Untuk ke Madain Salleh ini perlu mendapat pas khas dari kerajaan Arab Saudi dan pegawai Saudi pun ada follow sekali di dalam bas. Sewaktu perjalanan balik, bas kami dilanda ribut pasir yang kuat. Macam itu rasa agaknya bila Allah nak turunkan bala. Takut juga sebab visibility tak berapa clear. Apa-apa pun alhamdullilah selamat sampai ke hotel.


 Jom ke Madain Saleh
 Kawasan Madain Saleh
Suasana Madain Saleh
Suasana Madain Saleh
  Naik helicopter pun boleh
  Group photo di batu bentuk gajah
  Stesen keretapi lama
  Posing tepi batu
 Group photo lagi
 Lunch nasi arab - sedap
Jom makan nasi arab dan minum pepsi


 
4) Hop On Hop Off (HOHO)
Ini merupakan salah satu tarikan terbaru di Madinah. Bukan big city kat Europe dan KL je ada HOHO ini, di Madinah pun ada. Tambang SR40 seorang dan boleh pusing satu Madinah as route yang telah ditetapkan. Ada 11 stop keseluruhannya dalam bus route dan kita boleh stop di mana-mana yang kita hendak. Kami geng-geng Mina cuba jugalah HOHO ini. Kami naik selepas asar, stop solat Maghrib di Jabal Uhud sambil menikmati keindahan Jabal Uhud di waktu malam. Siang dah pernah pergi dengan pakej tapi panas di siang hari. Kami juga stop di AlNoor Mall mencuci mata sambil pekena Cinnabon. Cinnabon lagi. Saje makan ringan sebab heavy dinner boleh makan buffet di hotel. Oklah agak berbaloi juga HOHO ini walaupun ada certain place yang pakej atau muasasah dah pernah bawa. Tapi kalau nak tengok Madinah Al-Munawarah bandar yang bercahaya di waktu malam ini apa salahnya. Perkhidmatan bas sehingga jam 11.30 malam, kalau terlewat balik baik taxi lah.

 Jom Hop On Hop Off
 Enjoy naik bas
 Bukit Penembak di waktu malam
 Bukit Uhud di waktu malam
Pekena Cinnabon dulu

 
5) Bershopping
Antara aktiviti yang popular di Madinah ialah bershopping lah apa lagi. Kami akan pulang ke Malaysia melalui Madinah maka ini lah kesempatan untuk membeli souvenir sebelum balik. Banyak kedai yang menarik di Madinah compare dengan Mekah. Kena rajin explore sebab macam-macam shop dan pasar ada di sini. H&M pun ada. Jubah-jubah pun banyak pilihan. Kedai-kedai kurma pun banyak, harga berpatutan dan segar. Kami lebih berminat membeli sejadah iaitu sejadah raudhah sebagai kenangan. Ada 2 kedai yang famous menjual sejadah raudhah ini iaitu brand al-rawda (kedainya terletak di ground floor Oberoi hotel, Taibah Commercial Centre dan airport pun ada), lagi satu brand madina made yang boleh didapati di Madina Gift Shop depan pintu berhampiran Taibah Commecial Centre dan beberapa tempat lagi termasuk di Bukit Uhud). Dua brand ini inshaAllah yang original dan berkualiti. Sejadah ini memang best tambahan pula kalau kita letakkan sedikit perfume raudhah so terbayang-bayang lah kenangan di ruang raudhah Masjid Nabawi ini.

 Taibah Commecial Centre
 Kedai Kurma pun ada
 Starbucks dan H&M
 Kedai-kedai kebab
Hasil shopping di Madinah